Support My Blog

Tuesday, July 14, 2026

TAWAS - APA DIA? (Part 3)

TAWAS ialah sejenis garam mineral semula jadi dimana ia dikenali secara saintifik sebagai Kalium Aluminium Sulfat yang sering digunakan sebagai deodoran semula jadi atau sevagau agen penjernih air dan juga sebagai agen perubatan tradisional. Tawas selalunya ia berbentuk hablur seperti batu jernih dan sangat popular kerana berupaya menghapuskan bakteria punca bau badan dengan berkesan (Sila lihat foto diatas). Kalangan masyarakat umum mngkin pernah sesekali mendengar akan 'tawas' dimana antara manfaat dan aspek kegunaannya yang paling ketara dalam seharian adalah menjadi Deodoran Semula Jadi sebab ia mampu untuk menyekat tindak balas antara bakteria dan peluh tanpa menyumbat liang pori-pori pada kulit dimana ini ia sekaligus menghilangkan bau badan. Sering juga tawas ini akan ia di gunakan untuk Merawat Ketiak dimana ia akan membantu memutihkan, menghaluskan kulit dan selalunya akan dapat merawat ketiak terutamanya aktiviti selepas bercukur. Daya menggumpal tawas mampu menjerap kotoran, racun dan lainnya, maka ia boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan secara membasahkan permukaannya dan disapu pada kulit celah ketiak secukupnya. Bagi penulis blog sejak kecil ada mendengar akan kehebatan tawas yang di katakan ia sebagai Penjernih Air dimana ia memang berfungsi sebagai bahan 'flokulan' untuk dapat memendapkan kotoran dalam air dan air akan menjadi sangat jernih sekali. Tawas telah dikenal sebagai flokulator yang berfungsi dalam menggumpal kotoran pada air keruh yang hendak dijernihkan ia mampu didalam mengendapkan koloid atau ampaian air kumbahan secara berkesan. Kemudian ia di gunakan sebagai Pati Perubatan Tradisional dimana selalunya tawas ini akan digunakan untuk merawat masaalah kesihatan seprti masaalah ulser mulut, membantu dalam mengecutkan jerawat dan meredakan masaalah akibat kes-kes luka kecil. Dalam beberapa rujukkan di laporkan tawas adalah kelompok garam rangkap berhidrat berupa kristal dan bersifat isomorf. Kristal tawas ini cukup mudah larut dalam air dimana tahap kelarutannya berbeza-beza tergantung pada jenis logam dan suhu. Ia salah satu sebatian yang dibuat dari molekul air dan dua jenis garam iaitu salah satunya biasanya Al2(SO4)3. Tawas kalium antara yang paling umum mempunyai rumusan sebagai formula K2SO4. Al2(SO4)3.24H2O. Apa pun bagi jenis tawas kalium merupakan jenis tawas yang paling penting dimana ia merupakan sebatian tidak berwarna dan mempunyai bentuk hablur oktahedral atau kubus ketika kededua kalium sulfat dan aluminium sulfat dilarutkan dan dibekukan. Larutan tawas kalium tersebut bersifat asidik. Tawas kalium sangat larut dalam air panas. Ketika kristalin tawas kalium dipanaskan terjadi pemisahan secara kimia dan sebagian garam yang terdehidrasi terlarut dalam air. Tawas adalah bahan kalis api dimana jenis tawas kalium memiliki takat lebur 900 °C. Jenis lain dari bahan tawas adalah aluminium sulfat yang mencakupi tawas natrium, tawas amonium, dan tawas perak. Tawas digunakan untuk industri pembuatan bahan tekstil yang tahan api. Tawas merupakan komponen dari foamit yang digunakan dalam alat pemadam kebakaran. Larutan yang mengandung tawas digunakan pada berbagai benda seperti kayu, kain, dan kertas untuk tujuan meningkatkan ketahanannya terhadap api. Tawas juga boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan. Ini terbukti, masyarakat zaman dahulu umumnya menggunakan tawas sebagai pengawet makanan sebelum tingkal atau bahan kimia lain mampu diperolehi. Aetikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai tawas sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Dilaporkan dimana tawas (atau alum) ialah sejenis garam galian semula jadi yang kaya dengan sifat antibakteria, antiseptik dan bersifat sebagai astrigen (mengecutkan pori). Ia sangat popular digunakan sebagai deodoran semula jadi serta mampu untuk merawat luka kecil (seperti selepas bercukur) dan mampu bagi membersihkan air keruh. Banyak di nyatakan akan beberapa kebaikan dan kegunaan utama tawas untuk kesihatan dan rutin harian pengguna. Kegunaan pertama adalah kemampuannya untuk Menghilangkan Bau Badan sebab tawas bertindak sebagai deodoran semula jadi yang berkesan membunuh bakteria punca bau di ketiak dan kaki tanpa menyumbat liang peluh. Kegunaan kedua adalah tawas akan Merawat Luka dan juga mampu Menghentikan Perdarahan sebab ia bersifat astrigennya membantu didalam mengecutkan saluran darah serta ia sangat bagus untuk menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka kecil akibat pisau cukur. Ketiga yang ramai perlu tahu adalah mampu untuk Mencerahkan Ketiak dan Warna atau Tona Kulit dimana dalam cara penggunaan konsisten dipercayai mampu untuk membantu memudarkan kesan gelap pada ketiak serta menegangkan kulit.  Keempat kegunaan tawas di laporkan ia mampu Mengatasi Masalah Jerawat sebab ia bersifat antibakteria serta ia boleh meredakan keradangan jerawat dan mengawal pengeluaran minyak berlebihan pada wajah dimana produk ini ada dijual di pasaran didalam bentuk cecair (liquid) yang mudah di sembur kemuka yang ada jerawat (Sila lihat foto disebelah). Kelima adalah kegunaan tawas sebagai Penjagaan Mulut dan juga Gusi dimana air larutan tawas (garam galian) sering digunakan sebagai ubat kumur untuk merawat ulser mulut (mata ikan) dan masalah gusi berdarah. Cara penggunaan tawas untuk kesihatan mulut adalah kaedah tradisional yang terbukti secara klinikal dapat membantu mengurangkan keradangan dan membunuh bakteria. Cara paling selamat adalah dengan melarutkan serbuk tawas di dalam air suam untuk dijadikan ubat kumur tetapi sebaiknya elakkan daripada menelan atau mengunyah tawas secara terus. Bagi merawat kes ulser mulut tawas yang bersifat antiseptik dan astrigen tawas boleh membantu mengeringkan luka ini. Bagi tujuan merawat kes gusi berdarah pula tawas mampu bertindak sebagai agen pengecut tisu (styptic) yang membantu dalam menghentikan pendarahan kecil dan mengurangkan bengkak pada gusi. Paling popular kegunaan tawas adalah sebagai Penapis Air dimana di dalam industri atau perkhemahan selalunya ia digunakan sebagai bahan koagulan untuk memendapkan kotoran dalam air agar atau supaya air menjadi jernih dan selamat untuk di gunakan. Dalam pada tawas berguna senagai bahan Penjagaan serta  Ketiak Lebih Segar dimana cuba mendapatkan batu atau serbuk tawas di kedai jamu berdekatan, pasar raya atau secara atas talian di platform untuk digunakan. Pengguna bahan tawas dakwa pengalaman positif mengenai kehebatan penggunaan tawas sebagai alternatif penjagaan diri sebagai cara yang sangat berkesan dan menjimatkan.


Apa pun berlawanan dengan ciri kebaikan dan penggunaan tawas di laporkan ada juga ancaman pengunaan tawas dan perlu di kongsikan faktanya. 
Tawas adalah bongkahan kristal yang terbuat dari garam mineral bernama kalium alum. Bahan ini mudah larut dalam air dan aman bila terkena kulit akan membantu menjadikan ia lebih sihat. Tawas (aluminium sulfat) adalah garam mineral yang popular digunakan untuk industri menjernihkan air, merawat luka ringan dan mengurangkan bau badan. Walaupun selamat untuk kegunaan luaran berskala sederhana akan tetapi bahan tawas boleh menjadi ancaman jika tertelan secara tidak sengaja, digunakan berlebihan atau diambil secara rutin dalam jangka panjang. Pertama adalah ancaman Kesan terhadap Kesihatan Dalaman dimana ada kajian menyatakan akan berlaku kerosakan kepada bahagian organ utama seseorang. Dilaporkan dengan pengambilan tawas dalam jangka masa panjang mendedahkan badan kepada lebihan bahan aluminium yang mana ALuminium iniadalah ia berisiko merosakkan organ detoksifikasi seperti Organ Hati dan Organ Buah Pinggang. Kedua dimana tawas juga memberikan ancaman kepada isu Masalah Tulang sebab kandungan logam dalam tawas boleh mengganggu penyerapan kalsium dan pembentukan sel tulang, sekali gus meningkatkan risiko patah tulang. Isu penggunaan tawas secara salah tidak merosakkan satu tulang spesifik tetapi ia sebaliknya sebatian aluminium di dalamnya boleh merosakkan keseluruhan sistem rangka manusia terutamanya ia akan juga meningkatkan risiko patah tulang pinggul dan mencetuskan penyakit kerapuhan tulang yang dipanggil osteomalasia iaitu kes tulang menjadi lembut (Sila lihat foto disebelah). Apa pun kesan buruk ini hanya berlaku jika tawas termakan atau diminum secara berlebihan (contohnya jika seseorang itu selalu meminum air kolam yang dirawat dengan tawas secara berlebihan atau menggunakan tawas sebagai ubat minum tradisional). Penggunaan pada bahagian luar pada kulit seperti deoderan ketiak adalah masih ia selamat dan dilaporkan tidak merosakkan tulang kerana molekul tawas terlalu besar untuk diserap ke dalam darah melalui kulit. Cara tawas merosakkan tulang dimana apabila aluminium daripada tawas masuk ke dalam sistem penghadaman dan diserap ke dalam darah maka ia akan mendap di dalam tisu tulang dan mengganggu fungsi badan iaitu gangguan menyekat Pembentukan Sel Tulang Baru dimana Aluminium menghalang aktiviti sel osteoblast (sel pembina tulang) yang boleh menyebabkan kepadatan tulang merosot. Ia juga akan menggangu aktiviti atau proses Penyerapan Kalsium dan Fosfat iaitu salah satu mineral penting untuk kekuatan tulang tidak dapat diserap dengan baik, menyebabkan struktur tulang menjadi rapuh dan lembut (osteomalasia). Ancaman berlaku Komplikasi Pesakit Buah Pinggang dimana bagi individu yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik, pengambilan tawas boleh menyebabkan masalah seperti anemia, osteoporosis (tulang rapuh) dan ancaman gangguan sistem saraf (ensefalopati). Akhir sekali ada ancaman kesan terhadap Kulit dan Luaran bila gunakan tawas bagi individu sensitif dimana akan berlaku kes Kerengsaan Kulit dimana penggunaan tawas dengan kepekatan tinggi atau pada kulit yang sangat sensitif boleh menyebabkan kemerahan, kegatalan dan kekeringan. Apa pun di laporkan tawas mengandungi bahan logam berat yang dapat berbahaya bagi tubuh jika diambil secara rutin sebab bahan logam berat dalam tawas dapat merosakkan organ detoksifikasi seperti hati dan ginjal dan meningkatkan ancaman seperti risiko patah tulang.


Asas fakta dan persoalan sama ada tawas selamat untuk di ambik dan airnya di minum menjadi igauan ramai pengguna. DIlaporkan t
awas telah digunakan sejak lama untuk tujuan penjernihan air dalam kolam yang keruh. Jernihnya air yang di rawat dengan tawas tersebut membuat banyak orang tertarik menggunakannya untuk digunakan walau pun ada yang ragu-ragu ancaman dan bahaya yang mungkin ada di sebalik isu penggunaan tawas untuk penjernihan air yang diambil selalu. Asasnya dimana tawas merupakan bahan kimia padat yang boleh ia berupa serbuk (powder) atau kristal (hard rock) yang selalu dilihat warna putih keruh dimana tawas atau aluminium sulfat memiliki rumus kimia Al2(SO4)3. Bahan kimia ini termasuk logam berat yang sering digunakan dalam proses penjernihan air dari kolam, diguna sebagai bahan kosmetik dan zat penyamak kulit atau proses mengubah kulit mentah menjadi kulit tersamak (leather). Selain itu bahan tawas juga banyak digunakan untuk pemakaian kulit luar seperti diguna dalam usaha pembersih ketiak dimana tawas sebagai bahan deodoran sangat aman digunakan mengingat manfaatnya yang banyak iaitu bermula dari mencerahkan ketiak sehingga menghilangkan bau tidak tidak menyenangkan. Meski tawas memiliki banyak manfaat untuk pemakaian di luar kulit dan selalu digunakan ke dalam tubuh menuai banyak perdebatan tentang isu ini. Isu seperti penggunaan air yang merupakan salah satu keperluan asasi penting dalam kehidupan manusia diman air besih diperlukan untuk berbagai kegiatan untuk memasak, mencuci, mandi dan membersihkan kotoran. Air bersih ia boleh didapati dari dari air kolam, sungai, atau syarikat pembekal air negeri yang terjamin. Namun sebenarnya tidak semua sumber air selamat dan boleh untuk diminum dimana ada jenis air minum perlu ikuti persyaratan ciri ia sesuai untuk di gunakan. Antara syaratnya adalah air tersebut tidak berasa, tidak berbau, tidak berwarna, tidak mengandungi sebarang mikroorganisme yang berbahaya dan tidak mengandung logam berat. Dalam sesetengah lokasi yang tiada utilit bekalan air selalunya  sumber air kolam mungkin akan memiliki warna yang keruh sehingga perlu dijernihkan dengan tawas agar ia boleh dijadikan air bersih untuk memenuhi kegiatan seharian. Cara penggunaan tawas dapat menjadi alternatif untuk tujuan menjernihkan air diman didalam proses penjernihan air tersebut mungkin akan membuat tampilan air menjadi lebih jernih. Namun begitu perlu waspada sebab air tersebut tidak sesuai digunakan sebab di dalam air terkandung bahan logam berat yang berbentuk ion dan ini sangat merbahaya bagi tubuh seba boleh menyebabkan kerosakan organ detoksifikasi seperti organ hati dan ginjal jika di ambil berterusan. Ada kajian melaporkan beberapa bahaya atau ancaman tawas digunakan sebagai penjernih air dan diguna secara rutin. Pertama ancaman ia merosak organ hati yang mana hati akan membantu proses metabolisme tubuh seperti fungsi untuk detoksifikasi obat dan racun. Apa pun bila mengambil air atau cairan yang mengandungi logam berat dalam dos besar dapat menyebabkan kerosakan pada organ ini. Ada hasil kajian dimana pemberian tawas dengan diatas 1 pertus selama 30 hari pada haiwan tikus menunjukan adanya masaalah iaitu kerosakan organ hati. Kes lain di laporkan ambil air yang di rawat dengan tawas boleh menyebabkan risiko patah tulang pinggul sebab kandungan logam dalam air diambil ia dapat mengurangkan akan jumlah pembentukan dan penyerapan sel-sel tulang. Ia juga ada logam aluminium menyebabkan berkurangnya mineralisasi tulang sehingga meningkatkan risiko osteomalasia atau kelainan pada tulang menjadi lunak dan mudah patah. Artikel ini ditulis didalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai agar ianya dapat di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
NAMANYA TAWAS ...BIASA DENGARNYA...

BANYAK DI GUNA... JERNIHKAN AIR JUA...
BANYAK KHASIAT...CARINYA DIMANA...
BACA ARTIKEL...DAH DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(26 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...