Support My Blog

Saturday, July 18, 2026

HONEW DEW - APA FAKTANYA (Part 2)

HONEY DEW
adalah sejenis buah kumpulan tembikai susu atau dalam kategori Melon. Ia adalah sejenis buah yang mempunyai kulit licin berwarna hijau atau kuning pucat dan isi di dalamnya berwarna hijau muda yang manis, berjus dan mempunnyai tekstur yang lembut. Ia sering dimakan segar sebagai pencuci mulut atau ada yang suka menjadikan perisa minuman seperti jus dan boba sebagai minuman yang berkhasiat dan berharga. Honey Dew adalah nama didalam bahasa inggeris dan digunakan secara global akan tetapi di Malaysia buah ini lebih terkenal sebagan 'Buah Tembikai Susu' dengan pelbagai jenis atau varieti dimana ia sudah dikomersilkan dan ia merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Afrika Tengah. Buah ini selalunya ia berwarna putih atau warna kulit lain seperti oren dan sebagainya dan isinya berikan rasa cukup manis apabila masak ranum walaupun buah ini tidak sama tahap populartinya dengan buah tembikai merah di Malaysia. Bagi penulis blog kegunaan utama buah honey dew ini memang amat kerap di jadikan hidangan buah pencuci mulur yang popular. Ia selelu ada di hidangkan di botel untuk sarapan pagi, maka tengahari malahan untuk makan malam dan majlis di hotel di Malaysia. Buah tembikai susu semakin diterima oleh orang ramai dan kini ditanam untuk memenuhi permintaan tempatan di Malaysia dengan kemungkinan yang besar untuk eksport terutakma ke Singapura dan Brunei. Buay yang berbentuk bulat ini ia berongga dan mempunyai banyak biji di dalamnya dengan pokoknya menjalar sama seperti tanaman tembikai. Apa pun mudahnya ada terdapat sekurang-kurangnya 2 jenis buah honey dew iaitu Jenis Buah Kuning Pucat dan Jenis Buah Kuning. Buahnya berat dan banyak kandungan air dialamnya serta memberikan bau harum dan amat manis apabila masak ranum. Pennulis blog merujuk kepada keluasan penanaman bagi kategori tembikai di Malaysia dari Jabatan Pertanian Malaysia yang laporkan dimana secara keseluruhan (termasuk tembikai merah atau kuning, tembikai susu (honeydew dan rockmelon) yang telah direkodkan sekitar 8,000 hingga 9,000 hektar setiap tahun. Kaedah atau cara penanamannya ada dua kaedah iaitu kaedah konvensional diatas batas di tanah terbuka dan di dalam struktur Sistem Perlindungan Hujan (SPH) iaitu secara fertigasi. Khusus untuk tembikai wangi (honeydew) dimana ia kebanyakannya ditanam menggunakan kaedah fertigasi atau diusahakan secara ladang berkelompok yang berpusat pengeluarannya adalah tertumpu di negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Johor. Tinjauan penulis blig mendapati dimana kawasan penanaman ini selalu ia akan diuruskan oleh pengusaha komersial dan pekebun kecil untuk menampung permintaan pasaran tempatan dan eksport. Penulis blg membuat tinjauan akan harga purata buah honeydew (tembikai susu) di pasaran Malaysia adalah sekitar RM6.50 hingga RM15.00 sekilogram dimana ia bergantung pada gred dan sama ada ia buah tempatan atau import. Untuk sebiji penuh (anggaran berat 1 kg ke atas), harganya biasanya antara RM10 hingga RM19 sebiji. Di jual di Pasaraya Besar Tempatan seperti Jaya Grocer atau pasar borong dimana buah ini ia dijual sekitar RM9.00 hingga RM15.00 sekilogram dan memeriksa harga di platform Atas Talian (Shopee / Lazada) ia di jual sekitar RM13.99 hingga RM17.90 untuk sebiji buah bersaiz lebih kurang 2kg. Apa pun beberapa faktor penentu harga buah honey dew tempatan jauh lebih murah berbanding buah import (seperti dari Jepun yang boleh mencapai ratusan ringgit). Apa pun buah bergred tinggi (seperti Gred A atau AAA) dan yang manis (kandungan gula tinggi) dijual pada harga lebih premium. Dalam pada itu ada buah honeydew yang telah dikupas dan dipotong (biasanya dalam pek 350g) boleh didapati pada harga sekitar RM10 hingga RM12 satu pek. Artikel pada padi ini dalam "Anim Agro Technology" saya kupas fakta penting tentang buah honey dew untuk bahan rujukkan semua.


Ada beberapa cara memakan buah honey dew (tembikai susu) dimana cara popular yang paling sedap adalah ia dimakan segar sebagai pencuci mulut atau snek hidrasi. Anda boleh kupas kulitnya, potong dadu, dan sejukkan dalam peti sejuk. Ia juga sangat lazat dikisar menjadi jus buh dengan ais atau air sejuk) atau smoothie bersama yogurt dan sedikit madu. Bagi penulis blog yang banyak kali lawat kebun honeydew dimana b
uah honeydew (tembikai susu) yang manis, berair, dan sedia dimakan mempunyai kulit berwarna hijau seakan kekuningan tanpa kesan lebam, berbau harum apabila dihidu pada bahagian pangkal dan terasa berat. Apabila dipotong akan dilihat yang isinya berwarna hijau pucat atau oren lembut dengan rasa manis berkrim (Sila lihat foto disebelah). Dikongsikan akan ciri-ciri panduan lengkap untuk memastikan buah honeydew anda sudah ranum dan selamat dimakan dimana ciri-ciri fizikal Honeydew Matang (Sedia Dimakan) difhamkan. Pertama adalah ciri Warna Kulit iaitu kulit bertukar daripada hijau pejal kepada hijau pucat atau sedikit ada warna kekuningan. Elakkan buah yang terlalu hijau (belum masak) atau mempunyai tompok hitam mendalam (terlebih masak). Pada bahagian permukaan kulit terasa licin atau berlilin sedikit dan tidak mempunyai jaringan garisan kasar yang tebal seperti rock melon. Kalau di uji cara Ujian Bunyi dengan mengetuk perlahan buah tersebut dimana jika ia mengeluarkan bunyi yang dalam atau berongga (hollow) bermakna ia adalah tanda buah tersebut berair dan masak. Boleh juga lakukan cara Ujian Tekanan iaitu dengan menekan perlahan pada bahagian pangkal buah (bertentangan dengan tangkai). Jika bahagian itu terasa sedikit lembut dan anjal, buah sudah ranum. Kaedah mengenali tanda dalaman Honeydew dimana apabila dibelah maka boleh menilai kesegaran buah honeydew melalui ciri-ciri Warna Isi yang berwarna hijau pucat yang sekata atau oren bergantung pada varieti. Menguji akan Tekstur Isi dimana teksturnya lembut, padat dan rangup apabila digigit. Elakkan isi yang terlalu lembik, berair berlebihan atau bertukar warna coklat. Ciri Rasa dan Bau dimana isinya ia mempunyai aroma manis yang kuat. Rasanya pula manis berkrim dan memang ia menyegarkan. Apa pun ada beberapa cara terbaik untuk menikmati honeydew mengikut kesukaan yang pertama adalah Cara Makan Segar iaitu dengan memotong buah kepada dua bahagian, buang bijinya serta ia kemudian potong bentuk baji (wedges) atau kiub. Makan begitu sahaja dengan mengunyah hancur dan menelannya. Kedua adalah dengan Cara Membuat Jus atau Smoothie iaitu dengan mengisar isi buah dengan sedikit air, ais, dan madu untuk minuman Agua Fresca yang menyegarkan. Ketiga memakan honeydew dengan Cara Salad Buah iaitu memotong kiub dan gaulkan dengan buah-buahan lain (seperti tembikai merah dan anggur) serta perahan jus limau nipis. Keempat memakan buah ini dengan Cara Pencuci Mulut Beku diman buah di kisar isi buah bersama sedikit air lemon dan madu dimana ia kemudian dibekukan untuk dijadikan sorbet atau aiskrim popsicle. Ada kelima cara makab buah honeydew iaitu dengan Cara Gaya Mewah (Rasa Masin Manis) iaitu dengan memotong kiub dan balut dengan hirisan daging masin prosciutto atau taburkan sedikit keju masin (seperti feta). Bagaimana un kebanyakan hidangan di hotel buah ini akan di potong kiub dan di hidangkan dengan ketulan ais di atas meja hidangan.


Dalam banyak fakta yang penting dimana buah Honeydew (atau dikenali sebagai tembikai susu) ialah sejenis buah berair yang manis dan menyegarkan serta mudah di beli di Malaysia sepanjang tahun walau pun hrganya turun naik ikut musim dan cuaca. Seluas mana penanaman honeydew dan jumlah pengeluarannya di Malaysia memang ia adalah tanaman yang popular dikalangan petani. Antara fakta sebenar berbanding mitos berkait dengan buah tembikai susu atau honeydew ini ada yang kalangan masyarakat memperkatakan tentangnya atau percaya. Pertama ada Mitos Memakan Buah Honeydew boleh menyebabkan badan jadi 'Sejuk' atau 'Rasa Bisa' jika dimakan semasa berpantang. Bagaimana pun segi faktanya dimana buah ini yang kaya dengan serat, vitamin C dan zat kalium yang sangat bagus untuk penghadaman dan rehidrasi badan sebab masih tidak ada bukti saintifik yang mengatakan buah honeydew ini adalah ia merbahaya. MItos kedua adalah berkaitan isu dimana pada Buah HoneyDew ini mempunyai  Kulitnya Yang Berjaring bermakna buah itu tidak elok atau rosak kelihatannya Bagaimana pun fakta sebenar yang penulis blog pasti adalah kewujudan jaringan pada kulit tembikai susu (ntting) ia adalah siratan gula dimana kajian mendapati jika lagi kasar dan banyak jaringan ia biasanya buah itu lebih manis dan diminati ramai. Ketiga ujud mitos dimana Kes Biji Honeydew Ia Boleh Tumbuh dalam perut jika tertelan akan tetapi faktanya ia merupakan satu mitos yang sangat popular dan tidak benar sebab biji honeydew adalah selamat dan akan dihadam secara semula jadi. Walau pun penulis blog agak jarang dengar mitos kelima iaitu Minuman Berperisa Buah Honeydew dalam tin atau boba dibuat daripada buah-buahan yag asli tetapi faktanya kebanyakan minuman berperisa honeydew di pasaran menggunakan sirap atau serbuk perasa tiruan yang dicampur gula seakan sebagai rasa buah honeydew. Produk Minuman 
Boba Honeydew ialah sejenis minuman bubble tea (teh boba) yang berperisa buah tembikai susu (honeydew) dimana lazimnya minuman ini mempunyai rasa yang manis, berlemak berkrim (seperti susu) dan sering dihidangkan bersama bebola ubi kayu (tapioca pearls) yang kenyal.  Penulis blog hanya ujirasa sekali dua dimana didapati yang minuman ini sangat menyegarkan dan boleh didapati dalam dua bentuk utama di kedai-kedai teh boba. Ia di hasilkan dengan mengisar (Blended atau Smoothie) buah honeydew asli atau serbuk perisa dikisar bersama susu dan ais. Dalam kes lain ada Minuman Teh Susu dimana bancuhan teh (biasanya teh hijau melati atau oolong) dicampur dengan perisa honeydew dan susu untuk dijadikan minuman enak ini.


Dalam portal hmetro dilaporkan kisah '
RM10,000 bagi semusim' dimana pendapatan lumayan 29 petani usahakan tanaman tembikai susu di Projek Tanaman Kelompok Hutan Banggol Kota Bharu, Kelantan berjaya tingkatkan pendapatan. Apa pun tanaman tembikai susu atau 'honey dew' mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai dan memberi pulangan lumayan kepada pekebun yang mengusahakannya. Dilaporkan pada kebiasaannya buah ini dijual pada harga tinggi di pasaran runcit iaitu RM2.50 bagi sekilogram manakala RM1.20 sehingga RM1.80 sekilogram dijual kepada pihak pemborong. Bagi 29 petani di Projek Tanaman Kelompok Hutan Banggol Kota Bharu mereka rata-rata memperoleh pendapatan lumayan dengan purata melebihi RM10,000 bagi tempoh semusim dimana mereka mengusahakan tanaman tembikai susu di atas tanah seluas 24 hektar dengan purata seorang memperoleh tanah seluas 0.8 hektar. Bagi petani bernama Nor Nazuwa Ibrahim, 20, dia membantu bapanya bagi menanam tembikai susu sejak lebih lima tahun lalu iaitu di kebun seluas 0.8 hektar itu mampu menghasilkan 20 tan tembikai susu bagi semusim. Tanaman tembikai susu ini mengambil masa selama dua bulan untuk mengutip hasil dimana dalam tempoh setahun dia akan menanam tanaman ini dalam tiga musim iaitu awal, tengah dan akhir tahun. Ada kala hasil tanaman ini akan dijual kepada pemborong tempatan dan FAMA yang datang ke kebun dan secara runcit sebab kebun mereka mampu mengeluarkan hasil yang banyak dan mampu menampung permintaan daripada Fama mahupun pemborong. Penjagaan tembikai susu juga tidak rumit kerana ia hanya perlu cukup air untuk membesar dan mengeluarkan buah yang manis. Ia bermula membersihkan kebun, proses menanam, membaja dan mengutip hasil, dia bersama adik- beradik membantu bapa bagi memastikan ia berjalan dengan lancar dimana dia bersama adik-beradik akan membantu ayah di kebun untuk menjayakan tananam ini. Kebun mereka kini sudah pun mengeluarkan banyak hasil dan masih mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pembeli sama dalam negeri atau di luar Kelantan. Mereka sudah tidak perlu bersusah payah mencari pasaran kerana sudah mempunyai pelanggan tetap yang akan membeli secara borong dari kebun. Kini walaupun terpaksa bergelumang dengan tanah dan bekerja di bawah panas terik matahari tetapi dia bangga kerana dapat membantu bapanya di kebun termasuk mengutip hasil buah masak. Semasa musim tengkujuh pekebun di kawasan itu menggantikan tembikai susu dengan sayur-sayuran lain kerana air yang banyak tidak sesuai untuk tanaman tembikai susu sebab tidak rugi kita berbudi pada tanah kerana ia memberi pulangan yang tinggi. 


Dalam portal bharian pula di laporkan '
Ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia' sesuai di jadikan bahan rujukkan. Di Batu Gajah, Perak dilaporkan ladang tembikai wangi premium pertama di Malaysia akan mendapat sokongan serta tunjuk ajar dari Moa seperti MARDI dan Jabatan Pertanian didalam usaha iaitu meningkatkan kualiti produk. Dilaporkan dimana pihak  Hami Ecofarms sememangnya mengeluarkan tanaman organik yang berkualiti tinggi dimana diantara jenis bantuan yang boleh diberi ialah khidmat rundingan berhubung pengendalian lepas tuai. Kerajaan ada membantu pihak syarikat untuk tingkatkan kualiti produk, khususnya dari sudut pengendalian lepas tuai melalui khidmat rundingan diberi supaya mereka dapat eksport tembikai wangi premium ini. Isu tahap ketahanan buah ini yang tidak lama iaitu selama hanya dalam tujuh hari setelah dipetik yang mana ia perlu sampai kepada pelanggan secepatnya. Dilaporkan kini ada sekitar 15 orang yang hadir dari Mardi dan Fama diberikan penerangan serta dibawa melawat ke ladang oleh Pengarah Urusan Hami Ecofarms dikenali Aw Chee Choy (Sila lihat foto disebelah). Apa pun di nytakan dimana diantara cabaran yang dihadapi pihak syarikat adalah tanaman secara organik yang diamalkan sebab ada banyak cabaran untuk tanaman ini diantaranya pengudaraan yang baik untuk pastikan buah membesar dengan baik. Lazimnya dalam satu dahan hanya hasilkan satu saja buah bagi pastikan kualiti dan beratnya konsisten dimana cara pertanian organik juga ambil masa lama berbanding guna bahan kimia, namun untuk jangka masa panjang sebenarnya pihak syarikat jimat bagi proses rawatan tanah. Dilaporkan kini masih tidak ramai pengusaha tembikai wangi yang telah berjaya mengekalkan kualiti seperti Hami Ecofarms. Ladang tersebut berjaya menjadi satu-satunya pengeluar tembikai wangi premium di Malaysia secara organik dimana ini juga ia merupakan ladang pertama di Malaysia yang berjaya mengusahakan benih tembikai wangi premium dari Jepun. DIlaporkan MoA sedang bantu syarikat dari sudut pasaran eksport, proses itu sudah di peringkat akhir dan selepas itu mereka boleh luaskan pasaran ke negara luar sebab tahu produk premium ini sasarannya di pasaran tertentu, kerana harganya pun agak mahal kerana kualitinya. Sebenarnya tembikai wangi atau rock melon ini sudah lama pasarannya tetapi tembikai wangi dengan kualiti premium ini yang baharu buat orang ramai. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!... 
BUAH HONEY DEW ...ENAK RASANYA...
IA TEMBIKAI SUSU...RAMAI SUKANYA...
BANYAK KHASIAT...ENAK BERAROMA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Muharram 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...