Menarik mengenali beberapa jenis atau varieti pokok turi untuk dijadikan bahan rujukkan. Pokok Turi ia biasanya dikelaskan kepada dua jenis utama berdasarkan warna bunganya iaitu Jenis Pokok Turi Putih dan Jenis Pokok Turi Merah. Kedua-duanya adalah pokok berkayu lembut yang popular dijadikan ulam dan sayuran tradisional dimana ia mudah di tanam dan didapatkan anakbenihnya. Jenis pertama adalah Jenis Pokok Turi Bunga Putih yang lebig popular di tanam di Malaysia dimana ciri warna pada bunganya adalah ia berwarna putih sepenuhnya dimana saiz bunganya besar dan berbentuk seperti burung. Jenis Bunga Turi Putih (Sesbania grandiflora) ialah bunga daripada pokok turi yang berasal dari Asia Tenggara dan sering dimanfaatkan sebagai makanan tradisional serta ubat herba. Bunganya berbentuk seakan-akan sabit atau paruh burung dan mempunyai rasa manis bercampur sedikit pahit. Dalam kegunaan masakan dimana bahagian kelopak bunganya yang lembut sering dicelur untuk dijadikan ulam, dimasak lemak, dibuat kerabu, atau menjadi ramuan utama dalam kuah pecel. Ia kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan seperti flavonoid dan juga ia sering digunakan untuk membantu mengawal tekanan darah serta meredakan demam dan mempercepatkan penyembuhan luka. Dalam kes lain dimana selain bunga, daun muda dan pucuk pokok turi juga sering dimakan sebagai ulam. Dalam aspek kegunaan ia juga paling kerap digunakan dalam masakan tradisional masyarakat Melayu, seperti dibuat kerabu, ulam, atau dimasak lemak. Kedua ada Jenis Pokok Turi Bunga Merah atau Jenis Bunga Merah Jambu dimana bunganya berwarna merah jambu atau merah samar. Kegunaannya dimana daun dan bunganya juga boleh dimakan dan ada disesetengah kawasan (seperti bahagian utara Malaysia), pokok ini lebih dikenali dengan panggilan Pokok Geti. Ciri-ciri jenis ini ia mempunyai keetinggian untuk tumbuh sehingga 3 hingga 12 meter. Ia mempunyai daun yang kecil dan tersusun rapat (sirip majmuk) dan hasilkan buah lenggai panjang iaitu ia semmacam kacang panjang tetapi leper. Bahagian akarnya berfungsi mengikat nitrogen (N) dan ini menjadikannya pokok yang sangat bagus untuk menyuburkan tanah. Bunga turi merah ialah bunga mempunyai kelopak berwarna merah cerah. Bunganya berbentuk seakan sabit atau paruh burung. Ia kaya dengan antioksidan (seperti antosianin yang memberi warna merah), sering dijadikan ulam atau bahan masakan tradisional, dan mempunyai pelbagai khasiat perubatan.
Menarik di kongsikan fakta cara menanam dan khasiat daun dan bunga dari pokok turi untuk di kupas. Ia selalu di jadikan bahan masakan dimana bahagian daun dan bunga ini sedap dicampurkan ke dalam sayuran lemak, kerabu, sayur lodeh atau dimasak tumis sahaja. Rasanya sedikit manis dengan kelat-kelat pahit yang menyegarkan bergantung kepada resepi memasaknya. Ia mempunyai manfaat kesihatan dan dilaporkan membantu menurunkan kadar gula darah (baik untuk diabetes), bersifat anti-radang dan kaya dengan antibakteria. Dalam pada itu uniknya dimana warna ungunya kaya dengan bahan Antosianin iaitu sebagai bahan antioksidan kuat untuk mencegah kerosakan sel. Tumbuhan pokok turi ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari Asia Tenggara dan sangat popular dengan pucuk serta bunganya yang boleh dimakan dimana dilaporkan khasiatnya tinggi dan ia terkenal dengan kepantasannya membesar. Cara menanam pokok ini adalah sangat mudah iaitu dengan menggunakan keratan batang berbanding biji benih kerana ia lebih cepat tumbuh. Penulis blog kongsikan langkah-langkah untuk Menanam Pokok Turi dengan menggunakan bahan Cara Keratan Batang. Pertama perlu memotong dahan pokok turi yang matang (berusia dan sedikit keras) sepanjang 20 hingga 30 sentimeter. Perlu disediakan tapak semaian atau ia boleh juga menanam terus ke dalam pasu besar atau terus ke atas tanah di kawasan separa teduh yang mendapat pancaran matahari. Keratan ini boleh dicucuk terus didalam lokasi penanaman dengan mempastikan bahagian bawah batang dipotong serong dan ia kemudian cucuk dan kambus ke dalam tanah yang gembur. Perlu sentiasa meyiram secukupnya selepas menanam dan perl dipastikan tanah sentiasa lembap dan siram dua kali sehari sehingga pokok mula mengeluarkan tunas baru. Perlu lakukan penjagaan pokok turi dimana dengan cara penjagaan yang baik maka biasanya mula mengeluarkan tunas seawal satu minggu dan cepat membesar. Lakukan cantasan pada dahan (pruning) secara berkala untuk merangsang lagi proses pertumbuhan bunga dan daun yang lebih lebat. Selepas matang maka daun dan pucuk serta bunga turi boleh dituai dimana selalunya pucuk muda sedap dibuat ulam, kerabu, atau masak lemak, manakala bunganya enak dicelup tepung atau dibuat kerabu. Pokok ini bertindak sebagai penambat nitrogen semula jadi yang sangat baik untuk menyuburkan tanah. Penanaman pokok turi sangat mudah dengan kaedah menggunakan biji atau ada juga yang menggunakan keratan batang. Pokok Turi boleh menghasilkan buah 9 bulan selepas ditanam dimana bunganya akan didebungakan oleh sejenis burung yang dipanggil 'Humming Bird' dibanyak negara tetapi dinegara kita selalunya proses pendebungaan akan dibantu oleh serangga lain atau burung kelicap. Benih Biji Turi perlu direndam 24 jam dan disemai dalam polibeg atau pasu mengandungi media tanah campuran atau 'cocopeat'. Setelah benih berumur sebulan maka ia sudah sesuai untuk ditanam dikebun atau kawasan rumah yang sesuai. Jarak penanaman disyorkan untuk penanaman monokrop komersial (Jika berminat) adalah 1.2 m x 1.2 m untuk memberikan kepadatan pokok yang sesuai. Berikan air dan baja asas pada peringkat awal penanaman setiap masa mengikut kesesuaian sehingga matang ketika berumur 9 bulan. Kajian juga menunjukkan pertumbuhan pokok turi pada tahun pertama dan kedua adalah cepat dimana mampu mencapai 5 meter selepas 9 bulan ditanam. Pertumbuhan pada tahun ketiga dan seterusnya agak perlahan. Pokok turi mempunyai masaalah serangan serangga perosak seperti Ulat makan daun, Ulat pemotong daun dan Ulat pengorek batang. Terdapat juga ulat pengorek buah kacang dan serangan cacing nematod (Meloidgyne spp) pada bahagian akar. Kawalan serangga perosak ini boleh menggunakan racun serangga yang biasa digunakan. Bagaimana pun pastikan tidak memetik hasil selepas dibuat semburan racun.
Paling penting di kongsikan adalah mengetahui akan khasiat dan kehebatan dari pokok turi dimana daun turi (atau pucuk turi) adalah ulam tradisional yang kaya dengan nutrien penting. Penulis blog suka makan sayur tumis pucuk daun turi dengan nasi putih (Sila lihat foto disebelah). Diantara khasiat utamanya termasuk ia mampu untuk Melancarkan Penghadaman dimana kandungan seratnya membantu melegakan sembelit dan menyokong kesihatan usus. Ada juga dakwaan akan khasiat daun dan bunga turi dapat ianya untuk Meningkatkan Imuniti sebab ia memang kaya dengan antioksidan, vitamin A, dan vitamin C untuk menguatkan sistem pertahanan badan. Kehebatan seterusnya adlaah ia akan bantu Mengawal Gula Darah apabila secara tradisional digunakan untuk membantu mengekalkan tahap gula yang sihat dan mencegah diabetes. Paling kurang di ketahui dimana ia membantu Kesihatan Tulang dan Kulit sebab ia mengandungi kalsium (Ca) untuk menguatkan tulang serta vitamin A yang membantu mengekalkan kesihatan mata dan kulit. Dalam pada itu di laporkan daun turi ini akan membantu dalam Meredakan Keradangan apabila daunnya dikatakan mampu merawat masalah kulit dan mengurangkan bengkak atau keradangan. Bagaimana baiknya daun turi tetap masih ada aspek Ancaman bila memakan daun turi adalah kewujudan sebatian antinutrisi seperti mimosin yang bersifat toksik jika diambil dalam jumlah yang banyak atau dimakan mentah. ntara risiko dan langkah selamat jika untuk memakan daun turi termasuk Risiko Toksisiti Mimosin apabila berlaku kes pengambilan daun mentah boleh menyebabkan gangguan sistem pencernaan, loya atau masalah pada fungsi hati dan ginjal akibat keracunan toksin. Kedua ada ancaman Risiko Reaksi Alergi iaitu bagi setengah individu mungkin akan mengalami alahan yang merengsakan kulit atau sistem dalaman. Ketiga ada Risiko Gangguan Zat dimana dengan cara pengambilan yang terlalu kerap boleh menyebabkan ketidakseimbangan nutrisi. Di kongsikan cara paling selamat untuk mengambilnya seperti sentiasa waspada agrr Jangan makan mentah dimana daun dan pucuk turi perlu dicelur atau dimasak dengan betul (seperti dalam gulai atau tumis) bagi meneutralkan toksin sebelum dimakan. Sebaiknya makan atau mengambil dengan cara sederhana dengan menegelakkan daripada makan dalam kuantiti yang terlalu kerap atau makan dengan cara berlebihan. Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca bagi part kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.