Tumbuhan selaput tunggul dilaporkan menganggu petani terutama di kasawan kebun dan dusun sebab ia cepat membiak dan kuat makan baja serta memenuhi ruang. Apa pun penulis blog dapati dimana biji benih selaput tunggul di sebarkan begitu jauh melalui angin, binatang dan juga melalui air. Biji benih pokok selaput tunggul (spesies Chromolaena odorata atau Mikania micrantha) sangat halus dan ringan, dilengkapi struktur rerambut yang membolehkannya diterbangkan angin dengan mudah. Sebatang pokok invasif ini mampu menghasilkan sehingga 20,000 hingga 800,000 biji benih dalam satu musim.
Kalangan petani perlu menguruskan rumpai selaput tunggul ini untuk melindungi tanaman dan pembasmian perlu dilakukan dengan berkesan sebelum fasa penghasilan biji benih bermula bagi mengelakkan ia merebak. Dilaporkan kadar pertumbuhan biji benih yang disebarkan adalah adalah rendah iaitu kira-kira 8 - 12 %% sahaja berbanding dengan rumpai jenis lain. Aspek cahaya, kesuburan tanah dan kejadian kebakaran tumbuhan ini menyebabkan kadar pertumbuhan biji benih akan jadi lebih cepat. Kaedah pembiakan utama selaput tunggul adalah Cara Vegetatif iaitu melalui akar dan batang sedia ada dikawasan yangg sedia ada. Selaput tunggul mudah tumbuh di kawasan lapang, tepi jalan, kawasan kebun baru diterangkan, di tepi landasan keretapi, belukar, kawasan kebun, tepi parit, tepi-tepi kebun sayur, kawasan dusun buah-buahan, pagar tepi rumah dan sebagainya. Ianya mampu tumbuh ditanah kurang subur seperti tanah bris, tanah gambut, tanah berliat apa lagi di kawasan tanah subur. Tumbuhan ini sangat responsif terhadap baja Potassium dengan tumbuh lebih cepat terutama jika tumbuhan atau kawasan selaput tunggul terbakar dimana ia akan tumbuh lebuh cepat dan subur. Selaput tunggul adalah sangat rimbun dan mempu menghasilkan Biomass yang tinggi. Jika rumput ini diragut binatang maka kadar pembiakan kekawasan lain lebih cepat melalui najis binatang. Selaput tunggul merupakan tumbuhan yang sangat cepat membiak dan mengambil zat makanan dan air dalam tanah serta meampu melitupi tanaman petani seperti getah , kelapa sawit dan buah-buahan. Ianya menhalang dan mengurangkan penerimaan cahaya matahari kepada tanaman dan ruang untuk tanaman kita. Kajian juga menunjukkan selaput tunggul mengeluarkan bahan kimia yang dipanggil Phenolic dan Flavanoid yang mengganggu tanaman petani. Kesan akibat kerosakan selaput tunggul sangat ketara pada kawasan tanaman baru dibuka dan pokok muda dikebun.
Selaput tunggul ialah tumbuhan rumpai tropika sebagai jenis tumbuhan invasif yang tumbuh melilit dan ia memanjat. Tumbuhan invasif ialah spesies tumbuhan dari luar yang membiak dengan agresif di habitat baharu tanpa musuh semula jadi. Ia merosakkan ekosistem dengan bersaing mendapatkan nutrien dan membunuh tumbuhan asal. Contoh biasa di Malaysia termasuk Akasia (Acacia mangium), Kiambang (Salvinia molesta) dan Rumpai Miang Mexico (Parthenium hysterophorus). Tumbuhan ini boleh dirujuk melalui garis panduan Spesies Asing Invasif (IAS) oleh Jabatan Pertanian Malaysia atau lihat senarai tumbuhan yang dikeluarkan oleh CABI Invasive Species Compendium. Selaput Tunggul adalah sejenis tumbuhan rumpai liar yang berasal dari kawasan Amerika Tengah dan Selatan, termasuk dari selatan Amerika Syarikat hingga ke kawasan tropika. Ia dikenali dengan gelaran 'Mile-a-minute' kerana tabiatnya yang memanjat, menjalar dan selalu tumbuh dengan sangat pantas. Penulis blog dapati ada terdapat dua jenis utama yang paling lazim ditemui di Malaysia di mana kedua-duanya berasal dari Amerika Selatan dan sangat cepat membiak. Pertama adalah Jenis Selaput Tunggul (Mikania micrantha) yang mana ia juga dikenali sebagai rumpai 'mile-a-minute' kerana sangat cepat menjalar dan menutupi tumbuhan lain. Tumbuhan ini dilihat daunnya berbentuk seperti hati atau segi tiga dan tumbuhan ini menyerap nutrien dengan agresif. Tumbuhan ini menjadi ancaman kepada pekebun terutama di kawasan dusun, kebun getah, sawit serta tanaman makanan lain. Jenis kedua adalah Jenis Pokok Kapal Terbang atau ia juga di gelar juga sebagai Jenis Pokok Jepun (Chromolaena odorata) yang mana ia juga tergolong dalam keluarga selaput tunggul, ia merupakan pokok renek berkayu lembut yang sangat invasif. Daunnya berbentuk segi tiga dan apabila di ambil ia akan mengeluarkan bau yang kuat apabila direnyuk. Di sesetengah tempat pula ia dikenali sebagai 'Siam weed' atau 'Rumput syaitan'. Bagaimana pun kedua-dua tumbuhan ini dianggap musuh utama petani kerana ia boleh membunuh tanaman lain dengan menyekat cahaya matahari dan bersaing mendapatkan nutrien. Dalam bahasa Inggeris selaput tunggul ini ia di kenali sebagai 'Bitter Vine'. Secara morfologinya iaitu pokok ini mempunyai ciri fizikal dengan daunnya berbentuk hati (tiga segi), bersaiz 4 hingga 13 cm panjang dan selalu ia mempunyai tepi yang bergerigi dan tersusun dengan secara berpasangan. Batangnya jga adaah ia berwarna hijau, langsing, tidak berkayu dan tumbuh dengan cepat secara menjalar atau memanjat. Ia mempunyai bunga berwarna putih atau hijau pucat, berkelompok dalam jambak yang lebat. Ia adalah tumbuhan yang ada biji yang ringan dengan rerambut halus yang membolehkannya tersebar jauh ditiup angin.
Selaput tunggul atau ia juga turut dikenali sebagai pokok kapal terbang ia sering digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat luka, melegakan gastrik, dan sebagai penawar untuk kuku cagu. Manfaat utamanya merangkumi aktiviti rawatan seperti Penyembuhan Luka iaitu dengan cara mengambil daunnya diramas hingga mengeluarkan jus hijau dan ditepek pada luka bagi menghentikan pendarahan dan mampu mempercepatkan pemulihan luka pada mangsa. Ia juga digunakan dalam cara Merawat Masalah Kuku dan Kulit dimana jus daun ini sering disapu pada kuku yang bermasalah (cagu) dan kulit yang gatal. Masaalah Cagu atau dikenali sebagai kuku cengkam adalah keadaan menyakitkan di mana sisi atau hujung kuku tumbuh dan terbenam ke dalam kulit di sekelilingnya. Ia juga biasanya berlaku pada ibu jari kaki, menyebabkan bengkak, kemerahan, kesakitan, dan kadang-kadang jangkitan atau bernanah. Punca utama kes cagu termasuk sebab memotong kuku terlalu pendek atau melengkung pada bahagian tepi atau disebebkan memakai kasut yang terlalu sempit atau ketat dan akan berlaku kecederaan pada kuku kaki. Bentuk kuku yang memang melengkung secara semula jadi juga boleh sebabkan isu cagu. Dalam pertanian dimana selaput tunggul akan hasilkan daun dan batang yang banya sebagai biomass dan ia sesuai dikumpulkan dan digunakan sebagai bahan kompos atau sungkupan yang boleh manjadi baja kompos. Disebabkan oleh jenis tumbuhan ini bersifat invasif dan dianggap rumpai agresif di kawasan pertanian maka kehadirannya ia perlu segera di kawal dengan sitematik. Khasiat utama Daun Selaput Tunggul dilaporkan boleh dijadikan bahan untuk rawatan sebagai Penawar Gout dimana di katakan ia mempu untuk mengurangkan sakit sendi akibat asid urik tinggi. Ia juga di percayai akan Merawat Gastrik iaitu boleh melegakan sakit perut dan masalah angin. Selaput tunggul didakwa dengan Ubat Penahan Darah iaitu ia boleh Menghentikan pendarahan pada luka kecil dengan cepat. Dalam pada itu ia boleh bantu untuk Kawal Darah Tinggi iaitu ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Seterusnya kehebatannya dalam cara Mengawal Diabetes yang membantu mengawal tahap gula dalam darah. Seterusnya didakwa ia baik untuk Kesihatan Jantung iaitu mampu mencegah masalah saluran darah jantung tersumbat. Perlu diketahui diana pokok Selaput Tunggul atau lebih dikenali sebagai Rumpai Syaitan adalah spesis rumpai invasif yang sangat agresif. Ia merupakan ancaman besar kepada sektor pertanian dan ekosistem. ANcamannya termasuk Cara Pertumbuhan Luar Biasa dimana dilaporkan ia boleh tumbuh sehingga 30 cm sehari dan cepat memanjat atau melilit tanaman lain. Ia akan bersaing dari aspek perebutan nutrien dan ruang dengan menutup tanaman komersial daripada mendapat cahaya matahari. Perlu di ketahui dimana akibat pembiakan Agresif mengancam dimana sepokok boleh menghasilkan sehingga 800,000 biji benih yang disebarkan dengan mudah oleh angin. Tumbuhan ini beracun dan berbahaya kepada haiwan ternakan jika dimakan. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.