KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, May 18, 2014

PERTANIAN BANDAR - MASA HADAPAN (Part 1)

PERTANIAN BANDAR (Urban Agriculture) merupakan satu cara melaksanakan sistem pertanian dibandar (Urban Farming) yang semakin diperkatakan sekarang. Pertumbuhan bandar-bandar besar diseluruh dunia kini terus berkembang dengan pesat dengan jumlah penduduk bandar semakin ramai. Disesetengah bandar besar, jumlah penduduknya berjumlah jutaan orang dengan kawasan bandar yang luas dan kebanyakannya dipenuhi dengan bangunan. Sebut sahaja Paris, London, New York, Tokyo anda akan pasti tahu bertapa besar bandar tersebut dihuni bangunan mencakar langit dan jumlah penduduknya yang padat. Kini bandar-bandar utama setiap negara diseluruh dunia terus berkembang luasnya termasuk beberapa bandar utama di Malaysia seperti di Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Kelang, Johor Bahru, Ipoh, Pulau Pinang, Kucing, Kota Kinabalu, Kuantan, Melaka dan Alor Setar sebagainya. Memang amat wajar saya dapat menulis mengenai pertanian bandar dalam mempastikan ia mula di berikan satu kesedaran (awareness) mengenai peranan dan kepentingannya untuk masa hadapan. Kini terdapat lebih dari 7 billion penduduk dunia yang perlukan makanan dan air serta udara bersih dan terus bertambah setiap masa. Kawasan untuk pertanian semakin berkurang dimana lazimnya proses perbandaran akan meragut kawasan pertanian terutama yang dipinggir bandar untuk mendirikan kawasan rumah kediaman, kilang perindustrian, infrastruktur asas seperti jalanraya, sistem kumbahan dan sebagainya. Kejadian pencemaran air dan pencemaran udara terus mengancam penduduk dikawasan bandar disamping tahap kesihatan mereka. Pertanian Bandar ini perlu dikukuhkan disetiap bandar-bandar utama sebagaimana ia dilakukan dibeberapa negara maju sebagai satu pilihan terbaik. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pertanian bandar dimasa hadapan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan rakan-rakan semua.


Pertanian Bandar mungkin agak kurang jelas maksudnya bagi sesetengah orang di negara kita dan dikatakan sebagai satu perkara baru. Ini kerana pemikiran kita masih membayangkan bahawa kawasan pertanian untuk tanaman, ternakan dan perikanan adalah terletak dikawasan luarbandar. Ini adalah hakikat dimana kawasan utama pengeluaran makanan adalah terletak dikawasan pinggir bandar dan luar bandar. Dalam saya membuat beberapa rujukkan, Pertanian Bandar (Urban Agriculture) dimaksudkan sebagai aktiviti menanam buah-buahan, herba dan sayuran serta menternak haiwan (termasuk perikanan) dikawasan bandar yang dilengkapkan juga dengan aktiviti pemprosesan makanan, pengedaran bahan makanan, memungut dan menggunakan semula sisa organik dan air oleh penduduk bandar. Ia juga berkait dengan proses pendidikan, menyusun atur dan melaksanakan aktiviti pertanian bandar secara bersepadu dimana ia melibatkan keseluruhan komuniti masyarakat. Perlaksanaan mesti disokong dengan adanya polisi, bajet, perancangan dan pelbagai aktiviti khusus oleh pihak berkuasa perbandaran. (Urban agriculture can be defined as growing fruits, herbs, and vegetables and raising animals in cities, a process that is accompanied by many other complementary activities such as processing and distributing food, collecting and reusing food waste and rainwater, and educating, organizing, and employing local residents. Urban agriculture is integrated in individual urban communities and neighborhoods, as well as in the ways that cities function and are managed, including municipal policies, plans, and budgets).


Kini lebih ramai pendudk dunia dibandar-bandar besar bergantung kepada kawasan luar bandar yang agak jauh untuk mendapatkan makanan asasi. Konsep pertanian bandar ini akan mendekatkan sumber bekalan makanan dengan lebih dekat kepada mereka. Ini mengurangkan jarak sumber makanan (food miles) dengan jarak pengangkutan yang jauh. Negara Singapura sebagai contoh terpaksa mengimpot bahan asas makanan  mereka daripada 26 negara utama didunia bagi menjamin makanan mencukupi yang sangat jauh. Dalam satu dokumentari oleh TV Singapura, saya melihat bagaimana bahan makanan dibawa masuk kenegara tersebut setiap hari dengan sistem pengedaran yang kompleks dan cekap setiap hari. Negara tersebut juga telah mula untuk melaksanakan beberapa projek pertanian bandar mega dinamakan vertical farming bagi pengeluaran sayur-sayuran dan beberapa produk makanan lain. Projek ini walau pun masih baru dan menelan kos tinggi akan menjamin kesegaran bahan makanan dan keselamatan makanan dalam negara tersebut jika berlaku masaalah bekalan daripada luar.


Satu daripada kebaikan pertanian bandar adalah kesan penghijauan (add greenery to cities), mengurangkan kesan hakisan berbahaya, menambah kawasan teduhan dan mengawal suhu dikawasan persekitaran bandar agar lebih nyaman dan membantu dalam mengindahkan permandangan. Sebenarnya kehijauan tumbuh-tumbuhan seperti pokok dan tanaman memberikan peluang kepada manusia didalam mendekati alam semulajadi (reconnect with the Earth). Pertanian Bumbung (Rooftop Gardening) and Tanaman Kawasan Lapang dapat membantu menghasilkan makanan disamping menenangkan minda penduduk bandar yamh sentiasa sibuk hektik. Kecantikan taman-taman bunga dan pusat rekreasi didalam kawasan bandar sering menjadi tumpuan penduduk dalam bandar untuk berehat disamping membantu dalam industri pelancongan bandar. Bagaimana pun penanaman didalam bandar perlu dikaji dari segi kecukupan tanah dan kualiti udara serta sumber bekalan air serta kecukupan cahaya matahari. Kemungkinan jika udara tercemar dengan asap kenderaan dan arsenik dari kilang perlu dikaji dahulu. Pada saya perlaksanan pertanian bandar masih berpotensi besar dilaksanakan dengan perancangan, pengurusan dan bajet yang mencukupi. Tanaman yang tumbuh dicelah-celah bangunan mencakar langit akan menjadi daya tarikan tersebdiri dalam kosep pertanian bandar. Wasallam!.

PERTANIAN BANDAR...APA DIA...
KINI BICARA....BANYAK DIKATA...
PERLU DIRANCANG... DARI MULA...
PERANAN SEMUA... MUDAH DIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
TimHotel Pigalle Hotel,
Piggale, Paris,
Perancis.
(10 Mei 2014)
Lawatan 2 minggu ke Eropah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...