Support My Blog

Monday, July 6, 2026

LONTONG DAN KISAHNYA (PART 1)

LONTONG
 adalah sejenis makanan tradisi masyarakat Jawa dan popular di Johor yang diperbuat daripada beras yang dipadatkan dan direbus. Ia biasanya dihidangkan bersama kuah lodeh (kuah santan yang berwarna kuning dengan sayur-sayuran) serta pelengkap seperti lain sambal, serunding, telur rebus, kacang tanah goreng dan begedil serta lauk pauk lain termasuk rendang, sate dan sebagainya. Bagi penulis blog yanmg sangat minat makan lontong terutama semasa sarapan pagi akan memilih makanan ini sebab ianya enak, mudah dapat, mengenyangkan dan menambah selera. Sama ada pilih jenis lontong basah atau lontong kering ianya banyak di jual oleh premis yang mana dimasak oleh orang Johor (selalunya tukang masak orang Jawa Johor) akan lebih kena dengan tekak penulis blog. Bagaimana pun terkini hidangan kuliner lonton ini suda boleh dinikmati di seluruh Malaysia dari Perlis sehingga ke Sabah sebagai salah satu menu yang mendapat sambutan ramai. Lontong adalah hidangan dengan asasnya adalah Nasi Himpit dimana istilah 'lontong' pada asalnya merujuk kepada nasi yang dimasak dan dimampatkan di dalam daun pisang berbentuk silinder dan setelah masak dan sejuk maka ia dipotong kepada kepingan kecil. Makanan ini akan di padankan dengan 'Kuah Lodeh' dimana di Malaysia dan Singapura apa yang penulis blog faham iaitu istilah 'lontong' ini ia sering merangkumi set hidangan lengkap bersama kuah lodeh yang berlemak dan berkrim. Kalau zaman dulu lontong tradisional tidak sama dengan zaman sekarang sebab kini sudah banyak bahan tambahan digabungkan dengan lontong untuk memberikan rasa yang lebih enak. Apa pun j enis bahan sampingan termasuk bahan seperti seperti tauhu goreng, tempe, sambal tumis, fucuk, hirisan sengkuang, serunding, tauhu kering dan kacang tanah goreng. Ada penulis log di tanya sebab ramai yang keliru antara lontong (nasi yang dibalut daun) dan lodeh (kuahnya) dan dijelaskan dimana ia adalah gabungan kedua-dua elemen inilah yang membentuk hidangan ikonik yang sering dimakan ketika sarapan atau hari perayaan sama ada Hari Raya AidilFitri atau semasa Hari Raya Qurban. Lontong merujuk kepada nasi yang dipadatkan (seperti nasi impit) dan biasanya dibalut dengan daun pisang. Lodeh pula adalah kuah lemak sayur-sayuran berwarna kekuningan yang dimakan bersama lontong tersebut. Apapun secara ringkasnya, ia adalah dua komponen berbeza yang digabungkan menjadi satu hidangan yang lengkap sebagai kuliner istimewa lontong. Artikel pada tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai kuliner hebat iaitu lontong sebagai bahan rujukkan semua.


Tahu akan ada berapa jenis makanan lontong sesuai di bincangkan. 
Lontong adalah jenis makanan yang diperbuat daripada beras yang dimasak separuh masak dan ia kemudian dibalut ketat di dalam plastik, anyaman daun kelapa (ketupat) atau dengan daun pisang dan direbus sehingga mampat serta masak dan lazimnya mengambil masa agak lama daripada memasak nasi. Kemudian apabila dihidangkan maka nasi himpit ini akan dipotong menjadi kepingan-kepingan berbagai bentuk sama ada empatseg, lonjong, bulat dan bentuk bebas. Apa pun di Malaysia dan negara Singapura paling di gemari adalah nasi himpit yang dikenali sebagai 'nasi impit' atau 'ketupat'. Ganungan nasi himpit dan kuahnya (Lodeh) ini yang akan menjadi makanan 'lontong'. Istilah 'Lodeh' adalah ia sejenis kuah lodeh adalah kuah yang dimasukkan kedalam mangkuk nasi impit untuk digabungkan. Lodeh ini ia adalah  merupakan kuah berlemak bersantan kelapa (atau ada guna susu) yang dimasak bersama pelbagai jenis sayuran seperti kobis, sengkuang, kacang panjang, lobak merah, tauhu, fucuk dan tempe. Kuah ini biasanya berwarna kuning keemasan kerana penggunaan kunyit dan enak dimakan semasa suam panas lagi. Apa pun dari segi sejarah dimana lontong atau dikenali sebagai Lodeh merupakan makanan yang berasal dari Jawa tetapi sudah banyak diubahsuai di Malaysia. Migrasi keturunan Jawa ke Tanah Melayu terutamanya di negeri Johor telah membawa hidangan lazat ini dan menjadikannya satu hidangan ikonik di negara Malaysia. Asasnya lontong ianya merupakan sejenis makanan berasaskan sayuran seperti bahan daripada tempe, kacang kacang panjang, kobis, lobak dan tahu. Di Johor terdapat dua jenis yang popular iaitu Jenis Lontong Basah dan Jenis Lontong Kering (Lontong Darat) . Jenis Lontong Basah di masak dalam kuah lemak yang diletak sedikit kunyit dimana ini memberikan warna kuning keemasan dan selalunya akan dihidang bersama nasi impit, kuah lodeh, sambal tumis atau juga kuah sambal kacang. Berlainan dengan Jenis Lontong Kering dimana ia dimakan tanpa kuah tetapi bersama kurma daging, serunding kelapa, kuah kacang, sambal bilis, sambal goreng dan nasi himpit diana hidangan ini adalah di antara hidangan lazat Orang Johor. Bagi penulis blog dimana walaupun lontong darat tidak menggunakan santan akan tetapi lemak serunding kelapa begitu terasa dan jus kurma daging memberi seribu satu kenikmatan dalam setiap kunyahan.


Menarik mengenai resepi membuat Jenis Lontong Basah dan Jenis Lontong Kering didalam penyediaannya. Menyediakan makanan seperti Resepi Lontong Basah memerlukan bahan-bahan seperti 8 tangkai kacang panjang yang hiris serong, 2 keping tauhu (dipotong kiub) dan kalau hendak digoreng sedikit pun boleh, 50 gram fucuk atau bahan tauhu kering (yang dipotong kecil dan rendam hingga lembut), 1 batang lobak merah (pilih saiz yang sederhana yang dipotong seperti anak mancis), 1 biji bahan sengkuang  (saiz kecil yang dipotong seperti anak mancis), 3 keping tempe, dipotong kiub, 1/4 bahagian kobis bulat (dihiris kecil), 1 biji kentang saiz besar (dikupas dan potong seperti anak mancis), 1.2 literl santan kelapa cair, 400 ml pati santan cair, 1 cekak soo hoon (perlu di kerat pendek), 2 batang serai yang dititik, 1/2 inci lengkuas perlu diketuk, 1 kiub pati ikan bilis, 3/4 camca teh serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa. Kemudin perlu disediakan bahan-bahan kisar halus iaitu terdiri dari 1 biji bawang besar, 4 biji bawang putih, 3 ulas bawang putih dan juga 2 camca besar udang kering (di rendam 10 minit dan toskan). Perlu disediakan juga bahan-bahan sampingan iaitu Nasi impit atau Ketupat, serunding, Sambal tumis atau sambal kacang dan juga telur rebus (perlu dibelah dua. Cara membuatnya dengan memanaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan) dan menumis serai titik dan lengkuas hingga berbau harum. Masukkan bahan kisar halus dan serbuk kunyit dan kemudian dikacau rata dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Langkah seterusnya adalah memasukkan lobak merah, sengkuang dan kentang. Kacau rata dan tuang santan cair dan dibiarkan ia mendidih serta kemudian di masukkan kiub ikan bilis, tempe dan fucuk direndam yang sudah ditoskan. Masak hingga semua lembut dan kemudian dimasukkan kacang panjang, tauhu dan kobis. Jika kurang kuah maka boleh tambah sedikit air dan dibiarkan mendidih. Seterusnya dit
uang pati santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan soo hoon dan di kacau dan masak dengan api sederhana hingga soo hoon lembut. Ujirasa sedikit akan kiah ini dan boleh matikan api. Boleh hidangkan bersama ketupat atau nasi impit, serunding, sambal tumis, sambal sotong, rendang, sate dan telur rebus. Petua dimana soon ini ianya tidak perlu direndam cuma perlu lalukan dibawah air paip sebelum dimasukkan ke dalam sayur lodeh. Masak dengan api sederhana hingga soon kembang sebab jika direndam dulu ia terlalu lembik kelak dan ia akan membuat sayur lodeh lebih pekat.


Makanan Lontong Kering memang agak rumit hendak dibuat sebab ianya ada serunding, ada sambal dan ada masakan jenis daging. Penulis blog memang suka makan lontong kering dengan membeli di premis popular yang sangat berbaloi untuk dibuat sebab selalunya memang puas makan. Apa pun Resepi Lontong Kering (atau Lontong Darat) adalah ia dihidangkan dengan kombinasi antara nasi impit, sambal goreng jawa, kuah kacang dan serunding kelapa. Berapa ubahsuai resepi di lakukan mengikut kreativiti tetapi resepi lengkap untuk menyediakan hidangan tradisi yang sangat lazat ini boleh di pelajari. Apa pun bahan-bahan utama disediakan adalah 1 paket Nasi Impit (direbus dan dipotong kiub), 4 keping tempe (dipotong kiub dan digoreng), 4 keping tauhu (dipotong kiub dan digoreng), 1 batang lobak merah (dipotong mancis), 1/2 biji kobis (dihiris kasar), 1 mangkuk fucuk dan suhun (direndam lembut)2 sudu besar udang kering (dikisar). Perlu disediakan juga bahan untuk kisar halus (Untuk Membuat Sambal Goreng) iaitu 5 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, 10 tangkai cili kering (atau cili padi jika suka pedas) dan juga 1 inci lengkuas. Lontong kering perlu ada bahan lain yang penting iaitu Serunding Kelapa dan Kuah Kacang (resepi berasingan) serta Telur Ayam Rebus. Cara Memasak Sambal Goreng adalah dengan memanaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama udang kering sehingga wangi. Kemudian di masukkan semua sayuran dan bahan goreng dengan memasukkan fucuk tauhu, suhun, kobis dan lobak merah. Selepas itu barulah boleh dimasukkan tempe dan tauhu yang telah digoreng. Perlu di perasakan dan kemudian digaul rata dan perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Angkat dan ketepikan. Cara hidangan dengan meletakkan potongan nasi impit di dalam pinggan dan dituangkan sambal goreng jawa, seddikit serunding kelapa dan kuah kacang dan ia sudah sedia untuk dinikmati dan makan dengan kenyang.



Makanan Lontong ialah berkhasiat sebab ia adalah sumber karbohidrat kompleks yang baik untuk membekalkan tenaga dan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama. Digabungkan dengan kuah lodeh dan sayur-sayuran ia membekalkan serat dan nutrien seimbang walaupun kuah bersantan tinggi kalori.  Antara  khasiat dan kebaikan lontong yang pertama ia sebagai Sumber Tenaga Berkesan iaitu bekalkan karbohidrat kompleks di dalam nasi mampat ditukar menjadi glukosa, membekalkan tenaga berterusan untuk memulakan hari anda. Makan lontong menyababkan Rasa Kenyang Lebih Lama: sebab tekstur nasi yang dimampatkan lebih padat dimana ia akan membantu mengelakkan rasa lapar yang kerap tidak seperti makan mee goreng atau bubur. Apa pun di laporkan lontong akan juga Menyokong Proses Pencernaan sebab ia dimakan bersama sayuran berserat tinggi seperti sengkuang, kubis dan lobak merah dimana bahan ini ia dapat melancarkan sistem pencernaan dan membekalkan vitamin penting kepada badan. bagaimana enak pun memakan lontong sama ada ontong Kering atau Lontong Basau ia masih memberikan ANCAMAN KESIHATAN kepada peminatnya. Ancaman ini biasanya merujuk kepada risiko kesihatan akibat bahan kimia terlarang seperti asid boraks atau hidrogen peroksida. Mungkin ada kalangan peniaga tidak bertanggungjawab kadang-kadang menggunakannya untuk memutihkan lontong dan cuba menjadikannya kenyal atau ia akanlebih tahan lama tanpa basi. Beberapa kes kesan sampingan jika kerap memakan lontong yang dicemari bahan ini didakwa ia boleh menyababkan Kerosakan Organ Dalaman sebab berlaku pengumpulan toksin dimana ia boleh merosakkan hati dan buah pinggang. Kedua ancamannya adalah bolh ujud seperti  Masalah Penghadaman setelah berlku keracunan makanan yang menyebabkan muntah dan cirit-birit. 
Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
MAKANAN LONTONG...ENAK RASANYA...

NASI HIMPIT...KUAH KUNING WARNANYA...
MAKANAN ASAL JOHOR...DUA JENISNYA...
BACA ARTIKEL... FAHAMLAH KISAHNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya
Malaysia.
(15 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...