
(1) Bentuk Pokok
Bentuk pokok pisang nangka yang tumbuh menegak memang sama dengan pokok pisang jenis lain. Pokoknya mempunyai batang sederhana besar dan mempunyai ketinggian yang sederhana. Mempunyai saiz batang sedang dan jumlah bilangan daun yang sederhana banyaknya. Lazimnya hanya satu pokok utama dijaga untuk berbuah dan ada satu atau dua anak sulur untuk pertumbuhan seterusnya.
Pokok psiang nangka dilihat mempunyai ciri yang unik dimana dilihat kepadatan pada pangkal pelepah daun adalah PADAT. Pokok pisang nipah dilhat agak merimbun apabila ditanam dalam rimbunan. Pangkal pelepahnya juga agak bersaiz besar dan kukuh berada diatas pokok.
Pokok pisang nangka mempunyai ciri dimana keberadaan antosianin yang dilihat dibantangnya adalah sederhana. Antosianin berwrna merah kecoklatan ini mempunyai corak dari atas kebawah dab sebaliknya. Apabila kulit luarnya dikipas ia masih terlhat dibahagian dalamnya juga.
(4) Bentuk Bahagian pada Pangkal Daun
Bentuk bahagian pada pangkal daun pisang nipah dilihat sebagai kedua-duanya membulat tirus dan tidak simeteri dibahagian kiri dan kanannya. Ciri ini agak berlainan dengan kebanyakkan ciri sama pada pisang lain. Daun pisang nangka banyak diambil dan digunakan untuk dijadikan pembalut makanan dan nasi lemak serta pelbagai kuihmuih tradsional.
(4) Bentuk Pisang Nangka
Pisang Nangka mempunyai berat tandan buah diantara 15 - 28 kilogram. Kajian juga mendapati terdapat sebanyak 12 - 18 sisir dengan setiap sisir buah ada sebanyak 12 - 20 jejari (buah pisang yang dimakan). Ukuran jejari buah pisang nangka sekitar 10 - 15 cm panjang dengan mempunyai ukuran garispusat sekitar 3 - 5 cm. Buahnya berwarna hijau gelap semasa muda dan masih hijau juga semasa buahnya matang dengan warna menjadi hujau cerah sedikit. Buah yang masak mempunyai aroma yang sangat kuat jika dihidu dari kejauhan.
(5) Bentung Apeks Buah Pisang Nangka
Antara ciri buah pisang nangka adalah ciri bentuk apesk pada bahagian hujung buahnya iaitu berbentuk TUMPUL. Apa pun bentuk seperti ini banyak menyamai dengan beberapa jenis pisang lain.
(6) Kewujudan Permatang Buah
Antara ciri didalam bahagian dalam atau isi buah pisang adalah kewujudan permatang (pemisah) didalamnya. Bagi pisang nangka dilihat dimana memang dilihat dimana kewujudannya adalah KUAT atau ketara. Pisang nangka yang sudah masak akan menjadi lembut dan sesuai dimakan segar. Bagaimana pun pisang ini amat sesuai dijadikan pisang goreng dan pelbagai kuihmuih seperti nagasari, kerepek pisang, pengat pisang, goreng cheese dan sebagainya. Penulis amat suka makan pisang nangka yang digoreng bersama majerin dan kemudian ditabur dengan gula pasir. Ia sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi yang berkhasiat dan berikan banyak tenaga.
(7) Anakbenih Pisang Nangka
Anakbenih pisang nangka paling lazim sejak dahulu adalah dari abakbenih sulur yang dijeluarkan dari pokok induk yang sihat. Bagaimana pun terkini lebih ramai petani pisang nangka komersil yang telah memilih anakbenih pisang nangka dari Kultur Tisu (TC seedlings). Ia selalunya dijua didlam polibeg dengan saiz yang seragam dan selalunya agak terjamin bebas dari sebarang ancaman penyakit. Apabila ditanam ia selalunya akan tumbuh dengan seragam jika amalan agronomi mengikuti pakej amalan yang disyorkan.
(8) Ciri bentuk daun anakbenih
Antara ciri bentuk daun anak benih pisang nangka TC adalah dimana jika dilihat ia berbentuk Eliptik dengan kedua hujunga tirus. Daun anakbenih ini berwarna hijau sekata dari pangkal sehingga hujungnya. Semuga tulisan dalam artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Maklumat teknikal ini juga merujuk kepada pencirian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Wasallam!!!...

(2) Kepadatan Pangkal Pelepah Daun

(3) Kehadiran Antosianin pada batang pokok







No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.