Support My Blog

Saturday, May 3, 2014

STRAWBERI - MENANAM DARI BIJI BENIH

STRAWBERRI (Fragaria x anannasa) merupakan sejenis tanaman beriklim temperate yang kini telah ditanam dikawasan suhu sederhana sejuk tanah tinggi di kawasan tropika. Penanaman strawberi dijalankan menggunakan dua cara iaitu daripada Biji benih dan juga Keratan Stolon Anak pokok Induk. Sebenarnya terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menanam Strawberi dari Biji benih. Kita perlu banyak bersabar kalau hendak menanam Strawberi dari biji benih kerana teknik iniakan mengambil tempoh masa yang agak lama untuk bercambah. Pemerhatian juga menunjukkan yang percambahannya pula tidak berlaku serentak (atau dengan kata lain ada yang cepat dan ada yang lambat dan lambat sangat) dimana ini akan lebih menyukarkan proses penanaman dikebun. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang dijalankan, aktiviti menguji biji benih yang dibeli di kedai sekitar Cameroon Highland terdapat isu samada bercambah atau tidak. Mula-mula rasa hampir "give up" juga dibuatnya sebab terlalu lambat benih tersebut untuk bercambah. Bagaimana pun ini merupakan satu pemerhatian sahaja yang dibuat untuk dijadikan panduan. Kalau hendak mudah kebanyakan petani komersil akan menggunakan anak benih stolon yang diambil dari pokok induk. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" dan membuat posting daripada London setelah membeli sekotak Strawberi di Tesco Baywater Station, London iaitu mengenai satu hasil pemerhatian menanam strawberi dari biji benih.

Teknik yang dibuat dalam pemerhatian ini dimulakan dengan langkah-langkah seperti merendam biji benih strawberi selama 15 minit. Kemudian diletakkan dalam kertas tisu lembut yang dilembapkan (bukan basah sampai air boleh menitik- nanti "rosak" pula biji benih tersebut) dan masukkan kedalam plastik yang ada seal dan simpan dalam peti sejuk (Sila lihat foto sebelah). Pastikan ia diletakkan disebelah atas peti ais tapi bukan bahagian freezer. "Stratification" ini adalah bagi memecahkan dormansi benih (Break seed dormancy) dan sebagai stimulasi "Musim Dingin". Teknik sebegini dipercayai memang akan memaksa biji benih strawberi untuk bercambah dengan lebih cepat atau sekurang-kurangnya akan mula bercambah dalam masa 4 minggu. Elakkan daripada kita masukan biji benih yang baru dibeli dari kedai dan ianya dimasukkan dalam plastik dan terus simpan kedalam Freezer 4 minggu bagi tujuan yang sama dimana ianya adalah tidak betul untuk pecahkan dormansi biji benih.

Apabila cukup masa, keluarkan plastik yang mengandungi biji benih strawberi dan semai dengan kedalaman 1/2" dalam bekas tray nurseri yang mengandungi media seperti "peat moss" atau "Spagnum moss" atau "Peat Pellet". Media ini lazimnya lebih baik kerana ia dapat mengelakkan gangguan pada akar anak pokok Strawberi semasa proses hendak mengalih anak pokok tersebut. Adalah penting untuk bagi kita mengatasi masalah utama semasa hendak mengalih anak pokok strawberi ke tempat lain. Ini kerana benih atau anak pokok strawberi sering terganggu dan mati semasa mengubah kekawasan penanaman. Sebaiknya pastikan medium tanaman disiram secukupnya tetapi tidak terlebih air. Tray nurseri tersebut perlu diletak di tempat yang terang dan mendapat cahaya matahari tetapi tidak secara terus kena panas. Ini kerana anak pokok strawberi belum berupaya untuk menahan kepanasan. Anak Pokok strawberi akan bercambah dalam masa 2-4 minggu dan kadangkala lebih lama lagi dimana waktu percambahannya lazimnya adalah tidak serentak.

Lazimnya kita boleh pindahkan anak pokok strawberi di dalam pasu atau polibeg tanaman yang lebih besar apabila daun telah melebihi 3 helai (Sila lihat foto sebelah). Siram anakbenih seperti biasa dan sebaiknya jangan biarkan medium tanam kering. Elakkan aktiviti dimana berlaku penyiraman terlebih air atau ada air yang bertakung dimana ini akan menyebabkan anak benih lemas dan boleh mati. Pokok bersedia ditempatkan di tempat yang lebih panas apabila ia sudah cukup matang dan pastikan ianya disiram secukupnya tapi ingat jangan terlebih siram. Sekiranya Pokok Strawberi yang ditanam mula berbunga pada tahun pertama, petik atau buang bunga pertama tersebut. Sebaiknya jangan biarkan ianya berbuah dimana ia dilakukan adalah untuk membolehkan pokok tumbuh lebih stabil, sihat dan subur. Lazimnya hanya pada tahun kedua bolehlah anda membiarkan pokok anda berbunga dan berbuah dengan penjagaan yang betul. Menanam strawberi secara hobi depan rumah dikawasan yang sesuai amat menyeronokkan. Di Malaysia kawasan tanah tinggi yang dingin dan sejuk sesuai menanam sreawberi untuk hobi dan komersil. Wasallam!

Benih dari stolon strawberi  mudah didapati.
Artikel ini di postkan dari London - Depan 'Big Ben'
BENIH STRAWBERI...SUSAH JADINYA...
LAMBAT CAMBAH...LAIN MASANYA...
PILIHAN LAIN... GUNA STOLONNYA...
MUDAH DAN CEPAT... ELOK GUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 610 and 607,
The Hyde Park Hotel,
23-25, Leinhester Square,
London W2 4NE, UK.
www.thehydepark.com
(12 Muharam 1435H)
Posted from London on 3rd May 2014.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...