Support My Blog

Wednesday, July 29, 2026

SIREH DAN FAKTA PENTING (PART 3)

DAUN SIREH (Piper betle) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Piperaceae yang tumbuh dan natif dari negara kita. Daun Sireh merupakan sejenis daun tumbuhan yang digunakan oleh masyarakat Melayu di negara kita dalam adat istiadat perkahwinan, perubatan tradisional dan juga sebagai daun pelbagai guna membantu meningkatkan kesihatan manusia. Daun Sireh juga adalah merupakan satu komponen penting dalam aktiviti makan daun sireh bersama buah pinang, gambir serta kapor oleh nenek moyang kita dulu. Masyarakat India pula lama telah menggunakan daun sireh dalam banyak acara-acara berkait keagamaannya di Malaysia. Nama beberapa jenis daun sireh terdiri dari seperti Sirih Tempatan, Sireh Jawa, Sireh Belanda, Sireh Hitam dan Sireh Cengkih. Pokok sireh dipercayai berasal dari Malaysia walau pun terdapat juga di Sri Lanka, Indonesia, Thailand dan saya lihat banyak di Myanmar. Sireh juga dipanggil Ikmo (Filipina), Trau (Vietnam), Pu (Laos), Paan (Hindu) dan Plu' (Thailand). Penanaman sireh mudah dilakukan dikawasan rumah secara kecil-kecilan atau ditanam dalam kebun secara komersil. Penulis merujuk kepada statistik perangkaan tanaman Jabatan Pertanian Malaysia dimna ia tidak menunjukkan keluasan tanaman sireh tetapi telah menganggarkan ia sekitar 150 CHE (crop hectrage equivalent) pada tahun 2025. Apa pun pokok sireh (atau sirih) adalah sejenis pokok menjalar dari keluarga Piperaceae (keluarga lada) yang popular dalam perubatan dan budaya tradisional Melayu. Daunnya berbentuk hati, kaya dengan minyak pati, dan terkenal dengan khasiat antibakteria, anti-radang, serta digunakan sebagai bahan mandian atau minuman herba. Secara tradisinya, daun sirih sangat sinonim dengan amalan memakan sirih (dikunyah bersama pinang dan kapur), dijadikan hantaran perkahwinan, dan bahan untuk adat istiadat. Selain itu dilaporkan daun ini juga sangat terkenal dengan pelbagai petua kesihatan antaranya ia menjaga kebersihan mulut, merawat masalah kulit, mengatasi isu seperti keputihan dan boleh melegakan batuk dan selesema. Penulis blog analisa harga daun sireh di pasaran Malaysia biasanya ia bergantung pada kuantiti yang dibeli. Bagi jenis daun sireh segar untuk 100 helai berharga antara RM4.50 hingga RM12.00. Apa pun jika daun sireh ini ia dibeli secara runcit dimana ia boleh didapati sekitar RM0.20 - RM1.00 sehelai dimana bagi pek 100 helai (Ikat/Pek) ia dijual sekitar harga RM4.50 - RM12.00 dan bagi harga runcir sehelai di jual sekitar RM0.20 - RM1.00. Dalam pada itu ada dijual produk  Serbuk Daun Sireh yang dijuak sekitar RM13.00 - RM15.00 bagi pek 100 gram serbuk sireh dan kalau hendak menanam ada anakbenih sireh yang di jual sekitar RM6.00 - RM19.00 sepokok di nurseri. Artikel kali ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta penting daun sireh untuk bahan rujukkan pembaca semua.


Daun sirih apa yang penulis blog tahu ia memang sejenis herba yang amat sarat dengan mitos perubatan dan budaya tradisional. Antara mitos utamanya ialah dimana ia didakwa mengeringkan rahim atau memandulkan wanita serta didakwa mampu merawat pelbagai jenis penyakit. Selain itu dari sudut budaya pula dimana kegunaan daun sirih dianggap lambang kesopanan dan adat resam masyarakat Melayu sejak zaman dahulu sehingga kini ia masih di jadikan salah satu budaya membuat sireh junjung untuk majlis perkahwinan dan adat istana. Di paparkan beberapa mitos dan fakta sebenar tentang daun sirih untuk di jadikan bahan rujukkan semua. Pertama ada Mitos Dimana Daun Sireh Akan Mengeringkan Rahim atau Menyebabkan Sukar Mengandung sedangkan faktanya dimana menurut pengamal perubatan memang masih tiada bukti saintifik yang menunjukkan amalan memakan atau meminum rebusan sirih boleh merosakkan atau mengeringkan rahim dan boleh pula ia menyebabkan mandul. Istilah '
Mandul' adalah suatu keadaan ketidakupayaan seseorang untuk hamil atau menghasilkan zuriat walaupun telah melakukan hubungan intim secara kerap tanpa perlindungan. Ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor kesihatan yang mempengaruhi kesuburan wanita (seperti masalah ovulasi) atau lelaki (seperti masalah kualiti sperma. Jenis Kemandulan Wanita ia selalunya berkaitan dengan gangguan ovulasi (contohnya PCOS), masalah tiub fallopio, atau ketidakseimbangan hormon. Jenis Kemandulan Lelaki pula ia biasanya berpunca daripada kuantiti sperma yang rendah, pergerakan sperma yang lemah, atau masalah hormon. Kedua ada pula Mitos Cara Merawat Keputihan dan Menguatkan Organ Intim dengan daun sireh dimana fakta sebenar adalah daun sirih memang mempunyai ciri dan sifat antimikroba dan antibakteria. Namun dengan mencuci organ intim secara berlebihan dengan air sirih boleh membunuh bakteria baik dan mencacatkan keseimbangan pH yang kesan akhirnya mengundang jangkitan kulat.  Ada juga ketiga iaitu  Mitos Guna Daun Sireh Bagi Mengubati Batuk, Sakit Tekak dan Penyakit Lain dimana faktanya walaupun dikatakan akan dapat membantu melegakan tekak atau bengkak ringan, ia bukanlah ubat penyembuh untuk penyakit kronik seperti batuk atau masalah dalaman. 


Keempat ada 
Mitos Daun Sireh Ia Baik untuk Kesihatan Gigi dimana faktanya cara mengunyah sirih sering kali dicampur dengan kapur dan pinang. Tabiat ini sebenarnya merosakkan gigi serta akanmenyebabkan gusi mengecut dan berisiko tinggi menyara kanser mulut. Apa pun aktiviti seperti Makan Sirih atau ia disebut 'Menginang' adalah tradisi mengunyah daun sirih bersama bahan-bahan seperti buah pinang, kapur sirih, gambir dan tembakau. Ia bertindak sebagai perangsang ringan yang memberikan rasa hangat dan menyegarkan mulut namun ia kini dikaitkan dengan risiko kesihatan serius seperti kanser mulut. Tradisi ini akan gunakan bahan-bahan seperti Daun Sirih iaitu jenis daun beraroma yang menjadi pembalut utama serta Buah Pinang yang diambil dri biji dari pokok pinang yang dikunyah untuk memberi kesan stimulasi. Ada bahan Kapur Sirih yang mengandungi kalsium yang disapu pada daun untuk mengeluarkan rasa serta bahan Gambir dan Tembakau iaitu sebagai bahan tambahan yang memberikan rasa kelat atau perisa tambahan. Lazimnya cara dan proses mengunyah daun sirih disapu dengan sedikit kapur dan diletakkan hirisan pinang serta gambir dimana daun tersebut dilipat atau digulung dan ia akan dikunyah perlahan-lahan serta akan menghasilkan air liur berwarna kemerahan. Dilaporkan yang air liur ini biasanya diluahkan ke dalam bekas khas yang dipanggil ketur. Apa pun dalam tradisi ini ada ciri kepentingan budaya dimana dalam Alam Dunia Melayu dan Nusantara tradisi makan sirih juga ia merupakan lambang adat, budaya dan kesopanan. Tepak sirih menjadi simbol untuk memuliakan tetamu dan alat penting dalam adat istiadat perkahwinan, seperti majlis merisik dan meminang. Aspek Risiko Kesihatan dimana menurut pakar perubatan, amalan mengunyah sirih dan pinang sudah pun ia diklasifikasikan sebagai bahan karsinogenik (penyebab kanser) dimana tabiat jangka panjang boleh menyebabkan kes seperti kanser mulut, gigi dan gusi rosak atau berubah warna menjadi merah kehitaman serta ujud masalah kesihatan kardiovaskular dan pencernaan.


Dalam portal hmetro.com dengan kisah bertajuk 'Sirih gading tahan lasak' wajar ditulis semua untuk ianya dikongsikan. Ruangan deko dalam berita tersebut dinyatakan
berkenaan beberapa tanaman hiasan popular di kalangan masyarakat di Malaysia. Ia dijadikan tanaman untuk tujuan menghiasi sudut dalaman atau dijadikan penyeri laman rumah. Kini dilaporkan dipilih satu lagi tanaman hiasan yang mudah untuk ditanam dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Tumbuhan hijau menjalar yang satu ini sering anda lihat menghiasi taman dan tandas awam, pejabat, ruang kediaman atau pagar dan pintu laman. Bentuk daunnya seakan-akan daun sirih tetapi ada antaranya jenis bertompok putih, membuatkan tumbuhan hiasan ini digelar sirih gading. Sirih gading atau nama lainnya 'Golden pothos' atau 'Money plant' menjadi pilihan kerana ia adalah memang tahan lasak. Hanya berbekalkan air biasanya tanaman sirih gading mampu untuk terus hidup subur dan menjalar hingga ke beberapa meter ukurannya selain dipercayai mempunyai pertumbuhan yang begitu pantas sekali. Bagi penulis blog yang ada beberapa pasu jenis sireh ini dirumah endapati dimana selain keindahannya, sirih gading sering kali dipilih menjadi hiasan kerana keberkesanannya menjadi penyerap kepada wap kimia seperti toksik udara dalam ruang umum yang dikeluarkan elemen tertentu termasuk penutup lantai, bahan pencuci, pelekat dan bahan binaan. Selain itu, daunnya berbentuk hati, bertangkai dan berwarna belang kuning cerah hingga kuning pucat. Daun tumbuh berselang-seling di batangnya. Di habitat asalnya, tanaman ini tumbuh menjalar pada batang pohon lain. Dilihat dimana tanaman ini mampu tumbuh setinggi 20 meter dengan batang berdiameter hingga 4cm. Kemampuan bertahan hidup sirih gading yang luar biasa membuatkan ia mampu dalam menumbuhkan akarnya dari hujung batang yang baru dipotong. Tanaman ini menarik diletakkan di ruang dalaman rumah seperti di dalam balang kaca lutsinar dengan sedikit isian air. Biarkan beberapa minggu supaya dedauannya mula menjalar keluar dari balang dan berjuntaian sedikit. Perlu selalu dicantas bahagian yang terlalu panjang supaya ia tumbuh seimbang. Bagi hiasan halaman pula letakkan pohon ini berhampiran pagar atau tembok yang membolehkan dedaunnya memanjat, sekali gus menghasilkan sentuhan seni taman semula jadi. Daun yang tumbuh sihat dan kelihatan berkilat dan bersinar. Sementara penyelenggaraannya juga tidak sukar. Jika ditanam di dalam ruang kediaman, ia hanya perlu dikeluarkan sesekali untuk mendapatkan cahaya matahari supaya warna daunnya tetap menarik. Tahukah anda betapa hebatnya sirih gading ini hingga disenaraikan antara 15 tanaman hiasan yang begitu efektif dalam menyerap racun.


Kisah menarik mengenai kejayaan 'UMP Hasilkan sanitizer daun sireh' memang wajar untuk dikongsikan kali ini. Beberapa media tempatan memberikan laporan mengenai d
aun sirih yang suatu ketika dulu cukup dekat dengan kehidupan masyarakat Melayu kerana dijadikan kudapan serta bahan penjagaan kesihatan atau kini hanya menjadi penyeri atau hiasan set hantaran untuk majlis perkahwinan sudag ada produk hebat. Dilaporkan satu inovasi oleh penyelidik daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP) diketuai pensyarahnya, Datin Prof Dr Mimi Sakinah Abdul Munaim bakal mengubah persepsi masyarakat moden kepada sirih kerana ia kini boleh dijadikan cecair pembunuh kuman atau 'sanitizer'. Ia berbeza dengan cecair pembunuh kuman sedia ada dalam pasaran kerana dapat mengelakkan masalah kulit merengsa berikutan penggunaan etanol iaitu bahan kimia alkohol yang asasnya dari petroleum. Didakwa dimana penyelidikan serta usaha inovasi itu dijalankan sejak 2008 apabila mereka mahu mencari formula khas yang boleh menjadi antiseptik untuk digunakan dalam kehidupan harian. Mereka menggunakan daun binahong dalam menghasilkan produk seperti sabun dan krim, bagaimanapun ia dianggap kurang berjaya kerana tidak kelihatan menarik yang mungkin menyebabkan ia sukar dipasarkan. Penyelidikan lanjutan untuk menghasilkan produk antiseptik mampu dipasarkan dan akhirnya berjayan dalam membangunkan inovasi sanitizer diperbuat daripada daun sirih. Hasil maklum balas adalah positif dan antaranya kulit pemakai lembap apabila memakainya tidak merengsa seperti produk lain. Penyelidikan lanjutan sedang dibuat bagi dapat mempelbagaikan perasa kerana setakat ini hanya ada perasa lemon. Kini statusnya adalah dalam proses mendapatkan pensijilan halal bagi cecair pembunuh kuman terbabit dan ia perlu melalui pelbagai proses termasuk perakuan pengurusan amalan terbaik daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Produk ini bakal menjadi salah satu produk pertama mendapat pensijilan halal bagi produk cecair pembunuh kuman sekiranya berjaya dimana pengguna tidak lagi perlu was-was menggunakannya. Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini...Wasallam!!!..
POKOK SIREH ... SENANG TANAMNYA... 
BELI BENIH .. DIPASANG SOKONGNYA...
DAUN DI PETIK...BANYAK GUNANYA... 
BACA ARTIKEL...MENDAPAT FAKTANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(8 Safar 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...