Support My Blog

Monday, August 8, 2022

TERNAK KUDA DAN KISAHNYA DI MALAYSIA (Part 1)

MENTERNAK KUDA
bukan menjadi satu perkara yang lazim dikalangan orang Malaysia. Hanya ada beberapa usahawan dan individu sahaja yang ada menternak kuda sebagai hobi dimana ia dianggap sebagai 'haiwan kesayangan dan haiwan rekreasi. Di Malaysia sejak dulu haiwan kuda hanya popular dikalangan sukan tertentu dan perjudian Lumba Kuda sahaja. Pada penulis blog, Kuda (Horse) ialah sejenis mamalia bersaiz besar yang mana ia mempunyai bilangan jari kaki yang ganjil dan merupakan salah satu daripada sepuluh spesies moden haiwan daripada keluarga Equus. Nama saintifiknya Equus caballus atau pun Equus ferus caballus. Kuda telah lama merupakan salah satu haiwan belaan manusia yang jinak dan ia amat penting daripada segi ekonomi, serta memainkan peranan yang penting dalam pengangkutan orang dan barang muatan selama beribu-ribu tahun. Aktiviti menternak kuda agak terpencil mungkin terjadi seawal 10,000 tahun dahulu dimana ada bukti yang jelas terhadap penggunaan kuda secara meluas oleh manusia bertarikh pada sekitar 2000 sebelum Masehi. Kuda telah dibiakbakakan dengan teliti supaya haiwan ini dapat ditunggangkan dan biasanya dengan guna pelana. Haiwan ini juga boleh digunakan untuk menarik objek-objek seperti kereta kuda atau alat membajak tanah. Dalam pada itu haiwan kuda merupakan satu sumber makanan, termasuk daging kuda dan juga produk tenusu sementara ia dilarang oleh kumpulan manusia lain. Kini kuda merupakan haiwan untuk kegiatan waktu lapang dan sukan terutama di negara maju. Bergantung pada baka kuda yang penulis blog dimaklumkan dimana kuda jinak moden boleh hidup dan mampu menjangkau usia sehingga 25 ke 30 tahun. Saiz kuda berbeza-beza mengikut baka malahan ia juga dipengaruhi oleh cara pemakanan. Kuda tunggangan ringan lazimnya mencapai tinggi 1.42 - 1.63 meter dan berat badan sekitar 380 - 550 kilogram. Kuda tunggangan yang lebih besar pula berukuran sekurang-kurangnya 1.73 meter dengan berat badan sekitar 500 - 600 kilogram seekor. Manusia telah membiakbakakan kuda selama beribu-ribu tahun dan telah berjaya dalam menghasilkan banyak jenis baka yang berbeza-beza. Serupa dengan pembiakbakaan anjing, kuda telah dibiakbakakan supaya dapat menghasilkan sifat-sifat dan keupayaan-keupayaan yang khusus seperti kegunaan kuda untuk kelajuan, kekuatan dan peperangan. Artikel subuh Jumaat ini sempena 1 Muharam 1444 Hijrah (1 muharam tahun baru Islam 2022M) didalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai beberapa kisah menarrik mengenai kuda yang dipaparkan didalam media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Penulis bloh tertarik dengan laporan media tempatan bertajuk 'Hendak
 bela kuda tapi tak pandai jaga' didalam hmetro.com. Dilaporkan bagai oleh Pengarah Briged Ekuin Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Leftenan Kolonel Bersukutu (PA) Wan Mohd Hafizam Wan Ismail.  Dinyatakan dimana kuda bukan seperti ayam kerana ia perlu penjagaan rapi dan kaedah tertentu untuk memeliharanya supaya tidak berlaku penganiayaan kepada haiwan itu. Mengikut dakewaan oleh beliau dimana pihaknya menerima pelbagai aduan mengenai salah laku segelintir individu yang memelihara kuda. Ramai yang cuba ternak kuda akan tetapi mereka tidak memenuhi hak-hak kuda seperti tidak memberi makan, minum serta tidak dilatih. Kebanyakan pemilik kuda dan rata-rata pemilik kuda membeli haiwan itu untuk menunjukkan kemewahan mereka sahaja tetapi tidak mempunyai ilmu menjaganya. Sehubungan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk membendung gejala berkenaan dan turun padang untuk memberi nasihat. Dilaporkan dia dan anggotanya akan mendekati pemilik kuda yang bermasalah dan menyelidik punca perkara itu berlaku sebelum menghulurkan bantuan yang sepatutnya. Biasanya masalah itu berlaku kerana pemilik tidak mempunyai ilmu justeru tugas kami memberi ilmu kepada mereka. Sehingga kini ada pelbagai masalah yang berkaitan dengan kuda diselesaikan malah pasukan kami sentiasa sedia membantu. Diantara lain yang membawa kepada penubuhan pasukan Briged Ekuin APM itu ialah membantu pemilik kuda dengan mengalihkan kuda-kuda mereka dari kawasan bencana ke kawasan selamat. Kini operasi menyelamat kuda tidak seperti usaha menyelamat haiwan ternakan lain yang mungkin lebih mudah. Pasukan mereka memiliki kemahiran khas bagi menjalani operasi menyelamat kuda, biar apa pun halangan yang perlu dihadapi, kami bersedia. Ini berikutan dengan aktiviti dimana Briged Ekuin APM akan menganjurkan Kursus Berkuda di Universiti Kolej Bestari (UCB)yang telah dijalanan mereka. 

Media sama melaporkan kisah ''Jangan terburu-buru lupus kuda saya' terhadap kes kuda yang akan dilupuskan kerana didakwa positif AHS.  Kisah dari Kuala Terengganu menyatakan seorang pelilik kuda yang sedih apabila lima kuda kesayangan akan dilupuskan kerana didakwa menghidap Penyakit Kuda Afrika (AHS). Beiau dikenali sebagai Wan Kamal Wan Ahmad (43 tahun) memberitahu dimana 5 kuda berusia tujuh hingga 20 tahun milik lelaki itu diarah dilupuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu kerana didakwa positif AHS. Dia terkilan apabila JPV Terengganu mengambil keputusan terburu-buru mengeluarkan arahan itu, sedangkan semua kudanya sihat. Dia yang tidak dapat menerima arahan itu kerana semua kuda milik saya tidak mempunyai tanda-tanda menghidap AHS. Kesemua kuda langsung tidak menunjukkan sakit, malah tanda penyakit seperti demam, mata berair dan hidung berair juga tiada dakwanya ketika ditemui di Kampung Banggol Tok Esah, Manir, Terengganu. Pihak JPV Terengganu memaklumkan kudanya adalah positif penyakit AHS dua minggu lalu. Menurutnya JPV jika diikutkan penyakit itu hanya boleh bertahan dalam tempoh tiga hari dan boleh menyebabkan haiwan itu mati, tetapi sehingga kini kuda miliknya masih sihat. Pada 28 Ogos 2021 lalu seekor daripada kudanya mengalami bengkak pada kemaluan. Susulan itu dimana pihak kakitangan JPV membuat pemeriksaan dan memberi suntikan pada tengkuk sebelum kuda mengalami bengkak kedua kaki, mata berair dan kulit menggelupas. Dia yang kemudian diberitahu kuda mengalami alahan ubat, sebelum JPV mengambil sampel darah. Tidak lama kemudian saya diberitahu kuda positif AHS dan mengarahkan semuanya dilupuskan,. Apa pun Wan Kamal berkata, beliau berharap JPV mempertimbangkan semula arahan dan memberi tempoh supaya semua kudanya dikuarantin. Beliau amat yakin dimana hsien ini akan walau pun kuda tidak menghidap AHS kerana semuanya masih cergas dan tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit. Jika semua kuda dilupuskan, banyak kerugian akan dialami dimana dia telah menghabiskan RM60,000 untuk membeli kuda-kuda berkenaan.

Dalam kisah lain bertajuk 'Saya tahu nyawa manusia lebih penting' didalam kahbar sama menarik untuk dijadikan bahan rujukkan. Detik pertemuan kuda peliharaan Nur Farhana selepas tiga hari hilang akibat dibawa arus banjir. Telah dilaporkan dari Kuala Lumpur dimana ada 7 (tujuh tahun) bagi 'Blicka' iaitu (seekor kuda peliharaannya) bersama beliau sejak usianya masih kecil dan perasaan kehilangannya ketika banjir tempoh hari sukar dilupakan. Kisah ini berlaku kepada Nur Farhana Abdul Mubi mendakwa kehilangan dua daripada lima kuda peliharaannya iaitu Blicka dan anaknya, Blichoe yang baru berusia setahun disebabkan bencana banjir di rumahnya di Kampung Durian Sebantang, Dong, Raub, Pahang. Selepas tiga hari dilaporkan kehilangan, atas pertolongan penduduk dan ahli kelab kuda disertainya maka kuda Blicka dijumpai di tebing sungai sejauh dua kilometer dari kandangnya iaitu pada 4 petang. Beliau  laporkan belum menjumpai Blicka dimana dia dan penduduk kampung terlebih dahulu menjumpai bangkai Blichoe yang tidak terselamat. Blicka sangat menjaga anak-anaknya dan mungkin pada waktu kejadian dia cuba untuk menyelamatkan anaknya dan turut dibawa arus. Dia yang tahu nyawa manusia lebih penting ketika bencana banjir ini dan kerana itu saya tidak tahu mahu meminta bantuan kepada siapa. Ada pihak membantu saya walaupun mereka masing-masing ditimpa musibah dengan kemusnahan harta benda termasuk ternakan yang diusahakan. Nur Farhana yang juga pemilik kedai haiwan peliharaan berkata, walaupun ketika tempoh tiga hari kehilangan kudanya, dia tetap mengikuti badan bukan kerajaan (NGO), Amal Team membantu mangsa banjir sekitar Raub, Pahang. Penderitaan yang saya alami tidak seteruk mereka yang hilang tempat tinggal apatah lagi ada yang kehilangan insan tersayang. Disebebkan isu tersebt dia mahu menyusahkan sesiapa dalam misi pencarian itu dan sangat berterima kasih atas jasa mereka yang sukarela membantu. Dilaporkan ketika kejadian banjir itu dimana dia, suami dan dua orang anaknya tiada di rumah atas urusan kerja di Putrajaya.  Pembantu penjaga haiwan peliharaan saya menghubungi dan memberitahu situasi yang berlaku pada 11 malam. Mereka sangkakan kelima-lima kuda saya ada di dalam kandang dan hanya sempat menyelamatkan rakun seberat 20 kilogram yang berada dalam sangkar. Ketika kejadian dia tidak dapat tidur malam dan sebaik jalan dibuka, dia dan keluarganya bergegas pulang ke rumahnya. Nur Farhana berkata kejadian banjir kali ini dianggap bencana terburuk di Raub berbanding sebelumnya yang berlaku pada tahun 2014. Banjir setinggi sedalam lebih 1.5 meter hingga menyebabkan kemusnahan barangan termasuk kandang kudanya. Dia yang memuatnaik satu video merayu orang ramai membantunya dalam pencarian dua ekor kuda kesayangannya yang hilang akibat bencana banjir di Facebook miliknya. Perkongsian itu mendapat perhatian warganet dan ahli kelab kuda yang disertainya sehingga ada yang sanggup datang dari Kelantan untuk membantunya.

Berlainan pula kisah di Baling, Kedah apabila ada usahawan 'Ditahan tanam Musang King, ternak haiwan secara haram' yang juga merupakan seorang kontraktor dengan menanam kelapa sawit dan durian Musang King tanpa kebenaran di Hutan Simpang Gunung Inas, Baling, Kedah. Beliau kemudian telah ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) bersama seorang pekerjanya. Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) itu, turut dirampas 36 ekor rusa, tujuh ekor landak, tiga ekor burung unta serta empat ekor kuda yang diternak dalam hutan berkenaan. Pengarah JPNK Roslan Ran dakwa kontraktor berusia 43 tahun itu ditahan ketika sedang berehat di sebuah rumah kayu yang dibina dalam hutan berkenaan, manakala pekerjanya yang juga seorang warga Bangladesh berusia 46 tahun ditahan ketika sedang membina chalet. Serbuan itu dilakukan selepas menerima maklumat awam mengenai kegiatan lelaki berkenaan dan operasi risikan selama seminggu. Anggota JPNK terpaksa meredah hutan untuk melakukan intipan dari atas bukit sebelum serbuan dilakukan. Ketika serbuan dilakukan, terdapat tiga pekerjanya sedang membina chalet, namun dua daripada mereka berjaya melarikan diri ke dalam hutan. Suspek yang dikatakan ‘kebal’ sebelum ini membuat pagar di tanah berkenaan bagi tujuan mengelak orang awam dan penguatkuasa menghidu akan kegiatannya. Rumah yang dibina dalam hutan berkenaan adalah daripada kayu bernilai tinggi. Siasatan awal mendapati kawasan itu diceroboh dan diteroka sejak lima tahun lalu dengan anggaran kerugian melebihi RM500,000. Turut dirampas sebuah jengkaut yang digunakan untuk meratakan hutan berkenaan, selain sebuah lori dan kenderaan pikap jenis Yoyota Hilux. Kesemua haiwan ternakan diserahkan kepada PERHILITAN untuk tindakan lanjut di,ana kes ini di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Dua lelaki terbabit ditahan dan dibawa ke Balai Polis Mahang sebelum kemudian dilepaskan dengan jaminan polis. Kes itu akan disiasat mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985 iaitu Seksyen 32 (1) kerana menduduki dan menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal tanpa kebenaran yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali. Lelaki terbabit turut berdepan siasatan mengikut Seksyen 81(1)(b) kerana menebang pokok dengan membawa hukuman yang sama. Kes turut disiasat mengikut Seksyen 81(1)(e) kerana membersih atau membajak tanah dalam Hutan Simpanan Kekal untuk tanaman serta Seksyen 47(1) kerana memasuki hutan tertutup tanpa kebenaran. Jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Artikel ini ditulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 da Part 2 yang peru dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi inf berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TERNAKAN KUDA... ADA DI MALAYSIA...
SEBAGAI HOBI... DAN JUDI LUMBA KUDA...
PELBAGAI KISAH ... DI LAPORKAN MEDIA...
MENJADI RUJUKKAN... SEMUA PEMBACA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bkt Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Muharram 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...