Support My Blog

Thursday, July 16, 2026

TEMBIKAI SUSU - APA YANG PERLU TAHU

TEMBIKAI SUSU
atau ia di kenali dengan nama 'Honeydew' didalam bahasa Inggeris ialah sejenis buah tropika beraroma manis yang kaya dengan air, vitamin A dan vitamin C serta zat-zat lain. Kulitnya biasanya berwarna kuning atau kuning pucat, manakala isinya manis, berjus, dan berongga di bahagian tengah dengan banyak biji. Penulis blog yang ada banyak menulis artikel mengenai tembikai mendapati di Malaysia ada enam (6) jenis tambikai yang popular ditanam dan mendapat pasaran baik dalam negara dan eksport iaitu Jenis Tembikai Merah, Tembikai Kuning, Tembikai Tanpa Biji (Seedless), Tembikai Susu (Honeydew), Tembikai Mini dan Tembikai Wangi. Merujuk kepada data ststistik daripada Jabatan Pertanian Malaysia dimana jumlah k
eluasan bertanam bagi tembikai adalah seluas 10,152 hektar pada tahun 2025 iaitu dengan jumlah penghasilan sebanyak 172,501 metrik tan (Sumber: Booklet Keluasan Tanaman Makanan, Jabata Pertanian Malaysia 2026). Kawasn utama penanaman tembikai di Malaysia berada di Negeri Kelantan iaitu seluas 3,510 hektar (hasil sebanyak 64,827 mt) diikuti dengan Negeri Pahang seluas 1,998 hektar (hasilkan sebanyak 34,430 mt) dan Negeri Terengganu seluas 889 hektar (hasilkan sebanyak 15,699 mt). Penulis blog dapati walau pun tanaman tembikai ada di tanam sepanjang tahun akan tetapi ia akan meningkat penghasilannya semasa bulan Ramadan setiap tahun. Apa pun di laporkan dimana tanaman tembikai susu diminati petani sebab potensi hasil yang direkodkan secara purata dimana setiap hektar ladang tembikai susu berteknologi tinggi mampu mengeluarkan hasil sekitar 20.7 tan metrik dengan penjagaan baik dan kurang ancaman perosak dan penyakit. Di Malaysia aktiviti penanaman tembikai susu yang di kategorikan sebagai salah satu jenis Tanaman Bernilai Tinggi mendapat galakan daripada kerajaan dengan beberapa insentif termasuk didalam khidmat bantuan teknikal, bantuan input, bantuan infrastruktur sehingga kepada peringkat pemasaran terutama yang ada menggunakan sistem tanaman fertigasi. Beberapa projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di kelolakan oleh Jabatan Pertanian ada yang suddah berikan tumpuan kepada penanaman tembikai susu yang berjaya. Penulis blog pernah terbitkan anggaran kos penanaman tembikai susu (secara komersial) semasa bertugas dahuu dimana ia dianggarkan antara RM3,000 hingga RM7,500 untuk keluasan satu ekar bagi satu pusingan tanam untuk selama kira-kira 2 bulan. Kos ini mengambil kira penyediaan tapak, benih, baja, racun dan sistem pengairan dan ia lebih tinggi lagi jika menanam dengan sistem fertigasi dibawah Struktur Pelindung Hujan (SPH). Dari aspek pasaran di laporkan harga purata tembikai susu di pasaran Malaysia adalah sekitar RM6.00 hingga RM6.50 sekilogram yang bergantung pada lokasi, varieti, kualiti dan gred buah. Biasanya ia boleh dibeli untuk sebiji buah bersaiz sederhana (1kg hingga 1.5kg) dengan harganya sekitar RM10 hingga RM12 di mana sahaja. Penulis blog dapati dimana buah tembikai susu adalah buah rendah kalori yang kaya dengan air, vitamin dan mineral. Ia sangat bagus untuk tujuan seperti penghidratan, kesihatan kulit dan pencernaan. Nilai nutrisi setiap cawan (kira-kira 170 gram) tembikai susu secara purata mengandungi kalori (~60 kcal), Karbohidrat (14 g),  Serat (1.4 g) membantu kesihatan usus, gula (13 g), Lemak (0 g), Vitamin C: Lebih 50% daripada nilai harian yang disyorkan dan ia bagus untuk imuniti, Vitamin A (~25% daripada jumlah keperluan harian (baik untuk kesihatan mata), Kalium dan zat Potassium (11% keperluan harian yang membantu mengawal tekanan darah), Folat & Vitamin B Kompleks. Artikel pada petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai apa yang pembaca blog ini erlu tahu buah tembikai susu sebagai bahan rujukkan semua.


Cara menanam melon dilakukan di tanah lapang atau didalam rumah Struktur Pelindungan Hujan (SPH) yang ditanam untuk sepanjang tahun untuk pasaran domestik dan juga eksport. 
Penyediaan tanah dengan membajak dikawasan terbuka akan dibuat dengan menaikan batas bagi kawasan tanah rendah seperti tanah sawah. Sebaiknya amalkan GAP dengan penggiliran tanaman antara cucurbit dengan tanaman lain. Gaulkan baja organik dengan kadar 20-30 mt sehektar kedalam batas dan tutup dengan plastik silvershine sebagai sungkupan. Plastik ini dapat mengawal rumpai, mengekalkan kelembapan tanah, mengawal serangga perosak dan memudahkan pembajaan. Tanaman melon adalah sangat sensitif dengan pemberian baja dan jika tidak diberikan akan menjejaskan pertumbuhan dan kualiti buah. Baja NPK yang disyorkan adalah baja Nitrojen (60-120 kg/ha), P (20-40 kg/ha) dan K (120-140 kg/ha). Sebaiknya pengapuran sebanyak 100-140 kg/ha diberikan untuk mengurangkan kemasaman tanah. Melon seperti juga tembikai mempunyai banyak penyakit dan serangga perosak yang menyerang dimana mampu serta boleh merugikan petani dengan teruk. Pengalaman penulis blog dalam mebuat tinjauan dikawasan tanaman melon diseluruh negara mendapati dimana ada beberapa kali menjumpai petani yang rugi besar akibat tidak mendapat hasil kerana diserang penyakit. Penyakit Layu Fusarium (Fusarium oxyporium sp melonis) boleh menyerang disemua peringkat. Penyakit Kulapok Berdebu atau Powdery Mildew (disebebkan oleh Erysiphe spp atau Sphaterotheca spp) juga mampu merosakan tanaman dengan teruk dan terutama di akhir peringkat penanaman. Penyakit Kulapok atau Downy Mildew (Pseudoperonospora cubensis) juga amat merbahaya kepada tanaman melon yang perlu dikawal. Penyakit Lecuh Anak Benih (Didemella bryoniae) dan Antraknos (Collectotricum lagenarium) juga menyerang tanaman melon. Isu serangan Reput Akar Bakteria (Ervinia traichepila) dan Penyakit Virus Mozek juga menyerang melon. Maknanya tanaman melon memang mudah diserang penyakit. Kawalan menggunakan racun serangga, amalan giliran tanaman, penggunaan plastik silvershine, pembajaan yang cukup dan sentiasa membuat pemantauan di kebun. 


Ada banyak fakta yang perlu di ketahui tentang kehebatan khasiat buah Tembikai Susu yang di kelaskan sebagai buah bernilai tinggi ini. Pertama buah ini adalah ia 
Baik untuk kesihatan kulit dimana ia biasanya buah-buahan yang berwarna oren seperti lobak merah, ubi keledek, labu dan sudah tentu tembikai susu, merupakan sumber karotenoid (ada pigmen organik tumbuhan) tinggi yang boleh mengurangkan risiko kanser kulit. Bahan karotenoid juga berguna dalam menghilangkan rasa sakit dan kerosakan yang berkaitan dengan sengatan matahari. Pigmen karotenoid juga boleh mencegah tanda-tanda penuaan pada kulit termasuk garis-garis yang halus, perubahan warna, dan kedutan. Jadi, pengambilan tembikai susu secara rutin boleh menjadikan wajah dan kulit tetap awet muda. Buah ini juga mampu Melancarkan pencernaan sebab buah tembikai susu adalah buah yang sangat menghidrasi badan kerana kandungan airnya yang tinggi. Ia cukup baik bagi pencernaan kerana membantu untuk mendetoksifikasi badan, membuang racun, dan membantu usus mencerna makanan dengan baik. Selain itu, tembikai susu juga membantu karbohidrat yang sukar dicerna, yang boleh mencetuskan gejala Irritable Bowel Syndrome (IBS) dan gangguan pencernaan lain. Buah tembikai susu juga ia Rendah kalori dan baik untuk pengambilan diet dimana setiap 100 gram tembikai susu hanya mengandungi 60 kalori. Sedangkan kandungan air dan nutrisi pada manfaat blewah bagus untuk menurunkan berat badan anda. Ini adalah kerana tembikai susu mempunyai tekstur isi yang padat dan mengandungi nutrisi penting lain. Sesiapa yang ingin melakukan diet rendah kalori, tembikai susu boleh menjadi pilihan yang tepat jika disukat dengan jumlah kalorinya yang rendah tetapi manfaat kesihatannya tinggi secara keseluruhan. Biasanya bagi mereka yang sedang mengikuti diet rendah kalori, kadangkala boleh mengalami kekurangan nutrisi, menyebabkan kitaran pencernaan yang buruk, ketahanan badan yang rendah, serta badan jadi mudah letih. Apa pun dengan mengambil atau menambahkan tembikai susu ke dalam makanan, diharapkan dapat membantu mengimbangi risiko tersebut dan dapat memastikan badan memperoleh banyak vitamin dan mineral dalam proses menurunkan berat badan. Paling orang perlu tahu dakwaan buah Tembikai susu mampu cegah kanser sebab ia mengandungi sumber antioksida yang banyak seperti flavonoid seperti beta karotena, lutein, zea-xanthin dan juga Cryptoxanthin. Antioksida tersebut berperanan melindungi badan serta sel dan struktur badan lain dari kerosakan tekanan DNA. Banyak kajian yang juga telah menunjukkan bahawa tembikai susu bermanfaat untuk mencegah kanser di seluruh bahagian tubuh kerana kandungan antioksidanya.


Walau pun khasiat buah tembikai susu ini hebat seperti di jelaskan diatas akan tetapi jika cuba untuk menggabungkan buah tembikai susu dengan produk tenusu seperti susu tidak digalakkan kerana ia boleh mengganggu proses penghadaman. Ada hasil kajian dimana berdasarkan pandangan perubatan tradisional seperti Ayurveda dan amalan pemakanan sihat dimana jika kombinasi ini diambil maka ia boleh membawa kesan sampingan tertentu. Ada dakwaan dimana antara ancaman atau risiko utama apabila mengambil kedua-duanya termasuklah boleh menyebabkan Isu Sistem Pencernaan Terganggu sebabnya produk susu mengambil masa yang lama untuk dihadam, manakala buah tembikai susu sangat cepat dicernakan. Keadaan ini ia di laporkan memang boleh menyebabkan fermentasi (penapaian) di dalam perut yang menganggu sistem pencernaan. Kedua di laporkan memakan buah tembikai susu boleh Menyebabkan Kes Kembung Perut dan Loya dimana gabungan ini boleh mencetuskan rasa tidak selesa, kembung perut, loya atau akan ada ancaman atau masalah membuang air besar (cirit-birit). Ancaman lain di dakwa memakan buah ini bersama susu akan menjadikan Toksin Dalam Badan sebab ada dilaporkan sesetengah pengamal perubatan holistik nyatakan dimana proses penghadaman yang tersekat akibat gabungan keduanya ini dikatakan boleh menghasilkan toksin.  Apa pun disyorkan dan perlu tahu akan langkah terbaik adalah dengan cara mengelakkan memakan tembikai susu dan susu dalam masa yang sama (seperti dalam hidangan pencuci mulut yang sama atau dijadikan smoothie). Jarakkan masa semasa proses pengambilan kedua-dua makanan ini iaitu diambil sekurang-kurangnya 1 ke 2 jam bagi memberi laluan kepada perut untuk menghadam setiap satu jenis makanan ini dengan lebih sempurna. Penulis blog hendak gelak dengan fakta unik ini sebab buah ini membawa nama 'Tembikai Susu' akan tetapi ia tidak sesuai di gabungkan semasa emakannya. Boleh juga di tukar nama tembikai susu dengan nama 'tembikai sedap' atau dengan nama tembikai lain tanpa ada nama susu.


Cara Makan Buah
tembikai susu atau buah Honeydew atau Rockmelon boleh dinikmati dengan pelbagai cara dimana boleh di pilih cara yang paling enak dan menyegarkan. Bagi penulis blog dimana bergantung kepada situasi dimana ada beberapa cara atau kaedah yang paling popular pertama dengan Memakan Buah Tembikai Susu Makan Begitu Sahaja dimana hanya perlu mengupas kulit, buang biji di tengah dan kemuidan ia boleh di potong kepada kiub kecil bergagai saiz dan bentuknya. bagi enulis blog paling suka memakan buah ini setelah ia disejukkan di dalam peti sejuk sebelum dimakan untuk rasa yang lebih segar dan juicy. Cara makan buah
 tembikai susu segar bermaksud menikmati buah ini secara terus (mentah) tanpa dimasak. Ia adalah buah yang sangat lazat, kaya dengan air (menghidratkan badan), serta padat dengan Vitamin A dan C yang baik untuk kulit serta penglihatan.  Cara kedua adalah dengan Membuat Jus Segar Tembikai Susu dimana perlu di kisar isi buah bersama sedikit air dan ais atau sesuai untuk dicampurkan dengan susu pekat manis untuk rasa Milky Honeydew yang enak. Cara ketiga memakan buah tembikai susu adalah dengan Menjadikan Aiskrim Buah Asli dimana makanan ini enak dengan memotong isi tembikai susu dan bekukan semalaman. Cara membuatnya amat mudah iaitu dengan mengisar buah yang beku itu bersama sedikit krim atau susu sehingga berkrim. Cara terakhir di syorkan untuk memakan buah tembikai susu adalah dengan Membuat Salad Buah dimana isi buah dipotong dadu dan gaulkan bersama susu pekat, yogurt, atau nata de coco dan boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.


Pembaca blog ramai yanag mungkin mempercayai beberapa mitos berkaitan buah tembikai susu yang perlu di ketahui. Apa pun m
itos popular mengenai tembikai susu (honeydew atau rock melon) sering berkait rapat dengan sistem pencernaan. Sebenarnya buah ini kaya dengan pelbagai nutrisi dan ianya mempunyai fakta saintifik tersendiri. Mitos pertama adalah Isu Angin dan Kembung Perut dimana masih ada pendapat tradisional mengatakan tembikai susu adalah 'jenis buah berangin' yang menyebabkan perut kembung akan tetapi fakta sebaliknya adalah buah tembikai susu mempunyai kandungan air yang sangat tinggi (sehingga 90%). Walau bagaimanapun mungkin bagi individu yang mempunyai usus sensitif atau masalah Irritable Bowel Syndrome (IBS) dimana buah ini mengandungi fruktosa dan FODMAP yang boleh menyebabkan penghasilan gas jika diambil secara berlebihan.  Kedua ada mitos dimana makan buah ini akan Menyebabkan Masalah Keputihan dan Lendir dimana kalangan masyarakat tua sering melarang wanita hamil atau dalam pantang memakan buah ini kerana mendakwa ia adalah 'sejuk' serta boleh meningkatkan lendir dan keputihan. Akan tetapi faktanya masih tiada bukti saintifik yang mengaitkan tembikai susu dengan jangkitan keputihan sebab lazimnya buah ini secara amnya selamat dan sangat baik untuk menghidratkan badan. Ketiga ada pula mitos bagaimana buah ini akan membantu Kalangan Ibu Hamil Makan Tembikai Melahirkan Anak Bermuka Cantik dan handsome bagi lelaki. Ini adalah kepercayaan turun-temurun yang sangat popular dalam kalangan masyarakat. Apa pun fakta tentang kecantikan atau rupa paras bayi adalah faktor genetik ibu bapa dimana dari sudut kesihatan, tembikai susu sebenarnya membekalkan vitamin A, C, dan asid folik yang baik untuk pembesaran bayi. paling ketara dimana khasiat Sebenar Tembikai Susu adalah Membantu Kesihatan Mata sebab ia kaya dengan antioksidan seperti lutein dan juga zat zeaxanthin yang membantu melindungi mata. Ia juga dilaporkan akan menjadikan  Kulit Lebih Anjal sebabnya kandungan vitamin C yang tinggi membantu meransang kolagen untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Buah ini juga kebaikannya akan Mengawal Tekanan Darah sebab kndungan kalium (potassium) di dalamnya membantu menstabilkan tekanan darah. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...
TEMBIKAI SUSU ...ADA BANYAK JENISNYA...
LUAS DI TANAM...10,152 HEKTAR LUASNYA...
BANYAK KHASIAT...ENAK DAN BERAROMA...
MEMBACA ARTIKEL...DAH DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(29 Muharram 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...