KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, May 8, 2014

TUGAL

TUGAL atau MENUGAL merupakan satu perkataan yang berkaitan dengan aktiviti pertanian. Aktiviti ini sering dikaitkan dengan kaedah menanam cara tradisional yang telah lama diamalkan oleh mereka yang melakukan pertanian saradiri terutama dikawasan pendalaman. Petani menggunakan Alat Tugal yang dibuat sendiri untuk menanam tanaman seperti Padi Huma (Oryza sativa), Jagung (Zea mays), Keladi (Colocasia esculenta) dan Nenas (Ananas comossus) beberapa jenis tanaman singkat masa yang lain. Tinjauan penulis semasa bertugas di Sarawak dan membuat lawatan kerja ke Sabah serta pendalaman Pahang, Perak dan Kelantan beberapa kali melihat alatan tugal ini di gunakan oleh petani. Alat ini paling lazim atau sering digunakan oleh penduduk kaum Orang Asli bagi menanam padi huma di Pahang, Perak dan Kelantan serta di kawasan pendalaman Sarawak dan Sabah. Mereka yang menjalankan pertanian pindah-randah ini masih menanam padi huma sebagai satu daripada aktiviti ekonomi pertanian sara diri. Mungkin ramai genarasi baru yang lahir, sekolah dan membesar dibandar jarang kenal alat menugal ini apa lagi menggunakannya. Kali ini saya cuba menulis artikel dalam "Anim Agro Technology" mengenai alatan menugal dalam aktiviti pertanian untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan. Artikel ini ditulis pada 7 Mei 2014 di Timhotel Saint George Pigalle, Paris, Perancis semasa bercuti selama 2 minggu di Eropah bersama-sama ahli keluarga sekelian. 


Alat Menugal atau Tugal ini merupakan sebatang kayu yang diperbuat daripada batang pokok yang agak lurus. Bergantung kepada jenis tanaman dan kepakaran menugal, saiz ukurlilit batang kayu dan panjang kayu tersebut adalah berbeza-beza. Pemerhatian saya mendapati kayu ini lazimnya daripada anak pokok seperti pokok getah, pokok leban, anak pokok balak yang lurus dusekeliling kawasan kebun. Ukurlilit bawah daripada yang kecil (untuk tanaman padi) kepada yang bersaiz besar (untuk tamanan keladi dan Nenas). Kayu ini dipotong sepanjang 4 - 6 kaki dan ditajamkan dibahagian bawahnya sebagai paksi tugal (Liht foto sebelah). Berat kayu tugal sebaiknya sepadan dengan kekuatan petani yang hendak melakukannya. Lazimnya kayu tugal akan dipotong dengan parang dan ditajamkan sehingga sesuai untuk menugal. bagi kawasan tanah baru dibuka untuk tanaman padi, memadai dengan kayu tugal bersaiz kecil dan panjang. Tidak ada kos dalam menyediakan kayu tugal ini kerana ia diambil daripada tumbuhan yang tidak digunakan berdekatan dengan kawasan kebun.


Menugal tanaman padi huma lazimnya akan menggunakan kayu tugal yang kecil dan panjang (Lihat foto sebelah). Kayu tugal ini akan di terjah diatas permukaan tanah yang bari dibakar dengan kadar kedalaman 2 - 3 cm untuk dimasukkan biji benih padi huma dari varieti sesuai. Lubang yang disediakan ini tidak boleh terlalu dalam atau terlalu cetek. Ini kerana jika lubang tugal ini dibuat terlalu dalam menyebabkan benih padi huma lambat cambah apabila ditimbus atau mati sementara jika terlalu cetek ia boleh menyebabkan benih akan terkeluar ketika hujan (hanyut) atau dimusnahkan oleh perosak atau burung. Teknik yang sama juga dilakukan bagi tanaman jagung secara tradisional dimana kayu tuggal digunakan untuk membuat lubang penanaman mengikut jarak yang dikehendakki. Aktiviti menugal penting dilakukan bagi memastikan benih tanaman tumbuh mengikut jarak sesuai dan mudah untuk diuruskan.


Bagi tanaman nenas pula, membuat lubang penanaman diatas tanah untuk meletakkan sulur benih amat penting. Dikawasan tanah gambut alat tugal ini lazimnya menggunakan saiz kayu agak besar untuk memasukan sulur benih nenas yang agak besar juga. Kayu tugal akan diterjah keatas permukaan tanah gambut sedalam 5 - 8 inci mengikut saiz benih nenas. Benih akan diletakkan kedalam lubang penanaman dan ditimbus sedikit tanah. Bergantung kepada sistem penanaman, jarak yang lazim dibuat adalah 1kaki x 2 kaki atau saiz kepadatan tinggi yang lain (Sila lihat foto sebelah). Bagi tanaman keladi terutama dikawasan tanah gambut, teknik menugal juga dilakukan. Lazimnya kayu tugal yang agak besar digunakan bagi memberikan ruang mencukupi untuk anak benih keladi dimasukkan kedalamnya. Lazimnya benih yang dimasukkan kedalam lubang tugal akan terus dijaga sehingga tumbuh setelah beberapa minggu. Elakkan menanam keladi terlalu dalam atau terlalu cetek. Alat Tugal merupakan satu perkakasan yang masih relevan sehingga kini dan masih signifikan dalam pertanian. Semuga anda dapat sedikit maklumat berguna. Wasallam!.


Tanaman keladi yang gunakan tugal.
ALAT MENUGAL... DARI KAYU...
DIBUAT SENDIRI...ANDA TAHU...
MEMBUAT LUBANG... ASAS ITU...
MASUK BENIH...TUMBUH PERLU...  




By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 217, Westcord Art Hotel,
Spaarndammerdijk 302, 1013 ZX, 
Amsterdam,  Netherlands
Phone:+31 20 410 9670.

11 Mei 2014.Lawatan keluarga 2 minggu ke Eropah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...