Bagaimana pun kalangan pembaca ada yang tidak kenal bunga lili dimana ada kalangan orang awam di Malaysia ia juga disebut sebagai 'Bunga Bakung'. Bunga Lili identikal dengan warna putihnya yang mana ia dianggap untuk melambangkan keanggunan walau pun sebenarnya warna bunga lili tidak hanya putih sahaja dan sangat bervariasi bahkan ada yang hitam. Keragaman warna tersebut disebabkan terdapat ribuan spesies yang termasuk dalam keluarga lili. Pada penulis blog yang merujuk banyak sumber dimana bunga lili dilaporkan berasal dari benua Eropah tetapi kini ia hampir berada ditanam dibanyak negara di dunia yang mana mereka memiliki spesis lili khas. Tumbuhan ornamental dengan bentuk bunga yang juga unik ini sering digunakan sebagai tanaman hiasan dan disusun untuk menajdi bunga buket ataupun dekorasi dalam majlis pernikahan. Belajar mengenai taksonomi bunga ini merujuk pada kelompok tanaman berbunga yang ada dalam genus Lilium. Kata Lilium adalah istilah yang berasal dari Bahasa Latin iaitu ‘Leirion’ dimana bunga Lili adalah salah satu bunga yang telah dikenali sejak zaman Yunani Kuno dimana ia juga dibuktikan dengan penyebutan bunga lili dalam kitab-kitab kuno. Ia kini adalah sejenis tanaman yang tumbuh dengan ada bahagian umbisi dalam tanah. Tanaman flora ini sangat juga popular dengan bentuk kelopak bunga yang besar dan selalu berwarna putih. Tanaman ini seringkali ditanam dengan tujuan sebagai bunga keratan secara komersil dimana ia palinga sesuai akan dirangkai menjadi buket (Sila lihat foto disebelah). Bunga buket ini memang sering dijual dimana diminati oleh banyak pihak untuk hiasan dan majlis tertentu.
Mengenai marfologi tumbuhan ini ia boleh dijelaskan mengenai ciri batang, daun, bunga dan umbisinya. BATANG tumbuhan ini adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan planta acaulis atau pun jenis tanaman yang tidak mempunyai batang. Ukuran panjang batang bunga ini biasanya adalah sangat pendek iaitu dilihat seakan tidak terlihat kecuali jika diteliti. Penulis blog dapati dimana bunga lili seakan seperti tumbuh langsung dari dasar tanah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun semasa bunganya mulai keluar dimana bunga ini kemudian dilihat seperti ia memiliki struktur batang yang sebenarnya merupakan batang berbentuk melengkung (semu). Batang tersebut tertutup oleh pelepah daun yang telah tua. Biasanya ketinggian batang semu tersebut juga boleh mencapai ukuran 60 hingga 180 cm serta memiliki struktur kuat dan kukuh. Bahagian DAUN pula berukuran panjang dengan dihujungnya runcing dan berwarna hijau. Daun ini tumbuh dari perdu dan batang yang dalam kedudukan melintang dan berbentuk pipih. Tulang daun bunga lili adalah tulang sejajar atau tulang lurus. Terdapat satu tulang daun berukuran besar yang berada di tengah dan membujur. Apa pun bentuk daun lili adalah panjang menirus dan tidak terlalu lebar. Bahagian tepi daunnya rata dengan permukaan licin, rata dimana pada bahagian atas lebih berkilat berbanding dengan bahagian bawah. Daun bunga lily ini adalah kumpulan daun carnosus atau berdaging tebal serta mengandungi banyak air.
Bahagian terpenting yang ada pada bunga lily adakah BUNGA. Bunga ini merupakan mahkota yang paling menarik perhatian kerana tidak hanya berwarna indah cantik tetapi juga ukurannya yang besar. Setiap helai mahkota atau kelopak bunganya berbentuk tajam dimana selalunya akan keluar dibahagian hujung tanaman. Dilihat teliti lazimnya ia adalah kesatuan dari mahkota bunga lili menghasilkan bentuk yang menyerupai corong dengan putik ada di tengahnya. Biasanya bunga lili mempunyai warna putih akan tetapi ada juga spesis yang bunganya berwarna kuning, ungu, jingga, pink, merah, tembaga dan bahkan ada nyaris berwarna hitam. Ciri khas lain dari bahagian mahkota lili adalah adanya corak bintik-bintik di sepanjang helai kelopaknya. Semakin mendekati dasar bunga, coraknya semakin banyak. Bunga lili sendiri adalah kumpulan tanaman planta multiflora atau mempunyai banyak bunga dalam satu individu atau pokok tersebut. Lazimnya dalam sepokok terdapat sekitar 10 kuntum bunga dan bahkan pada beberapa jenis lili yang mencapai 50 kuntum. Bunga ini dapat dibagi menjadi tiga jenis berdasarkan bentuk kelopak bunganya. Pertama adalah ' enis ini merupakan lili dengan kelopak bunga melebar keluar dan ukurannya sangatbesar. Jenis kedua adalah 'Trumpet Shaped' dimana jenis ini merupakan bunga lili dengan kelopak membentuk seperti tabung dan pada bagian ujungnya sedikit melengkung. Sesuai namanya, bentuk jenis ini mirip seperti terompet. Ke tiga adalah jenis 'T enis ini hampir sama dengan Bowl Shaped akan tetapi lengkungan kelopak bunganya lebih tegas (Sia lihat foto disebelah). Memang sangat menarik bentuk dan warna bunga lili ini dalam beberapa variasinya. Artikel ini ditulis dalam dua segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang mesti dibaca bersama. Semoga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK JENISNYA... PELBAGAI WARNA....
ADA DITANAM... DIBANYAK NEGARA...
MEMBACA ARTIKEL... BARU KENALINYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(18 Ramadan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.