Support My Blog

Tuesday, August 16, 2022

MAHA18 - VARIETI BARU TOMATO TANAH RENDAH

MAHA18
merupakan sejenis varieti baharu sayura buah jenis tomato tanah rendah yang berjaya dihasilkan oleh MARDI dimana ia dilancarkan sempena MAHA 2018 di MAEPS Serdang, Selangor. Pada penulis blog tanaman sayur tomato (Lycopersicon esculentum L.) merupakan salah satu sayuran penting di Malaysia dan memberikan pulangan hasil yang lumayan dengan nilai pasaran RM425 juta (2016) untuk pasaran domestik dan eksport. Pasaran tomato segar khususnya dari Cameroon Highland adalah ke Singapura sementara tomato dari Kundasang adalah ke Brunei DS. Pada masa ini sebanyak 58% tanaman komersil tomato memang ianya bertumpu di kawasan Cameron Highland di Pahang dan juga tanah tinggi Kundasng di Sabah. Secara umumnya apa yang penulis blog buat penelitian dimana aktiviti penanaman tomato di tanah rendah amat terhad disebabkan oleh pelbagai faktor dan juga kekangan pelbagai masalah yang berlaku seperti warna buah yang kurang menarik, hasil rendah, saiz buah yang lebih kecil dan masalah serangan penyakit layu bakteria yang tinggi. Sehingga tahun 2021 berdasarkan kepada laporan Jabatan Pertanian seluas 2,251 hektar tomato ditanam dengan mengeluarkan hasil sebanyak 205,923 metrik tan buah (Sumber: Booklet Ststistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Apa pun kawasan utama penanaman tomato berada di Pahang iaitu seluas 1,302 hektar menghasilkan sebanyak 120,327 metrik tan (Kebanyakan di Cameroon Highland) diikuti dengan Kelantan (600 ha - di Lojing), Sabah (341 ha - Kundasang) dan Perak (121 ha). Kawasan penanaman tomato tanah tinggi kebanyakannya menggunakan varieti tertentu yang mana biji benihnya adalah diiport dari luar negeri. Pada masa sama bagi tujuan didalam meningkatkan hasil pengeluaran tomato di kawasan tanah rendah dan mengurangkan masalah penyakit layu bakteria yang tinggi lazimnya tanaman tomato banyak dilakukan di bawah struktur lindungan hujan (SPH) atau pun dengan teknologi sistem fertigasi. Walaupun kaedah ini sangat efektif namun kos pengeluaran di bawah struktur lindungan hujan apa yang penulis blog penah membuat analisa adalah adalah 2.3 kali lebih tinggi berbanding dengan tanaman tomato dengan secara terbuka di ladang. Isu bagaimana biji benih tomato yang digunakan juga adalah lebih mahal dan bengantung sepenuhnya kepada biji benih hibrid import terutamanya dibawa masuk daripada negara Thailand, Taiwan dan China. Semasa MAHA 2018 ada dilaporkan bagaimana hasil aktiviti penyelidikan MARDI dlaporkan mereka telah berjaya menghasilkan varieti tomato baharu sebagai tomato tanaman tanah rendah pada persekitaran tropika. Artikel pada kedinginan subuh ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat varieti MAHA18 seperti telah dilaporkan oleh banyak media sebagai varieti baru tomato tanah rendah untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Merujuk kepada laporan media dinyatakan dimana varieti tomato baharu ini adalah merupakan titisan tulen atau inbred terpilih terhasil daripada kacukan tomato komersil dikenali sebagai varieti MTI dan MTII dengan varieti tomato dari luar negara iaitu varieti Fumikura. Titisan ini telah melalui peringkat penstabilan sehingga generasi ke-9. Varieti tomato ini telah dipilih berdasarkan ciri hasil buah yang tinggi (didakwa potensii hasil beratnya mencapai 2.9 kg/pokok); warna buah yang menarik; jangka hayat simpanan yang panjang dan insiden serangan layu bakteria yang rendah oleh patogen (dikenali sebagai Ralstonia solanacearum) dengan kadar hidup 93%. Pokok tomato varieti MAHA18 ini dilaporkan mampu hidup subur di kawasan tanah mineral (dengan potensii hasil sebanyak 2.7 kg/pokok) dan juga dikawasan tanag gambut (dengan potensi hasil 2.9 kg/pokok) dimana pada puratanya potensi hasil didalam pengeluarannya adalah pada anggaran hasil sebanyak 25 - 30 tan sehektar. Dilaporkan bagaiman a proses pembangunan varieti tomato tanah rendah MAHA18 adalah pembangunan populasi tomato F1 libatkan kacukan varieti tomato tempatan MTI dan MTII bersama Fumikura (buah berwarna merah dan bersifat lekang tangkai). Semasa dijalankan proses penilaian progeni F1 dilaporkan dimana progeni menghasilkan buah berwarna merah dan menarik serta hidup subur di kawasan tanah rendah dikenal pasti. Dalam proses penulenan dan pemilihan titisan terpilih kemudian ada empat titisan tomato inbred terpilih dikenal pasti berdasarkan ciri warna buah menarik, saiz buah sekata dan rintang kepada Bacterial Wilt(No.3, No. 8, No. 9 dan No. 32). Kemudian aspek untuk mengenal pasti titisan tomato terpilih dan terbaik dimana baka jenis no. 32 memberikan hasil tinggi, buah menarik dan berkualiti serta toleran terhadap serangan penyakit iaitu Bacterial Wilt.

Proses biakbaka tomato ini juga dilapor melibatkan proses penilaian multilokasi (G x E) dimana didapati kelompok tomato dengan No.32 didapati ia berupaya hidup subur pada keadaan persekitaran terbuka dengan mana mampu dalam memberikan hasil tinggi dan toleran keada serangan penyakit Bacterial Wiltpada kadar hidup melebihi 93%. Proses biakbaka ni juga dilakukan proses penilaian berskala besar
Kerjasama dengan beberapa orang petani dan beberpa buah syarikat menanam komersial omato tempatan di Malaysia. Apabila varieti ini dikenaalpasti sebagai varieti baru tomato tanah rendah yang bagus keudian dilakukan proses penting selanjutnya iaitu pendaftaran IP-PVP dan pengisytiharan dilakukan untuk pengetahuan kepada umum. Adalah lebih baik penulis blog kongsikan maklumat yang terdapat pada varieti tomato MAHA18 seperti dinyatakan. CIRI BUAH adalah dimana buahnya bersaiz kecil, berbentuk bulat dan bersifat homogen bagi setiap pokok (Sila lihat foto disebelah). Dilaporkan hasil kajian dimana tuaian hasil buah tinggi dengan purata hasil melebihi 2.5 kg/pokok, buah berwarna merah dan menarik, mempunyai kandungan beta-karotena yang tinggi (7 mg/100 g) di samping saiz buah yang kecil setanding dengan varieti komersil tomato tanah rendah MTI. Tomato ini juga bersifat toleran kepada penyakit layu bakteria dengan kadar hidup melebihi 93%.Pokok yang sedang berbuah uga mampu untuk berikah hasil lumayan dengan pengurusan agronomi mengikut Pakej Amalan Teknologi Tanaman tomato yang diikuti dengan betul. Setakat hari ini penulis blog hanya dapat melihat pokok tomato MAHA18 yang dipamerkan semasa MAHA 2018 sahaja. Belum ada petani komersil ang penulis blog mampu buat tinjauan sehingga artikel ini ditulis. Kemungkinan masih ada kesukaran untuk mendapatkan bijibenih MAHA 18 dipasaran sehingga kini.

Tomato di Malaysia ditanam di atas tanah terbuka dan kini banyak menggunakan sistem Fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Bagi tujuan penanaman secara terbuka penyediaan tanah dan batas disiapkan setiap musim penanaman dan dibubuh baja organik. Benih tomato varieti terpilih akan disemai menggunakan kotak semaian. Anak benih di ubah keatas batas yang telah di pasang plastik penutup sungkupan dengan jarah 0.6 m x 0.6 m dan memberikan sebanyak 20,800 pokok sehektar. Penanaman secara fertigasi mengikut Pakej Teknologi Tanaman Fertigasi. kebanyakan sistem fertigasi menanam jenis Tomato Ceri di Johor. Tanaman tomato mempunyai banyak risiko perosak dan penyakit. Penyakit yang paling serious adalah Layu Fusarium (Fusarium Wilt) yang disebabkan oleh patogen Ralstonia solanacerum dan memusnahkan pokok tomato dikawal dengan membakar pokok terjangkit dan amalkan tanaman giliran. Penyakit lain seperti Bintik Daun (Cercospora spp), Reput Pangkal (Sclerotium rolfsii), Penyakit Hawar Pucuk (Choanephora cucubitarum), Antraknos (Collectroticum spp), Hawar Daun (Phythoptora infestans) atau Blight, Reput Buah (Phomopsis vexans) dan Mozek Virus juga mudah menyerang pokok tomato. Kawalan menggunakan kaedah Kawalan Bersepadu, pemilihan benih yang resistan, APB dan kawalan kimia perlu dijalankan. Tomato juga mempunyai pelbagai perosak seperti Ulat Pengorek Buah (Helicoverpa obsoleta) yang mengorek buah tomato dan jadi rosak dikawal dengan semburan BT atau sembur dengan racun serangga seperti chlorpyrifos, cypermethrin, tebufenozole atau lufenuron, Lalat Buah (Bactrocera latifrons) menyerang dengan bertelur dan larvanya merosakan buah tomato dikawal dengan racun kimia atau umpan methyl eugenol. Ulat Lipat Daun (Psara biounctalis) menyerang daun2 dan melipat daun dikawal dengan racun serangga. Ulat pengorek Buah atau Kuntum (Helicovera armigera) menyerang buah dan busuk. Pengenalan varieti baru ini membantu dalam produktiviti tomato di Malaysia. Semga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!.
VARIETI TOMATO...IA DILANCARKAN...
NAMA MAHA16... NAMA DIBERIKAN...
SESUAI DITANAM...TANAH RENDAH....
ARTIKEL DITULIS... RUJUKKAN MUDAH...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka, 
Malaysia.
(13 Muharram 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...