Support My Blog

Thursday, July 9, 2026

POKOK TURI - KONGSI FAKTA (PART 2)

POKOK TURI (Sesbania grandiflora) merupakan sejenis tumbuhan saka berkayu lembut dari keluarga kekacang iaitu dalam famili Fabaceae yang banyak tumbuh dan terdapat di Asia Tenggara. Pokok ini terkenal sebagai sayuran tradisional dan mempunyai pelbagai kegunaan dalam perubatan herba untuk dijadikan kuliner hebat. Mengenali akan pokok turi ini memerlukan pencirian fizikal dan marfologi dimana pokok ini ia selalunya bersaiz kecil  iaitiu dengan tahap ketinggian sekitar 3 hingga 8 meter dengan ia mempunyai jenis daun berbentuk bujur yang tersusun rapat dan penulis blog dapati ia dilihat seakan menyerupai daun petai. Bunganya selalu dilihat ia berukuran besar yangberwarna putih atau merah dan unik sebab ia berbentuk seperti bulan sabit. Paling menarik adalah dimana ia selalu di gunakan didalam masakan iaitu dengan ambil bahagian pucuk atau daun muda serta bunganya sering dijadikan ulam, kerabu atau dimasak lemak. Bagi penulis blog ini secara umumnya di laporkan antara khasiat kesihatan dilaporkan memang ia kaya dengan Vitamin C dan dilaporkan dimana air rebusan akar dan jus bunganya digunakan secara tradisional untuk melegakan masaalah seperti masaalah batuk, mengurangkan kahak dan merawat gatal-gatal. Dalam sektor pertanian dan berasaskan kajian dilaporkan ia memang ada mempunyai akar berbintil yang mampu mengikat unsur Nitrogen (N) dinana ini sekali gus membantu menyuburkan tanah di lokasi. Pokok Turi sama ada beberapa nama botani iaitu sa,aada jenis Sesbania grandiflora atau Aeschynomene grandiflora sesuai untuk hidup dengan subur dikawasan perumahan dan kebun dan digunakan paling popular iaitu bahagian pucuknya untuk dimasak 'Sayur Turi Masak Lemak' yang dicampur dengan labu manis. Pokok turi terdapat diseluruh kawasan tropika yang lembab dari Asia Tenggara, Afrika sehingga Amerika Tengah dan Australia Utara. Nama-nama lain bagi tumbuhan ini adalah seperti Kembang turi, turi, gallito, walking stick, hummingbird tree, scarlet wisteria tree, agati, Corkwood tree, Agati à grandes fleurs, Shiro gochou, Daun turi, Kacang turi, Agasto, Sesbãnia, Scarlet wisteria tree, Swamp pea, Vegetable hummingbird dan West Indian pea. Penulis dapati tidak ada dilaporkan secara khusus keluasan tanaman turi di Malaysia tetapi menganggarkan terdapat seluas antara 200-220 hektar CHE tanaman turi di Malaysia pada tahun 2015 yang ditanam sebagai tanaman selingan atau hiasan di kawasan rumah atau di tepi jalan. Pokok turi jarang ditanam secara monokrop daripada tinjauan dilakukan. Dari segi varieti turi juga belum ada pendaftaran dibawah 'National Plant Variety Listing' di Jabatan Pertanian Malaysia. Artikel subuh kali ini dari Hotel Mercury, Putrajaya dalam "Anim Agro Technology" saya kupas fakta penting tentang pokok turi untuk bahan rujukkan semua.


Dilaporkan dimana diantara makanan dri daun turi yang paling terkenal dan amat popular adalah Resepi Daun Turi Masak Lemak dengan Keledek (Khususnya jenis keledek Oren).  Bagi penulis blog dimana m
asakan sayur daun turi (pucuk turi) yang dicampur keledek yang mana ia sering dimasak lemak merupakan satu gabungan padat nutrien. Ia membekalkan antioksidan tinggi, sumber vitamin A dan C untuk menguatkan imunisasi badan, serat untuk melancarkan penghadaman, serta tenaga tambahan daripada keledek untuk mencegah kelesuan. Menyediakan makanan ini juga memerlukan guna bahan yang tepat dan cara masak yang betul. Sebaiknya di sediakan bahan-bahan seperti 1 ikat daun turi yang mana daunnya perlu di lurut ambil daunnya sahaja cuci bersih dan toskan, 1 biji keledek oren yang perlu di kupas kulit dan potong kecil, 250 ml santan, air secukupnya serta 1 batang serai yang perlu di ketuk. Sementara bagi bahan kisar disediakan bahan iaitu 4 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 4 batang cili padi, 1 inc kunyit hidup, 1 sudu besar udang kering yang perlu rendam lembut dan juga 2 sudu besar ikan bilis perlu rendam sehingga lembut. Cara memasaknya dengan memasukkan bahan kisar bersama santan, air, serai dan keledek ke dalam periuk dan masak hingga kuah keledek empuk. Perlu di ingat agar senantiasa kacau supaya santan kelapa tidak pecah dimana apabila keledek sudah menjadi empuk maka boleh dimasukkan sayur turi kemudian boleh diperasakan dengan garam secukup rasa. Sebaiknya dimasak sehingga sayur turi lembut dan matikan api. Keenakan sayur turi masak lemak dengan keledek ini enak di makan dengan nasi panas serta lauk pauk lain seperti ikan kembong goreng atau ikan masin goreng dan sambal belacan. Makanan ini sering ada di hidangkan di beberapa restoren masakan Melayu Tradisional semasa makan tengahari.


Fakta penting tentang Daun Turi digunakan sebagai sejenis sayur tradisional dari pokok herba yang terkenal dengan pucuknya yang rangup dan sedikit manis dimana apa yang penulis blog tahu ia sering digunakan dalam masakan seperti sayur lodeh atau dimakan mentah sebagai ulam. Merujuk beberapa ssumber dimana harga daun dan pokok turi di Malaysia berbeza-beza mengikut bentuk jualan dengan Jenis Daun Turi Segar atau Pucuk Pucuk Segar ia di jual dengan harga pasaran sekitar RM5 hingga RM15 satu ikat bergantung pada kuantiti dan berat di pasar tani atau pasar basah tempatan. Sesiapa yang berminat hendak menanam pokok turi di keliling rumah atau dalam kebun boleh membeli Anak Pokok Turi dari nurseri atai ada di jual di Pasar Malam atau Pasar Tamu iaitu dengan harga sekitar RM15 - RM24 sepokok dan boleh di be;i juga melalui platform dalam talian. Paling mungkin orang kurang tahu dimana ada produk jenis Serbuk Daun Turi yang di jual dalam talian di Lazada dan Shopee Malaysia dengan harganya bermula dari RM8 - RM27 bergantung pada bentuk atau varieti sama ada jenis Turi Putih atau Jenis Turi Merah). Beralih kepada beberapa mitos mistik atau pantang larang popular yentang daun turi yang ada di kalangan masyarakat dimana tidak banyk atau hampir tiada mitos dengan makhluk halus atau unsur negatif. Sebaliknya apa yang berlaku adalah pokok yang juga dikenali sebagai pokok geti ini lebih terkenal dengan tumbuhan dengan pelbagai khasiat perubatan tradisional dan kegunaannya dalam masakan. Penulis blog kongsikan fakta tentang daun turi berbanding dengan dakwaan mitos untuk rujukkan. Pertama adalah mitos menyatakan daun turi ini 'Bunga Pemanggil Hantu' sebagai mitos tidak benar. Berbeza dengan bunga seperti kemboja atau melur yang sering dikaitkan dengan alam mistik akan tetapi dilaporkan dimana bunga turi tidak mempunyai mitos sedemikian. Faktanya dimana bunga turi ini ia digunakan Dalam Masakan Tradisional dimana bahagian pucuk muda, daun dan bunga turi sering dijadikan ulam atau bahan masakan tradisional, seperti masak lemak. Merujuk kepada fakta lain berkaitan dengan Perubatan Herba dimana bahagian daun dan cebisan kulit batangnya secara tradisional digunakan untuk merawat masalah seperti ulser mulut dan dipercayai mempunyai khasiat seperti kesan antibiotik. Bagaimana pun para saintis perlu membuat kajian lebih baik berkatan kegunaan tumbuhan pokok turi ini dimasa akan datang.



Menarik dalam portal bernama laporkan '
Teroka potensi pokok turi jadi baja dan makanan ternakan' untuk ianya di sembangkan hasil kajiannya. Kisah dari Hainan, China dimana pokok Sesbania atau Pokok turi iaitu sejenis tumbuhan daripada keluarga fabaceace atau kekacang yang banyak tumbuh di kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia dikenal pasti berpotensi sebagai baja organik selain menjadi makanan ternakan yang berkhasiat tinggi. Apa pun dilaporkan yang aktiviti kajian dan penemuan terbaharu itu hasil kajian yang dilakukan sepasukan penyelidik dari Makmal Industri Benih Provinsi Hainan sejak 10 tahun lepas. Pegawai penyelidik makmal iaitu Dr Wang Fuqian berkata ada 400 jenis tumbuhan termasuk Sesbania telah dikaji dan ditanam pada tanah yang mengandungi garam yang tinggi, berasid serta beralkali, namun mendapati pokok Sesbania sebagai spesies terbaik yang mampu bertahan dalam cuaca tropika di Hainan (Sila lihat foto disebelah). Dia dan pasukannya sudah sering menjalankan penyelidikan tentang Sesbania dan setelah menggunakan benih Sesbania dimana mendapati jumlah nitrogen dan karbon organik dalam tanah telah meningkat sekali gus menyuburkan tanaman pertanian dimana ini juga secara tidak langsung dapat mengurangkan penggunaan baja kimia pada tanaman itu. Pokok Sesbania atau turi dikenal pasti berpotensi sebagai baja organik selain menjadi makanan ternakan yang didakwa berkhasiat tinggi. Benih pokok Sesbania yang telah berjaya dikacukkan di Makmal Industri Benih Probinsi Hainan oleh pakar bernama Dr Wang Fuqian diperjelaskan kepada wartawan daripada 11 media utama dari sembilan negara ASEAN dalam program Kenali Hainan China Up Close anjuran Kumpulan Media China di Hainan baru-baru ini. Pada tahun 2023 mereka mencuba menanam bawang serta Sesbania secara giliran di satu kawasan di Provinsi Shandong dan juga mendapati jumlah pengeluaran bawang meningkat berbanding tanaman sebelum tanpa penggiliran antara bawang dan Sesbania. Penggunaan tanah secara berterusan di satu-satu kawasan akan menjejaskan kesuburan tanah berkenaan, namun jika pokok Sesbania ditanam dan apabila mencapai usia matang ia dikambus pada tanah menggunakan mesin maka ia dapat membantu menambah nitrogen dalam tanah itu yang akan memberi manfaat untuk tanaman seterusnya. Apa pun selain meningkatkan kesuburan tanah, beliau berkata, penyelidikan terhadap tumbuhan renek yang hidup subur di kawasan panas dan lembap itu turut dikembangkan untuk makanan ternakan bagi menyelesaikan kekurangan bahan berkenaan di China serta kebergantungan kepada bahan makanan ternakan import. Kekurangan pokok Sesbania ini batangnya keras tidak sesuai untuk dijadikan makanan ternakan dimana penyelidikan yang dilakukan turut didkwa ia menumpukan usaha menjadikan pokok ini lebih lembut seperti alfalfa agar sesuai untuk dimakan haiwan ternakan kerana di dalam kandungan Sesbania kaya dengan sumber protein. Dr.Wang yang berpengalaman lebih 10 tahun di pusat kajian itu berkata, tumbuhan seperti alfalfa selalu digunakan sebagai makanan ternakan seperti lembu dan kambing kerana kandungan proteinnya tinggi, namun tumbuhan biasa yang dijadikan makanan ternakan di China kurang kandungan sumber berkenaan. Kini Makmal Industri Benih itu juga giat mengkaji dan membangunkan spesies benih baharu Sesbania melalui proses kacukan bagi menghasilkan benih yang lebih baik serta sesuai ditanam di bahagian selatan China seperti di Hainan dan di bahagian utara China yang kedua-dua kawasan itu berbeza cuaca dan keperluannya. Pihaknya juga sedang mencari rakan kerjasama bagi membangunkan teknologi pembenihan itu dan mengadakan perbincangan dengan Pusat Pertanian Tropika Antarabangsa (CIAT) bagi membentuk bank benih Sesbania meliputi pelbagai spesies dari seluruh dunia. Mereka juga bersedia untuk menjalin kerjasama dengan negara ASEAN termasuk Malaysia kerana kajian ke atas Sesbania yang kami lakukan ini lebih sesuai ditanam di negara ASEAN berbanding negara-negara lainArtikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK TURI ...TUMBUH DI MALAYSIA...
MUDAH DITANAM... DIMANA SAHAJA...
DIMASAK SAYURAN....ENAK RASANYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT FAHAM FAKTA...



By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Hotel Mercury, Putrajaya,
WP Putrajaya
Malaysia.
(15 Muharam 1448H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...