Asal-usul Lagenda Mawas memang tidak berapa jelas dimana didalam cerita rakyat Melayu dimana Mawas ialah makhluk seperti kera gergasi yang boleh berdiri tegak seperti manusia dan berbulu lebat seluruh badan. Namanya dipercayai berasal dari perkataan Melayu lama 'Mawas' yang bermaksud 'spesis orang hutan liar'. Di zaman dulu dimana kalangan masyarakat kampung percaya bahawa mawas ini sebenarnya manusia yang terkena sumpahan iaitu kisah yang sama seperti legenda orang bunian atau manusia jadi harimau. Ada juga cerita yang mengatakan mawas ini adalah ia keturunan manusia zaman purba yang tidak pernah muncul di dunia moden. Dalam wikipedia di laporkan dimana Mawas atau istilah saintifiknya Hominoidea adalah salah satu cabang daripada primate antropoid Dunia Lama yang berasal dari Afrika dan Asia Tenggara. Ia merupakan kelompok yang bersaudara kepada monyet Dunia Lama yang bersama-sama membentuk klad Catarrhini hanya mawas dibezakan daripada primate lain oleh ciri kelebihanya dalam kebebasan bergerak pada sendi bahu yang berkembang dengan pengaruh brakiasi. Dalam pada itu dimana istilah 'mawas' tidak termasuk manusia dan oleh itu ia tidak bersamaan dengan takson Hominoidea. Terdapat dua cabang yang masih wujud dalam superfamili Hominoidea iaitu pertama Jenis Ungka (Mawas Kecil) dan Jenis Hominid (Mawas Besar). Apa pun dilaporkan keluarga Hylobatidae atau mawas kecil termasuk empat genus dan sejumlah enam belas spesies ungka yang termasuk ungka tangan putih dan siamang dimana semuanya berasal dari Asia dan hidupnya amat tertumpu pada pokok dimana ia malah ia gemar berkaki dua di atas tanah. Ia mempunyai badan yang lebih ringan dan kumpulan sosial yang lebih kecil daripada kera yang hebat. Dalam pada ini bagi keluarga Hominidae (hominid) atau jenis mawas besar termasuk tiga spesies orang utan dan semua subspesiesnya, dua spesis gorila dan subspesiesnya, dua spesies cimpanzi dan subspesiesnya, dan satu spesies manusia yang masih ada dalam satu subspesies yang ada. Apa pun kecuali gorila dan manusia, hominoid adalah jenis yang pemanjat pokok tangkas. Mawas dilaporkan ia memakan pelbagai makanan asas tumbuhan dan haiwan akan tetapi rata-ratanya daripada bahan tumbuhan seperti buah-buahan, daun, tangkai, akar dan biji dan ia termasuk kacang dan biji rumput. Makanan manusia kadang-kadang sangat berbeza dengan mawas sejajar dengan perkembangan teknologi dan pelbagainya habitat sebab jenis manusia adalah spesies hominid yang paling banyak malahan manusia mampu untuk mengatasi bilangan semua primat lain sebanyak ribuan kali. Apa pun di laorkan dimana kebanyakan hominoid bukan manusia adalah spesies yang jarang didapati atau terancam kepupusan. Ancaman utama kepada kebanyakan spesies terancam adalah kehilangan habitat hutan hujan tropika, malah beberapa populasi makin terancam oleh kegiatan memburu untuk daging. Mawas-mawas besar Afrika juga menghadapi ancaman dari virus Ebola dimna ancaman ini ia dianggap sebagai ancaman terbesar untuk bertahan hidup kera Afrika. Wabak Ebola dipersalahkan atas kes kejadian kematian sekurang-kurangnya sepertiga gorila dan cimpanzi sejak tahun 1990 sehingga kini tahun 2026 ia masih ujud.
Menarik mengenai Mawas dimana dalam kepercayaan masyarakat Orang Asli lokal iaitu mawas turut dikenali dengan nama 'Orang Dalam' atau 'Hantu Jarang Gigi' adalah salah satu istilah yang dilaporkan ia mencerminkan rupa parasnya yang amat menggerunkan, bertaring dan sukar untuk ia ditafsirkan sama ada manusia, binatang, atau makhluk ghaib. Dalam beberapa testimoni dilaporkan iaitu ketinggian Mawas dianggarkan sekitar 2.4 - 3.0 meter (8 hingga 10 kaki) dimana ia dikatakan berkeliaran di hutan hujan tropika yang tebal dan jarang dimasuki kalangan manusia. Apa pun dilaporkan ada sesetengah penduduk kampung percaya bahawa Mawas mendiami kawasan terpencil seperti Banjaran Titiwangsa dan rimba belantara di negeri Johor. Menyentuh tentang mitos yang menyatakan Mawas sebenarnya ia bukan sekadar makhluk liar tetapi juga penjaga alam. Ia muncul apabila hutan tempat tinggalnya diceroboh atau akan muncul apabila ada berlaku gangguan terhadap keseimbangan alam yang suci. Kerana itu didalam kalangan Orang Asli dimna Mawas dianggap makhluk keramat dan ditakuti serta dihormati dalam komuniti mereka. Ada di laporkan pelbagai laporan iaitu kes penampakan Mawas telah direkodkan sejak kurun ke-19 dimana dilaporkan ada salah satu kes tertua direkodkan pada tahun 1871 iaitu apabila sekumpulan pembalak mendakwa terserempak dengan makhluk besar berbulu hitam yang berjalan tegak di hutan dalam Negeri Johor. Apa pun sejak itu, laporan demi laporan menyusul terutamanya pada tahun 1953, 1970-an dan kemuncaknya pada tahun 1995 apabila beberapa jejak kaki aneh bersaiz luar biasa ditemui di tebing sungai di negeri selatan tanah air. Tapak kaki yang berukuran lebih 40 cm panjang itu dikatakan memiliki empat jari dan ia tanpa kesan kuku dan jauh lebih besar berbanding mana-mana manusia atau haiwan biasa (Sila lihat foto disebelah). Apa pun saintis dapati dimana tapak kaki mawas ialah kesan tapak kaki gergasi yang didakwa milik Orang Mawas atau juga dikenali sebagai Bigfoot Malaysia atau Hantu Jarang Gigi iaitu satu temuan dari jenis makhluk mitos berbulu yang dikatakan tinggal di pedalaman hutan khususnya sekitar kawasan Hutan Simpan Tanam Negara di Johor. Dilaporkan kesan tapak kaki ini ditemui dan diperkatakan kerana cirinya pertama Bersaiz Luar Biasa dimana tapak kaki yang ditemui biasanya seakan ia menyerupai bentuk kaki manusia akan tetapi bersaiz sangat besar dimana ada yang mencecah sehingga 18 inci (kira-kira 46 sentimeter) panjang. Kedua cirinya ia adalah Jenis Jejak Berpanjangan iaitu berada di kawasan seperti hutan Johor yang ada terdapat penemuan ratusan kesan tapak kaki yang bersambung menjadi jejak berterusan sepanjang lebih 1 kilometer. Ciri ketiga dimana ia menjadi Bukti Misteri iaitu ada kewujudan tapak kaki inilah yang sering menjadi bukti utama serta mencetuskan pelbagai ekspedisi pencarian bagi tujuan mengesan makhluk mawas tersebut, terutamanya selepas mencetuskan fenomena besar sekitar tahun 2005 dan 2006. Dilaporkan dimana pada tahun 2005 pula ada tiga pekerja kilang di sekitar kawasan Sungai Kincin, Johor mendakwa melihat tiga ekor makhluk besar menyerupai Mawas. Dua dewasa dan seekor anak kecil sedang berkeliaran di tepi hutan dimana gambar kesan tapak kaki telah diambil dan disiarkan dalam akhbar tempatan pada awal tahun 2006, mencetuskan kembali minat terhadap legenda Mawas. Sejak itu klangan para pencinta kriptozoologi dan para pengkaji paranormal dari dalam dan luar negara mula membuat ekspedisi ke hutan Malaysia untuk membuktikan kewujudan makhluk ini. Apa pun dari sudut sains, ada teori menyatakan Mawas mungkin sisa populasi Gigantopithecus blacki iaitu sejenis primat gergasi yang dipercayai pernah hidup di Asia Tenggara sekitar 300,000 tahun lalu. Apa jua kebenarannya dimana Mawas tetap hidup dalam imaginasi dan ingatan masyarakat Melayu sebagai simbol keagungan hutan dan misteri alam. Ia mengingatkan kita bahawa masih banyak rahsia rimba yang belum diterokai, dan bahawa manusia bukanlah satu-satunya penghuni dunia ini. Cerita tentang Mawas masih diceritakan dari satu generasi ke generasi lain, dan menjadi sebahagian daripada identiti budaya rakyat Malaysia.
Menarik membaca artikel ini dimana mitos Orang Mawas merujuk kepada legenda rakyat mengenai makhluk berbulu hitam atau perang yang mana ia berjalan tegak (bipedal) dan menyerupai beruk gergasi yang didakwa menghuni kawasan hutan tebal di Malaysia, terutamanya di sekitar Johor. Makhluk ini juga sering dikaitkan dengan mitos 'Bigfoot' versi Asia Tenggara. Dalam beberapa testimoni di laporkan ringkasan mengenai mitos dan legenda Orang Mawas dalam segi Rupa dan Saiz dimana dilaporkan didalam cerita lisan, ia didakwa bersaiz sehingga 3 meter tinggi, berbulu lebat dan mempunyai tapak kaki yang sangat besar. Kedua adalah mawas adalah satu Kepercayaan Tempatan terutama dikalangan masyarakat Orang Asli yang mendakwa makhluk ini sebagai 'Hantu jarang gigi' atau sejenis penghuni hutan dipendalaman. Ketiga dalam aspek Asal-usul Teori dimana kalangan para pengkaji memang ada yang berspekulasi bahawa mitos ini mungkin berasal daripada memori purba atau evolusi haiwan prasejarah seperti Gigantopithecus. Keempat dimana dalam Perspektif Sains iaitu dari kajian para komuniti saintifik secara amnya menolak kewujudan makhluk mistik ini dan menganggap dakwaan penemuan tapak kaki atau kelibat sebagai salah faham iaitu sama seperti terserempak dengan beruang matahari (sun bear). Dalam kes lain ada juga kepercayaan bahwa Mawas mungkin adalah spesies iguan yang masih hidup, meskipun teori ini ditolak oleh para saintis yang beranggapan bahwa penampakan tersebut hanyalah sekadar beruang matahari. Kalangan orang tertentu dimana menyebut sahaja nama Mawas atau penampakan Bigfoot kat kawasan hutan Endau Rompin, pasti semua orang pasang telinga nak dengar. Cerita mitos orang tua-tua pasal hantu berbulu lebat yang jaga yang berada kawasan hutan pun dah cukup nak buat bulu roma kita meremang. Apa pun dikisahkan dimana mawas adalah ianya merupakan jelmaan dari manusia yang menuntut ilmu hitam separuh jalan akan tetapi ilmu tu makan diri. Pernag ada kisah yang dakwa di Melaka pernah kecoh pasal mawas ini datang menyerang kampung sampai ada yang berusaha untuk membunuhnya tetapi tidak menjumpainya. Ada dakwaan yang mawas ini berada di kawasan hutan gunung ledang dimana timbuk kepercayaan iaitu dengan mawas ia tidak boleh lawan sebab dia kebal dan rahsianya adalah kena tunggu masa dia tidur lepas itu boleh ditepuk belankang mawas sekuat mungkin dimana kalau mawas tersebut tidak menoleh maka ilmu kebal dia akan turun kepada sesiapa yang berani menepuknya. Apa pun kisah dan mitos mengenai mawas memang berterusan mengikut generasi. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BANYAK MITOS...PELBAGAI CERITA...
ADAKAH BENAR... RAMAI PERCAYA...
MEMBACA ARTIKEL...SERONOKNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(27 Muharram 1448H).





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.