Support My Blog

Showing posts with label SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN. Show all posts
Showing posts with label SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN. Show all posts

Wednesday, March 15, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (PART 6)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO. Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang selalu akan mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Perosak endemik seterusnya Kumbang Pengorek Buah Mangga atau fruit borer (Sternochetus frigidus atau Sternochetus olivieri) akan menyerang buah Mangga sehingga buah tersebut rosak. Kumbang pengorek buah mangga adalah perosak berbahaya kuarantin di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. Perosak ini boleh menjejaskan industri buah mangga negara kerana ia menyebabkan buah mangga tidak dapat dieksport ke luar negara. Perosak ini tersebar dengan meluas di beberapa buah negara seperti India, Indonesia dan Thailand. Perosak ini telah berjaya dipintas oleh Merinyu Kuarantin Tumbuhan dari memasukki Malaysia melalui pengimportan buah mangga segar dari negara-negara berkenaan. Kumbang dewasa membuat teresan kecil pada kulit buah dan bertelur di situ ketika buah mangga masih di peringkat putik lagi. Bila menetas, larva akan mengorek lubang terus ke biji dan akan membesar di dalam sehingga dewasa. Kaedah Kawalan dilakukan dengan cara amalan membungkus semua buah pada peringkat 40 - 50 hari selepas berputik iaitu apabila buah mangga sebesar telur ayam.Sembur dengan racun serangga yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian setiap dua minggu dari 40-45 hari selepas berputik sehingga buah dituai. Bagi amalan kultur sebaiknya buah mangga yang diserang atau gugur di atas tanah perlu dimasukkan ke dalam beg plastik, diikat dan ditanam sedalam 1 inci. Sekiranya perosak ini dijumpai sila berhubung dengan pejabat Jabatan Pertanian yang berdekatan. Serangga endemik ke 41 adalah Hama yang menyerang tanaman hiasan, bunga keratan dan juga sayur-sayuran. Serangga ini dikenali juga sebagai spider mite (Tetranychus urticae) selalunya kurang diawasi dilapangan. Hama ini akan menghisap cairan tumbuhan dimana ia akan merosakkan jaringan saluran makanan.


Serangan serangga endemik Kutu Thrips (
Thrips hawaiiensis, Haplothrips pictipes dan Selenothrips rubocinctus) pada
mangga berlaku dimana serangga yang amat kecil ini merupakan serangga dari Order Thysanoptera dan keluarga Thripidae yang amat kecil dan mampu merosakan banyak jenis tanaman termasuk tanaman mangga. Kutu Thrips merupakan serangga kecil yang merupakan sejenis perosak yang penting dalam industri tanaman dan ternakan. Ramai diantara kita mungkin tiak pernah nampak thirps ini kerana saiznya yang sangat halus sekitar 1 mm (milimeter) dan ianya merupakan serangga yang tidak boleh terbang. Laporan daripada beberapa sumber rujukkan mendapati serangga Thrips ini mempunyai lebih 5,000 spesis yang menyedut cairan dalam tumbuhan atau haiwan dengan menyucuk (puncturing) dan seterusnya merosakan sel tisu dan akan berlaku serangan oleh patogen lain seperti kulat dan sebagainya. Bagaimana pun terdapat sedikit spesis thrips yang berfaedah kerana ianya makan serangga perosak tanaman yang lain seperti kutu daun, kumbang dan sebagainya. Serangga ini bergerak perlahan dan ianya boleh diterbangkan oleh tiupan angin daripada satu pokok kepokok yang lain jika cuaca dang angin sesuai. Serangan pada putik buah juga akan menyebabkan putik buah terdapat tanda seperti parut berwarna coklat kkehitaman dan akhirnya akan gugur dan kelihatan seperti terbakar (Sila lihat foto sebelah). Serangan kutu thrips juga menyebabkan buah yang akan terhasil kelak akan kelihatan hodoh dimana ada tanda-tanda parut pada kulit buah. Kawalan serangan kutu thrips pada pokok mangga perlu dijalankan secara membuat jadual pemantauan kehadiran kutu thrips terutama semasa musim kering. Pemeriksaan kebun pada musim berbunga dan ketika pengeluaran banyak daun pucuk muda juga perlu dibuat sekerap mungkin. Cara untuk mengira populasi thrips dengan mengetuk bahagian daun muda dan tadah dengan kertas dibawahnya. Jika sebanyak 5 ekor atau lebih kutu thrips jatuh keatas kertas maknanya kawalan perlu dijalankan. Serangga perosak endemik ke 43 dalam senarai adalah Kutu Thrips yang menyerang bunga keratan, buah-buahan dan juga tanaman sayuran dikenali sebagai Thrips palmi dan juga Frankliniella occidentalis. Seterusnya adalah serangga Pengorek Buah Durian (Tonica terasella) atau Durian fruit borer yang merosak dan menurunkan kualiti buah durian.


Perosak yang ke 45 dalam senarai endemik adalah yang terbaru iaitu Rumput Miang atau Itchy Grass (Rottboelia cochinchinensis) yang memang menyebabkan kegatalan.  Selain itu kehadiran rumpai Rumput Miang Mexico pernah menggemparkan negara apabila ia menjadi rumpai yang merbahaya. Anda boleh menbaca artikel tulisan saya mengenai rumput ini dengan pautan (Sila klik disini) dan banyak lagi artikel saya. Hanya satu perosak vetebrata yang disenaraikan untuk dijadikan bahan rujukkan. 
Haiwan Tikus (Rattus argentiventer) yang menjadi endemik kepada banyak tanaman terutama tanaman padi, kelapa sawit dan sebagainya. Tikus merupakan sejenis mamalia Rodent dari keluarga Muridae yang terdapat diseluruh dunia dan dikaitkan dengan binatang perosak di rumah, kebun, sawah padi dan setor penyimpanan. Terdapat sebanyak 64 spesis tikus di seluroh dunia. Spesis tikus dikelaskan mengikut saiz, lokaliti, warna, pemakanan, perangai dan sebagainya. Ramai manusia geli dan takut akan tikus kerana binatang ini memang selalu berdekatan dengan manusia semenjak kewujudannya. Terdapat juga tikus yang di pelihara sebagai 'pets' dalam rumah seperti 'Hemster' yang mudah didapati dikedai. Tikus paling mudah di kelaskan kepada 'TIKUS HITAM' dan 'TIKUS COKLAT'. Jenis tikus hitam (Rattus rattus) mempunyai kulit bulu warna hitam sementara kumpulan tikus coklat atau dikatakan juga sebagai Tikus Kebun (Rattus norvegicus) mempunyai kulit bulu berwarna kecoklatan. Kita di Malaysia sering mendengar berita mengenai 'kencing tikus' yang boleh menyebabkan kematian dan sakit teruk. Kini peringatan sentiasa diberikan agar berwaspada semasa banjir dan mengunjungi kawasan rekreasi hutan yang tercemar denan kencing tikus. Umumnya petani terutama pesawah memang memusuhi tikus kerana ia mampu merosakkan tanaman padi dengan teruk jika tidak dikawal dengan sempurna. Serangan tikus terhadap tanaman padi menyebabkan kerugian sehingga 100% jika tidak dikawal dan berlaku serangan maksimum. Kamampuan kadar pembiakan tikus sawah yang cepat dalam sarang tikus dalam tanah mampu memakan dan merosakan tanaman padi. Banyak kali kita mendengar bagaimana terdapat banyak kawasan penanaman padi yang menjalankan kempen '1 ekor tikus RM 1.00' untuk musnahkan sarang tikus dalam lubang tanah. Kawalan dijalankan dengan kaedah iaitu menggunakan Racun Kimia seperti jenama "MATIKUS' dan berbagai produk lain (Warfarin). Burung Pungguk Jelapang Padi (Tyto alba) mampu makan 40 ekor tikus jika diletakkan didalam kawasan sawah padi dalam Sarang Burung Pungguk. Pemusnahan sarang tikus juga sangat berkesan memerangi populasi tikus. Terdapat beberapa kaedah atau petua dalam menurunkan populasi tikus di sawah seperti menggunakan semburan jering dengan bakawali dan lain-lain lagi.
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya.  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...

PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

Tuesday, March 14, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (PART 5)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO. Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Perkara ini juga selalunya akan membawa makna kepunyaan atau berasal daripada bagaimana sekumpulan manusia atau tumbuhan di sesuatu tempat tertentu. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Daripada 30 perosak endemik serangga iaitu Koya (
Oidium nephelii) yang selalu menyebabkan masaaalah Kulapuk berdebu atau Powdery mildew terutama pada buah rambutan sering dijumpai. Seterusnya ke 35 adalah serangga endemik iaitu serangga Orseolia oryzae yang menyebabkan serangan Penyakit Tombak Padi (Rice gall midge) wlau pun ia kurang dikenali. Seterusnya adalah serangga Kumbang Tanduk (Oryctes rhinoseros) yang sering menyerang tanaman kelapa di Malaysia. Kumbang ini dikenalpasti sebagai perosak kepada tanaman seperti Kelapa, Kelapa Sawit, Nipah, Pinang, Nibong dan semua jenis tanaman ornamental daripada Palmae.  Kitaran hidup kumbang tanduk diperingkat telur selama 11-13 hari sahaja sebelum ia menetas dan menjadi larva. Telurnya adalah kecil, berukuran 3.0 mm yang berbentuk oval dan berwarna putih. Peringkat larva adalah selama 80-90 hari dimana ia mempunyai ukuran panjang badan sekitar 80-100 cm dengan lebar sekitar 25 mm. Pada peringkat ini ia berwarna kekuningan sedikit. Kemudian ia menjadi pupa selama 19-27 hari dimana saiznya sekitar 50 cm panjang dan lebarnya 2.0-2.5 mm dan ia berwarna perang kekuningan. Peringkat yang kita sering lihat dan suka adalah peringkat dewasa selama 30 - 60 hari. Saiz dewasa sekitar 35-50 cm panjang dan 20-23 cm lebar dengan warna yang perang tua atau hitam berkilat. Kawalan menggunakan perangkap feromon juga lazim dilakukan untuk mengawal kumbang tanduk. Bahan feromon yang digunakan adalah 'Rhinoceros beetle pheromone'. Feromon ini dipasang dengan kadar 1 perangkap untuk setiap 2 hektar. Bau ini akan menarik kumbang jantan dan ia akan terbang masuk dalam baldi atau PVC yang dipasang dan kemudian kumbang tersebut dimusnahkan (Sila lihat foto sebelah). Kawalan yang juga sering dilakukan adalah dengan menggunakan racun kimia. Kaedah ini dilakukan sekiranya pasti ada serang dengan bahan Gamma BHC 6.5% dengan 9 bahagian serbuk papan dan ditabur dicelah-celah pucuk pokok kelapa. Kaedah lain adalah semburan racun Cypermethrin pada bahagian pucuk daun kelapa yang dilakukan mengikut arahan pada label. Kawalan kumbang tanduk dilakukan bagi mengurangkan risiko serangan yang boleh memusnahkan tanaman.


Serangga perosak Koya atau Mealybug yang menyerang Nangka (Pseudococcus sp. dan Cataenococcus hispidus) akan menerosakan buah dan turunkan kualiti buah nangka. Dalam pada itu serangga endemik ke 38adalah yang paling digeruni di Malaysia iaitu Kumbang Jalur Merah (Rhynchophorus 
vulneratus) atau Red stripe weevil  yang menyerang tanaman kelapa dan palmae lain. Pokok kelapa yang diserang mungkin nampak sihat sahaja sehingga ia kehilangan pucuk, mati dan akhirnya tumbang. Penanam kelapa perlu mampu mengetahui dan mengenali RPW dan kaedah kawalan. Pokok kelapa dikawasan yang diserang perlu diperiksa walau pun ia masih mempunyai buah dan daun. Ini kerana larva RPW yang memakan umbut dalam batang kelapa menyebabkan pokok berlubang ditengahnya. Serangan boleh bermula daripada bahagian pucuk pokok atau pangkal batang pokok dengan menebuk lubang. Kaedah memasang perangkap feromon dikawasan tanaman kelapa merupakan teknik yang paling mudah dilakukan bagi pastikan kehadirannya. Kaedah lain mengawal serangan dan kehadiran RPW adalah dengan membuat semburan racun serangga. Petani digalakkan menyembur bahan kimia yang disyorkan. Bagi pokok kelapa yang masih rendah atau pada peringkat anak pokok racun jenis Cypermethrin atau Dimethoate sesuai digunakan sama ada disiram atau pun di sembur pada pucuk, daun dan batang menggunakan Pam Penyembur. Seterusnya bagi pokok kelapa yang tinggi dan besar cara meracun dengan menggunakan racun jenis Imidachloprid melalui teknik dikenali sebagai 'soil- drenching' yang dilakukan disekeling pangkal pokok. Racun jenis lain yang sesuai digunakan adalah Dinotefuran yang disembur pada bahagian batang kelapa. Teknik yang sesuai untuk mengawal serangan RPW bagi pokok yang telah besar dan tinggi adalah dinamakan "Trunk Injection". Teknik ini telah penulis lakukan dahulu di Mersing untuk mengawal serangan serangga Artona spp. Jenis racun untuk digunakan untuk trunk injection adalah jenis yang kuat iaitu Monocrotophos atau jenis Methamidophos. Kerja mengorek lubang pada pangkal perdu pokok kelapa dilakukan menggunakan gerudi dengan mata sepanjang 1 kaki bergarispusat 1 cm. Gerudi batang pokok dan buat lubang sebelum racun tersebut dimasukkan kedalam lubang khas menggunakan 'injector'. Kemudian lubang perlu ditutup semula dengan tanah liat atau plastercin. Buah kelapa yang telah dibuat trunk injection tidak boleh diambil sebagai makanan kerana racun ini adalah sistemik dan merbahaya kepada manusia. 


Serangga endemik seterusnya adalah Kutu Beruang Padi (
Scotinophora coarctata) atau Rice black bug yang menyerang dimana kutu beruang berwarna hitam selalu gemar berkumpul pada pangkal rumpun padi dekat dengan paras air pada waktu siang. Berbau busuk dan gemar pada cahaya dan mudah dijumpai pada bulan penuh (full moon). Serangga dewasa dan anak menghisap cecair dari pokok padi dimana seterusnya menyebabkan pokok menjadi kering (bugburn). Bahagian yang sering diserang ialah bahagian buku batang. Pada peringkat padi beranak, jika serangan berlaku, pokok padi akan menjadi bantut dan mengurangkan bilangan anak. Jika serangan pada peringkat bunting pokok akan dapat mengeluarkan tangkai yang pendek atau padi akan menjadi hampa. Kawalan dengan membakar jerami padi setelah selesai menuai kerana kutu bruang boleh tinggal di dalam tunggul padi. Membersihkan sawah dari rumpai kerana kutu bruang boleh menyesuaikan hidupnya dalam persekitaran berubah-ubah dan boleh hidup selama 200 hari.
Jika tiada tanaman padi, ia boleh hidup di celah-celah tanah yang lembah dalam kawasan berumput. Sebaikny lakukan aktiviti pembajakan tanah dengan sempurna. Kawalan kimia pula boleh menggunakan racun kimia bila perlu dan berhemah serta patuhi arahan penggunaan seperti di label iaitu racun yang mengandungi perawis aktif Alpha-cypermethrin, Diazinon, Fenobucarb dan Malathion. Bernama melaporkan 'Petani Rugi Padi Diserang Kutu Beruang' apabila empat puluh dua petani mendakwa mengalami kerugian kira-kira RM200,000 apabila 60 hektar tanaman padi yang mereka usahakan di Kampung Gong Kulim, Pasir Putih, Kelantan musnah diserang serangga kutu beruang. Ketua petani kampung berkenaan Yusuf Hamat (50) dakwa serangga itu mulai menyerang ketika pokok padi berumur tiga minggu selepas ditabur benih (Sila lihat foto disebelah). Tanaman padi yang diserang itu menjadi kering dan hangus akibat kepanasan dan terus musnah dan rosak teruk. awasan tanaman padi itu. Walau pun petani telah berusaha untuk menyelamatkan tanaman mereka daripada serangan serangga itu dengan menyembur racun tetapi tidak berhasil.  Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...

PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

Monday, March 13, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (PART 4)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO. Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Perkara ini juga selalu membawa makna kepunyaan atau berasal daripada bagaimana sekumpulan manusia atau tumbuhan di sesuatu tempat tertentu. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info penting mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Seterusnya adalah jenis s
erangga Pengorek Buah atau Fruit Borer (Conopormorpha cramerella) terutama bagi buah rambutan dan koko. Serangga perosak utama tanaman koko di Malaysia ini telah mula ditemui di Sabah pada tahun 1980 dan kemudian di Sarawak pada tahun 1983 dan akhirnya di Jasin Lalang Estate, Jasin, Melaka pada 1986 (sewaktu itu saya bertugas di Melaka) dan akhirnya diistiharkan sebagai serangga perosak di seluruh Malaysia pada tahun 1993. Peringkat larva (Ulat) merupakan tahap paling merbahaya menyerang buah koko oleh UPBK. Serangga dewasa akan bertelur 1 - 3 hari ahaja dan telur akan menjadi larva dalam tempoh 14 - 17 hari sebelum menjadi peringkat 6 - 7 hari dan akhirnya peringkat serangga dewasa hanya 6 - 7 hari menjadikan jumlah lama kitaran hidupnya elama 27 - 33 hari (Sila lihat foto paling atas sekali). Mengenalii simptom atau tanda serangan oleh UPBK adalah penting. Akibat pemasakan buah yang tidak sekata kita boleh lihat dimana buah yang masih hijau terdapat tompokan kuning manakala buah berwarna kuning mempunyai tompokan hijau. Buah yang diserang UPBK lazimnya akan menjadi lebih berat dan tidak bergoncang isinya berbanding dengan buah yang tidak diserang yang ringan dan bila digoncang ada ruang biji didalamnya. Seterunys serangga ke 24 adalah serangga Koya atau Mealybug (Dysmicoccus brevipes) yang menyerang tanaman nanas yang juga dikenali sebagai Dysmicococcus neobrevipes dan Pseudococcus jackbeardsleyi.  Serangga Koya sama juga ada yang menyerang rambutan (Dysmicoccus brevipes),  Exallomochlus hispidus,  Planococcus spp.dan  Pseudococcus spp.. Serangga yang menyerang jenis sayuran iaitu Lelompat Hijau (Empoasca  fabae) juga telah disenaraikan sebagai perosak endemik. 


Turut disenaraikan sebagai serangga endemik oleh Jabatan Pertanian adalah s
erangga Pianggang atau Rice Bug (Leptocorisa oratorius, L. lepida, L. chinensis atau  L. acuta) yang mana ia menyerang tanaman padi. Serangga ini adalah merupakan sejenis serangga dari genus Leptocorisa iaitu dari kumpulan Hemiptera dalam kelas Insecta yang berbau busuk dan sering merosakan tanaman terutamanya padi. Nama lain serangga ini adalah Pianggang dan juga Cenagau. Serangga ini juga mampu untuk merosakan tanam-tanaman lain yang terdapat di dalam kebun di negara kita. Pianggang merupakan serangga yang digelar sebagai Rice Gundi Bugs dalam sawah padi dengan menghisap cairan susu semasa pembentukkan padi dari biji padi yang mula terbit.Kawalan serangga perosak tanaman Kesing ini boleh dijalankan dengan kaedah Amalan Kultura dan juga cara Kawalan Kimia. Jika hanya terdapat beberapa ekor sahaja dikawasn kebun atau depan rumah boleh dikawal cara mekanikal dengan menangkap dan memicitnya sehingga mati. Bagaimana pun kawalan ini dilakukan apabila tahap serangan mencecah 'treshold level' untuk dibuat kawalan. Bagi kawalan secara kultura lazimnya perlu dijalankan dan jaga kebersihan ladang dengan membersihkan rumput-rumput seperti rumput sambau di sekeliling sawah, batas dan di dalam petak. Rumput ini merupakan tumbuhan yang dijadikan bahan makanan dan rumah altenatif bagi kesing terutama semasa tanaman padi telah dituai. Rumput-rumput ini boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai dan menebas atau kaedah manual lain yang sesuai. Kaedah mengeringkan air sawah selama 3-5 hari dari kawasan diserang didakwa mampu mengurangkan serangan kesing dikawasan padi. Adalah digalakkan agar amalkan penanaman secara serentak kerana penanaman tidak seragam akan memberi makanan yang berterusan kepada kesing. Seterusnya dalam senarai ke 28 adalah serangga endemik adalah Ulat Pelombong Daun atau Leaf Miner (Liriomyza huidobrensis atau L. sativae) yang selalu menyerang sayuran dan bunga. Sererusnya adalah serangga Pengorek Buah Nangka (Margaronia caesalis) yang merosakkan buah nangka tersebut.  


Agak jarang dipaparkan perosak endemik Ulat Pengorek Biji Durian atau Durian seed borer (
Mudaria magniplaga) yang mana ia merosakan biji dengan cara memakannya.  Dikalangan pesawah dimana perosak endemik Bena Hijau atau Green leaf hopper (Nephotettix virescens atau Nephotettix nigropictus) adalah perosak yang ditauti mereka.  Bena hijau merosakkan tanaman padi samada dengan menghisap cecair dari pokok padi atau membawa virus yang menyebabkan penyakit merah (PMV). Kerosakan yang disebabkan oleh kehilangan cecair tidaklah begitu penting juka populasi bena hijau rendah. Walaubagaimana pun kejadian penyakit merah virus(PMV) boleh berlaku jika populasi ia meningkat dan membawa virus. hanya pembawa yang "infective" sahaja yang boleh menjangkitkan virus tersebut dimana kebanyakan bena hijau yang "infective"akan menjadi pembawa bukan infective setelah 4-5 hari atau setelah menjalani proses salin kulit. Selepas itu bena hijau mesti mendapatkan virus baru dari tanaman padi yang berpenyakit supaya ia boleh menjangkitkan virus kepada pokok padi yang lain. Nephotettix virescens juga membawa virus yang menyebabkan penyakit padi jantan. Edaran hidup bena hijau antara 17-41 hari di mana bena betina bertelur antara 100-300 biji telur warna putih, berbentuk curut dalam kumpulan di bahagian belakang seludang daun dan akan menetas antara 4-12 hari. Nim (anak bena) melalui 5 peringkat instar dan tempoh peringkat anak antara 14-29 hari. Dewasa berwarna hijau di mana bena betina lebih besar dari bena betina. Ada beberapa cara kawalan seperti menggunakan racun serangga dengan menggunakan racun serangga yang mengandungi perawis aktif seperti cabaryl, cartap hydrochloride,  buprofezin, malathion atau fenubucarb. Tersenarai pada kedudukan ke 32 adalah serangga Bena Perang atau brown plant hopper (Nilaparvata lugens) yang menyerang tanaman padi. Pada kedudukan yang ke 33 adalah Ulat Layar atau rice case worm (Nymphula depunctalis) yang menyernag tanaman padi terutama ketika padi baru ditanam. 
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...

PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

Sunday, March 12, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (PART 3)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO. Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Perkara ini juga selalu akan  membawa makna kepunyaan atau berasal daripada bagaimana sekumpulan manusia atau tumbuhan di sesuatu tempat tertentu. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Didalam buku diterbitkan Jabatan Pertanian Malaysia dimana ada sebanyak 46 jenis Perosak Endemik yang disenaraikan untuk diketahui pembaca blog semua. Perosak endemik adalah ditakrifkan sebagai perosak yang terdapat di sesuatu kawasan tertentu secara berkala, dengan kejadian serangan pada tahap rendahWalau pun ada disebahagian perosak tersebut yang mungkin agak jarang dijumpai sesetengah petani tetapi kemungkinan ia menyerang tanaman boleh berlaku sehingga merugikan hasil petani. Sebahagian besar dari kategori perosak adalah Serangga (Pest) dan diikuti dengan Kulat (Fungi), Bakteria, Nematod, rumpai dan juga vetebrataPerosak ini boleh menyerang tanaman dari fasa peringkat benih sebelum menanam sehingga kepada fasa pasca lepas-tuai hasil tanaman selepas dituai. Paling terkenal dikalangan petani adalah serangan oleh serangga Lalat Buah (Bactrocera carambolae, Bactocera dorsalis, Bactocera latifrons, Bactocera umbrosa dan juga jenis Zeugodacus cucurbitae). Serangga ini menyerang pelbagaai jenis sayuran dan buah-buahan yang ditanam pada banyak peringkat tanaman. Sebagai contoh bagi tanaman cili besar (Capsicum annum) dimana serangan lalat buah sama ada dari jenis Bactrocera latifrons atau Bactrocera cucurbitae akan menyebabkan simptom buah cili jadi reput dan berair dimana apabila buah cili dikoyakkan dilihat akan terdapat ulat kecil berwarna putih kekuningan. Kaedah kawalan yang selalu diamalkan adalah dengan menyembur racun serangga. Ia juga dikawal dengan menggunakan perangkap feromon (bahan pemikat) dimana dibubuh bahan iaitu Methyl eugenol sebagai hormon penarik. Kaedah lain adalah dengan membuang buah-buah cili yang diserang dan gugur dan dimusnahkan serta pastikan agar sentiasa menjaga kebersihan ladang. Racun serangga yang sesuai digunakan adalah yang ada bahan aktif seperti Permethrin (seperti Arsato®, Kilset 10EC®, AGR Pilar 10EC®), bahan aktif fenthion, Malathion (ZA Malathion 84EC®, WESCO Malathion®) dan juga Cypermethrin. 


Dalam senarai yang ke 18 adalah serangga 
Lalat Putih atau White fly (Bemisia tabaci) yang menyerang tanaman sayuran, bunga keratan dan tanaman akuatik juga perosak yang perlu diawasi. Seterusnya adalah serangga  Kumbang Hispid Kelapa atau Coconut hispid (Brontispa longissima) yang selalu menjadi musuh tanaman kelapa dengan memakan daunnya.  Kajian yang dibuat pakar menunjukkan bahawa hanya pada peringkat larva yang akan memakan tisu pucuk kelapa dan pucuk pokok-pokok palma. Apa yang terjadi kemudian keluar simptom yang menyebabkan daun seperti terbakar 'leaf burn' dimana ianya boleh dilihat dengan mata kasar. Selau juga berlaku serangan teruk yang beoleh menyebabkan pengurangan hasil buah kelapa. Apa yang menyedihkan adalah jika ia melakukan serangan ke atas pokok muda menyebabkan pertumbuhan terbantut dan akhirnya anakbenih kelapa boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. Dalam senarai serangga perosak endemik ke 20 adalah serangga  Teritip atau Scale insect (Chrysomphalus  aonidum) yang mana ia menyerang tanaman hiasan. Teritip adalah sejenis serangga penghisap yang tinggal dan bertelur di permukaan daun, kelopak bunga atau batang yang lembut. Kepompong teritip akan menghisap cecair tumbuhan dimana ia mematikan sel-sel tanaman dan menjadikannya bertukar kepada warna kelabu perak, menghilangkan klorofil daun dan mengurangkan fotosintesis. Ia juga merosakkan buah (terutamanya tomato, timun dan lada benggala). Ia juga akan memindahkan virus yang akan menyerang buah terutamanya pada tomato.  Kawalan secara semulajadi oleh jenis Kumbang pemusnah iaitu sejenis kumbang bersaiz kecil yang memiliki tubuh yang leper dan mulut yang tersembol keluar yang digunakan untuk menghisap kepompong dan tubuh Teritip Saya mencadangkan penggunaan serangga pemangsa sebagai kawalan. Hanya jika ia tidak dapat dikawal, barulah anda boleh menggunakan racun serangga. Racun serangga perosak yang sesuai untuk mengawal Teritip antaranya ialah Minyak Putih, Albolineum No 2 atau Malathion (Racun sentuh). Racun ini menggunakannya dengan berhati-hati dan berkala serta elakkan dari membunuh serangga pemangsa yang bermanfaat.


Perosak serangga jenis Ulat Lipat Daun Padi atau Paddy Leaf roller (
Cnaphalocrosis medialis) akan merosakkan daun padi dengan melipatnya. Ulat Lipat Daun ini merupakan salah satu perosak utama dalam industri tanaman padi. Ulat ini terdapat dikawasan sawah padi di Malaysia, Thailand, Indonesia, Myanmar dan juga Filipina. Kupu-kupu dewasa mempunyai warna putih kekuningan dengan bahagian kepak terdapat garisan perang merentangi kepak. Kupu-kupu dewasa ini sangat aktif dan bertelur pada waktu malam. Sepanjang dewasa seekor kupu-kupu ini mampu bertelur sebanyak 250 biji. Saya tak boleh nak kira berapa banyak populasi kupu-kupu ulat ini dalam satu lokasi sawah padi yang tidak diperiksa. Telurnya sama ada dalam sebiji-sebiji atau berkelompok dibahagian bawah daun dan lazimnya menetas dalam masa 5 hari sahaja. Larvanya mempunyai 4-6 instar berukuran 12-25 mm dimana hidup selama 15-13 hari. Pada masa itulah larva ini akan menyerang daun padi dari peringkat muda sehingga dewasa. Larva akan menyerang padi daripada peringkat awal pertumbuhan sehingga padi berbuah dengan menggulong daun dan mencantumkannya dibahagian hujung. Larva akan makan bahagian hijau daun sehingga meninggalkan bahagian kutikelnya. Tanda serangan apabila dilihat terdapat jalur-jalur berwarna ceraah yang bertompok-tompok pada daun. Larva akan menjadi kepompong dalam masa 7-8 hari yang berwarna coklat berukuran 9-12 mm sebelum keluar menjadi kupu-kupu dewasa. Kajian mendapati penggunaan baja UREA yang berlebihan akan menyebabkan merebaknya perosak ini. Antara kawalan biologi perosak ini adalah dengan Kumbang, Ladybird dan Labah-labah yang memakan serangga ini disawah. Kawalan kimia sama seperti kawalan kimia diatas.  Dalam senarai seterusnya adalah Ulat Pengorek Buah (Conogethes punctiferalis) yang merosakkan buah durian dan buah rambutan. Tanda serangan apabila terdapat lubang pada permukaan buah dan terdapat najis serta sisa-sisa pada isi atau pangsa buah jika buah dibuka. Kualiti buah akan terjejas apabila buah durian diserang ulat ini dan isi sesuai dibuat lempuk jika tidak terjejas dalam pngsa buah. Kawalan dengan pasang perangkap lampu UV Light dengan jarak 20-30 kaki untuk memerangkap induk dewasa diladang dan bubuh minyak campur air dibawahnya. Gunakan racun serangga peringkat awal ikut label. 
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...
PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

Saturday, March 11, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (PART 2)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO. Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Perkara ini juga selalu akan membawa makna kepunyaan atau berasal daripada cara bagaimana sekumpulan manusia atau tumbuhan di sesuatu tempat tertentu. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info penting mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Didalam buku diterbitkan Jabatan Pertanian Malaysia dimana ada sebanyak 46 jenis Perosak Endemik yang telah pun disenaraikan untuk diketahui pembaca blog semua. 
Perosak endemik adalah ditakrifkan sebagai perosak yang terdapat di sesuatu kawasan tertentu secara berkala, dengan kejadian serangan pada tahap rendah Walau pun ada disebahagian perosak tersebut yang mungkin agak jarang dijumpai sesetengah petani tetapi kemungkinan ia menyerang tanaman boleh berlaku sehingga merugikan hasil petani. Sebahagian besar dari kategori perosak adalah Serangga (Pest) dan diikuti dengan Kulat (Fungi), Bakteria, Nematod, Rumpai dan juga Vetebrata. Perosak ini boleh menyerang tanaman dari fasa peringkat benih sebelum menanam sehingga kepada fasa pasca lepas-tuai hasil tanaman selepas dituai. Terdapat 4 jenis penyakit yang disebabkan oleh nematod dilaporkan dalam senarai perosak endemik. Pertama adalah 
Nematod Aphelenchoides besseyi  yang menyebabkan Penyakit Pucuk Putih (White Tip Nematod) iaitu kepada tanaman padi. Penyakit ini tergolong sejenis penyakit baru yang menyerang tanaman padi di sebabkan oleh nematod yang akan menyerang dua bahagian tanaman padi iaitu daun dan benih padi. Penyakit White Tip ini bersifat tular benih dimana penyebarannya dapat disebarkan melalui benih padi yang terinfeksi nematod. Selain padi dilaporkan nematod ini boleh menyerang tanaman lain seperti jagung, cili, kacang soya, keledek, bawang dan tanaman chysanthemum. 


Jenis kedua dalam senarai perosak endemik adalah Perosak Nematod Meloidogyne  incognita dan Meloidogyne javanica yang menyebabkan Penyakit Bintil Akar nematod. Nematod jenis ini adalah jenis yang paling mudah dijumpai dalam kawasan kebun di Malaysia dimana cara serangan nematod puru akar bermula dari peringkat anak benih bagi kebanyakan jenis tanaman seperti Jambu batu dan Cili. Nematod mampu bertelur sehingga 200,000 biji dalam tanah dan larva yang menetas akan bergerak kepada akar tumbuhan. Semasa dalam akar larva akan membesar dan menjadi nematod dewasa yang membengkak dalam akar berbentuk seperti Puru atau membengkak (Sila lihat foto disebelah). Kitaran hidup nematod ini sekitar 27 - 28 hari tetapi mampu membiak dengan kuantiti yang banyak. Tanda serangan apabila tumbuhan menjadi terencat, bantut, keguguran daun sehingga pokok akhirnya boleh mati jika bergabung dengan serangan oleh kulat, bakteria dan sebagainya. Serangan nematod yang perlu ditangani ialah serangan terhadap tanaman jambu batu, pisang, tembakau dan bunga-bungaan, terutamanya kekwa dan anthurium. Serangan nematod boleh dikawal di peringkat penyediaan tanah untuk anak benih. Campuran tanah tersebut perlu dipastikan bebas daripada nematod. Pemastian ini dilakukan dengan menganalisis aras dan jenis nematod. Jika aras populasinya tinggi dan jenis nematodnya berbahaya, rawatan menghapuskannya perlu dilakukan. Rawatan pada jumlah tanah yang sedikit ini, menjimatkan kos penyediaan dan kerugian hasil di peringkat ladang dapat dikurangkan. Kaedah rawatan yang biasa digunakan ialah pengewapan dengan wap air dan pengwapan dengan fumigan. Pada tanaman tembakau dan bunga-bungaan, rawatan dazomel pada tapak semaian sebelum biji benih tembakau ditabur dan anak benih bunga-bungaan ditanam, mampu menyekat serangan awal nematod. Pendekatan yang sama digunakan dalam mengawal serangan nematod terhadap anak benih di dalam polibeg. Rawatan menggunakan bahan kimia fenamifos, karbofuran dan cadusafos pada kadar yang rendah terhadap anak benih dalam polibeg dapat mengurangkan serangan nematod puru akar pada tanaman jambu batu, pisang dan tembakau.


Jenis Nematod Pratylenchus spp.  adalah 
sejenis nematod yang ada di Malaysia dan menyerang beberapa jenis tanaman seperti Pisang, Kacang Tanah dan beberapa jenis bunga-bungaan atau pokok Ornamental. Nematod Lesion yang bersifat endoparasitik yang masuk dalam akar tumbuhan dan juga akan merosakan dengan membentuk lession yang berwarna kehitaman. Pokok Kekwa dan Anthurium merupakan jenis tumbuhan yang paling serious serangan nematod jenis ini yang menyebabkan daun menjadi kuning, klorosis, akan terbantut pertumbuhan dan sering ujud populasi yang tinggi. Seterusnya dalaam senari adalah Nematod Radopholus similis iaitu sejenis nematod yang menyerang tanaman akuatik dan dikenali sebagai 'burrowing nematode'. Penulis blog mendapati dimana ada sebanyak 30 jenis perosak serangga didalam senarai perosak endemik di Malaysia. Serangga ini terdiri daripada jenis serangga pengunyah (kumbang, belalang, kupu-kupu, ulat bulu, siput dan lintah bulan). Terdapat juga jenis serangga penghisap yang membawa bakteria dan virus menyerang tanaman seperti kutu daun (aphids), kutu thrips, pianggang, koya hamama dan juga scale insect. Serangga perosak tanaman merupakan musuh kepada petani kerana ia selalu merosakkan tanaman yang ditanam sama ada dengan cara memakan daun, mengorek batang atau buah, menghisap cairan tanaman dan sebagainya. Serangga perosak tanaman ini mestilah dikawal dan dihapuskan secara semulajadi atau pun mekanikal tetapi penyemburan racun serangga menjadi pilihan ramai petani komersial dan konvensional di Malaysia. Serangga mempunyai kitaran hidup yang pelbagai dimana fasa serangan selalu pada fasa larva atau ulat dan juga fasa serangga dewasa. Ada sesetangah serangga ini mampu membiak dengan cepat dan singkat sehingga ia mampu menjadi perosak merbahaya kepada tanaman jika tidak dilakukan pengurusan perosak serangga dengan betul. Pertama dalam senarai perosak endemik adalah Serangga Allocarsidara malayensis yang mwnyerang tanaman durian. Kedua adalah serangga Artona catoxantha yang menyerang tanaman kelapa dengan memakan daun terutama dimusim kemarau yang juga dikenali sebagai coconut leaf moth. Penulis blog beberapa kali terlibat didalam mengawal serangan ulat artona di Mersing dan di Pahang semasa bertugas dahulu. 
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....

PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...
PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

Friday, March 10, 2023

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN (Part 1)

SENARAI PEROSAK ENDEMIK TANAMAN
merupakan satu senarai yang disediakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia didalam buku Prosedur Operasi Standard bagi pengurusan serangan perosak tanaman yang diterbitkan pada 2021 dalam edisi
 yang dirujuk buku berkaitan dengan rujukkan iaitu BK213/09.21/1000 (ISBN 978-983-047-278-2) terbitan oleh Jabatan Pertanian. Mungkin ramai kalangan pembaca blog yang baru sedar perkara mengenai situasi wabak penyakit yang berlaku susulan penularan virus Koronavirus (COVID-19) yang semakin merbahaya pada 2020. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengkategorikan situasi itu sebagai status pandemik. Kemudian dijelaskan apa itu pandemik dimana untuk memahami apakah maksud di sebalik terma itu saya kongsikan penjelasan makna di sebalik tiga terma yang menggambarkan situasi penularan wabak iaitu pandemik, endemik dan epidemik. Istilah pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan tidak terhad kepada sesuatu komuniti manusia atau hidupan (termasuk tanaman dan haiwan) atau daerah semata-mata. Wabak ini akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat. Pandemik bermula daripada penularan wabak di peringkat epidemik yang merebak secara meluas sehingga tidak dapat dikawal dan mampu membunuh ramai orang dan tanaman dalam masa singkat. Selain itu juga pembaca blog juga perlu memahami sekiranya sesuatu wabak itu berada pada peringkat endemik dan menyerang sebuah negara misalnya akan tetapi berada dalam keadaan terkawal maka wabak itu tidak akan dikategorikan sebagai satu pandemik. Antara pandemik penyakit yang pernah berlaku adalah wabak Antonine, wabak Jusne serta 'The Black Death' yang dipercayai membunuh puluhan juta orang sekitar abad ke 14. Insiden lain dimana satu-satunya pandemik yang sedang berlaku adalah penyakit HIV/AIDS yang diramalkan mampu mengorbankan sehingga 100 juta orang pada tahun 2025 kelak. Selain itu berlaku krisis Coronavirus (COVID-19) yang menghantui seluruh dunia dan di Malaysia dimana ia telah diklasifikasikan sebagai penularan wabak pandemik oleh WHO.  Persoalan mengenai perbezaan endemik, epidemik dan pandemik dijelaskan kerajaan. Kejadian Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesuatu kawasan atau daerah tertentu dimana ia termasuk kepada kes penularan wabak dalam skop yang lebih besar seperti melibatkan sesebuah negara. Perkara ini juga selalu membawa makna kepunyaan atau berasal daripada atau pun bagaimana sekumpulan manusia atau tumbuhan di sesuatu tempat tertentu. Sebagai contoh dimana penyakit malaria yang menyerang kawasan-kawasan di benua Afrika satu ketika dulu adalah antara endemik yang mengancam dunia. Tiga negara dalam dunia yang merekodkan wabak endemik paling tinggi adalah Republik Congo, Madagascar dan juga Peru. Endemik lain yang tercatat dalam sejarah termasuk penyakit demam kuning dan malaria di Congo, wabak bubonik di Madagascar, dan wabak demam kuning, wabak malaria dan wabak demam denggi di Peru. Dalam pada itu istilah Epidemik adalah pula adalah ia merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimana epidemik membawa maksud penyakit yang  berjangkit dimana ia mudah merebak dalam kalangan penduduk atau tanaman sesuatu kawasan pada waktu yang sama. Epidemik juga membawa maksud wabak yang menyerang sekumpulan manusia/komuniti atau menyerang tanaman. Terma ini digunakan sekitar tahun 1600 dahulu iaitu apabila berlakunya wabak dalam kelompok komuniti yang mana ia membabitkan orang Greek dan istilah itu masih kekal sehingga hari ini. Contoh wabak epidemik yang melanda negara kita ialah serangan virus nipah yang menyerang komuniti di daerah Kinta, Perak pada tahun 1998. Bagaimana pun sesuai dengan tajuk diatas bagi kategori tanaman ada disenaraikan pengurusan perosak merbahaya yang telah di wartakan, pengurusan perosak tanaman eksotik dan juga pengurusan perosak endemik. Artikel pada pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan kongsikan info mengenai senarai perosak endemik tanaman untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Didalam buku diterbitkan Jabatan Pertanian Malaysia dimana ada sebanyak 46 jenis Perosak Endemik yang disenaraikan untuk diketahui pembaca blog semua. 
Perosak endemik adalah ditakrifkan sebagai perosak yang terdapat di sesuatu kawasan tertentu secara berkala, dengan kejadian serangan pada tahap rendah Walau pun ada disebahagian perosak tersebut yang mungkin agak jarang dijumpai sesetengah petani tetapi kemungkinan ia menyerang tanaman boleh berlaku sehingga merugikan hasil petani. Sebahagian besar dari kategori perosak adalah Serangga (Pest) dan diikuti dengan Kulat (Fungi), Bakteria, Nematod, Rumpai dan juga Vetebrata. Perosak ini boleh menyerang tanaman dari fasa peringkat benih sebelum menanam sehingga kepada fasa pasca lepas-tuai hasil tanaman selepas dituai. Penulis blog merujuk buku tersebut dimana terdapat 3 jenis penyakit tanaman yang mana disebabkan oleh Bakteria. Penyakit terebut adalah Penyakit Reput Lembut (Soft rot atau disbeck) disebabkan oleh agen bakteria iaitu Bakteria Erwinia carotovora yang menyerang pokok nangka dan sayur-sayuran. Jenis bakteria kedua adalah dikenali sebagai Liberibacter asiaticus yang menyebabkan Penyakit Greening Limau (Asian greening disease) pada pokok limau. Jenis bakteria ketiga yang menyerang tanaman padi adalah Pseudomonas fuscovaginae yang menyebabkan Penyakut Reput Perang (sheath brown rot) pada tanaman padi. Penulis blog dapati terdapat tujuh (7) jenis perosak tanaman yang berpunca daripada Kulat (fungi) di Malaysia yang ada dalam senarai perosak endemik tanaman. Pertama adalah Kulat Lasiodiplodia  theobromae  punca Penyakit Reput Buah (Lasiodiplodia Fruit Rot) kepada buah nangka. Penulis blog ada juga menjumai penyakit ini di bberapa Taman kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di negeri Pahang dan pekebun kecil nangka lain. Kedua adalah jenis Kulat Meliola sp. iaitu penyebab kepada Penyakit Kulapuk Hitam (Black mildew) pada tanaman buah rambutan dan buah mangga terutama dalam musim lembap.  


Ketiga (atau ke 6 dalm senarai) adalah jenis Kulat Puccinia horiana iaitu menyebabkan serangan Penyakit Karat Putih (white rust) kepada tanaman Chrysanthemum. Seterusnya adalah disenaraikan jenis Kulat Phytophthora 
palmivora yang popular dimana ia menyebabkan Penyakit Bengkak Cerana Durian (Durian patch canker) bagi tanaman durian dan juga Penyakit Reput Buah (Durian) serta Penyakit Reput Pangkal (Nangka) di Malaysia. Kulat ini juga nenyebabkan kepada Penyakit Buah Hitam (koko), Penykit Reput Buah (Betik) dan juga Penyakit Reput Teras (Nanas) atau Penyakit Pineapple Heart Rot terutama nanas MD2. Kalau melihat akan kemusnahan serangan kulat ini didapati amat meluas serangannya dan amat merugikan petani. Penulis blog banyak kali menjumpai masaalah serangan oleh kulat ini semasa membuat tinjauan di kebun nanas dan juga tanaman durian. Apa pun Penyaki Bengkak Cerana yang 
menyerang Durian oleh sejenis kulat iaitu Phythopthora palmivora. Simptom serangan ialah pada kulit batang durian yang kelihatan nekrosis bercampur dengan tompok-tompok hitam, ada lelehan cecair dan berlaku keguguran pada daun. Tanda lain ialah pengeluaran bunga dan buah yang banyak. Simptom bermula dengan lesion pada permukaan kulit kayu diikuti dengan pengaliran gummy (seperti damar) berwarna coklat kemerahan. Serangan biasanya bermula pada bahagian batang dan bergerak ke bahagian atas dimana apabila bahagian kulit dikikis makabatang menjadi kemerahan. Lama kelamaan ranting-ranting akan menjadi layu dan kering diikuti dengan kematian dahan- dahan bermula pada bahagian atas (mati rosot). Pada peringkat serangan teruk, daun-daun akan gugur, bunga keluar dengan banyaknya dan pokok akan mati.  Cara kawal penyakit ini ialah dengan melaksanakan Amalan Pertanian Baik (APB-GAP) dan cara buangkan pada bahagian kulit kayu yang diserang dan musnahkannya. Sapu racun kulat yang sesuai mengikut label yang disyorkan.


Seterusnya serangan oleh kulat adalah daripada sejenis 
Kulat termasuk Kulat Pseudoperonospora cubensis yang mana ia boleh menyebabkan kepada Penyakit  Kulapuk Downy (Downy mildew) kepadaa banyak tanaman daripada famili cucurbitaceae. Kulapuk Downy ialah sejenis penyakit kulat yang seringkali menyerang tanaman seperti melon dan timun. Simptom yang terdapat pada pokok apabila diserang dengan kulapuk downy ini adalah daun pokok akan bertukar menjadi warna kekuningan dan pokok akan mati secara perlahan lahan kerana kulapok downy sudah merosakkan klorofil daun. Kulapok Downy ialah sejenis penyakit kulat yang menyerang pokok melon yang berasosiasi dengan parasit iaitu Oidium phyllanthiPeringkat awal serangan kulapok Downy akan kelihatan tompokan berbintik kuning pada permukaan daun. Tompokan ini akan membesar dan bergabung dan menyebabkan daun kelihatan rosak seperti terbakar dan rapuh (Sila lihat fotoo disebelah). Kawalan yang umum digunakan ialah dengan membuat semburan racun kulat debu daripada bahan yang ada bahan aktif seperti thiram, daconil, mancozebdan keeper. Selain daripada kawalan racun, kaedah kawalan kultural juga boleh digunakan dengan mengamalkan kaedah penggiliran tanaman, memberikan ruang yang cukup untuk pengudaraan dan sinaran matahari pada pokok serta menjaga kebersihan ladang. Seterusnya adalah Kulat Pyricularia oryzae yang menyebabkan Penyakit Karah Padi (Rice blast). Biasanya penyakit karah padi ialah sejenis penyakit padi yang berbahaya disebabkan oleh kulat ini yang boleh menyebabkan kehilangan hasil padi sehingga 100% dan menurunkan mutu padi. Ia merupakan penyakit bawaan biji benih. Seterunya adalah jenis Kulat Rhizopus artocarpi yang menyebabkan kepada Penyakit Reput Buah Nangka dan juga Kulat Rhizopus stolonifer yang menyebabkan Penyakit Rhizopus Buah NangkaPenyakit reput buah nangka adalah sejenis penyakit yang menyerang buah nangka dan ia menyebabkan hasil tanaman anda berkurangan. Penyakit ini disebakan oleh kulat yang dikenali dengan nama Lasiodiplodia theobromea dan juga Rhizopus spp. Simptom penyakit ini adalah seperti pada bahagian empulur kelihatan kehitaman bermula daripada bahagian tangkai buah nangka sehingga keseluruhannya. Simptom lain adalah dimana terdapat bintik perang karat pada isi dan jerami buah dan simptom ke 3 dimana bunga nangka akan menjadi reput dan diseliputi miselium hitam. Seterusnya yang ke 4 adalah dimana serangan pada tangkai dan buah nangka akan bermula dengan bintik kecil dan membesar menjadi coklat kehitaman serta reput lembut. Bagaimana pun petani perlu tahu bagaimana pengurusan penyakit ini perlu dilakukan. Pertama sekali perlu mengamalkan amalan pertanian yang baik, buang dan musnahkan bunga dan buah yang berpenyakit sama ada atas pokok atau yang gugur serta sentiasa menjaga kebersihan ladang. Sebaiknya perlu menanam benih nangka daripada verieti yang rentang atau tahan kepada penyakit reput buah. Ke 4 adalah dimana petani kena pastikan amalan pembajaan dan pengapuran adalah sempurna. Sebenarnya apabila berlaku serangan penyakit teruk maka lakukan semburan racun kulat jenis kuprum pada bunga, buah dan tangkainya. Penyakit ini perlu dipantau selalu didalam kawasan kebun. 
Artikel ini ditulis dalam enam (6) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5 dan Part 6 yang perlu dibaca bersama semuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalallam..!....
PEROSAK TANAMAN... DISENARAIKAN...
PEROSAK ENDEMIK...ADA DINYATAKAN...
JENIS KULAT, BAKTERIA....DAN HAIWAN...
PERLU DIKAWAL... SIHATKAN TANAMAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1306, Starwell Hotel,
Bandar Baru Kuala Lipis,
Kuala Lipis, Pahang,
Malaysia.
(15 Syaaban 1444H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...