Support My Blog

Saturday, May 10, 2014

BUNGA TULIP

BUNGA TULIP (Tulipa spp) merupakan sejenis bunga yang mempunyai lebih daripada 100 spesis daripada keluarga Liliceae. Walau pun bunga tulip sebenarnya natif atau berasal dari kawasan pergungungan Asia Tengah seperti di Iran dan Turki tetapi kini lebih dikomersilkan di Belanda (Natherlands). Dalam pada itu bunga tulip dijadikan bunga kebangsaan bagi negara Iran dan Turki. Penulis berasa gembira kerana dapat melawat ladang tulip di Natherlands pada 9 Mei 2014 semasa membuat lawatan di negara tersebut dengan kos persendirian. Walau pun semasa lawatan dua hari hujan berterusan tetapi ianya tidak mengecewakan kerana dapat juga melawat ladang tulip yang hebat. Bentuk bunga tulip memang unik seperti bentuk 'cawan; dengan diketegorikan sebagai bunga yang perlukan cahaya matahari penoh (full sunlight) atau separuh (Part sun). Rujukan daripada beberapa sumber menyatakan terdapat beberapa warna asas bunga tulip yang dikenalpasti iaitu Merah (Red), Jingga (Pink), Oren (Orange), Kuning (Yellow), Hijau (Green), Ungu (Purple), Putih (White) dan kombinasi pelbagai warna (Multicolor). Kebanyakan spesis bunga tulip akan mekar (bloom) dalam musim bunga (Spring) dinegara yang mempunyai 4 musim. Ia akan terus berkembang dari awal musim bunga sehingga musim panas. Tumbuhan Bunga Tulip merupakan antara beberapa jenis bunga ornamental yang paling banyak ditanam bagi tujuan komersial. Bunganya yang mempunyai 6 kelopak dengan pelbagai warna menarik menjadi kegemaran kepada ramai manusia walau pun sebahagian bunga tulip kini dijual dalam bentuk bunga tiruan sahaja. Nilai pengeluaran bunga tulip ini bernilai ratusan juta ringgit setiap tahun dan ditanam di banyak negara didunia. Artikel malam ini sementara 'fresh' lagi melawat ladang bunga tulip di Natherland, saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bunga tulip untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda. Artikel ini juga telah dipostkan dari Hotel Wespord Art, Amsterdam, Natherlands semasa lawatan persendirian ke Keukenhoff penulis ke Eropah selama 2 minggu berakhir di Natherlands.


Pokok bunga tulip adalah pokok tahunan (parrenials) yang tumbuh setinggi 10 - 70 cm daripada paras tanah bergantung kepada spesis (Sila lihat foto sebelah). Bunganya yang keluar daripada bahagian tengah tumbuhan lazimnya mempunyai tangkai tegak dengan dikelilingi oleh beberapa helai daun yang keluar daripada bebawang (Bulbs). Kajian mendapati bilangan daun hanya sekitar dua helai atau 6 helai sahaja dengan maksima 12 helai bergantung kepada jenis. Bentuk daun adalah tirus memanjang (strap shaped) dengan permukaan daun agak berlilin dan mempunyai susunan bersilang. Pemerhatian penulis mendapati warna daun adalah hijau dan ada hijau kebiruan sedikit. Apa yang unik bagi bunga tulip adalah bentuk bunganya seperti 'CAWAN' atau cup dengan mempunyai 3 Petal dan 3 Sepal yang sering dipanggil Tepal kerana bentuknya yang hampir serupa sahaja dari pandangan mata manusia. Lazimnya warna bunga dibahagian bawah adalah lebih pekat daripada warna bunga dibahagian atas.


Daripada taklimat yang diberikan oleh petani di Keukenhoff, mereka menyatakan bahawa Natherland mengekspot lebih daripada 10 billion benih tulip keseluruh dunia setiap tahun dengan nilai jutaan euro setahun. Kehebatan negara tersebut menyediakan beratus-ratus spesis benih (bulb) bunga tulip terhasil semenjak berpuloh tahun dahulu dengan hasil penyelidikan saintis mereka. Tanaman ini ditanam semasa musim sejuk dengan meletakkan benih tanaman diatas batas dengan jarak 15 - 20 cm bergantung kepada spesis. Semasa tiba diladang Adr Janse & Zn, saya diberitahu bahawa semua bunga diladangnya telah dituai minggu lepas untuk membolehkan proses fotosintesis dan pertumbuhan seterusnya ia akan ditumpukan kepada peringkat pembentukkan bebawang (bulb) bagi tujuan komersil. Mr Janse menyatakan beliau dijangka akan mendapat hasil yang baik tahun ini kerana cuaca dan keadaan serangan kulat yang sederhana rendah (Sila lihat foto sebelah). Dalam perbualan saya dengan beliau, tanaman bunga tulip hanya berbunga sekali setahun iaitu pada musim spring seperti masa lawatan saya kekebun beliau. Bunga dihasilkan bukan satu yang penting bagi beliau tetapi pengeluaran benih iaitu bawangnya bagi tujuan penjualan benih. Beliau menunjukkan beberapa jenis bunga tulip yang ditanam diladangnya tahun ini.


Mr Janse juga menunjukkan beberapa varieti tulip yang ditanam dan diserang virus (Sila lihat foto sebelah). Tanaman yang diserang perosak akan dipantau seberapa kerap mungkin (minima setiap 4 hari) dan dibuang atau dimusnahkan. Antara masaalah serangan penyakit adalan Penyakit Rebut Bebawang dan layu. Jika tidak dikawal dengan baik ia boleh merebah dan merugikan petani. Kenunnya yang luas tidak memerlukan sistem pengairan memadai dengan kelembapan air daripada tanah yang subur (dikelilingi dengan dike). Pemberian bana NPK khusus untuk tanaman tulip telah diberikan mengikut jadual pembajaan mengikut kesuburan tanah, varieti tulip dan juga masa yang tepat. Kesemua kerja-kerja diladanh beliau adalah menggunakan peralatan jentera daripada kerja menyediakan tanah, membuat batas, menanam, mengawal rumpai, membaja sehingga memotong bunga tulip. Kerja menuai bebawang (bulb) juga menggunakan mesin tetapi memilih benih (sorting) untuk pasaran ekspot memerlukan tenaga manisa dalam menentukan benih berkualiti. Banyak lagi mahu diceritakan mengenai bunga tulip yang harum baunya dan unik di negara Natherland. Wasallam!.



BUNGA TULIP... ADUH CANTIKNYA...
BANYAK SPESIS...PELBAGAI WARNA...  
IA KOMERSIL... DI NEGARA BELANDA...
DAPAT MELIHAT... MEMANG TERUJA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 217, Westcord Art Hotel,
Spaarndamerdijk 302,
Amsterdam 1013Zx,
Natherlands .
(8 May 2014)

Lawatan 14 hari ke Eropah - Hari ini tiba di Natherlands

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...