Support My Blog

Wednesday, July 22, 2026

SERAI WANGI - APA FAKTANYA (Part 2)

TANAMAN SERAI WANGI (Cymbopogon nardus) ialah satu jenis serai yang di tanam di Malaysia berlainan fungsi dengan tanaman Serai Makan (Cymbopogon citratus). Serai wangi adalah sejenis tumbuhan herba aromatik daripada keluarga rumput-rumputan iaitu famili Poaceae (dulu di bawah keluarga Graminae). APa pun penulis blog dapati jenis ini ia berbeza daripada serai makan dimana serai wangi mempunyai bau citrus yang jauh lebih kuat dan tidak sesuai digunakan untuk masakan tetapi ia sebaliknya digunakan untuk menghasilkan minyak pati, sabun dan bahan penghalau serangga semula jadi seperti nyamuk yang sangat berkesan. Tumbuhan ini yang mana ia dipercayai memang natif di Asia dengan nama saintifik sebagai Cymbopogon nardus berasal dari kawasan Asia termasuk di Malaysia. Apa pun secara umumnya di MAlaysia tanaman serai wangi biasanya ditanam di kawasan rumah atau ada kalangan petani yang menanamnya secara komersial untuk penghasilan minyak pati. Mengenali akan beberapa ciri serai wangi dimana ia mempunyai bau lemon yang segar dan kuat berbanding dengan jenis serai makan. Apa pun dari segi kegunaan luaran selalunya minyak pati yang di ekatrak akan dijadikan pelbagai produk sebab ia amat kaya dengan sebatian dinamakan 'Citronelal' dan 'Geraniol' yang sangat berkesan sebagai agen antibakteria dan bahan yang mampu penghalau serangga. Serai wangi sering di gunakan didalam kaedah rawatan kesihatan Aromaterapi dimana ia sering digunakan secara meluas untuk melegakan tekanan (stress) dan menyegarkan udara dalam ruangan. Apa pun dilaporkan didalam kegunaan industri dimana serai wangi ini menjadi bahan utama dalam pembuatan produk mandian, losyen dan cecair pembersi. Penulis blog merujuk rekod Jabatan Pertanian Malaysia dimana jumlah keluasan tanaman serai di Malaysia pada tahun 2025 adalah seluas 1,993 hektar dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 21,428 metrik tan. Dalam pada itu merujuk pengalaman dan rujukkan lain penulis blog dapati dimana jumlah keluasan komersial tanaman serai wangi di Malaysia pada tahun sama 2025 dianggarkan antara 300 -  400 hektar secara keseluruhan dimana pengeluaran itu yang banyak tertumpu di kawasan pinggir bandar. rekod menunjukkan dimana kawasan utama penanaman dan pengeluaran serai di Malaysia termasuklah beberapa kawasan Beranang, Selangor yang terkenal sebagai salah satu lokasi pengeluar utama di Malaysia dengan keluasan tanaman meliputi kira-kira 283 hingga 324 hektar. Selain itu serai wangi agak luas di tanam di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dimana ia di tanam dikawasan yang aktif dengan penanaman serai makan dan serai wangi secara komersil. Ada lokasi lain yang luas menanam serai seperti di Baling, Kedah dengan setiap lokasi mencapai keluasan puluhan hektar tanah yang penulis blog ada membuat lawatan teknologi dahulu (2016). Agak baik di kongsikan juga dimana di Masjid Tanah, Melaka juga ia aktif menanam serai termasuk serai wangi dengan tumpuan bagi pengeluaran industri hiliran seperti kilang pemprosesan pati serai. Apa pun selain dijual sebagai daun mentah dimana serai wangi diproses secara komersial sebagai minyak pati (minyak serai wangi) yang popular sebagai losyen, aromaterapi, atau cecair penghalau serangga organik. Meninjau akan harga pasaran serai wangi di Malaysia adalah berbeza mengikut bentuk dan kuantiti dimana harga purata bagi daun segar atau borong adalah sekitar RM2 sehingga harga RM4 sekilogram  manakala pek runcit daun kering atau pek segar dijual lebih kurang RM5 hingga RM6 untuk 100g. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas dan bincang mengenai serai wangi dan fakta menarik untuk bahan rujukkan pembaca blog ini semua.


Salah satu produk hasi dari ekstrak Serai Wangi adalah Produk Minyak Pati Serai Wangi (lemongrass) dimana ekstrak semula jadinya adalah ia yang kaya dengan sebatian seperti citronellal dan geraniol. Ia sangat popular untuk aromaterapi, melegakan sengal otot, dan menghalau serangga. Ia boleh didapati dalam pelbagai gred di pasaran. Dilaporkan dimana ada t
erdapat beberapa teknik untuk mengekstrak minyak serai wangi, namun kaedah utama yang digunakan secara komersial adalah Kaedah Penyulingan Stim (stim distillation). Kalangan pengusaha dimana sesiapa yang ingin mencuba sendiri di rumah sebenarnya masih terdapat dua lagi kaedah yang lebih mudah iaitu dengan Kaedah Pengekstrakan Rendaman (infusion) dan Kaedah Rebusan Terus (decoction). Lazimnya dimana Kaedah Penyulingan Stim (Steam Distillation) yang digunakan ia adalah teknik paling lazim dan berkesan yang digunakan oleh pusat penyelidikan seperti MARDI dan syarikat swasta lain untuk menghasilkan minyak pati serai wangi (essential oil) yang tulen dan maha harganya. Caranya dimana bahagian daun dan batang serai wangi dilayukan terlebih dahulu dimana ia kemudian dimasukkan ke dalam tangki penyulingan bersama air. Seterusnya tangki dipanaskan bagi menghasilkan wap air yang akan membawa wap minyak pati. kemudian wap ini dialirkan melalui paip penyejuk (kondenser) lalu bertukar kembali menjadi cecair dan dii tuai didalam bekas pengumpulan khusus. Hasil cecair itu akan berpisah secara semula jadi di mana minyak pati akan terapung dibahagian atas permukaan air (dipanggil hydrosol) sebab ia lebih ringan dimana ia mudah dikutip dan air akan berkumpul di bahagian bawah (lebih berat dar minyak). Kaedah kedua adalah  Kaedah Rendaman tau Kaedah Infusi (Infusion) dimana ara ini ia lebih sesuai untuk menghasilkan minyak serai buatan sendiri (minyak urut atau minyak serbaguna) tanpa perlu ianya menggunakan mesin penyulingan. Caranya adalah dengan memotong dan hancurkan daun atau batang serai wangi. Ia kemudian dimasukkan bahan ke dalam bekas kaca dan tuangkan minyak pembawa (carrier oil) seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun atau minyak masak sehingga serai tenggelam sepenuhnya. Biarkan bekas tertutup rapat dan rendam pada suhu bilik selama beberapa minggu (kaedah sejuk) atau didihkan kaedah double boiler selama 2-3 jam (kaedah panas). Kemudian di tapis sisa serai untuk tujuan mendapatkan minyak yang telah sebati dengan khasiat serai. Penulis blog kongsikan vara ketiga iaitu Kaedah Rebusan Langsung (Decoction) dimana ia sesuai jika ada yang ingin membuat minyak serai dengan pantas untuk kegunaan segera seperti cecair penghalau serangga. Bahan serai diketuk atau dikisar dan ia kemudian direbus bersama air dan sedikit minyak (seperti minyak masak atau minyak zaitun) di atas api perlahan. Apa pun proses reneh ini dibiarkan berjam-jam sehingga air tersejat sepenuhnya dan hanya tinggal minyak yang bercampur pati serai.  


Mungkin ramai kalangan pembaca blog anim agro technology yang sering membeli dan menggunakan minyak pati serai wangi yang ada sipasaran. Dikongsikan akan 
panduan ringkas mengenai manfaat, cara penggunaan dan tips membelinya dimana nagi produk Penghalau Serangga Semula Jadi pilih yang berkualiti sesuai dengan penjelasn pada label dan proaktikal digunakan sesuai dengan kos. Pastikan dapatkan tetstimoni yang berkesan menghalau nyamuk dan serangga lain daripada penjual atau rakan-rakan yng sudah menggunakannya. Sesiapa yang ingin membeli Produk Minyak Serai yang boleh Melegakan Lenguh Badan pastikan ia sudah biasa digunakan sebagai minyak urut untuk tujuak meredakan sakit otot, sendi, dan kembung perut. Apa pun produk minyak urut serai wangi ialah sejenis minyak aromaterapi herba yang dihasilkan daripada ekstrak tumbuhan serai wangi. Ia digunakan secara meluas untuk melegakan sengal otot, meredakan kembung perut, membuang angin dalam badan, melancarkan peredaran darah, serta bertindak sebagai penghalau serangga semula jadi. Harga minyak urut serai wangi di pasaran biasanya berlegar antara RM7 hingga RM12 sebotol iaitu ia bergantung pada saiz dan jenama. Ada tinjauan sebab produk Minyak Urut Seri Wangi Saiz Kecil (60ml - 100ml) ia di jual dengan harga sekitar RM7 - RM10 di platform atas talian seperti Shopee danLazada dan bagi botol Saiz Besar (1 Liter) ia boleh mencecah RM40 ke atas untuk belian pukal atau kegunaan spa. Kalau hendak membeli minyai ini untuk Aromaterapi sebab aromanya yang sangat menyegarkan membantu mengurangkan stres, melegakan rasa mual, dan memberi ketenangan. Tinjauan menunjukkan dimana harga minyak urut serai wangi aromaterapi di pasaran Malaysia biasanya berkisar antara RM7.50 hingga RM20.00 sebotol (60ml - 100ml) bergantung pada jenama dan kualiti bahan. Ada produk untuk dijadikan Antibakteria dn juga bahan  Anti-radang yang mana ia akan membantu menyihatkan kulit dan meredakan keradangan ringan. Harga minyak urut serai wangi antibakteria biasanya berlegar antara RM6.00 hingga RM20.00 sebotol bergantung pada jenama dan isipadu. Ia diformulasikan untuk melegakan otot, merawat gatal, dan bertindak sebagai antibakteria. Ada dijelaskan akan cara bagi penggunaan Produk Penyembur (Spray) Minyak Serai Wangi dimana boleh dicampurkan beberapa titik minyak pati serai wangi ke dalam air di dalam botol semburan dan sembur di sudut bilik atau kawasan luar rumah. Sebagai tip membeli dimana sentiasa periksa label ramuan dan kena pastikan ia menyenaraikan nama botani seperti Cymbopogon citratus atau Cymbopogon flexuosus dan bukannya sekadar produk dari jenis pewangi tiruan (fragrance) untuk menjamin kualiti dan khasiat aslinya. 


Dalam beberapa penjelasan di laporkan minyak pati serai wagi ada banyak khasiat tersendiri. Apa pun antara k
egunaan Minyak Serai terutama didalam dunia perubatan ia  dilaporkan digunakan bagi tujuan perubatan termasuk yang pertama untuk tujuan Menyingkirkan cacing atau parasit lain daripada usus, Mengawal kekejangan otot, Meningkatkan selera makan dan juga Melegakan retensi cecair serta degan Menyapukan minyak ini secara langsung kepada kulit dapat mengelakkan nyamuk dan serangga lain. Apa pun masih banyak persoalan bagaimana minyak serai wangi sama ada ia selamat jika ia digunakan. Beberapa sumber menyatakan jika minyak ini kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang dalam jumlah sedikit yang ditemui dalam makanan akan tetapi ia tidak selamat apabila diambil melalui mulut dalam jumlah yang banyak. Walau pun ia kelihatan selamat digunakan bagi kebanyakan orang apabila disapukan pada kulit sebagai penghalang serangga tetapi tidak selamat untuk menghidu minyak ini. Perlu tahu akan langkah berjaga-jaga jika ingin menggunakan minyai ini. Bagi kumpulan kanak-kanak dilaporkan yang minyak ini tidak selamat diberikan kepada kanak-kanak melalui mulut. Terdapat laporan keracunan bagi kanak-kanak dan ada budak yang baru bertatih dilaporkan dia mati selepas menelan bahan penghalang serangga yang mengandungi minyak ini. Ancaman lain juga kepada kalangan ibu yang mengandung dan ibu menyusu badan kepada bayinya dimana sebaiknya lebih selamat dan elakkan dari penggunaannya. Dalam beberapa laporan ada kesan sampingan penggunaan minyak serai dimana minyak ini mengakibatkan beberapa kesan sampingan antaranya seperti Alergi Kulit dan juga Kerosakan Paru-paru dimana tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin masih terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan dimana sebaiknya sesiapa yang ada mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas sebaiknya berjumpa pakar herba atau doktor. Ada kes apabila seseorang akan mengambil herba tambahan lain dimana cara ini mungkin berlaku ancaman tindak balas dengan ubatan semasa. Apa pun di laporkan dimana kadari penggunaan herba tambahan ini boleh didapati dalam bentuk kepekatan 0.5% hingga 10%. Apa pun ada terdapat pelbagai jenama minyak serai wangi di pasaran Malaysia yang bergantung kepada kegunaan sama ada untuk urutan badan, kesihatan atau aromaterapi. Berikut adalah antara jenama popular yang boleh dibeli seperti Jenama Minyak Serai Wangi Petani yang mana ia popular untuk melegakan lenguh otot, perut kembung dan wanita dalam pantang (Sila lihat foto disebelah). Kedua ada Jenama SuzyHoney Herbs iaitu produk tempatan yang menawarkan minyak herba serai wangi yang digabungkan bersama daun mengkudu untuk masalah angin dan urutan. Ketiga ada jenis Jenama Minyak Serai Warisan Tok Saju iaitu jenis pati serai wangi yang bagus untuk melegakan sengal-sengal dan juga kegunaan aromaterapi. Keempat ada Jenama Young Living and PURAS iaitu satu jenama terkenal yang menawarkan minyak pati (essential oil) serai wangi tulen untuk diguna sebagai 'diffuser' dan mandian dan kelima ada Jenama Plant Origins (Signature Market) iaitu produk minyak pati serai wangi yang bagus untuk menyegarkan badan dan menghalau nyamuk. Artikel ini di tulis dalam dua (2) segman iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..

SERAI WANGI... KUAT AROMANYA...
TIDAK DI MAKAN...EMBIL PATINYA...
BANYAK GUNA...KAWAL SERANGGA...
BACA ARTIKEL...DAPAT FAKTANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 810, Tingkat 8,
A41-3, Lorong Tun Ismail 3, 25000,
Sri Dagangan Business Centre, Kuantan,
Pahang,
Malaysia.
(3 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...