Support My Blog

Showing posts with label INDUSTRI BROMELIAD DAN PENJAGAANNYA. Show all posts
Showing posts with label INDUSTRI BROMELIAD DAN PENJAGAANNYA. Show all posts

Tuesday, August 30, 2022

INDUSTRI BROMELIAD DAN PENJAGAANNYA (Part 2)

INDUSTRI BROMELIADS memang agak kurang popular di Malaysia walaupun industri florikultur di Malaysia dilaporkan menjana pendapatan sebanyak RM449 juta (USD2003.5 million) pada tahun 2020. Industri florikutur ini disumbangkan daripada jenis tanaman hiasan seperti Bunga Ros, Orkid, Carnation, Chrysanthemum, Cut Leaves, Bunga Kering flowers dan bunga-bungaan lain-lain kategori. Dari beberapa sumber dilaporkan industri bromeliads di Malaysia bernilai RM70 juta setahun yang kebanyakannya adalah untuk pasaran eksport. Pada penulis blog mendapati dimana tumbuhan dari keluarga Bromeliaceae (keluarga Nanas) mempunya potensi besar untuk dikembangkan dalam negara.Bunga bromeliad yang sesuai dijadikan tanaman hiasan terutama untuk penjagaan dalam rumah perlu digalakkan proses pengeluarannya dan promosi. Ada genus menyatukan lebih daripada 60 spesies tumbuhan bromeliads dimana sebilangan besar bromeliads adalah sangat popular dalam industri ini. Tumbuhan bromelia ini dilaporkan banyak yang berasal dari kawasan tropika dan subtropik Amerika Latin. Hasil rujukan penulis blog dapati info asal usul nama 'bromelia' yanh mana ia didakwa berasal dari nama seorang doktor dari Sweden dan ahli botani iaitu Olaf Bromelius. Marfologi tumbuhan bromeliads pula lazimnya mempunyai batang yang pendek dengan daun berwarna hijau pucat yang pekat dari struktur berkulit membentuk seakan 'corong'. Di bahagian atas pula berlaku proses perbungaan unim berwarna terang sama ada warna merah terang atau kuning tua serta beberapa kombinasi warna. Keunikan kombinasi warna ini biasanya menjadikan tumbuhan bromeliads merupakan sejenis tanaman hiasan menarik dan berbentuk yang pelik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai industri bromeliads dan cara-cara penjagaannya untuk dijadikan bahan rujukan semua.

Lazimnya tanaman b
romeliad akan mekar pada bulan-bulan musim panas bagaimana pun untuk mendapatkan persekitaran seperti ini perlu ada sedikit muslihat teknikal dibuat. Di negara temperate dilaporkan sekiranya meletakkan pasu berisi epal di sebelah bunga bromemliads atau pun meletakkan sebuah bekas seperti periuk dalam beg epal selama 10 hari maka proses pembungaannya akan dipercepatkan. Perkara ini boleh berlaku disebabkan oleh gas etilena yang dikeluarkan oleh buah epal ini akan merangsang pembentukan tunas bromeliads lebih awal. Dalam keadaan lain penjagaan bromelian rumit apabila dilihat bromeliads sudah pudar dan tidak menarik. Perkara ini berlaku pada waktu tertentu dan sebaiknya setelah menunggu pengeringan lengkap maka sisa-sisa tanaman ini perlu dipotong dengan teliti. Keanehan genus ini adalah dimana ia berbunga hanya berlaku sekali sahaja. Dipasaran dimana salah satu tanaman bromeliads yang mudah didapati adalah Bilbergia. Jenis ini dilaporkan mudah untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan walaupun di tempat yang rkurang cahaya matahari dan gelap sedikit. Lazimnya jenin ini akan berbunga berwarna merah jambu, berputar dalam lingkaran dan keluar pada musim sejuk (dari November hingga Januari) untuk dinikmati akan ciri-ciri  kecantikannya. Dalam pada itu ada spesia bromeliads  iaitu  tumbuhan berbunga berasal dari Brazil berasal dari perkataan Latin "Nidus" bermaksa sarang. Jenis ini mempunyai daun kaku membentuk roset yang padat. Batang yang dipendekkan tumbuh dari tengah dan berakhir dengan perbungaan pancang dengan bunga merah besar yang padat. Bunga itu sangat mesra cahaya dimana cara menjaganya juga tidak berbeza dengan penjagaan bromeliads yang lain. 

Pemilihan bromeliads jenis seperti  Ae
chmea  sesuai dimana ia mempunyai warna berbeza yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Spesis Aechmea berasal dari Amerika Selatan mempunyai bracts seperti puncak yang berlainan dan menarik. Daunnya membentuk roset dan terdapat duri di tepi daun dimana jenis ini dilaporkan hanya berbunga sekali sahaja. Selalunya bagi tujuan pembiakan spesis ini setelah akhir berbunga maka bahagian pucuk muncul di perdu pokok perlu di potong dengan berhati-hati dengan pisau tajam. Jika perlu ia perlu ditutup dengan arang dan berada dalam keadaan sedikit kering. Apabila keluar sulur anak maka ia siap boleh ditanam di tanah lain. Dalam pada itu ada sepesis bromeliad yang mempounyai sistem akar yang kuat. Musuh utama bagi tanaman bromeliad adalah serangga scale insects, serangga labah-labah atau cacing mealy. Biasanya apabila bromeliads ini diserang maka tanaman itu boleh diselamatkan dengan mengumpulkan parasit tersebut secara manual. Kemudian poko tersebut boleh bahagian daunnya dibasuh dengan air sabun. Amalan dengan menambah sedikit alkohol atau menggunakan racun serangga siap kali rawatan juga boleh dijalankan. Antara punca serangan adalah kerana penyiraman yang berlebihan dimana ia menyebabkan jangkitan oleh kulat dan tanaman itu akan membusuk. Pokok bromeliads yang sihat dirawat akan tumbuh dengan baik untuk satu jangka masa lebih lama berbanding dengan pokok yang diserang perosak dan penyakit.

Di 
Malaysia dimana pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) pernah memperkenalkan nanas hiasan yang boleh dijadikan tanaman landskap menarik dan boleh ditanam di pelbagai tempat. Idea untuk penanaman bromeliads ini telah di cetuskan oleh bekas Ketua Pengarah LPNM iaitu Dato' Mohd Anim Hosnan pada tahun 2018 semasa pameran MAHA 2018 (Sila lihat foto disebelah). Terkini pihak MAFI mempamerkan bromeliads semasa sambutan Pameran 100 Aspirasi Hari Keluarga Malaysia di PWTC, Kuala Lumpur dari 9 - 12 Disember 2021 sert beberapa majlis rasmi MAFI yang menjadikan bromeliads sebagai hiasan pentas. Menteri Pertanian dakwa nanas hiasan merupakan terma nama tanaman Bromeliad daripada keluarga Bromeliaceae yang terdiri daripada 3,475 spesies. Apa pun industri tanaman nanas hiasan atau nama saintifiknya Ananas comosus ialah spesies daripada keluarga Bromeliaceae yang semakin diminati ramai. Nanas hiasan ialah spesis pokok dalam keluarga nanas iaitu Bromelieceae yang paling popular dan paling banyak ditanam di dunia serta ada spesis yang berbuah yang menjadikannya sebagai tanaman komersial. Nanas hiasan itu tidak boleh dimakan seperti nanas segar spesis MD2, Josapine, Moris dan sebagainya kerana ia hanya untuk hiasan sahaja. Selain dijadikan tanaman landskap untuk laman, nanas hiasan juga boleh dijadikan dekorasi bagi hiasan meja, hiasan dalaman, cenderamata, majlis perkahwinan, sektor perhotelan dan pelancongan. Malaysia mempunyai kelebihan dari segi faktor kedudukan geografi di garisan Khatulistiwa iaitu cuaca panas dan lembab sepanjang tahun selain amat sesuai untuk penanaman dan kesuburan nanas hiasan itu. Ia membolehkan nanas itu ditanam di luar dari bangunan menyebabkan kos penanamannya rendah berbanding negara lain. Dengan kelebihan yang ada maka pengusaha nanas hiasan dijangka mampu meraih pendapatan lumayan kerana harganya yang tinggi setanding dengan orkid serta tumbuhan perhiasan dan bunga yang lain. Bagi nanas hiasan dan ornamental, ia dilihat mampu melonjakkan nilai eksport Malaysia sebanyak lima peratus iaitu RM17.6 juta berbanding RM16.78 pada 2018 dan dijangka akan terus meningkat sehingga tahun 2022 semsa artikel ini dituis. Tanaman bromeliads mampu hidup antara satu hingga tiga tahun bergantung kepada spesies pokok menjadikannya ekonomik dari segi teknologi pemeliharaan pokok hiasan. Sama seperti nanas segar, pokok nanas hiasan yang matang akan menghasilkan bunga dan seterusnya menghasilkan sulur (anak) dalam tempoh tiga ke empat bulan. LPNM akan terus sentiasa mengambil langkah pendekatan untuk tujuan ianya dipromosikan dan diperkenalkan tanaman hiasan Bromeliad melalui pameran yang akan dilaksanakan. Bagi memulakan industri tersebit kerjasama daripada semua pihak pelu dalam membangunkan industri bromeliads negara. Artikel ini juga dibahagikan kepada 2 segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BROMELIADS... MUDAH TANAMNYA...
BENIH DIBELI... DALAM PASU DIA...
PERLU DISIRAM... DAN JUGA DIBAJA...
AMALAN AGRONOMI... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Jamadilawal 144H).
Posted from:
Langit Rimba Eco Resort,
Pantai, Negeri Sembilan.

Monday, August 29, 2022

INDUSTRI BROMELIAD DAN PENJAGAANNYA (Part 1)

INDUSTRI BROMELIADS
memang agak kurang popular di Malaysia walaupun industri florikultur di Malaysia dilaporkan menjana pendapatan sebanyak RM449 juta (USD2003.5 million) pada tahun 2020. Industri florikutur ini disumbangkan daripada jenis tanaman hiasan seperti Bunga Ros, Orkid, Carnation, Chrysanthemum, Cut Leaves, Bunga Kering flowers dan bunga-bungaan lain-lain kategori. Dari beberapa sumber dilaporkan industri bromeliads di Malaysia bernilai RM70 juta setahun yang kebanyakannya adalah untuk pasaran eksport. Pada penulis blog mendapati dimana tumbuhan dari keliarga Bromeliaceae (keluarga Nanas) mempunya potensi besar untuk dikembangkan dalam negara. Bunga bromeliad yang sesuai dijadikan tanaman hiasan terutama untuk penjagaan dalam rumah perlu digalakkan proses pengeluarannya dan promosi. Ada genus menyatukan lebih daripada 60 spesies tumbuhan bromeliads dimana sebilangan besar bromeliads adalah sangat popular dalam industri ini. Tumbuhan bromelia ini dilaporkan banyak yang berasal dari kawasan tropika dan subtropik Amerika Latin. Hasil rujukan penulis blog dapati info asal usul nama 'bromelia' yanh mana ia didakwa berasal dari nama seorang doktor dari Sweden dan ahli botani iaitu Olaf Bromelius. Marfologi tumbuhan bromeliads pula lazimnya mempunyai batang yang pendek dengan daun berwarna hijau pucat yang pekat dari struktur berkulit membentuk seakan 'corong'. Di bahagian atas pula berlaku proses perbungaan unim berwarna terang sama ada warna merah terang atau kuning tua serta beberapa kombinasi warna. Keunikan kombinasi warna ini biasanya menjadikan tumbuhan bromeliads merupakan sejenis tanaman hiasan menarik dan berbentuk yang pelik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai industri bromeliads dan cara-cara penjagaannya untuk dijadikan bahan rujukan semua.
  

Tumbuhan bromeliads sesuai diletakkan dihalaman rumah, dalam nurseri, diatas rak atau di atas meja studi dan yang paling popular masa kini adalah diletakkan di jendela atau tingkap rumah. Perkara ini dilakukan disebebkan tanaman bromelidas ini memang memerlukan cahaya matahari yang banyak. Bagaimana pun didapati bagi sesetengah spesis bromeliads ia perlu dikaji keperluan cahaya mataharinya kerana ada spesis yag perlukan banyak cahaya matahari sedangkan ada juga spesis yang akan menyebabkan daunnya terbakar. Jika daunnya rosak terbakar maka kesannya adalah tanaman itu mula menjadii layu dan tidak sihat dan boleh menyebabkan kematian. Bunga bromeliads memang tidak bertolak ansur dengan udara yang tertutup atau terhalang kerana ia perlukan keadaan sistem pengudaraan biasa. Oleh itu disyorkan agar semasa memilih lokasi meletakkan pasu bromeliads ditingkap rumah sebaiknya diletkkan pada tingkat pada arah timur. Ini membolehkan ia mendapat cahaya pagi yang banyak untuk membolehkan ia tumbuh dengan baik. Bagaimana pun dikalangan mereka yang tinggal di negara iklim temperate perlu dijaga agar pokok bromeliads ini tidak terkena kipas angin dan penghawa dingin atau tingkap terbuka di musim sejuk. Kemudahan untuk memberikan cahaya buatan perlu dilakukan terutama di musim dingin yang agak panjang berlaku agar pokok bromeliads hidup dengan baik. Beberapa laporan kajian menyatakan suhu optimum pada musim panas yang sesuai untuk bromeliad adalah 20 - 25 darjah Celcius sahaja. Pada musim sejuk pula perlu diawasi kerana asasnya tumbuhan bromeliads akan bertahan pada suhu sekeliling diantara 15 -18 darjah Celcius. Tumbuhan bromeliad adalah jenis termofilik dimana pada suhu sekeliling jatuh kepada 12 darjah Celcius menganggu pertumbuhannya. Di Malaysia pula lazimnya ia sesuai ditanam sepanjang tahun terutama dari spesis tropika dan perkara suhu tidak menjadi masaalah.

Penjagaan tanaman bromeliads merupakan satu aktiviti yang perlu diamalkan dan dicari info penting mengenainya. Bagaimana pun antara syarat penting untuk menjaga bunga ini adalah memastikan penyiraman mesti dapat dijalankan secara berkala. Memang sangat perlu peminat mempastikan kadar kelembapan sentiasa sesuai dan aktiviti untuk melembapkan tanah dilakukan dengan kerap terutama ketika musim panas (Sila lihat foto disebelah). Pada bulan-bulan panas, penyiraman disediakan hampir setiap hari. Sebaiknya penyiram dilakukan berhati-hati seperti dengan menuangkan air ke bahagian atas bromeliads bercorong yang dibentuk oleh susumam daunnya. Sekiranya sukar untuk melakukannya makan baja foliar cecair tersebut boleh dituangkan ke dalam tanah pasu. Pastikan sentiasa memeriksa dimana baja cecair tidak boleh dibiarkan bertakung di permukaan campuran tanah dalam pasu. Bagaimana pun diingatkan dimana pastikan mesti selalu ada air di dalamtanah pada pasu tersebut dan susun jadual penyiraman mengikut musim hujan atau musim panas. Disyorkan dalam keadaan biasa penyiraman dilakukan dengan kekerapan minima sekitar sekali sahaja seminggu. Penyiraman dengan betul mengikut jadual akan menghasilkan perumbuhan bromeliads yang sihat. Apa pun tanaman bromeliad memang sesuai dengan kadar kelembapan udara 70% dengan memeriksa kadar tahap kelembapan iaitu dengan menggunakan alat sesuai atau terkini gunakan aplikasi yang ada didalam Handphone sahaja. Dikawasan nurseri swasta mereka yang cukup modal akan menyiram dengan 'misting spray' sahaja menggunakan sistem yang sesuai. Dirumah pula boleh menggunakan botol semburan yang sesuai untuk menyembur halus tanaman bromeliads mengikut kesesuaian masa. Pastikan meniram dengan air paip yang telah dinyah klorin lebih dahulu. Kalau boleh bagi mendapatkan pertumbuah terbaik disyorkan untuk mengelap daun bromeliads denga kain lembap.

Penanaman bromeliads dengan menggunakan media tanah seuai dilakukan pada spesis yang tertentu. Dalam beberapa keadaan dilaporkan ada spesis b
romeliads suka jenis tanah agak berasid. Penanaman didalam pasu pula sebaiknya tidak digalakkan menggunakan tanah kebun untuk proses penyediaan bahan substrat. Pilihan terbaik ialah campuran tanah yang ada dijual di nurseri (3:2:1) dibeli untuk tujuan menanam bunga orkid dan lain-lain media pasu dimana lazimnya komponen pasir dan bahan organik ditambahkan. Jika ingin membuat tanah sendiri perlu disesuaikan dengan komponen memasukkan humus, tanah liat, arang atau pun sphagnum dan kemudian ianya dikeringkan dengan baik. Bagi pengurusan pembajaan disyorkan untuk menggunakan baka cecair (Foliar fertilizer) bagi tujuan memberi makan bromeliads untuk pembungaan. Perlu juga diingatkan untuk membezakan antara pemberian bagi baja daun dan baja akar. Dalam usaha memberikan baja daun sebaiknya baja cecair pekat untuk tanaman berbunga dibancuh dengan air dan komposisi yang dihasilkan dimasukkan ke dalam botol penyembur dan disembur kepada makhota (crown) sehingga basah. Untuk baja akar pula dilakukan dengan menyiram permukaan tanah  dengan komposisi baja foliar yang pekat. Teknologi yang diamalkan adalah dimana untuk tanaman bromeliads yang mana di puncak berbunga sebaiknya kekerapan memberi baja adalah 2 kali sebulan. Bagaimana pun dinegara temperate dilaporkan pada musim sejuk maka prosedur ini dikurangkan menjadi hanya sekali dalam 1-2 bulan sahaja. Sebagai perinatan dimana sebaiknya setelah membeli atau menanam bromeliads maka perlu dielakkan 'gegaran' semasa proses memindah, mengalih atau membawa tanaman tersebut. Begitu juga semasa memindahkan bromeliads yang telah membesar didalam pasu yang kecil. Mula-mula disediakan pasu yang lebih besar dan diisikan dengan media tanah sesuai sehingga penoh. Buat lubang penanaman ditengahnya dan tuang dengan air secukupnya (jangan terlalu banyak). Masukkan pokok bromeliads bersama akarnya dan dipadatkan pada bahagan perdu sehingga stabil dan letakkan dilokasi sesuai. Artikel ini dibahagikan kepada 2 segmen iaitu Part 1 dan Part 2 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BROMELIADS... MUDAH TANAMNYA...
BENIH DIBELI... DALAM PASU ADA...
PERLU DISIRAM... DAN JUGA DIBAJA...
AMALAN AGRONOMI... INFO DITERIMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(11 Jamadilawal 144H).
Posted from:
Langit Rimba Eco Resort,
Pantai, Negeri Sembilan.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...