Apa yang penulis blog tahu dimana jenis tempurung kelapa biasanya dikategorikan mengikut peringkat kematangan dan jenis atau varieti pokok yang hasilkan buah kelapa sama ada dari Jenis Kelapa Tonggi, Jenis Kelapa Rendah atau Jenis Kelapa Hibrid. Selain itu, lazimnya dimana tempurung kelapa ia juga dibahagikan berdasarkan hasil produk hiliran yang diproses daripadanya. Penulis blog dapati dimana pecahan jenis tempurung kelapa yang paling utama pertama ia Berdasarkan Peringkat Kematangan sama ada ia di ambil daripada Jenis Tempurung Kelapa Tua yang cirinya ia sangat Keras dan memang ia tahan lasak. Apa pun jenis ini adalah tempurung kelapa yang paling popular yang mana elalunya berwarna perang gelap atau hitam, sangat tebal dan keras. Jenis tempurung kelapa ini ia a sangat ideal untuk dijadikan arang, bahan bakar dan bahan asas membuat kraf tangan kerana strukturnya yang tidak mudah retak. Jenis kedua adalah Jenis Tempurung Kelapa Muda yang selalunya ia adalah lembut dan kulitnya nipis. Apa pun jenis tempurung ini berwarna lebih cerah (kehijauan atau kekuningan) dan nipis dimana ia biasanya dibuang atau terurai bersama sabut dan jarang digunakan untuk produk kraf berat. mengenali jenis tempurung kelapa ia juga boleh Berdasarkan Spesies Pokok Kelapa dimana bagi tempurung dari Pokok Kelap Tinggi (varieti Malayan Tall) dimana ia mempunyai jenis tempurung yang lebih tebal dan sangat tahan lasak dimna selalunyaia dijadikan pilihan utama bagi pengusaha kraf tangan di Malaysia. Bagi tempurung daripada Jenis Kelapa Pandan (Kelapa Wangi) dimana ia mempunyai jenis struktur tempurungnya lebih sesuai untuk membuat ukiran yang bersaiz lebih rumit, halus, dan terperinci (seperti replika atau pasu kecil). Dalam pada itu tempurung kelapa juga boleh di kelaskan Berdasarkan Produk Pemprosesan (Hasil Hiliran) sama ada Produk Arang Tempurung Kelapa apabila prosesnya tempurung dibakar tanpa oksigen untuk menghasilkan arang. Digunakan secara meluas untuk membakar makanan (sate, ikan/ayam bakar) atau hookah. Bagi menghasikan produk iaitu Produk Arang Teraktif (Activated Carbon) dimana arang tempurung yang diproses khas pada suhu tinggi untuk merawat air, menyerap bau, dan digunakan dalam industri penapisan. Seterusnya bagi Produk Briket Tempurung Kelapa dimana arang yang dihancurkan menjadi serbuk dan kemudian ia dimampatkan menjadi bentuk kiub atau briket. Ia sangat mesra alam, kurang asap, dan memberikan haba yang konsisten. [Keempat adalah Produk Kraf Tangan dan juga produk Barangan Dapur dimana bahan tempurung dipotong, dilicinkan dan digilap untuk dijadikan mangkuk, sudip, butang baju, atau perhiasan. Apa pun penulis blog membua tinjauan akan harga tempurung kelapa di pasaran Malaysia biasanya bergantung pada kuantiti dan bentuk produk tersebut. Apa pun secara purata harga semasa tahun 2026 adalah ia dijual dengan Secara Borong (pukal/tan) harganta sekitar antara RM250 - RM300 satu tan tan metrik untuk tempurung kering tanpa sabut. Kalau hendak membeli secara Runcit pula ia di jual dengan harga sekitar RM1.00 - RM4.00 sekilogram iaitu ia bergantung kepada keadaan tempurung sama ada siap dibelah atau kosong. Bagaimana pun berlainan dengan harga produk Kraf daripada tempurung yang telah diproses menjadi kraf tangan (seperti gayung atau sudu) boleh mencecah harga antara RM10 - RM30 ke atas setiap satu unit produk tersebut.
Tanaman kelapa yang banyak kegunaan ini dimana bukan setakat buah, malah segala yang ada pada kelapa iaitu daripada pokok sehingga daunnya serta daripada akar sehingga pelepahnya tiada satu pun tidak berguna melainkan semuanya boleh dimanfaatkan oleh peniaga kelapa. Bagi seorang usahawan muda Mohd Izswan Anuar (31) dia yang mengusahakan penjualan kelapa milik bapanya mempunyai pendekatan tersendiri dengan mempelbagaikan hasil perniagaan keluarga hampir 20 tahun itu menerusi pembuatan arang daripada tempurung kelapa. Kini meskipun pendapatan daripada penjualan arang itu tidak mencecah puluhan ribu ringgit tetapi sekurang-kurangnya pendekatan itu dapat mengurangkan margin kerugian daripada penjualan kelapa. Tempurung kelapa diperoleh melalui pelanggan tetap yang membeli kelapa daripadanya yang selalunya kami beli 50 sen bagi satu guni dari pelanggan dan ada juga yang berikan secara percuma. Daripada terbuang begitu sahaja dia akan mengambil pendekatan menjadikan tempurung kelapa ini sebagai arang. Dia kini menjual arang ini kepada pembekal kelapa di Rengit, Johor iaitu sebulan sekali dimana secara kasarnya penjualan enam hingga tujuh tan arang boleh dapat sekitar RM4,000 hingga RM5,000 bergantung kepada tempurung kelapa yang diperoleh yang man dia beroperasi di Kampung Sawah, Lukut dan dia sudah dibantu oleh seorang pekerja. Proses bermula dengan tempurung perlu dibakar dalam tong secara tertutup selama tiga jam sebelum dijemur serta dikeringkan dan selepas itu, tempurung kelapa dipecah dan dibungkus. Anak sulung daripada tujuh beradik itu berkata selain menjual kelapa dan arang, mereka turut menjual kelapa kering dan kerisik yang diusahakan adik perempuannya. Dia akan mendapatkan bekalan kira-kira 9,000 biji kelapa kampung di Bagan Datuk, Perak serta enam tan kelapa Indonesia di Batu Pahat, Johor daripada pembekal setiap minggu dimana sudah menjadi lumrah berniaga kelapa dimana tidak semua bekalan diterima daripada pembekal itu elok dan pasti ada buah yang rosak. Daripada terbuang begitu sahaja, kelapa kering yang rosak itu kami kitar semula dan dijual semula kepada pembekal. Perniagaan yang diusahakan kedua ibu bapanya sejak 20 tahun lepas semakin berkembang hasil pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dimana ibu bapanya menekankan disiplin tinggi serta sering mengingatkan anak-anak agar menjadi peniaga yang amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan perniagaan. Lazimnya pada setiap Isnin mereka buat penghantaran stok kelapa ke Temerloh, Pahang; kemudian Selasa (pelanggan di Seremban); Rabu (Port Dickson); Khamis (mengambil stok kelapa di Rengit, Johor); Jumaat (penghantaran ke Seremban); Sabtu (ambil stok di Bagan Datuk, Perak) dan Ahad menghantar bekalan kepada pelanggan di Port Dickson. Baginya tiada istilah penat kerana semasa kecil lagi ayahnya mengajar untuk menguruskan perniagaan ini dengan pelbagai cabaran seperti kerosakan lori ketika dalam perjalanan untuk penghantaran namun tidak pernah saya lihat ayah mengeluh. Dia sebagai anak sulung memastikan perniagaan keluarga ini diteruskan dan sentiasa lakukan proses mengambil dan menghantar sendiri bekalan kepada pelanggan.
Dalam portal bernama di laporkan 'Kraf tangan unik tempurung kelapa' yang sesuai di kongsikan daripada kawasan utama kemala iaitu di Bangan Datuk, Perak. Bagi seorang bekas pekerja swasta ingin memanfaatkan daerah tempat tinggalnya di Bagan Datuk yang merupakan antara hab penanaman kelapa terbesar negara, dengan mengubah tempurung dan batang tanaman itu menjadi barangan dan kraf tangan bernilai tinggi. Pengusaha bernama Mad Saril (63) nyatakan idea mencipta barangan dan barang perhiasan serta cenderamata itu tercetus ketika dia yang bekerja di ibu negara mengambil keputusan untuk pulang ke kampung isterinya di Kampung Sungai Betul di sini pada 2011. Dia melihat di sini (kampung isteri) memang ada banyak dilihat penanaman kelapa, penjual santan pula bakar tempurung yang tidak digunakan, dari situ saya borong (tempurung). Pada mulanya, saya bentukkan tempurung menjadi produk cenderamata kecil seperti rantai kunci sebagai pemilik Syarikat Saril Kraftani. Dia mula menghasilkan barangan bersaiz lebih besar seperti replika pokok kelapa dan produk jambangan bunga malah turut mengubah tempurung menjadi peralatan dapur seperti mangkuk dan sudip. Dia juga membuat lampu meja dan barang perhiasan daripada batang kelapa yang boleh mencecah harga hingga RM150 satu unit. Tempahan yang paling banyak diterima adalah daripada pemilik kedai makan yang mahu saya hasilkan mangkuk untuk meletakkan makanan seperti laksa, mi kari dan cendol. Dia juga terima tempahan dari seluruh negara termasuk Kedah, Johor dan Terengganu dan bagi cenderamata pula dia ada banyak terima tempahan daripada agensi kerajaan, korporat dan swasta. Apa pun kebanyakan kraf tangan dan barangan dihasilkan menggunakan tempurung dan batang kelapa jenis Malayan Tall yang tahan lebih lama. Mengenai proses pembuatan dimana bahan tempurung kelapa perlu dilicinkan terlebih dahulu sebelum dibentuk menggunakan mesin pemotong dan dicantumkan menggunakan gam khas yang dicampur serbuk kayu untuk mengukuhkannya dan proses akhir akan disudahi dengan semburan clear spray untuk mengilatkannya sebelum dijemur. Bagaimanapun bagi membuat barangan dapur seperti sudu, sudip atau mangkuk tidak perlu disembur kerana ianya sudah mempunyai bahan kimia. Setakat ini saya boleh meraih pendapatan hingga empat angka sebulan walaupun melalui tempahan awal sahaja dan ada merancang untuk membuka galeri sendiri pada masa depan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...






No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.