Support My Blog

Thursday, August 4, 2022

KELAPA SGG VS KELAPA MBD - APA BEZA? (Part 2)

APAKAH DIA KELAPA SGG DAN KELAPA MBD?. Terdapat dua varieti kelapa yang mana penulis blog sebelum ini sering menyatakan bahawa keduanya adalah dikatakan sebagai varieti yang 'hampir sama' semenjak varieti-varieti ini mula diperkenalkan dahulu. Mungkin ramai kalangan pembaca dan petani yang pernah mengenali akan varieti Kelapa SGG atau pun Kelapa Sungai Gulang-Gulang yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia dengan kod pendaftaran CN16. Masih ramai juga yang belum kenal akan Kelapa Malaysian Brown Dwarf atau MBD. Ada ramai petani yang telah kini telah menanam benih SGG untuk ditanam sama ada melalui bantuan asas daripada Jabatan Pertanian atau mereka membelinya sendiri daripada pembekal swasta. Ada juga petani yang telah menjual hasil kelapa tersebut agaknya semasa artikel ini ditulis pada Julai 2022. Apa pun di Malaysia terdapat beberapa varieti kelapa renek (Dwarf coconut) yang telah disyorkan penanamannya secara komersil. Antara beberapa varieti kelapa renek yang sudah didaftarkan termasuk varieti Kelapa Renek Merah (Malaysian Red Dwarf - MRD dengan no pendaftaran CN4), varieti Kelepa Renek Kuning (Malayan Yellow Dwarf - MYD dengan no CN5) dan Kelapa Pandan (Aromatic coconut dengan no daftar CN6). Selain itu ada varieti Kelapa Renek Tacunan, Kelepa Renek Malayan Brown Dwarf (MBD yang mana ia masih dalam proses pendaftaran) dan beberapa lagi. Penanaman varieti kelapa di Malaysia yang paling luas sejak dahulu adalah daripada varieti Malayan Tall (no daftar CN1) iaitu sejenis kelapa tinggi yang di laksanakan penanamnya dengan berjaya oleh petani kelapa dengan bantuan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dibawah Program Pemulihan Semula Kawasan Kelapa (RPSKK) sejak tahun 60'an sehingga program ini ditamatkan pada awal 1980'an. Kawasan utama tanaman kelapa Malayan Tall tersebut ditumpukan ditanah pesisir pantai seperti di Bagan Datok, Perak, Kuala Selangor, Selangor dan Batu Pahat, di Johor. Kemudian sekitar awal tahun 2000 baru diperkenalkan akan kelapa hibrid Matag (CN13, CN14 dan CN15) oleh Jabatan Pertanian dengan harga benih masa itu hanya RM6.00 sepokok. Kemudian berlaku kesukaran didalam menyediakan benih hibrid Matag tulin menyebabkan harga terkini anakbenih Matag Tulin sekitar RM80 sepokok. Laporan menunjukkan kekurangan bekalan anakbenih kelapa Matag Tulen (F1 hybrid seedling) dimana ini menyebabkan ramai petani kelapa mencari alternatif varieti benih lain termasuk varieti kelapa SGG, Kelapa Pandan, Kelapa MRD, MYD, Tacunan dan beberapa lagi. Sehingga artikel ini ditulis pada Julai 2022, Malaysia masih mengimport jutaan biji kelapa tua daripada Indonesia bagi memenuhi kekurangan bekalan kelapa segar di negara kita. Artikel pada subuh awal 1 Muharam 1444 Hijrah ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan artikel menarik mengenai perbezaan teknikal diantara Kelapa SGG dengan Kelapa MBD untuk dijadikan bahan rujukkan semua. Ini juga adalah laporan sepertinya yang dipercayai ia pertama sekali dikeluarkan didunia.

Berikut di paparkan apakah dia perbezaan ketara diantara varieti Kelapa Sungai Gulang-gulang (SGG - CN16) dengan varieti kelapa Malayan Brown Dwarf (MBD - dalam proses didaftarkan) seperti laporan teknikal oleh Jabatan Pertanian Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan.

(1) Bentuk Pokok
Tanaman kelapa SGG dengan kelapa MBD tidak banyak perbezaan ketara dari segi marfologi, ketinggian dan juga ciri-ciri lainnya. Pokok SGG yang telah berumur 15 tahun dari pemeriksaan yang dilakukan menunjukkan ia sudah berbuah dengan ketinggian pokok sekitar 3.0 - 3.5 meter. Secara dasarnya pokok SGG agak lebih cepat tinggi berbanding dengan pokok kelapa MBD. Ciri-ciri pokok kelapa SGG yang mirip kepada kelapa tinggi (tall varieti) lebih ketara dari bentuk batangnya dan bentuk perdunya. Bagaimana pun pengesahan lanjut diperlukan didalam kajian ini,

Pokok MBD pula yang mana ia adalah  diketegorikan sebagai kelapa renek (dwarf) memang lambat meninggi dimana pokok yang berumur 27 tahun adalah lebih rendah daripada pokok SGG yang berumur 15 tahun. Ia mempunyai batang yang kecil dengan perdu yang tiada bentuk 'kaki tapak gajah' iaitu ia menyamai ciri kelapa renek. Kelapa MBD bagaimana pun lambat tumbuh meninggi dengan banyak tandan berbuah dan mudah dipetik kerana pokoknya rendah sahaja. Bagaimana pun dilaporkan kelapa MBD masih tidak dikenali oleh ramai pegawai pertanian, petani dan usahawan swasta di Malaysia kerana kekurangan atau ketiadaan bekalan benih tulin yang disahkan.


(2) Bentuk Buah
Kedua-dua buah kelapa SGG dan MBD dilaporkan hasil pemeriskaan Jabatan Pertanian memang berlainan. Gambar diatas menunjukkan dimana kelapa SGG mempunyai ciri bentuk buah sebagai Eliptik Lebar (seakan bulat) dengan warna kulit buah adalah Perang Hijau (Sila lihat foto diatas dan dibawah). Bagaimana pun dari segi berat timbangan ianya tidak signifikan perbezannya sebab saiz buah kelapa terdapat keduanya adalah subjektif walau pun ata-rata dilihat dengan mata kasar seakan saiz kelapa SGG agak lebih besar. Bagi kelapa MBD (yang masih ramai belum kenalnya) dimana bentuk buahnya adalah Eliptik (Lonjong) dengan lazimnya warna kulit buahnya adalah berwarna jingga. Kedua buah kelapa ini bagaimana pun dilihat mempunyai tompok-tompok hitam (gelap) yang menjadikan seakan buah tersebut adalah sama.


(3) Bilangan Buah Setandan
Pemeriksaan mengenai bilangan buah pada tandan kedua varieti kelapa yang asalnya didakwa sebagai varieti sama ini memang berlainan jumlahnya. Keduanya mampu menghasilkan buah dimana kelapa SGG agak lebih lama sedikit (sekitar 4-5 tahun) sedangkan kelapa MBD dilaporkan berbuah seawal 3.0 - 3.5 tahun sahaja dengan penjagaan yang baik. Kelapa SGG yang matang mampu mengeluarkan buah kelpa sekitar 8 - 11 biji purata setandan. Saiz buahnya adalah berukuran sederhana besar dimana umumnya ia bersaiz lebih besar daripada kelapa MBD dengan bentuknya yang eliptik lebar (seakan bulat)..  

Bagaimana pun bagi kelapa MBD ia mempunyai jumlah bilangan biji kelapa yang puratanya lebih banyak iaitu sekitar 9 - 14 biji setandan. Walau bagimana pun dilihat urata saiz buah kelapa MBD adalah agak sedikit kecil daripada saiz buah SGG secara umumnya. Dari segi penggredan kelapa SGG dan kelapa MBD dipasran belum ada maklumat terperinci kerana kelapa SGG nmasih kurang dihasilkan dan yang sudah berbuah dilaporkan banyak digunakan sendiri. Buah kelapa MBD pula memang belum ramai yang dapat melihatnya. Ini kerana kelapa MDB masih dianggap sebagai varieti kelapa didalam kajian oleh pihak MARDI (walau pul sudah puluhan tahun ada di Stesyen MARDI).


(4) Warna batang AnakBenih
Dilihat daripada anakbenih didalam petak semaian telah diperiksa akan perbezaan akan keduanya. Pemeriksaan anak benih kelapa SGG adalah berwarna seakan Hijau Coklat (Brown Green) dengan kod 146B mengikut Horticulture Color Chart (HCC). Walau pun bekalan benih kelapa SGG dipasaran terus tinggi permintannya dan amat kurang bekalannya maka harga runcit anakbenih kelapa SGG terus meningkat naik. Sebaiknya semua pembaca blog dan petani kelapa tahu akan berapa kos untuk membeli satu anakbenih pokok kelapa SGG masa kini.

Ia memang berlainan dengan perdu batang abakbenih kelapa MBD dimana ia berwarna Coklat Oren (Orange Brown) dengan kod warna sebagai 163B dalam HCC. Pada peringkat benih nampaknya pemeriksa yang pakar mengenai kelapa boleh membezakan kelainan diantara kedua kelapa ini. Anakbenih kelapa MDB memang beum ada dijual dipasaran. Ini kerana kelapa MBD masih kurang dikenali di Malaysia dimana ia pada penulis blog mempunyai potensi terbaik untuk dikommersilkan dimasa akan datang. Diharapkan pihak yang berwajub mampu memdaftarkan dan mengembangkan kelapa varieti MBD secepatnya.


(5) Warna Daun Anakbenih
Warna daun anakbenih kedua varieti kelapa yang baru diperkenalkan ini juga dilihat memang ada perbezaan. Bagi varieti kelapa SGG dilihat dimana warna laidaunnya seakan hijau kebiruan (hijau pudar) dimana tangkai daunnya juga berwarna hijau coklat (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun warna daun pada kelap MBD dilihat sebagai hijau sebenar (hijau lebih cerah) daripada kelapa SGG. Tangkai daun bagi kelapa MBD adalah seakan jingga kekuningan dan kemerahan. Hanya ahli yang pakar kelapa yang terlibat didalam kajian mendapatkan info akan mengenali akan keadaan sebenar dilapangan.  Artikel ini ditulis dalam dua (2) segman iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama untuk Part 1 (Sila klik disini). Artikel ini kali pertama ditulis bagi menjelaskan penerangan teknikal kedua varieti kelapa kali pertama di Malaysia mengenai perbezaan antara varieti kelapa SGG (CN16) dengan varieti kelepa MBD (Dalam proses pendaftaran) di Malaysia untuk dirujuk. Semuga tulisan teknikal ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology. Terimakasih juga kepada rakan-rakan di Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia yang berkerjasama didalam penulisan artikel ini. Wasallam!!!.. 
KELAPA SGG.... CN16 NOMBORNYA...
KELAPA MBD.. RAMAI TAK KENALNYA...
DULU DIDAKWA... IA VARIETI SAMA...
ARTIKEL INI... TELAH JELASKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(1 Muharam 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...