KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, May 19, 2014

PERTANIAN BANDAR - AKTIVITI (Part 2)

PERTANIAN BANDAR (URBAN AGRICULTURE) kini telah mula mendapat perhatian negara-negara maju dan juga beberapa negara membangun sebagai satu agenda penting. Terminologi 'Urban Agriculture' untuk kelestarian bandar dalam memberikan bekalan makanan segar, keselesaan persekitaran dan menambahkan pendapatan penduduk di bandar kini boleh dipelbagaikan perlaksanaannya. Selain daripada mampu mencantikkan dan menghijaukan kawasan bandar yang lazimnya dipenohi bangunan batu, kehijauan oleh pokok yang ditanam menghasilkan makanan, oksijan dan juga mampu untuk meningkatkan interaksi sosial penduduk bandar. Beberapa projek pertanian bandar yang bercorak komuniti memang berjaya memberikan impak positif dalam mengatasi keregangan sosial dikalangan penduduk bandar. Ini termasuk aktiviti masyarakat seperti kitar semula sisa organik untuk dijadikan produk kompos dan kitar semula air buangan untuk tujuan pertanian. Kaedah ini akan memberikan impak positif terhadap kelestarian penduduk dalam kawasan bandar pada masa akan datang. Dalam kita hendak melaksanakan program pertanian bandar beberapa aktiviti sesuai dijalankan seperti tanaman sayuran secara hidroponik, tanaman bumbung (roof-top farming), akuaponik, pembuatan kompos dari sisa organik, tanaman landskap serta 'edible landscape', nurseri tanaman, aktiviti pemprosesan makanan, pengeluaran cendawan, aktiviti kraftani, penyediaan taman-taman atau pusat rekreasi dan sebagainya. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technlogy" artikel ke 2,518 mengenai beberapa aktiviti dalam pertanian bandar untuk rujukan dan bacaan.


Projek tanaman sayuran secara kecil-kecilan oleh individu dan komuniti boleh dilakukan dikawasan bandar yang sempit. Bagi tujuan ini tanaman sayuran secara hidroponik dan teknik lain yang sesuai seperti fertigasi dan NFT mungkin sesuai diletakkan didalam rumah, koridor dan tepi tingkap bagi rumah pangsa (Sila lihat foto sebelah). Teknologi ini murah dan juga praktikal kepada ramai individu didalam bandar. Sayuran jenis daun seperti salad, sawi, kangkong, bayam dan sebagainya boleh ditanam secara berjadual mengikut matrik pengeluaran. Hidroponik Takung antara teknik paling mudah diaplikasi dimana ia juga murah (Baca artikel berkaitan - Sila klik disini). Bagi mereka yang tinggal di rumah banglow atau rumah Semi-D yang ada ruang tanah boleh dipelbagaikan penanaman sayur keliling rumah dengan cara biasa, hidroponik, akuaponik, NFT dan banyak lagi bergantung kepada keluasan dan kesesuaian lokasi. Kebun sayur komuniti pula boleh dijalankan dikawasan lapang yang ujud didalam kawasan tempat tinggal terutama dikawasan bandar dengan melibatkan komuniti setempat. Tanah lapang yang terdapat dikawasan perumahan seperti rizeb tanah kosong boleh juga diusahakan bersama-sama untuk tanaman sayuran dan lain-lain aktiviti pertanian. Projek sayuran komuniti dilihat sebagai satu pendekatan yang berkesan dikalangan penduduk bandar dan juga rumah berasrama seperti sekolah, rumah anak yatim dan rumah orang tua-tua.


Tanaman atas bumbung (roof-top farming) merupakan satu idea bertani dikawasan bandar yang paling banyak diperkatakan. Kawasan bumbung pada bangunan tinggi yang rata mendapat sinaran matahari yang banyak diperlukan untuk projek tanaman seperti ini. Media tanaman boleh menggunakan tanah biasa atau media tanaman lain seperti cocoapeat, peatmoss, tanah campuran dengan aplikasi teknologi NFT, fertigasi dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Pelbagai tanaman seperti sayuran hijau, herba, ulam-ulaman, ternakan ikan hiasan boleh dilakukan diatas bumbung. Sesetengah bumbung terlindung boleh dibina dengan Struktur Pelindung Hujan (SPH) bagi tujuan untuk memaksimakan sistem penanaman. Kalau banyak bangunan dibandar yang menjalankan projek ini dikawasan bandar, maka ia setidak-tidaknya menghasilkan bahan makanan segar dan mengoktimakan kawasan pertanian dalam bandar. Lazimnya projek ini sangat berdaya maju jika dilaksanakan mengikut teknik yang sesuai dan kemahiran petani untuk menguruskannya.


Membina kawasan taman permainan dan pusat rekreasi dalam bandar merupakan satu keperluan dalam perancangan penempatan dalam bandar (town planning). Setiap kawasan perumahan atau bandar baru dimestikan mempunyai kawasan lapang untuk tujuan rekreasi dan juga untuk penghijauan (green belt) bagi penduduk bandar. Tanaman seperti pokok-pokok teduhan, pokok bunga, tapak berjalan kaki, laluan berbasikal dan kemudahan bersenam disediakan oleh pihak perbandaran yang dijaga dan diselenggara dengan baik. Kesemuanya memang memerlukan bahan tanaman dan kepakaran khusus dalam menjaga kemudahan ini. Mungkin juga sebahagian tanaman boleh disesuaikan dengan 'edible landscape' diletakkan dikawasan taman rekerasi tersebut seperti tanaman herba, ulaam-ulaman dan sebagainya untuk menambah kapasiti pengeluaran makanan dikawasan bandar. Pokok-pokok menghijau dalam taman akan memberikan suasana menarik dan lazimnya akan menjadi tumpuan bagi penduduk bandar beriadah. Taman seperti ini juga mampu menarik pelancong tempatan dan juga antarabngsa. Bersambung pada Part 3.
Wasallam!.

PERTANIAN BANDAR...BUAT APA...
TANAM SAYUR...SENANG SAJA...
HIDROPONIK...ADA HASILNYA...
TAMAN REKREASI...BESTNYA...


Kesington Garden, Central London, London
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kesington Garden,
Park Royal,
London, UK.
(Lawatan 2 minggu ke Eropah) 
Kensington Gardens began life as a King's playground but it was three royal women who created the elegant landscape we still enjoy today. William III bought what was originally part of Hyde Park in 1689. An asthma sufferer, the king found the location quiet and the air salubrious and so he commissioned Sir Christopher Wren to design the redbrick building that is Kensington Palace. Queen Anne enlarged the Palace Gardens by 'transferring' 30 acres from Hyde Park and was responsible for the creation of the Orangery in 1704. The Gardens are particularly popular for sunbathing and picnics in fine weather. It is also popular as a healthy walking route to work for commuters. The paths are used extensively by joggers and runners. Cycling is allowed on the designated path linking the Queen's Gate to West Carriage Drive, Mount Gate to the Broadwalk and the Broadwalk itself from Black Lion Gate to Palace Gate. Informal games do take place in the Gardens but are discouraged in view of the importance of the historic landscape and the desire to maintain their primary role as a peaceful refuge for people living, working or visiting Central London.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...