Support My Blog

Saturday, August 13, 2022

PISANG MAS - CIRI TEKNIKAL

PISANG MAS
(Musa sp.) merupakan salah satu varieti pisang yang mempunyai kod daftar varieti sebagai Nombor MP3 dan selalunya ia di tanam di Malaysia untuk tujuan dimkan segar dan di proses menjadi makanan berasaskan pisang yang lain. Tanaman pisang di Malaysia merupakan salah satu jenis tanaman buah-buahan yang popular untuk pasaran domestik dan eksport. Penulis blog mendapati seluas 26,213 hektar pisang ditanam menghasilkan sebanyak 318,518 metrik tan iaitu pada tahun 2021 (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Apa pun dilaporkan kawasan utama penanaman pokok pisang di Malaysia adalah di Johor seluas 7,544 hektar menghasilkan sebanyak 108,810 mt diikuti dengan Sabah (3,879 ha) dan Pahang (3,457 ha). 
Pisang Mas atau Pisang Emas merupakan varieti pisang yang pernah di ekspot keluar negara semenjak tahun 1980'an lagi (masa itu saya bekerja di MIADP Melaka yang eksport pisang Mas ke Eropah). Lazimnya pisang Mas mempunyai saiz buah sederhana kecil 9 - 14 cm dengan ukurlilit buah sekitar 3 - 4 cm. Warna kulitnya adalah hijau ketika muda dan bertukar warna kuning yang cantik apabila masak. Kulitnya nipis apabila masak dan mudah dikopek. Isinya manis berwarna kuning keemasan dan rasa yang sangat manis serta mempunyai aroma yang wangi. Pisang Mas mempunyai aroma atau bau yang enak apabila masak dan lazimnya digunakan untuk makan segar. Pisang Mas mungkin mendapat nama dari warna kulit dan isinya seakan keemasan berdasarkan pantun. Artikel malam ini sambil seronok memang menonton perlawanan separuh akhir Piala FA diantara Terengganu dengan Selangor di Unifi (Terengganu Memang untuk final dengan JDT) saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai pencirian teknikal bagi Pisang Mas (MP3) untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. Artikel ini ditulis dengan merujuk dan berasaskan laporan teknikal serta penelitian bersama dengan Jabatan Pertanian Malaysia.

(1) Bentuk Pertumbuhan Pokok
Pokok pisang mas sama dengan jenis pokok pisang lain adalah tumbuh menegak dengan ketinggian sekitar 2 - 3 meter. Tanaman pisang mas ini sudah dikomesilkan dimana ia ada ditanam sebagai pisang makan segar untuk pasarabn domestik dan eksport. Pokok yang bersaiz sederhana rendah ini dilihat mempunyai saiz batang yang tidak besar. Jumlah pokok bagi setiap hektar juga agak banyak dibanding dengan pisang nipah.

(2) Tandan Pisang Mas
Pisang Mas apabila berbuah akan menghasilkan satu tandan buah sepokok. Tandannya mempunyai berat sekitar 10 - 12 kg setandan bergantung kepada pengurusan agronomi. Lazimnya setiap tandan pisang mas akan mempunyai sebanyak 5 9 sisir buah dimana setiap sisir pula akan mempunyai sebanyak 14 - 18 jejari pisang (buah pisang).
 

(3) Ciri Buah Pisang Mas
Buah pisang mas selalunya berwarna hijau semasa peringkat muda akan tetapi bertukar menjadi kuning terang apabila masak ranum. Setiap sisir pisang mas mempunyai sebanyak 14 - 18 jejari (buah) dimana ukuran panjang kekari diantara 8 - 12 cm dengan ukurlilt buanya adalah bergarispusat 2 - 3 cm. Bah pisang mas memang enak dimakan segar kerana ia manis dan mempunyai aroma khusus yang menyelerakan.


(4) Bentuk Apeks Buah Pisang Mas
Dilihat dimana ada kelainan pada bentuk apeks (hujung atas) pisang mas iaitu Bentuk Tumpul. Ciri ini menjadi satu ciri yang berlainan dengan kebanyakan buah pisang di Malaysia dimana jelas dilihat bentuk tumpul ini memang menjadi ketara bila buah masak.


(5) Susunan Pelapah Daun
Susunan pelapah daun bagi pokok pisang mas adalah dilihat sebagai Kusang Padat. Walau pun kurang padat tetapi disebebkan ia ditanam agak rapat dan berumpun dilihat seakan agak padat juga susunannya. Jika ia ditanam dikawasan terbuka dilihat daunnya akan mudah pecah ditiup angin.


(6) Perwarnaan antosinin pada batang
Batang pokok pisang mas apa yang penulis blog dilihat mempunyai perwarnaan antosianin yang sederhana. Antosianin berwarna merah coklat ini mempunyai corak seperti jalur dari bahagian atas kebawah dan sebaliknya jelas dilihat.



(7) Bentuk bahagian pangkal daun
Bentuk bahaguan pangkal daun pisang mas berkeadaan kedua-duanya membulat dibahagian kiri dan kanan dengan jelas. Daunnya mempunyai warna hijau sekata daripada bahagian bawah sehingga kebahagian hujung daun. Daun pisang pas ada juga diambil dan digunakan untuk pelbagai kegunaan lain seperti pembungks makanan.


(8) Anakbenih Pisang Mas
Anakbenih pisang mas boleh diambil daripada sulur pokok induk yang sudah dikenalpasti kualitinya. Bagaimana pun kebanyakan petani di Malaysia yang ingin menanam pisang mas akan mendaoatkan benin pisang mas Kultur Tisu (TC) daripada pembejal yang menjamin kualiti benihnya. Anakbenih TC pisang mas didalam polibeg adalah seragam saiz dan umurnya memudahkan proses menanam dan penjagaannya. Harga anakbenoh pisang mas juga tidah terlalu mahal berbanding dengan anakbenih TC pisang pain. 


(9) Ciri Daun anakbenih pisang mas TC
Benuk daun bagi anakbenih pisang mas TC lazimnya adalah Eliptik dan berwarna hijau dengan ukuran 10 - 12 cm lebag dan 20 - 22 cm panjang. Bagaimana pun saiz ini bergantung kepada umur anakbenih dan penjagaan dinurseri.  Semuga tulisan dalam artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Maklumat teknikal ini juga merujuk kepada pencirian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Wasallam!!!...
PISANG MAS.... RASA MANIS BUAHNYA...
DI TANAM KOMERSIL.. LUAS KEBUNNYA...
DIMAKAN SEGARL... ENAK RASANYA...
LAPORAN TEKNIKAL... SAYA SEDIA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(7 Muharam 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...