Support My Blog

Friday, May 9, 2014

KISMIS

APA ITU KISMIS ?. Kismis adalah satu produk daripada buah anggur yang telah diproses menjadi kering untuk dijadikan makanan yang berkhasiat dan tahan lama. Buah anggur atau bahasa saintifiknya Vitis Vinifera ditanam dinegara beriklim subtropika dan temperate untuk penghasilan buah segar, diproses dan juga pelbagai produk lain (Sila baca artikel saya berkaitan angggur- Sila klik disinidisini dan disini). Dalam rujukan saya dapati kismis dikenali di dalam bahasa Arab yang disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed atau Raisin”. Kismis adalah buah anggur daripada beberapa varieti terpilih yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu. Penggunaan kismis (Vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan cara pemakanan dimana budaya dan adat yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kismis mempunyai kandungan gula yang tinggi dan rasa sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama. Beberapa laporan kajian menunjukkan bahawa gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Keadaan Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama. Artikel subuh Hari Krismas ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kismis untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan kepada semua. Saya membeli sebungkus kismis dan buah kekacang lain dengan harga 10 Euro sebungkus di London dalam perjalanan dengan Eurostar ke Paris untuk dijadikan habuan dalam keretapi laju ini.

Kandungan Kismas telah dibuat kajian oleh saintis dimana dilaporkan sebanyak 60% berat kismis adalah terdiri daripada gula dan sebanyak 50% daripadanya adalah komponen fruktosa dan 50% adalah glukosa. Produk Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot. Oleh itu, kismis adalah lebih baik diambil bagi tujuan makanan kesihatan berbanding buah prune dan aprikot. Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet ia adalah untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita. Produk kismis dijual dalam pelbagai bentuk sama ada di pek kecil-kecil atau dijual secara timbangan. Bergantung kepada jenis, kaliti dan saiz, ianya dijual dalam julat harga antara RM 20 sekilogram sehingga lebih RM100 sekilogram. Terdapat kismis yang berwarna hitam gelap, kuning emas, coklat , coklat dan sebagainya mengikut varieti buah anggur (Sila lihat foto sebelah). Pada saya yang suka makan kismis mahu mendapatkan kismis yang bersih, segar dan berkualiti dan mudah dibeli. 

Dalam perbincangan ini, apa yang saya hendak katakan sebagai kelebihan buah kismis?. Dalam Islam ada  dikatakan bahawa Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar. Kini masyarkat kita telah mampu untuk membeli bahan makanan kismis untuk diberikan kepada anak-anak bagi menambah kecerdikan minda (ini yang banyak dipromosikan oleh syarikan pengedar kismis) dinegara kita. Pada saya semua peringkat umur memang wajar mengambil dan makan kismis untuk kesihatan dan kecerdasan otak. Wasallam!.

NAMA KISMIS...AMAT MANIS...
PELBAGAI WARNA..DAN JENIS...
ADA MURAH... SANGAT LARIS...
SELALU MAKAN...HINGGA HABIS...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
ditulis pada (19 Safar 1435H)

Posted from:
Room 217, Westcord Art Hotel,
Spaarndamerdijk 302,
Amsterdam 1013Zx,
Natberlands
(8 May 2014)
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...