Support My Blog

Thursday, June 12, 2025

CARA KUPAS KELAPA 7 MINIT 100 BIJI

KUPAS SABUT KELAPA
(Cocos nucifera) merupakan satu aktiviti pertama selepas memetik buah kelapa. Menarik dalam beberapa media tempatan bagaimana sudah ada alat khusus yang mampu mengupas sabut kelapa dengan cepat iaitu selama 7 minit sebanyak 100 biji untuk di kongsikan kisahnya. Bagi penulis blog mendapati dimana kelapa tua yang gugur atau dipetik daripada pokok akan dikumpulkan di satu lokasi untuk proses membuang kulit luar kelapa iaitu lapisan SABUT KELAPA dimana kerja ini lazimnya dijalankan secara manual untuk pekebun kecil dan secara mekanisasi jika dibuat oleh ladang-ladang besar (estet kelapa). Sabut kelapa yang dibuang akhirnya akan menghasilkan buah kelapa menjadi kelapa bulat dan akan kelihatan kulit tempurung kelapa yang keras dan mudah untuk diproses seterusnya. Kelapa bulat ini mudah dipecahkan atau dibuang lapisan tempurung (di gelar 'patek kelapa') untuk mendapatkan isi kelapa yang berwarna putih. Buah kelapa bulat ini juga mudah dibawa kepasaran setelah membuang kulit sabut diladang kerana sabut ini mempunyai isipadu yang banyak jika tidak dibuang dahulu diperingkat awal. Secara tradisional dimana ada b
eberapa cara lain cara mengupas manual sabut kelapa dengan menggunakan parang, cangkul, mata tajak, pengupas seperti gunting (lihat foto) dan menggunakan mesin automatik atau semi-automatik. Kaedah menggunakan besi seperti gunting besar seperti foto sebelah sangat sesuai untuk wanita kerana kerjanya mudah, ringan dan selamat walau pun ianya agak lambat. Kelapa diletakkan diatas tanah dalam kedudukan menegak keatas dan masukan mata gunting ketengah empulur sabut. Buka pemegang keluar dan sabut kelapa akan terbuka ditengah-tengahnya dan ulangi sekali lagi (jika perlu) untuk bahagian bawah buah kelapa tersebut. Apabila sabut sudah terpisah maka keluarkan biji kelapa bulat dengan tangan secara manual. Kalau tiada alatan khusus makan boleh gunakan bucu cangkul atau tajak rumput dan lakukan aktiviti mengupas kelapa untuk kegunaan persendirian. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya gembira untuk mempaparkan bagaimana cara mengupas kelapa dan laporan media mengenaii kaedah mengupas kelapa dalam masa singkat untuk bahan rujukkan semua. 


Terdapat bermacam alat yang digunakan untuk mengupas sabut kelapa secara manual atau secara tradisional diseluroh dunia. Paling lazim mereka menggunakan 'Alat penyadap' iaitu alat diperbuat dari struktur besi tajam seperti bentuk 'lembing' yang dipacak diatas tanah atau pun jenis struktur besi bagi mengukuhkan ia tegak kedudukannya. Buah kelapa yang masih ada atau mempunyai lapisan sabut akan di letakkan pada mata besi tajam dan dipulas keluar atau kedalam untuk tujuan mengeluarkan sabut kelapa tersebut (Sila lihat foto disebelah). Pengalaman penulis blog di lokasi dalam ujicuba membuang sabut kelapa dengan alat ini mengambil masa selama 15-20 minit untuk sebiji kelapa tetapi lama kelamaan cuma 7-10 minit sebiji. Mereka yang ada kemahiran tinggi cuma perlukan 2-3 minit sahaja untuk mengupas kelapa sebiji. Mereka tidak lagi tengok pun mata besi tajam tersebut dan sangat pantas mengupas sehinga mampu menghabiskan sebanyak 600-800 biji dalam beberapa jam sahaja. Alat ini mudah dialihkan jika perlu kekawasan pengumpulan buah kelapa yang dikhaskan. Saya ada menulis beberapa artikel mengenai bagaimana beberapa alatan di cipta oleh agensi penyelidikan seperti MARDI, universiti serta pemain industri dan penanam kelapa bagaimana memudahkan kaedah mengupas kelapa dengan cepat dan buah tidak rosak. Salah satu artikel ditulis adalah bertajuk 'Kelapa - Mesin Kupas dan Mesin Sabut' yang boleh di baca dengan pautan (Sila Klik Disini). Di luar negara juga ada pelbagai alatan khusus dan mesih has untuk membuang sabut kelapa secara komersil dan moden.


Menarik dalam portal bharian.com pada Januari 2025 melaporkan bagaimana '
Kupas kelapa bukan lagi kerja renyah, 7 minit 100 biji dengan mesin' wajar di kongsikan. Bagi seorang pengusaha kelapa bernama Mohd Asri Shaffien (59) dimana dia sudah menggunakan mesin pengupas kelapa yang ditempah oleh pelanggannya di Kampung Kelong, Tumpat, Kelantan wajar di konsikan faktanya (Sila lihat foto disebelah). Dakwanya penggunaan mesin pengupas kelapa menggantikan kaedah manual menjimatkan masa dan tenaga berkali ganda hanya memakan masa antara tujuh hingga 10 minit untuk menyelesaikan dalam 100 biji. Dakwanya dimana jika sebelum ini hasil tuaian kelapa dari kebunnya seluas 2.4 hektar dikupas pekerja yang mengambil masa hingga dua jam namun dengan menggunakan mesin pengupas dakwanya ia hanya memakan masa kira-kira tujuh hingga 10 minit untuk 100 biji. Dia membeli mesin pengupas kelapa berharga RM6,000 sejak tiga bulan lalu melalui geran daripada pihak Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tumpat. Katanya hanya tujuh hingga 10 minit sahaja masa diambil untuk pihaknya kini menyelesaikan 100 biji kelapa malah kelapa yang dikupas juga sudah sesuai untuk dibelah. Dia yang sudah lebih 25 tahun menanam kelapa termasuk kelapa pandan berkata, kelapa yang dikupas akan dijual kepada pengusaha santan pada harga RM1.50 sebijI. Bapa kepada 11 cahaya mata itu lagi dakwa dimana kalau sebelum ini memang ada berlaku banyak lambakan kelapa yang tidak sempat dikupas kerana menggunakan tenaga manusia dan berlaku pembaziran. Tambahnya lagi dimana kalau sebelum ini dia membayar pekerja 20 sen untuk setiap biji kelapa yang dikupas atau RM20 untuk 100 biji dimana kini dia mampu meningkatkan pendapatannya dengan mengambil upah bagi menguopas kelapa dari kampong berdekatan. 


Merujuk portal lain iaitu sinarharian.com bertajuk '
Kupas kelapa dalam 10 saat' di Bachok, Kelantan juga wajar agar ia dikongsikan kisahnya. 
Media laporkan dimana ada seorang penerima Anugerah Inovasi dan Reka Cipta Negeri Kelantan dari GIATMARA Bachok, Kelantan yang wajar dikonsikan. Bagi Encik Fauzi sudah pun menunjukkan betapa mudahnya menggunakan alat Pengupas Kelapa Serbaguna pada Majlis Penutup Karnival Sains dan Teknologi Kelantan 3.0 Sempena Ekspo Digital Antarabangsa Kelantan 2019 (Sila lihat foto disebelah). Merujuk kepada minta dan juga pemerhatian terhadap kesukaran proses mengupas kelapa mendorong seorang guru GIATMARA Bachok mencipta mesin yang membolehkan buah berkenaan dikupas dalam masa 10 saat sahaj bagi sebiji buah yang meringankan kerja dan mempercepatkan proses mengupas kelapa. Dilaporkan dimana alat atau mesin yang dicipta dengan bantuan 22 penuntut jurusan automotif itu menggunakan peralatan besi paip, besi ‘hollow’ dan spring untuk memudahkan proses mengupas kelapa. Idea inovasi mesin itu tercetus selepas melihat kesukaran orang ramai terutama wanita dan peniaga mengupas kelapa dalam tempoh agak lama. Kumpulan ini di laporkan sudah membuat kajian untuk mencipta sesuatu yang berupaya memudahkan kerja dengan proses lakaran mesin bermula awal tahun ini. Mereka mengambil masa sebulan untuk merangkap konsep dan lakaran secara teliti dimana hasilnya adalah mesin ini akan membolehkan sebiji kelapa dikupas dalam 10 saat manakala kelapa tua pula paling lama 40 saat. Dakwanya dimana alat mata mesin yang tajam menjadikan kerja mengupas kelapa mudah dan dalam beberapa jam ia mampu mengupas ratusan biji kelapa. Dilaporkan diman mereka mengambil masa beberapa hari mencanai besi untuk menghasilkan pisau pemotong yang tajam dengan menggunakan besi tebal dan tahan karat bagi memastikan ia tahan lama. Mereka juga nyatakan untuk dapat mengkomersialkan mesin itu bagi memudahkan kerja penjual kelapa yang sekali gus membantu meningkatkan pendapatan mereka. Sudah ada ramai petani dan peniaga kelapa yang membuat tempahan kerana berminat dengan mesin kupas kelapa itu walau pun ianya mengambil masa untuk setiap satu unit ini disiapkannya kerana komitmen terhadap tugas hakiki. Selain ada tempahan yang datangnya daripada individu dan syarikat serta jabatan kerajaan dilaporkan ada bebrapa pengusaha kilang IKS berkaitan kelapa yang berminat membelinya dari luat Kelantan. Dilaporkan dimana ciptaan itu memenangi pingat emas pada pertandingan Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa di Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Februari 2019 dimana mereka mendapat geran RM30,000 daripada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Sehingga artikel ini di tulis belum ada maklumat berapa unit alat ini sudah di jual kepada pemain industri kelapa di Malaysia. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada seua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENGUPAS KELAPA...LAMA MASANYA...
CARA TRADISIONAL...AMALAN BIASA...
ADA MESIN BARU...SUDAH DI CIPTA...
BELUM MELUAS...PERLU DI BANTU JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(4 Zaullhijjah 1446H).

Wednesday, June 11, 2025

KUCING HAIWAN PELIHARAAN (PART 5)

KUCING (Felis catus) atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti  memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam  kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.


Haiwan Kucing dilaporkan memang ia mudah membiak dengan bilangan anaknya juga selalu agak banyak. Dalam pada itu apabila kucing mengawan dimana kucing jantan menggigit lapisan atas leher betina kerana dia mengambil suatu kedudukan kondusif untuk kaedah mengawan dikenali sebagai tingkah laku lordosis. Kucing betina adalah bermusim poliestrus yang bermakna ia mungkin mempunyai banyak tempoh haba sepanjang tahun di negara tropika. Tempoh haba berlaku kira-kira setiap dua minggu dan berlangsung selama 4-7 hari.  Beberapa kucing jantan akan tertarik kepada kucing betina pada dengan cara berjuang demi kucing betina dan akhirnya hanya kucing yang menang berhak untuk mengawan. Pada mulanya dilihat kucing betina itu menolak kucing jantan tersebut akan tetapi akhirnya kucing betina membolehkan kucing jantan itu untuk mengawan. Kucing betina selalunya akan membunyikan pekikan yang kuat bagi membolehkan kucing jantan mengawan. Selepas mengawan kira-kira 20 - 30 minit dimana bagi kucing betina dimana kitaran akan berulang. Kajian mendapati jika kucing betina tidak boleh menjadi bunting oleh kucing jantan pertama yang mengawan tadi dimana kucing betina boleh mengawan dengan lebih daripada satu ekor kucing jantan apabila ia berahi dimana ini yang didakwa ia menyebabkan anak kucing yang berlainan dalam satu kelompok boleh mempunyai bapa yang berlainan.Selepas 124 jam selepas persenyawaan maka proses mengandung akan berlaku dimana selepas 10-12 hari maka janin kucing terbentuk. Tempoh matang untuk kucing adalah antara 64 - 67 hari iaitu dengan purata 66 hari. Saiz kumpulan biasanya tiga hingga lima anak kucing, dengan kelompok pertama biasanya lebih kecil daripada kelompok berikutnya. Anak-anak kucing bercerai susu antara usia enam dan tujuh minggu dimana ia  biasanya mencapai kematangan seksual pada 5-10 bulan (betina) dan 5-7 bulan (jantan).  Walaupun berbeza-beza masa dimana ia bergantung kepada baka. Kucing betina boleh beranak dua atau tiga kali setahun dengan kemampuan untuk menghasilkan anak sehingga 150 ekor anak kucing dalam jangka pembiakan mereka sekitar sepuluh tahun. Kucing didakwa ia bersedia untuk pergi ke rumah baharu pada kira-kira usia 12 minggu atau apabila mereka bersedia untuk meninggalkan ibunya. Kucing boleh dijalankan pembedahan steril (dikasi atau dikembiri) seawal 7 minggu untuk tujuan bagi menghadkan pembiakan yang tidak diingini. Pembedahan ini dilakukan ketika usia kira-kira 6 - 9 bulan akan tetapi jika umur semakin dilakukan sebelum baligh maka perlukan sekitar 3-6 bulan. Banyak negara maju memandulkan kucing dinegaranya untuk kurangkan populasinya.


Habitat kucing memang meluas dimana ia boleh tinggal di gunung-gunung tertinggi dan di kawasan gurun panas. Ia amat mudah menyesuaikan diri dan kini hadir di semua benua kecuali di Antartika dan di banyak kepulauan terpencil diseluruh dunia dia akan ada. Kucing liar boleh hidup dalam hutan, padang rumput, tundra, kawasan pantai, tanah pertanian, tanah belukar, kawasan bandar, dan tanah lembap. Habitat mereka juga termasuk pulau-pulau lautan kecil yang tidak mempunyai penduduk manusia. Kucing domestik akan tinggal serumah dengan pemiliknya malahan dibuatkan ruumah khusus untuk kucing dengan kos murah sehingga amat mahal. 
Keupayaan kucing untuk berkembang maju dalam hampir mana-mana habitat daratan telah membawa kepada penetapan sebagai salah satu spesies invasif paling teruk di dunia. Apa pun dilihat yang kucing domestik sedikit berbeza daripada kucing liar sebab ia boleh membiak sesamanya. Penghibridan ini juga menimbulkan bahaya kepada sifat tersendiri genetik beberapa populasi kucing liar diseluruh dunia. Kucing liar ialah kucing domestik yang dilahirkan kemudian ia telah kembali kepada keadaan liar. Mereka tidak biasa dengan atau sentiasa berhati-hati dengan manusia dan bergerak atau berkeliaran bebas di kawasan bandar dan luar bandar.  Bilangan kucing liar tidak diketahui akan tetapi ia semakin banyak di mana-mana sahaja dimana ada laporan di terbitkan di USA ada sebanyak 25-60 juta ekor disana. Kucing liar boleh hidup bersendirian akan  tetapi kebanyakan terdapat dalam koloni atau kemompok yang besar dengan mendominasi kawasan tertentu dan biasanya dikaitkan dengan banyaknya sumber makanan. Kelompok kucing liar ada di beberapa lokasi yang menganggu penduduknya atau pelancong dimana di Rom, Itali atau sekitar Colosseum dan Forum Romanum banyak kucing liar tetapi ia selalu diberi makan dan diberi rawatan perubatan oleh sukarelawan disana.


Menilai akan s
ikap orang ramai terhadap kucing liar berbeza dimana ada jadikan ia sebagai haiwan kesayangan tetapi orang lain menganggap ia adalah sebagai haiwan perosak. Satu pendekatan yang sama untuk mengurangkan populasi kucing liar diistilahkan sebagai aktiviti atau kempen 'tangkap, mandul, pulang'. Kaedah mennangkap, dikembiri, diberi imunisasi terhadap penyakit anjing gila dan virus leukemia kucing dan kemudian dibebaskan merupakan satu pendekatan pihak berkuasa dalam menangani kes kucing liar. Kalau sebelum melepaskan kucing liar ini kembali ke dalam kelompoknya dimana doktor haiwan yang merawat sering memotong hujung dan satu telinga untuk menandakannya sebagai kucing liar ersebut sudah dimandulkan dan disuntik bagi mengelakkan agar kusing sama ditangkap lagi. Sukarelawan serius dan terus untuk memberi makanan dan memberi rawatan kepada kucing liar ini sepanjang hayat mereka. Dengan cara ini maka jaminan kucing yang sihat dan berkualiti di ujudkan dan jangka hayat umur kucing liar ini akan meningkat. Pendekatan ini dilaporkan sudah menjaya mengatasi masaalah pencemaran akibat kucing liar disebabkan oleh persaingan untuk makanan dikurangkan maka pembiakan akan menurun.  Walaupun didakwa memang kucing cukup makan akan tetapi jenis kucing domestik boleh memburu dan membunuh terutamanya menangkap mamalia kecil seperti burung, amfibia, reptilia, ikan dan invertebrata.  Pemburuan oleh kucing domestik boleh menyumbang kepada penurunan dalam bilangan burung terutama di kawasan bandar dan ia ada kontroversi. Dalam kes lain dilaporkan di persekitaran liar populasi kucing liar memang diancam. Dalam banyak kes aktiviti mengawal atau menghapuskan populasi kucing liar ini berkaitan dengan makanan , kesihata dan populas haiwan perosak seperti tikus yang berkembang banyak. Bagi penulis blog percaya jika ada peranan ekologi kucing seperti ia memang boleh mengawal bilangan tikus dalam komuniti mereka.


Kucing beri
nteraksi dengan manusia dimana selain disimpan sebagai haiwan kesayangan dimana kucing juga digunakan dalam industri bulu dan kulit antarabangsa untuk membuat produk seperti baju-baju, topi, selimut dan mainan disumbat dan kasut, sarung tangan dan alat muzik. Dilaporkan dimana sebanyak 24 kucing diperlukan untuk membuat satu unit baju kot berbulu kucing diambil dari bulu kucing.  
Penggunaan bulu kucing ini kini telah diharamkan di USA, Australia dan Kesatuan Eropah. Kulit bulu kucing telah digunakan untuk tujuan karut sebagai sebahagian amalan ilmu sihir dan masih dibuat ke dalam selimut di negara Switzerland sebagai ubat yang dipercayai dapat membantu sakit sendi. Beberapa kajian dan percubaan untuk membina bancian kucing telah dibuat selama leibatkan pihak persatuan atau pertubuhan kebangsaan dan antarabangsa dan di dalam wab atau Internet akan tetapi tugas sebegini tidak mudah untuk dicapai. Anggaran umum untuk populasi global kucing domestik diseluruh dunia diantara 200 juta ke 600 juta ekor. Benarkah anda ingin mengatahuk jika 'Kucing dijadikan sebagai makanan'?. Walaupun daging kucing sebahagian besarnya dilarang dimakan di kebanyakan negara barat namun haiwan kucing dibunuh untuk dimakan dagingnya di seluruh dunia. Negara-negara di mana penduduknya amat suka memakan kucing termasuk Korea, China, Vietnam (walaupun ia merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang di sana), Switzerland, Peru, Cameroon dan Australia. Di Malaysia pernah di laporkan kalangan imigran atau pekerja asing dari Vietnam selalu memburu kucing dan anjing untuk di jadikan makanan. Kucing juga dilaporkan ada dimakan di Jepun sehingga abad ke-19 dan kucing secara sejarah telah dimakan semasa orang Jepun kebuluran atau semasa berlaku peperangan di sana. Dalam kes lain semasa peperangan dahulu seperti di Perancis, Sepanyol dan Itali mereka ada memakan kucing. Aktiviti membunuh kucing untuk dimakan telah diharamkan di sebahagian Amerika Syarikat di bawah Akta Larangan Perdagangan Daging Kucing dan Anjing Amerika 2018, dan ia menyalahi undang-undang di Australia Selatan. Pertandinag Kucing atau Pertunjukan kucing selalu di lakukan di banyak negara seluruh dunia. Ia dihakimi oleh pakar-pakar kucing dimana ada persaingan di antara pemilik kucing untuk memenangi gelaran. Terdapat pelbagai organisasi peringkat lokal, negara dan antarabangsa dalam mempertandingkan haiwan kucing di seluruh dunia. Kucing mereka dipamer dan akan dinilai berdasarkan standard baka.Kedua-dua kucing pedigri dan peneman (atau moggy) yang juga diterima dalam pertunjukan, walaupun peraturannya berbeza dari organisasi ke organisasi. Kucing dibandingkan dari segi standard baka, dan pemilik yang dinilai paling rapat dengannya dianugerahkan hadiah. Kucing moggy dinilai berdasarkan kelakuan (temperamen) mereka. Selalunya, pada akhir tahun, semua mata yang terakru di pelbagai pertunjukan ditambah dan lebih banyak gelaran nasional dan serantau dianugerahkan. Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HAIWAN KUCING... RAMAI ORANG SUKA...

BERBUNYI MANJA...SENANG DI PELIHARA...
BERBAGAI JENIS... KOMBINASI WARNA...
ADA YANG MAHAL...BELA YANG PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Zulhijjan 1446H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H...

Tuesday, June 10, 2025

KUCING HAIWAN PELIHARAAN (PART 4)

KUCING (Felis catus) atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti  memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam  kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.


Pembaca blog mungkin kurang pasti berapa lamakah jangkahayat kucing. Dilaporkan dimana jangkahayat atau pun umur purata kucing haiwan sudah meningkat pada tahun kebelakangan ini sebab kucing domestik ada menerima rawatan kesihatan sama seperti manusia juga. Pernah di laporkan iaitu pada awal tahun 1980 dulu dimana purata umur kucing domestik sekitar 7 tahun sahaja akan tetapi ia kemuidan meningkat kepada purata umur kepada 9.4 tahun pada tahun 1995 dan meningkat lagi kepada purata umur 12-15 tahun pada tahun 2014. Walau bagaimanapun dilaporkan kucing masih hidup lama sehingga kepada usia 30-an dimana kucing tertua yang diketahui adalah spesis Creme Puff yang dilaporkan ia mati pada usia yang disahkan ialah 38 tahun. Kajian menunjukkan jika aktiviti memandulkan atau atau pengembirian dilakukan kepada kucing makan ia akan meningkatkan jangka hayatnya. HAsil dari satu kajian mendapati kucing jantan yang dikasi (buang organ jantan) akan hidup dua kali lebih lama berbanding dengan kucing jantan yang tidak dimandulkan. Dalam pada itu dilaporkan bagi kucing betina mandul akan hidup 62% lebih lama berbanding kucing betina biasa yang tidak di mandulkan. Kucing dimandulkan mempunyai manfaat kesihatan kerana kucing jantan yang dikembiri tidak boleh membangunkan kanser testis sementara kucing betina mandul tidak boleh membangunkan rahim atau kanser ovari dimana bagi keduanya mempunyai penurunan risiko kanser buah dada dan hidup lebih lama. Berlainan dengan isu kucing liar yang semakin pupus jumlahnya di habitat. Dilaporkan yang jangka hayat kucing liar setelah dikembiri dilihat ia berjaya hidup lebih lama berbanding dengan jenis kucing domestik yang di pelihara. Kucing dimandulkan memang dipastikan yang ia akan boleh hidup lama. Lazimnya kucing boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit berjangkit, parasit, kecederaan dan penyakit kronik. Vaksinasi boleh dilakukan dan didapatkan merawat beberapa jenis penyakit kucing untuk menghapuskan parasit seperti cacing dan kutu.


Para petani dan pemilik rumah yang ingin membunuh tikus yang menganggu selalunya akan memberikan racun tikus. Tikus akan memakan umpan racun (ada banyak jenama di pasaran) dimana kemudian tikus yang memakan racun ini akan di makan oleh kucing yang mana ia menyebabkan kes keracunan kepada kucing sehingga kucing juga boleh turut mati. Ancaman kritikal kepada kucing adalah bahaya yang jelas seperti racun tikus atau racun serangga atau racun rumpai dimana kucing boleh diracuni oleh pelbagai bahan kimia yang biasanya ia dianggap selamat oleh kalangan manusia. Kesihatan kucing boleh terjejas dan akut jikka termakan makanan atau minuman tercemar racun sebab hati tikus tidak dapat membuang racun secara berkesan dalam bentuk detoksifikasi berbanding dengan banyak haiwan lain dan manusia dan anjing. Antara punca-punca yang paling biasa berlaku kes keracunan kucing ialah bahan antibeku (anti-coagulant) daalam racun tikus yang ada dalam racun umpan. Kucing boleh menjadi sangat sensitif kepada pencemaran alam sekitar dimana apabila kucing sudah diserang penyakit yang serius secara tiba-tiba atau yang berpanjangan tanpa sebab yang jelas dimana ia mungkin telah terdedah kepada kesan toksin atau keracunan. Isu seperti keracunan merupakan salah satu kondisi bahaya yang mungkin dialami oleh kucing. Sebagai pemilik kucing adalah penting bagi Anda untuk memahami tanda-tanda keracunan tersebut dan langkah yang harus dilakukan dalam cara-cara mengatasinya. Ciri-ciri keracunan yang terjadi sebenarnya bervariasi dan bergantung pada jenis racun serta banyaknya racun yang tertelan atau terhirup. Beberapa tanda yang umumnya terjadi pada bila hewan peliharaan Anda ini mengalami keracunan termassik Masalah pencernaan dimana salah satu tanda kucing keracunan yang dapat terjadi adalah munculnya masalah pencernaan, seperti muntah dan diare. Pada beberapa kes selalunya kucing muntah dan cirit birit akibat keadaan yang mungkin akan mengeluarkan darah. Apa pun selain timbul masalah pencernaan, kucing yang keracunan juga dapat dilihat tanda ada beberapa masalah neurologi atau sistem saraf seperti kes tremor, kejang, depresi, stres, inkoordinasi atau bahkan koma. Kes keracunan kucing ditandakan dengan unculnya gangguan pernapasan. Selain itu ada timbul kucing yang keracunan mengalami beberapa  kes permasalahan kulit. Kulit mungkin akan terlihat membengkak atau mengalami peradangan dimana kemudian kulit ini akan rosak atau mengelupas. Ciri-ciri kucing mengalami keracunan yang perlu diawasi bila munculnya tanda gagal hati dimana kemudian berlaku kes sakit kuning, muntah, berat badan menurun dan kes serta lemas. Keracunan pada kucing dilihat ia boleh menyebabkan kucing mengalami kerosakan buah pinggang atau ginjal. Kucing kerap minum minum, kurang nafsu makan atau tidak mau makan sama sekali sehingga penurunan berat badan. Banyak ubat manusia tidak boleh diberikan kepada kucing dimana sebagai contoh ubat jenis parasetamol atau jenis ubat penahan sakit (seperti jenis asetaminofen yang dijual sebagai Tylenol dan Panadol) amat beracun kepada kucing. KAian menunjukkan walaupun dos yang sangat kecil untuk rawatan segera pada kucing ia boleh membawa maut kepada kucing. Ubat aspirin yang kadang-kadangnya digunakan untuk merawat masaalah artritis pada kucing sebenarnya ia lebih toksik kepada kucing. 

 
Dilaporkan jika jenis kucing terjinak dan moyangnya kucing liar terdekat dimana kedua-duanya adalah organisma diploid yang mempunyai 38 kromosom atau kira-kira ada 20,000 gen. Kajian dibuat sudah berlaku ada sekitar 250 gangguan dari genetik diwarisi telah dikenal pasti dalam kucing dalam proses biakbaka dimana isu ini berlaku sama dengan kes manusia iaitu proses secara semulajadi. Kebanyakan penyakit kucing untuk di diagnosis menggunakan ujian genetik yang dilihat ia pada asalnya iaitu ia dibangunkan untuk kegunaan pada manusia dan juga tujuan penggunaan kucing sebagai model haiwan dalam kajian penyakit manusia. Walau pun dilaporkan kucing liar aktif siang dan malam akan tetapi sebenarnya kucing adalah lebih aktif pada waktu malam. 
Masa kegiatan kucing juga ia adalah agak fleksibel dengan pelbagai aktiviti dilaporkan dimana ada jenis kucing rumah boleh menjadi lebih aktif pada waktu pagi dan petang berkaitan sebagai tindak balas kepada aktiviti manusia yang lebih aktif pada sianghari. Walaupun selalunya kucing akanmenghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekitar rumah akan tetapi kucing rumah boleh berkeliaran ratusan meter dari titik pusat rumahnya diman ini dikenali untuk ianya mewujudkan wilayah yang berbeza dari segi saiz dalam satu kajian antara 7-28 hektar. Kucing mampu menjimatkan tenaga dengan tidur lebih lama daripada kebanyakan haiwan lain iaitu terutamanya apabila umurnya semakin tua. Laporan kajian menunjukkan dimana tempoh setiap hari tidur haiwan kucing berbeza-beza yang lazimnya adalah purata diantara 12 -16 jam atau 13 -14 jam ialah tempoh purata. Sesetengah kucing boleh tidur selama 20 jam sehingga ada peribahasa 'kucing tidur' bertujuan untuk berehat sebentar. Kes ini juga adalah merujuk kepada kecenderungan kucing untuk tidur (ringan) untuk tempoh yang singkat masih berlaku. Apa pun perlu diketahui jika semasa tidur dimana kucing akan mengalami tempoh tidur gerak mata cepat yang singkat serta gerakkan otot-otot seakan kucing sedang bermimpi.


Selalunya k
ucing domestik menggunakan banyak SUARA atau BUNYI untuk ia  komunikasi. BUnyi suara ini termasuk bunyi berdengung, getaran suara, desiran, suka atau gertakan, mendengus dan juga ada beberapa bentuk yang berbeza suara mengiau. Sebaliknya bagi jenis kucing liar biasanya akan sentiasa senyap. Antara jenis bahasa badan mereka ia merangkumi kedudukan telinga dan ekor, kelonggaran seluruh badan dan cara pengurutan kaki yang mana semuanya dapat menunjukkan perasaan oleh haiwan kucng kepada tuannya. Bahagian ekor dan telinga kucing adalah mekanisme isyarat sosial amat penting bagi haiwan kucing. Sebagai contoh selalunya ekor dibangkitkan bertindak sebagai ucapan mesra kepada tuannya dan telinga kucing yang leper menunjukkan permusuhan. Menaikkan, mengusap dan meninggikan ekor kucing juga menunjukkan kedudukan kucing dalam hierarki sosial di kumpulannya dimana bagi kucing individu ia selalunya adalah lebih dominan menaikkan ekornya kurang kerap daripada haiwan bertaraf rendah. Sentuhan hidung ke hidung juga ucapan yang sama dan boleh diikuti oleh dandanan sosial, yang diminta oleh salah satu kucing menaikkan dan menyengetkan kepalanya. Dilaporkan bunyi dengungan kucing mungkin bertujuan untuk dibangunkan sebagai salah satu kelebihan evolusi sebagai mekanisme isyarat untuk jaminan antara kucing ibu dan anak-anak yang dijaga. Kucing domestik sering berdengung sebagai tanda kepuasan setelah diberikan makanan mencukupi dan kemudian akan bergerak lelokasinya. Cara haiwan kucing berdengkur adalah sukar difahami. Kucing tidak mempunyai ciri-ciri anatomi yang unik yang jelas bertanggungjawab untuk bunyi. 


Kucing daripada genus Felis memang boleh berdengung iaitu ciri ini sebenarnya sama dengan spesis genus Panthera (harimau, singa, dan jaguar) juga menghasilkan bunyi serupa dengan dengungan akan tetapi hanya apabila bernafas keluar. Sifat kucing yang 
memburu mangsa kecil terutamanya burung dan tikus dimana ia juga sering digunakan sebagai satu bentuk kaedah biologi dalam kawalan perosak. Dilaporkan jika kucing domestik ialah sejenis haiwan pemangsa terutama hidupan liar dengan kemampuan membunuh mangsa sekitar antara an 1.4 - ke 3.7 bilion ekor burung dan 6.9 - 20.7 bilion mamalia setiap tahun. Ini adalah beberapa cara berkesan untuk mengurangkan populasi haiwan perosak tanaman yang agak sukar dan mendapat ancaman daripada peminat kucing yang aktif. Dalam kes lain dimana dilaporkan pemilik kucing akan memasang dengan loceng bagi tidak membiarkan kucingnya keluar pada waktu malam dimana ini akan mengurangkan ia menjadi pemangsa hidupan liar. Kucing liar dan kucing rumah dilhat lebih cenderung untuk mengambil banyak makanan kecil dalam satu hari iaitu dengan kadar atau kekerapan dan saiz makanan berbeza antara kucing. Kucing menggunakan dua strategi memburu iaitu dengan cara  menghendap mangsa secara aktif, atau menunggu dalam serangan hendap sehingga haiwan datang cukup dekat untuk ditangkap. Walaupun ia tidak pasti, strategi yang digunakan boleh bergantung kepada spesies mangsa di kawasan itu, dengan kucing menunggu di dalam lubang di luar serangan hendap, tetapi cenderung mengejar burung secara aktif. Apa pun diantara elemen yang paling terkenal adalah tentang tingkah laku memburu kucing yang disalah faham oleh pemilik kucing kerana ia kelihatan seperti penyeksaan, ialah kucing sering muncul untuk 'bermain-main dengan mangsa dengan melepaskannya selepas tangkap. Kelakuan ini adalah disebabkan oleh naluri penting untuk memastikan bahawa mangsa yang cukup lemah untuk dibunuh tanpa kemdian ia membahayakan kucing. Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HAIWAN KUCING... RAMAI ORANG SUKA...

BERBUNYI MANJA...SENANG DI PELIHARA...
BERBAGAI JENIS... KOMBINASI WARNA...
ADA YANG MAHAL...BELA YANG PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Zulhijjan 1446H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H...

Monday, June 9, 2025

KUCING HAIWAN PELIHARAAN (PART 3)

KUCING (Felis catus) atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti  memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam  kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.


Memahami haiwan kucing dimana ia mempunyai deria penglihatan malam yang sangat baik dimana kucing boleh melihat hanya satu perenam peringkat cahaya yang diperlukan untuk dibanding dengan kebolehan penglihatan manusia. Organ mata kucing mempunyai tapetum lusidum iaitu struktur yang mencerminkan apa-apa cahaya yang melalui retina belakang ke dalam mata kucing dimana ia dengan itu meningkatkan sensitiviti mata untuk memalapkan cahaya. Satu lagi adaptasi malap cahaya ialah apabila organ anak mata kucing yang besar dimana ia tidak seperti dimana ada sesetengah kucing besar seperti harimau dan kucing domestik mempunyai anak mata celah. Anak-anak mata celah ini sebanrnya boleh memberi tumpuan cahaya terang tanpa penyimpangan kromatik iaitu ian diperlukan kerana anak mata kucing domestik adalah lebih besar jika hendak dibandingkan dengan mataya daripada anak-anak mata kucing besar. Pada tahap cahaya rendah dimana anak mata kucing akan dapat berkembang untuk meliputi sebahagian besar permukaan terdedah matanya. Dilaporkan dimana bagi kucing domestik ia mempunyai penglihatan warna yang agak teruk dan (seperti kebanyakan mamalia bukan primate) yang mana ia hanya mempunyai dua jenis kon yang boleh dioptimumkan untuk sensitiviti kepada biru dan kuning-hijau. Kucing dilaporkan ia memang keupayaan untuk membezakan antara merah dan hijau dengan kadar yang terhad. Kajian pada tahun 1993 medapati jika berlaku tindak balas kepada panjang gelombang pertengahan dari sistem yang lain daripada rod yang mungkin disebabkan oleh sejenis kon ketiga. Apa pun kajian ini nyatakan akan kelihatan seperti satu penyesuaian kepada tahap cahaya rendah daripada mewakili wawasan triwarna benar. Penglihatan hebat kucing waktu malam membolehkan ia mencari mangsa pada malam hari. Masalah pada mata kucing disebabkan gejala bakteria seperti kemerahan. Penjagaan yang rapi dengan menggunakan ubat titis atau gel untuk mencegah jangkitan bakteria pada mata kucing. Masalah ini boleh dikategorikan beberapa sebab. Jika mata kucing anda kelihatan kemerahan atau meradang, anda akan dapati terdapat kesan bengkak pada permukaan mata kucing anda. (biasanya jika kucing dalam keadaan sihat dan normal, anda dapati kelembapan pada permukaan mata yang bersih). Jika ianya nampak mengalami kesulitan untuk melihat atau sensitif terhadap cahaya, minta berjumpa dengan doktor veterinar yang berdekatan.


Organ telinga dan pendengaran kucing adalah sangat baik dan boleh mengesan pelbagai frekuensi sangat luas. Haiwan kucing sebenarnya boleh mendengar bunyi-bunyi yang lebih tinggi daripada segi kenyaringan berbanding anjing ataupun manusia dimana ia boleh mengesan frekuensi dari 55 Hz sehingga 79,000 Hz atau dalam julat 10.5 oktaf berbanding dengan manusia dan anjing kedua-duanya mempunyai julat kira-kira 9 oktaf sahaja. Kucing dilaporkan boleh mendengar ultrabunyi yang penting dalam memburu mangsa kerana ada pelbagai spesies tikus membuat panggilan scara ultrasonik. Walau bagaimanapun biasanya kucing tidak berkomunikasi dengan menggunakan ultrabunyi seperti tikus. Pendengaran kucing juga sensitif dimana ia adalah diantara jenis haiwan yang terbaik daripada mana-mana mamalia berbanding haiwan paling teruk dalam lingkungan gelombang 500 Hz hingga 32 kHz. Sensitiviti ini selalunya akan meningkat dengan telinga kucing dibahagian luar yang boleh bergerak menghala sumber bunyi dengan saiz telinga yang besar (pinna) iaitu berada dikedua-dua belah membantu mengesan arah bunyi. Kucing antara haiwan yang mempunyai deria bau yang kuat. Kucing mempunyai rasa akut bau dimana sebahagiannya berpunca dari organ mentol pencium yang maju dan permukaan yang besar iaitu mukosa pencium atau sekitar 5.8 cm2 atau jumlah ini adalah kira-kira dua kali ganda berbanding manusia. Kucing adalah sensitif kepada bahan feromon seperti 3-mercapto-3-methylbutan-1-ol yang kucing gunakan untuk berkomunikasi melalui air kencing yang disemburkan iaitu bertujuan untuk menandakan dengan kelenjar bau. Banyak jenis kucing juga bertindak balas dengan kuat kepada tumbuh-tumbuhan yang mengandungi bahan nepetalakton terutama pokok catnip iaitu kucing mampu untuk mengesan bahan yang kurang daripada satu bahagian per bilion. DIlaporkan ada sekitar 70-80% daripada spesis kucing dipengaruhi oleh nepetalakton. Tindak balas hebat ini juga dihasilkan oleh beberapa jenis tumbuh-tumbuhan lain termasuk anggur perak (Actinidia polygama) dan herba valerian dimana ia mungkin disebabkan oleh bau tumbuhan ini meniru feromon dan merangsang tingkah laku sosial atau seksual kucing.


Berbincang mengenai deria rasa dimana kucing mempunyai organ lidah yang akan merasa yang kekuatannya adalah sedikit berbanding dengan deria rasa lidah manusia (nilai 470 atau lebih berbanding lebih 9,000 dalam rasa bagi manusia). Kucing domestik dan kucing liar dilihat ia berkongsi mutasi gen yang menyimpan selera manis mereka dari mengikat molekul bergula dengan cara meninggalkannya dengan ketiadaan keupayaan untuk rasa kemanisan. Sebaliknya dilaporkan selera makan kucing bertindak balas kepada asid amino, rasa pahit dan rasa asid. Kucing dan banyak haiwan lain mempunyai organ yang dinamakan sebagai ' Jacobson' yang terletak di mulutnya yang membolehkan kucing mampu untuk rasa-bau aroma tertentu dengan cara yang manusia tidak mempunyai pengalaman tersebut. Kucing juga mempunyai keutamaan mengesan tahap suhu yang berbeza makanan mereka dmana kajian menunjukkan jika kucing lebih suka makanan dengan suhu makanan yang panas sekitar 100 °F iaitu ia sama dengan suhu bangkai yang segar. Apa pun dilaporkan kucing lazimnya akan menolak makanan dihidangkan secara sejuk atau makanan yang dikeluarkan daripada peti sejuk sebab makanan sejuk ini juga akan memberi isyarat kepada kucing bahawa 'mangsa' adalah sudah lama mati maka ia mungkin beracun atau sedang mereput. Menarik kisah dalam portal hmetro.com yang bertajuk '
Makanan kucing tanpa unsur syubhah' dimana menyedari hakikat perlu mengeluarkan makanan kucing tanpa was-was kandungannya menyebabkan FGV ALMA melakukan inisiatif melancarkan makanan untuk haiwan peliharaan berkenaan yang tiada unsur syubhah atau keraguan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam kenyataan berkata, makanan kucing Purrrfect Super Premium keluaran FGV ALMA dijamin 100 peratus tidak mempunyai unsur-unsur syubhah atas faktor tiada penggunaan bahan-bahan mentah yang berasaskan khinzir, tulang dan darah.  Malah JPV beritahu jika kualiti makanan kucing berkenaan juga dijamin kerana tidak mengandungi sebarang bahan pengawet dan pewarna. Selain diperkaya dengan Taurine untuk kebaikan deria penglihatan kucing ia juga diperkaya dengan pelbagai sumber protein dan mineral yang sesuai untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan otot dan tulang. Malah ia turut dilengkapi dengan dilengkapi dengan antioksida, fosforus, kalsium dan mineral bagi membantu meningkatkan sistem imuniti kucing. Makanan kucing itu mengandungi pelbagai khasiat berasaskan tuna, salmon, ayam dan itik bagi memastikan kucing peliharaan mendapat nutrisi yang secukupnya. FGV ALMA yang sebelum ini dikenali sebagai pengeluar makanan haiwan ternakan kini ingin meluaskan pasaran makanan ternakan kepada makanan untuk haiwan peliharaan.


Siapa yang pernah kucing jatuh dari tempat tinggi seperti pokok atau bangunan dimana ia akan mendarat dengan baik diatas kakinya. Kucing memang ia mempunyai k
eseimbangan dimana kehebatan ini akan membantu dengan navigasi dan fungsi sensasi. Sebenarnya kucing mempunyai berpuluh-puluh misai alih (vibrissae) seluruh badannya terutama pada wajahnya. Ini memberi maklumat kepada kucing yang jatuh akan jurang dan kepada lokasi objek dalam gelap dimana kedua-duanya dengan menyentuh objek secara langsung dan dengan mengesan arus udara maka haiwankucing mencetuskan refleks sekelip perlindungan untuk melindungi mata daripada kerosakan. Apa pun dilaporkan dimana kebanyakan baka kucing mempunyai kesukaan terkenal dengan menetap di tempat-tempat yang tinggi seperti jika kucing tinggal dalam  hutan dimana lokasi yang lebih tinggi boleh dijadikan ia juga sebagai lokasi terbaik yang tersembunyi semasa memburu. Dilaporkan bagi jenis kucing domestik boleh menyerang mangsanya dengan mengintip senyap bergerak di atas dahan pokok teknik yang sama seperti cara harimau bintang sedang memburu mangsanya. Berada di ketinggian ia memberikan kucing titik pemerhatian yang lebih baik di bawahnya untuk menn=injau mangsanya dan meninjau wilayahnya. Semasa jatuh dari tempat yang tinggi dimana haiwan kucing boleh pusingkan badan yang akan membawa badannya bertumpu kepada graviti betul menggunakan akal akut dengan fleksibiliti. Ini dikenali sebagai refleks imbangan kucing dimana haiwan kucing sentiasa mengimbangkan sendiri dengan cara yang sama dan berikan syarat ia mempunyai masa untuk berbuat tegak semasa jatuh. Ketinggian diperlukan agar perkara ini berlaku ialah sekitar 90 cm dimana kucing tanpa ekor seperti kucing Manx juga mempunyai kebolehan ini apabila kucing kebanyakannya bergerak dengan kaki belakang dan selali ia bergantung kepada pemuliharaan momentum sudut untuk menubuhkan untuk pendaratan dengan ekor yang kecil yang digunakan untuk perkara ini. Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HAIWAN KUCING... RAMAI ORANG SUKA...

BERBUNYI MANJA...SENANG DI PELIHARA...
BERBAGAI JENIS... KOMBINASI WARNA...
ADA YANG MAHAL...BELA YANG PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Zulhijjan 1446H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H...

Sunday, June 8, 2025

KUCING HAIWAN PELIHARAAN (PART 2)

KUCING (Felis catus) atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti  memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam  kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.


Menarik di kupas akan Anatomi Kucing terutama jenis kucing domestik dimana ia sama saiznya dengan baka jenis lain daripada genus Felis dan biasanya mempunyai berat antara 4 dan 5 kg. Walau bagaimanapun selalunya ada sesetengah baka seperti Maine Coon kadang-kadang boleh melebihi 11 kg. Dalam pada itu ada jenis kucing yang sangat kecil iaitu kurang daripada 2 kg dan rekod dunia untuk kucing terbesar ialah seberat 21 kg. Kucing dewasa kecil yang pernah direkodkan secara rasmi mempunyai berat sekitar 1 kg dan jenis kucing liar cenderung menjadi lebih ringan sebab cara mereka hidup perlu memburu makanan yang lebih terbatas di habitatnya berbanding kucing rumah yang gemuk kerana makanan banyak. Di laporkan lazimnya secara purata kucing jantan dewasa yang liar mempunyai berat 4 kg dan purata berat kucing betina yang liar ialah 3 kg dimana purata bagi ketinggian sekitar 23-25 cm dan purata panjang kepala/tubuh 46 cm (kucing jantan lebih besar daripada betina) dengan ekor secara purata panjangnya adalah 30 cm. Kucing mempunyai tujuh vertebra serviks seperti hampir semua mamalia dimana ada 13 vertebra toraks (manusia mempunyai 12) serta 7 unit vertebra lumbar (manusia mempunyai lima). Kucing juga ada 3 vertebra sakrum seperti kebanyakan mamalia (manusia mempunyai 5 unit. Tengkorak kucing adalah bersifat luar biasa antara mamalia dimana ia mempunyai soket mata sangat besar dan rahangnya memang ia kuat dan khusus. Dalam rahang kucing terdapat barisan gigi yang disesuaikan untuk membunuh mangsa dan mengoyak daging. Kucing juga ada keupayaan untuk mencengkam mangsanya dengan mengigit mangsanya dileher sehingga mangsa mati dengan dua gigi taring panjang. 


Kucing mempunyai keupayaan memakan mangsanya dengaan membunuhnya mengigit di antara dua vertebra mangsa dan memutuskan saraf tunjang yang menyebabkan lumpuh tidak dapat dipulihkan dan kematian (Sila lihat foto disebelah). Berbanding dengan keluarga kucing lain dimana jenis kucing domestik mempunyai gigi taring berjarak sempit yang merupakan satu lagi adaptasi kepada mangsa pilihan kucing seperti jenis tikus kecil iaitu ia mempunyai tulang kecil. Apa pun ciri premolar dan molar pertama pada pasangan karnasial pada setiap sisi mulut membolehkan gigi kucing lakukan pemotongan daging kepada kepingan kecil dengan cekap seakan ia seperti sepasang alat gunting. Apa pun ciri ini adalah penting dalam kucing dapatkan pemakanan kerana gigi geraham kecil kucing tidak boleh mengunyah makanan dengan berkesan. Aka jenis kucing dimana sebahagian besarnya tidak mampu untuk mengunyah. Walaupun haiwan kucing cenderung untuk mempunyai gigi yang lebih baik daripada kebanyakan manusia akan tetapi berlaku kes kerosakan gigi yang biasanya kurang mungkin kerana lapisan pelindung yang tebal enamel. Dilaporkan juga dimana air liur kucing adalah bersifat iakurang merosakkan dan juga kurang mengekalkan sisa makanan di antara gigi. Sebaiknya diet kucing dengan kebanyakan makannya adalah ia tidak mengandungi tinggi gula tetapi giginya boleh rosaak sebab boleh berlaku kehilangan gigi disebabkan jangkitan.


Bagaimana kucing berjalan atau bergerak wajar di kongsikan faktanya. Pergerakan haiwan kucing adalah sama seperti anjing iaitu secara 'Digitigrad'. Kucing berjalan terus pada 4 kakinya iaitu dengan tulang-tulang kaki mereka membentuk bahagian bawah kaki yang boleh dilihat. Kucing ada ciri untuk mampu berjalan sangat tepat dimanakebanyakan kucing mamang akan meletakkan setiap bekas tapak kaki belakang (hampir) secara langsung dalam cetak hadapan. Kucing memang unik kerana semasa berjalan amat SENYAP walau pun tempat tersabut akan mengeluarkan bunyi jika di pijak. Semasa berjalan kucing akan mempastikan memilih laluan betul bagi 
mengurangkan bunyi dan trek akan kelihatan. Kucing akan melalui landasan yang pasti untuk kaki belakangnya apabila mereka mengemudi di laluan atau kawasan yang kasar. Memang unik dimana tidak seperti kebanyakan mamalia iaitu apabila kucing berjalan mka ia akan menggunakan gaya berjalan 'berrentak iaitu akan bergerak kedua-dua kaki pada sebelah badan sebelum kaki di sisi lain. Ciri berjalan seperti ini dilihat kucing adalah sama haiwan unta dan zirafah berjalan. Kuku kucing adalah tajam iaitu ia sama seperti hampir semua ahli Felidae dan uniknya kukunya boleh ditarik balik masuk kedalam. Dalam kedudukan normal dan santai selalunya kuku kucing dilihaat ia bersarung dengan kulit dan bulu di sekitar pad kakinya. Ini membuatkan kuku tetap akan tajam disimpan dimana ia akan mencegah kes kuku kehausan kerana bersentuhan dengan tanah dan ketajaman ini akan membolehkan mudah tangkap mangsanya. Kuku kucing pada kaki hadapan biasanya lebih tajam daripada yang di kaki belakang. Kucing sebenarya ia boleh melakukan mencakar daripada satu atau lebih kaki. Kucing boleh terus mencakar semasa memburu atau mempertahankan diri (ketika bergaduh). Kuku kucing juga di gunakan untuk tujuan seperti mendaki, menguli atau untuk berikan daya tarikan tambahan pada permukaan tanah atau tapak yang lembut. Kebanyakan kucing mempunyai lima kuku pada kaki depannya dan empat pada kaki belakangnya. Kuku depan kelima adalah proksimal terhadap kuku-kuku lain dimana ia seakan unjuran yang kelihatan seperti 'jari keenam'. Ada sesetengah baka kucing terdedah kepada polidaktili (jari kaki tambahan dan kuku).  Kucing dapat bertahan dengan suhu agak tinggi berbanding dengan manusia umumnya mula berasa tidak selesa apabila suhu kulit pas kira-kira 38 °C akan tetapi kucing tidak masih menunjukkan rasa tidak selesa sehingga kulit mereka mencapai sekitar 52 °C dan boleh bertahan dengan suhu sehingga 56 °C sahaja jika mempunyai akses kepada air.  Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..

HAIWAN KUCING... RAMAI ORANG SUKA...
BERBUNYI MANJA...SENANG DI PELIHARA...
BERBAGAI JENIS... KOMBINASI WARNA...
ADA YANG MAHAL...BELA YANG PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,

Malaysia.
(9 Zulhijjan 1446H).
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H...

Saturday, June 7, 2025

KUCING HAIWAN PELIHARAAN (PART 1)

KUCING
(Felis catus)
 atau 'Cats' adalah jenis haiwan mamalia karnivora yang berasal dari keluarga felidae. Habitat kucing adalah di daratan dimana ia yang biasanya berbaur dengan manusia sebagai haiwan peliharaan atau ada juga yang hidup liar di mana sahaja. Istilah kucing biasanya tertumpu kepada hsiwan kucing berukuran kecil yang jinak dan selalunya ia dipelihara manusia akan tetapi sebenarnya kucing juga boleh ia dirujuk kepada spesis kucing besar seperti singa dan juga harimau. Meskipun kucing termasuk kedalam jenis haiwan karnivora sebenarnya haiwan kucing ini menjadi haiwan yang banyak dipelihara oleh manusia selain daripada haiwan anjing, burung, ikan dan sebagainya di seluruh dunia. Kucing dipilih oleh peminat atau pecinta haiwan sebagai haiwan peliharaan (Pets) disebabkan sifat dan kelakuannya manja dan jink berbanding banyak haiwan lain selain daripada ia selamat. Penulis blog di zaman dulu memang tahu dan dimana aktiviti  memelihara kucing dilakukan untuk membantu menangkap tikus dirumah namun kini hobi memelihara kucing dilakukan sebagai suka-suka di kalangan peminatnya. Kini ada banyak spesis kucing daripada kucing biasa yang boleh didapatkan secara percuma sehingga kepada jenis kucing hibrid yang berbulu lembut dan menarik yang harganya ribuan ringgit. Kucing Parsi dilaporkan diantara beberapa spesis kucing premium yang diminati oleh peminatnya. Ada juga aktiviti pertandingan kucing sehingga menawarkan hadian lumayan kepada masyarakat. Bagi penulis blog dimana hobi untuk memelihara kucing dapat membuatkan pemilik merasa tenang dan terhibur apalagi jika hidup di kawasan bandar dan mereka tinggal sendiri dan menjadikannya sebagak 'anaknya'. Dalam  kes lain selalunya memelihara kucing dinilai dapat membantu menghilangkan tekanan (stress) atau mengurangkan akan kes-kes ketegangan setelah penat bekerja. Apa pun ada masaalah memelihara kucing di bandar semasa pemiliknya bertugas lama di luar rumah dimana haiwan kucingnya tinggal bersendirian dalam rumah. Ini berbeza dengan mempunyai kucing di kampong dimana ia bebas merayau di sekeliling kawasan rumah dengan bebas dan mamoou mencari makan sendiri. Kini ada banyak jenis kucing yang di jual di kedai haiwan dan di tawarkan juga sangkar serta makanan dan koleksi bahan rawatan kucing yang komersial. Di Malaysia belum ada kes di laporkan orang makan daging kucing akan tetapi di beberapa negara lain ada masyarakatnya yang memakan daging kucing sebagai makanan eksotik. Bagi penulis blog terkini ada produk yang dijual bagi mengatur pemberian makanan dan minuman kucing secara automatik dimana ini memudahkan aktiviti memelihara kucing. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai haiwan kucing iaitu salah satu jenis haiwan peliharaan yang popular diselurh dunia.


Kucing atau juga dikenali sebagai kucing  ialah spesies mamalia karnivor kecil yang selalu dibela jinak dimana ia daripada spesies Felis silvestris lybica dan asal usulnya ia telah lama digunakan di Afrika yang dipelihara untuk menjaga simpanan makanan daripada kerosakkan oleh tikus dan rodensia yang lain. Bagaimana pun pada zaman ini kucing merupakan salah satu haiwan atau jenis binatang kesayangan yang paling terkenal di seluruh dunia. Belum ramai tahu ada jenis kucing baka tulen yang direkodkan cuma kurang daripada 1% daripada keseluruhan populasi kucing sebab kini jenis kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai kucing berbulu panjang dan jenis kucing yang berbulu pendek. Kini dengan kehebatan kacukan dimana ada pelbagai baka kucing domestik telah wujud dimana ada jenis kucing tidak berbulu ataupun berekor dan hebaynya bagi penulis blog dapati telah wujud warna bulu kucing yang berlainan dan ada juga jenis kucing sudah ianya mempunyai banyak warna. Kucing secara asasnya adalah jenis haiwan pemangsa yang mahir memburu spesies haiwan lain sebagai makanan terutama dari jenis kucing liar. Kucing juga dilaporkan sebagai spesis haiwan yang pintar dimana ia berkebolehan untuk menggunakan mekanisme ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia seperti didalam tiktok dan youtube. Dalam pada itu perlu di ketahui jika kucing akan ia berhubung dengan cara mengiau, mengeluarkan bunyi 'purrr', berdesis dan juga dengan menggunakan isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan masih baru dijinakkan oleh manusia sebagai haiwan peliharaan (pets) walau pun sebenarnya masih banyak lagi kucing yang masih boleh hidup di kawasan liar dan selalunya akan membentuk satu koloni kecil dalam habitatnya. Hubungan manusia dan kucing sebagai haiwan manja dan comel menyebabkan kucing terus dipuja dalam dongengan dan legenda banyak tamadun didunia sejak zaman dahulu lagi. Dilaporkan di Malaysia dan nusantara dimana perkataan 'kucing' dipercayai ia berasal daripada perkataan 'kutiŋ' daripada rumpun Melayu-Polinesia Barat. Bagaimana pun ia di gelar dalam banyak nama di seluruh dunia tetapi yang pasti adalah 'Cat'.


Para saintis menyatakan jika kucing 
liar Afrika (Felis silvestris lybica) dimana ia merupakan subspesies berdekatan dengan kucing domestik.Kucing domestik India. Dilapurkan 'Felis' ialah salah satu genus mamalia yang berkembang pesat yang berkongsi moyang yang sama iaitu ia hanya 10-15 juta tahun yang lalu dan merangkumi singa, harimau, kugar dan lain-lain lagi. Dalam keluarga felis ini ada termasuk haiwan kucing domestik (Felis catus) iaitu ia adalah sebahagian daripada genus Felis yang merupakan kumpulan kucing kecil yang mengandungi kira-kira 7 spesis (bergantung kepada cara klasifikasi). Ahli-ahli genus mendapati di seluruh dunia dimana ia merangkumi Kucing Hutan (Felis chaus) di Asia Tenggara, Kucing Liar Eropah (Felis silvestris silvestris), Kucing Liar Afrika (Felis silvestris lybica), Kucing Gunung China (Felis silvestris bieti) dan Kucing Pasir Arab (Felis margarita) serta lain-lain spesis lagi. Apa pun kucing domestik pertama kali diklasifikasikan sebagai Felis catus oleh Carl Linnaeus dalam edisi ke-10 Systema Naturae yang diterbitkan pada tahun 1758 dimana ia adalah filogenetik moden iaitu kucing domestik biasanya dianggap sebagai satu lagi subspesies liar iaitu jenis Felis silvestris. Perkara ini telah menyebabkan penggunaan campuran terma kerana kucing domestik boleh dipanggil dengan nama subspesies Felis silvestris catus. Kucing liar juga telah dirujuk sebagai pelbagai subspesies Felis catus tetapi pada tahun 2003, Suruhanjaya Antarabangsa Tatanama Zoologi menetapkan nama untuk kucing liar sebagai Felis silvestris sahaja. Nama yang paling biasa digunakan untuk kucing domestik masih kekal Felis catus berikutan konvensyen untuk haiwan jenis ternakan menggunakan sinonim yang paling awal (kanan) yang dicadangkan. Ada kala kucing domestik dipanggil Felis domesticus atau Felis domestica tetapi ini bukanlah nama-nama taksonomi sah.  


Menarik mengetahuk dimana b
erbanding anjing haiwan kucing tidak menjalani perubahan besar semasa proses penjinakan lantaran bentuk dan tingkah laku kucing domestik tidak keterlaluan berlainan dengan kucing liar dan kucing domestik mampu hidup di hutan. Kucing rumah yang dijinakkan dengan sepenuhnya sering dibiakkan dengan populasi liar Felis catus dimana dengan evolusi terbatas semasa penjinakan bermakna penghibridan boleh berlaku dengan banyak di antara felid lain terutamanya harimau kucing Asia. Beberapa tingkah laku semula jadi dan ciri-ciri kucing liar barangkali telah meyesuaikan mereka untuk dijinakkan sebagai haiwan kesayangan. Ciri-ciri ini termasuk saiz mereka kecil, bersifat sosial, bahasa badan yang jelas, minat bermain dan kecerdasan yang tinggi. Beberapa spesies felis kecil barangkali mempunyai kecenderungan semula jadi ke arah penjinakan. Dilaporkaan dimana haiwan kucing boleh mempunyai hubungan yang mutualistik atau manja dengan manusia setelah ia dijinakkan. Baka kucing dari baka yang baik dimana ia jenis kucing yang keturunannya diiktiraf cirinya oleh pihak tertentu seperti organisasi persatuan-persatuan dan seumpamanya. Lazimnya kebanyakan baka kucing keturunan berkualiti baik akan di dandan dan selalu ia di hiaskan untuk memasukki beberapa pertandigan haiwan kucing dan pihak pengadil akan memilih kucing terbaik berdasarkan kepada skema markah pertandingan. Kucing baka kacukan yang tidak dicatatkan keturunan dari baka bercampuran boleh merujuk kepada kucing domestik berambut panjang atau berambut pendek, mengikut jenis kot, atau lebih sebagai rawak santun, moggies atau ada ciri sangat menarik.


Mengetahui bagaimana k
ucing sentiasa akan memelihara suhu badan atau haba dengan mengurangkan aliran darah ke kulit mereka dimana selalunya jika berlaku kehilangan haba ia hanya disebabkan oleh penyejatan melalui mulut mereka saja. Kucing mempunyai keupayaan berpeluh minimum iaitu  dengan kelenjar yang terletak terutamanya di pad kaki haiwan untuk melegakan haba hanya pada suhu yang sangat tinggi. Suhu badan kucing tidak berbeza sepanjang hari dan faktur ini adalah sebahagian daripada kekurangannya sebab haiwan kucing cenderung untuk aktif kedua-dua di siang hari dan pada waktu malam. Najis kucing adalah agak kering dan air kencing kucing dilaporkan memang ia amat pekat. Ciri ini adalah disesuaikan dengan bertujuan menyesuaikan untuk seterusnya membolehkan kucing untuk mengekalkan air dalam badannya sebanyak mungkin. Buah pinggang kucing adalah sangat cekap dimna selalunya kucing boleh hidup pada diet hanya terdiri daripada daging dan diambil tanpa ada air tambahan. Kucing juga boleh menyahhidrat semula dengan minum air laut. Dilaporkan jika kucing domestik memang ia boleh berenang walau pun secara umumnya kucing memang ia tidak berminat untuk memasuk kedalam air kerana ia cepat membawa kepada keletihan. Sebenarnya kucing ialah jenis haiwan kategori karnivor obligat dimana ciri fisiologi kucing telah berkembang dengan cekap memproses atau mencerna makana seperti daging akan tetapi sebenarnya kucing akan menghadapi kesukaran dalam mencerna bahan tumbuhan. Berbeza dengan omnivor lain seperti tikus yang hanya mana tikus memerlukan kira-kira 4% protein dalam dietnya iaitu kira-kira 20% daripada diet kucing mesti mengandungi protein. Perut kucing adalah sangat luar biasa dimana ia bergantung kepada bekalan asid amino arginina yang keluar berterusan dimana pemakanan kucing yang kekurangan arginina boleh menyebabkan penurunan berat badan yang nyata dan boleh membawa maut dengan cepat. Satu lagi ciri yang luar biasa ialah kucing tidak dapat menghasilkan bahan taurina dimana kekurangan taurina menyebabkan degenerasi makula iaitu keadaan dimana retina mata kucing perlahan-lahan merosot dimana kes ini menyebabkan buta yang tidak dapat dipulihkan. Apa pun sistem penghadaman atau saluran gastrousus kucing disesuaikan dengan makan daging yang ukurannya adalah ia lebih pendek daripada yang omnivor dan mempunyai tahap rendah beberapa enzim pencernaan yang diperlukan untuk mencerna karbohidrat. Ciri-ciri ini hadkan keupayaan kucing untuk mencerna dan menggunakan nutrien tumbuhan yang dimanan serta asid lemak tertentu. Makanan kucing adalah berasaskan daging tetapi kini sudah ada beberapa makanan kucing vegetarian atau vegan telah dipasarkan yang ditambah dengan taurina sintetik dan nutrien lain. Ada kes dimana terdapat kucing makan rumput sekali-sekala. Inii berlaku kerana kucing menggunakan rumput sebagai sumber asid folik dan untuk membekalkan serat pemakanan Artikel ini di tulis dalam lima segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 yang sesuai untuk di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
HAIWAN KUCING... RAMAI ORANG SUKA...

BERBUNYI MANJA...SENANG DI PELIHARA...
BERBAGAI JENIS... KOMBINASI WARNA...
ADA YANG MAHAL...BELA YANG PERCUMA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Zulhijjan 1446H).

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1446H...

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...