Dalam beberapa tinjauan di laporkan dimana secara asasnya ada terdapat beberapa jenis beras pulut hitam yang digunakan untuk membuat bubur dan kuihmuih. Jenis pertama adalah Jenis Pulut Hitam Panjang dimana jenis ini paling sesuai dan popular digunakan untuk membuat bubur kerana teksturnya yang lebih lembut dan mudah kembang apabila dimasak. Beras Pulut Hitam Panjang ialah jenis beras Pulut Hitam jenis asli yang biasanya digunakan khusus untuk membuat bubur pulut hitam atau pencuci mulut sama ada di tanam di Malaysia atau diimport dari luar negara seperti dari Thailand. Biji benihnya lebih tirus dan panjang berbanding pulut hitam yang digunakan untuk membuat ketupat (yang berbentuk sedikit pendek dan lebih gemuk). Beran jenis ini ia mempunyai ciri teksturnya lebih keras dan berselaput dengan kulitnya menjadi sedikit kenyal dan sedap dikunyah apabila dimasak lama. Hebat sebab apabila dimasak ia akan menghasilkan warna ungu gelap atau kehitaman yang cantik bagaimana pun di laporkan dimana ia perlu dimasak lebih lama (atau direndam terlebih dahulu) supaya kembang dan lembut. Kedua ada Jenis Beras Pulut Hitam Separuh Putih dimana jenis ini dilihat biji pulut ini biasanya lebih pendek iaitu ia separuh hitam dan separuh putih. Ia lebih sesuai digunakan untuk membuat kuih seperti ketupat dan dari segi variasi hidangan pula jenis ini ia dikategorikan berdasarkan bahan tambahan atau cara masak dijadikan makanan. Jenis ketiga ada Jenis Beras Bubur Pulut Hitam Asli dimana ia hanya akan digunakan sebagai bubur pulut hitam sesuai ia dimasak bersama daun pandan serta dimaniskan dengan gula melaka atau gula perang. Terbaik dan selalunya ia dihidangkan iaitu bersama kuah santan pekat yang berlemak. Keempat dilaporkan ada Jenis Bubur Pulut Hitam Campur Kacang Merah dimana makanan ini di jadikan pulut hitam dicampur bersama kacang merah yang direbus empuk untuk kemudina ia akan memberikan tekstur dan rasa yang lebih pelbagai. Selain masak bubur pulut hitam di rumah lazimnya makanan ini ada dijual di beberapa lokasi dimana harga bubur pulut hitam di kedai atau gerai sekitar antara RM2.50 hingga RM5.00 bergantung pada saiz bekas dan lokasi. Apa pun jika suka memasaknya sendiri, harga bahan mentah (beras pulut hitam) di pasaran pula sekitar RM5.00 hingga RM10.00 untuk pek 500g atau 1kg. Uniknya ada produk Bubur Pulut Hitan yang Sedia Dimakan (Siap Masak) dijual dengan harga sekitar RM2.50 hingga RM5.00 sebekas dan ada produk Pek Segera (Ready to Eat) yang dijual sekitar RM6.50 hingga RM8.00 sepaket.
Beberapa laporan menyatakan jika bubur Pulut Hitam ialah pencuci mulut tradisional yang manis dan berkrim yang mana ia dimasak dengan merebus beras pulut hitam sehingga lembut, kemudian diperisakan dengan gula Melaka, daun pandan dan santan berlemak. Membuat bubur ini agak mudah sebab ia hanya perlukan beberapa langkah sahaja. Perlu disediakan bahan-bahan membuat bubur pulut hitam sepert bagi bahan bubur disediakan 1 cawan beras pulut hitam, 5 hingga 6 cawan air (untuk merebus), 1 ketul kecil gula Melaka, 3 sudu besar gula pasir, 1 helai daun pandan (disimpul) dan juga secubit garam. Bahan disediakan untuk buat kuah santan adalah seperti 1/2 cawan santan pekat, secubit garam dan juga 1 sudu kecil tepung jagung sebagai pilihan bertujuan untuk pekatkan sedikit kuah bubur. Cara memasaknya dengan merendam beras pulut hitan dan ia dibersihkan pulut hitam dan rendam sekurang-kurangnya 3 - 4 jam (atau semalaman) supaya lebih cepat empuk. Kemudian toskan pulut dan masukkan ke dalam periuk bersama 5 cawan air dan daun pandan. Rebus dengan api sederhana sehingga pulut kembang, lembut dimana kuah menjadi sedikit pekat. Apabila pulut sudah kembang maka ia sesuai untuk masukkan gula Melaka, gula pasir dan secubit garam. Kacau sehingga gula larut sepenuhnya dan tutup api. Cara masak Kuah Santan dimana didalam periuk berasingan, campurkan santan pekat, sedikit garam dan tepung jagung. Ia perlu dikacau sentiasa dengan api perlahan sehingga kuah mendidih sedikit, kemudian tutup api. Akhir sekali adalah bagaimana cara menghidangkan bubur pulut hitam dimana boleh di cedok pulut hitam ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah santan pekat di atasnya dimana ia sedia untuk dimakan.
Beberapa kajian menuatakan yang makanan bubur pulut hitam kaya dengan antioksidan (antosianin), serat tinggi dan pelbagai nutrien yang memberikan pelbagai kebaikan kepada tubuh. Apa pun dilaporkan antara khasiat utamanya termasuklah ia mampu Mencegah Penyakit Kronik sebab ada pigmen gelapnya mengandungi antioksidan tinggi yang membantu melawan radikal bebas, mengurangkan keradangan dan menjaga kesihatan jantung. Makan bubur ini ia akan membantu Melancarkan Penghadaman sebab kandungan serat yang tinggi membantu mencegah sembelit dan memberi rasa kenyang lebih lama. Ia bagus untuk Kesihatan Mata sebab ia kaya dengan karotenoid yang melindungi kesihatan retina dan dapat Membantu Mengawal Gula Darah dimana ia akan memperbaiki sensitiviti tubuh terhadap insulin. Sesiapa suka makan bubur pulut hitam juga ia Mencegah Anemia iaitu dengan membekalkan zat besi yang penting untuk bentu dalam pembentukan sel darah merah. Bubur Pulut Hitam adalah makanan yang kaya dengan antioksidan (anthocyanin) dan serat yang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun masih lagi ada 'ancaman' atau risiko yang boleh timbul iaitu ia bergantung kepada cara ia dimasak dan tahap kesihatan individu. Bagi mereka yang berisiko bahan gula dan kalori yang berlebihan dilaporkan jika bubur pulut hitam lazimnya dimasak bersama santan dan gula Melaka atau gula putih. Pengambilan yang kerap boleh menyebabkan lonjakan kalori, berat badan berlebihan, dan peningkatan risiko diabetes. Pernah juga di laporkan ada masalah penghadaman boleh berlaku sebab beras pulut adalah sejenis pulut (makanan glutinous) yang bersifat kenyal dan lambat hadam. Bagi orang atau individu yang mempunyai perut sensitif atau masalah gastrik, ia boleh menyebabkan perut kembung, senak atau pedih ulu hati. Waspada dengan isu lonjakan gula dalam darah kepada pesakit Diabetis sebab walaupun pulut hitam berkhasiat, sifat pulut itu sendiri melepaskan glukosa lebih cepat berbanding nasi putih biasa. Pesakit kencing manis juga diingatkan agar perlu mengawal jumlah kuantiti yang diambil dan mengelakkan penggunaan gula berlebihan.
Menarik dalam portal sinarharian.com dimana 'Tiga jenis bubur jadi rebutan penduduk' dimana di Kuala Selangor bukan sekadar bubur lambuk, malah bubur kacang hijau dan bubur pulut hitam turut menjadi tarikan utama kepada penduduk di Kampung Jaya Setia. Pihak JKKK ada membuat inisiatif yang selalu dijalankan secara gotong-royong itu mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat yang teruja menikmati juadah kegemaran mereka mengikut selera masing-masing. Mereka membuat penyediaan pelbagai jenis bubur yang mana ia bertujuan memastikan lebih ramai penduduk kampong agar dapat menikmati juadah berbuka. Selalunya ada yang suka bubur lambuk, tetapi ramai juga terutama kanak-kanak yang gemar bubur kacang hijau dan pulut hitam kerana rasanya lebih manis. JKKK ada sediakan ketiga-tiganya supaya setiap penduduk ada pilihan apabila berbuka nanti. Program yang diadakan di Masjid AL Hasanah, Kampung Jaya Setia bermula jam 8 pagi itu menyaksikan penduduk berganding bahu memasak, membungkus dan mengagihkan bubur kepada masyarakat setempat. Ada sebanyak empat kawah membabitkan sebanyak 3,000 pek disediakan bagi tujuan memasak tiga jenis bubur berkenaan. Selain diagihkan kepada penduduk Jaya Setia pihak JKKK juga turut mengedarkan di beberapa kampung lain antaranya di Jeram, Tanjong Karang dan Kuala Selangor. Memang selalunya tidak semua orang sempat memasak juadah berbuka, jadi bila ada program seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu. Program seperti ini diharap diteruskan setiap tahun bagi memupuk semangat kejiranan dan berkongsi rezeki di bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna sebagai bahan rujujjan pembaca blog anim agro technology. Wasallam!!!...
PULUT DIRENDAM..MASAK LAMA...
BANYAK KHASIAT... MAKAN BERPADA...
MEMBUAT SENDIRI..MUDAH SAHAJA...
By,
M Anem.
Seenior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(16 Zulhijjah 1447H).






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.