Support My Blog

Monday, February 2, 2026

INGIN TAHU KULIT MANGGIS - APA DIA?

KULIT MANGGIS (Mangosteen skin) merupakan salah satu komponen pada buah manggis yang berwarna coklat kehitaman dan tebal serta mempunyai banyak kehebatan.  Buah Manggis (Garcinia mangostana) merupakan sajenis buah-buahan tropika dari keluarga Clusiaceae yang mana penulis blog faham ia berasal dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan sebagainya. Apa pun di Malaysia tanaman manggis yang sejak dahulu cuma diusahakan secara tradisional sebagai tanaman di dusun bercampur dengan durian, rambutan, duku dan pokok dusun lain kini sudah ada petani yang mengkomersialkan. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 3,519 hektar pada tahun 2025 kawasan tanaman manggis di Malaysia dengan pengeluaran 31,250 metrik (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman Makanan, Jabatan Pertanian Malaysia 2025). Menurut laporan tersebut dimana Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak menenam pokok manggis selain daripada Pahang. Di Johor ada seluas 769 ha dengan menghasilkan 5,591 mt manggis pada tahun 2023 diikuti dengan Negeri Kedah seluas 501 ha (hasil sebanyak 5,835 mt) dan Kelantan seluas 368 ha (Hasil 3,945 mt). Pada penulis blog dimana di Pahang pula terdapat jenis manggis yang di panggil 'MESTA' yang memang agak berlainan dengan jenis manggis tempatan. Sila baca apakan dia Buah Manggis dan Mesta dalam artikel tulisan saya dengan pautan (Sila Klik Di sini)(Sila Klik Di sini)(Sila Klik disini)(Sila Klik di sini) dan banyak lagi. Penulis banyak pengalaman berkaitan penanaman manggis semasa bertugas di Pejabat Pertanian Segamat sebagai pegawai pertanian daerah dimana daerah tersebut diantara pengeluar buah manggis di Johor. Pokok manggis adalah dari tumbuhan saka yang mampu mencapai ketinggian sehingga 7-25 meter dan mempunyai batang kayu yang keras. Pokok manggis adalah dari jenis pokok yang lambat tumbuh dan berbanding dengan tumbuhan lain seperti durian, rambutan, jambu batu dan sebagainya. Anak benih yang ditanam akan tumbuh sangat perlahan iaitu beberapa centimeter sahaja dalam satu bulan. Daun manggis berwarna hijau gelap dan tebal. Dahannya dari kayu keras dan mampu mengeluarkan bunga di hujung atau di bahagian pucuk. Bunga manggis berwarna putih hijau dan terletak di hujung tunas. Akar tunjang pokok manggis agak kuat dan kukuh. Buah manggis berwarna hijau ketika muda dan bertukar kepada ungu coklat gelap apabila sudah masak. Buah manggis mempunyai 4-5 kelopak berwarna hijau dibahagian atas dan kelopak kecil2 dibahagian bawah buah. Isi buah manggis berwarna putih dan berbiji. Kulit manggis adalah tebal lingkungan 0.5-1.0 cm dan mengeluarkan cecair ungu bila di perah. Biji manggis berwarna coklat dan lembut. Artikel ditulis pada subuh ini saya sembang dengan menulis dalam "Anim Agro Technology" kulit manggis sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


Dilaporkan dimana sebaiknya pembaca blog ini jangan lagi membuang kulit mmanggis merata-rata setelah mengupas dan memakan isinya. Ini kerana ada kegunaan sisi lain seperti menjadikannya kepada minuman sihat yang baik untuk kesihatan. Terdapat beberapa kaedah atau cara untuk mengolah kulit manggis menjadi minuman yang sihat dan enak serta boleh menjana ekonomi jika dilakukan skala komersial. Apa pun lazimnya buah manggis tidak hanya boleh dimakan isi putihnya sahaja malahan kulit manggis yang sering dibuang ini juga sesuai di gunakan. Kulit manggis dilaporkan amat kaya dengan bahan zat berguna yang antara lain adalah bahan Xanthones, Flavonoid, Saponin  dan  Tanin. Dilaporkan dimana xanthones berguna sebagai produk anti-kulat, anti-bakteria dan anti-radang. Dilaporkan juga dimana bahan tersebut juga iaitu Tanin berguna untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak, antitumor dan dapat membantu melancarkan peredaran darah. Apa pun beberapa pengguna yang berjaya mengubahsuai minuman air kulit manggis menyatakan yang  minuman hasil tersebut setelah di campur dengan madu dan pelbagai ramuan lain. Beberapa kaedah mudah menyediakan minuman air kulit manggis dengan membersihkan kulit buah manggis yang diambil bertujuan agar tidak ada kekotoran yang tidak sihat bagi digunakan. Sebaiknya ia dicuci dengan air yang mengalir sehingga kulit manggis cukup bersih. Langkah seterusnya adalah memotong kulit buah manggis semasa ia masih segar dab lembut lagi sehingga menjadi saiz ukuran yang lebih kecil bertujuan memudahkan ia di jemur agar cepat kering dan mudah menyimpannya. Memotong dengan pisau tajam dan bagi perusahaan skala komersial boeh gunakan mesin khas memotong. Langkah selanjutnya kulit manggis tersebut perlu dikukus kulit bertujuan untuk mempastikan yang getah pada kulit manggis benar-benar hilang. Selalunya jangkamasa mengukus kulit manggis ini selama 3 -  5 minit sahaja bergantung kepada kawalan api dan jumlah yang di kukus. Seterusnya adalah kerja menghaluskan kulit manggis yang mungkin masih berupa potongan kasar dengan mengguakan mesin penghalus atau di lakukan secara manual sahaja meraciknya dengan pisau. Ada kalangan pengusaha dan peminat kulit manggis ini yang menumbuknya dengan lesung atau mengisarnya dengan blender. Kemudian kulit manggis ini perlu di rebus untuk menghasilkan minuman dari kulit manggis. Perlu disediakan baldi dan juga air gula atau madu lebah asli untuk membuat minuman kulit manggis ini lebih enak dan tidak terlalu pahit. Selain itu gula merah atau gula melaka atau gula apong boleh juga di gunakan. Setelah lama mendidih maka matikan api dan air rebusan mesti di tapis untuk mengasingan air rebusan dengan bahan pejal lain. Sebaiknya di minum ketuka suam panas dan boleh juga di simpan dalam pei ais dan diminum sesudah sejuk.


Penulis blog dapati ada beberapa cara lazim yang diamalkan untuk mengolah kulit buah manggis. Di beberapa negara jiran dilaporkan dimana ada peminat yang kenal produk dari kulit manggis tapi masih takut untuk membuatnya sendiri bagi menjadi lebih sihat. Kebanyakan orang lebih suka membeli produk kulit manggis yang sudah diolah sebagai sejenis ubat tradisional herbal berbentuk pil atau serbuk atau suplement. Sebenarnya memproses kulit manggis adalah perkara yang tidak begitu susah membuatnya. Apa pun asasnya dimana salah satu cara yang sesuai gunakan adalah dengan melakukan proses pengeringan kulit manggis segar. Ini kerana kulit manggis yang sudah kering boleh didimpan lama dan boleh seterusnya ia dijadikan pelbagai produk termasuk minuman jus kulit manggis, minuman panas kulit manggis, puding kulit manggis, kopi kulit manggis atau pun sekadar direbus menjadi ramuan herbal. Sebailnya proses pengeringan kulit manggis tidak perlu menunggu cuaca panas kerana ada oven yang mudah di gunakan. Sebaiknya dimana sbelum dikeringkan dimana kulit manggis ini perlu dihiris nipis dulu dan kemudian hirisan tersebut ditebar di atas tikar jemuran. Paling senang adalah dengan menjemur di bawah sinar matahari kerana selalunya kulit buah manggis adalah ia tahan panas sehingga sesuai ia dikeringkan dengan cara dijemur. Penjemuran dapat dilakukan dengan potongan yang besar atau setelah diiris tipis-tipis 9agar lebih cepat kering). Bila potongan kulit besar akibatnya adalah jangkamasa untuk menjemur akan lebih lama dibanding kulit yang sudah dihiris nipis. Mengringkkan dengan menggunakan oven letrik pada suhu maksima 60 Celcius dan dikawal agar suhu tersebut tidak akan merosakkan bahan enzim yang ada di dalam kulit. Pengeringan dengan oven dapat dilakukan pada potongan kulit yang besar atau kulit yang sudah dihiris nipis. Apa pun jika potongan bersaiz nesar makan pengeringan guna oven adalah lebih lama. Cara ketiga mengeringkan kulit manggis adalah dengan meletakannya di dalam peti sejuk dengan ada ruangan sesuai. Sebaiknya kulit manggis yang akan cuba ia dikeringkan dalam peti ais perlu dihiris tipis-tipis terlebih dahulu dimana proses pengeringan ini dapat berlaku lebih cepat bila kulit yang sudah diiris disusun dalam bekas sesuai. Jika kulit di masukkan dalam bekas plastik tertutup atau dalam plastik maka proses pengeringannya juga lambat.


Kulit manggis adalah lapisan keras dan tebal yang melindungi buah manggis. Kulit manggis mengandung unsur bahan aktif yang berguna untuk kesihatan dan kecantikan termasuk bahan xanthone, flavonoid, dan tanin. Kulit manggis dilaporkan boleh dijadikan pelbagai produk seperti minuman, makanan dan suplemen kesihatan. Selain itu dimana kulit manggis juga digunakan sebagai bahan asas dalam membuat produk kosmetik seperti sabun, krim dan body lotion kerana ada bahan sesuai yang bertindak membantu menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Buah manggis juga didakwa ia sering dijadikan sebagai bahan dalam masakan seperti untuk membuat sambal atau sayur. kalangan masarakat tradisional di Indonesia, Malaysia dan Thailand dilaporkan akan gunakan buah manggis dan kulit manggis untuk mengubati berbagai jenis penyakit termasuk rawatan ketika cirit, demam, ulser mulut atau ulser lidah, radang tekak dan akibat infeksi. Apa pun dilaporkan kulit manggis adalah sebahagian dari buah manggis yang sering diabaikan atau dibuang begitu sahaja. Mereka yang tahu dimana kulit manggis mengandungi bahan xanthone yang tinggi sebagai bahan semulajadi yang mana ia adalah bersifat antioksidan, antikanser, dan antiinflamasi. Maka adalah tidak hairan jika kulit manggis sudah banyak digunakan sebagai bahan penting didalam kaedah perubatan tradisional dan juga rawatan perubatam moden. Bagi dapat kualiti kulit manggis berkualiti sebaiknya memilih kulit manggis yang masih segar dengan tekstur kenyal dan tidak terlalu kering. Jangan terlalu banyak menggunakan gula atau bahan pemanis lain agar minuman disediakan akan tetap sihat dan tidak terlalu manis. Apa pun boleh juga menambahkan  beberapa bahan lain seperti lemon, halia atau kayu manis untuk memberikan rasa yang lebih bervariasi pada minuman kulit manggis. Apa pun selain dibuat menjadi minuman dilaporkan yang kulit manggis ini juga dapat diolah menjadi makanan lain seperti sup, salad, atau bahkan bahan minuman teh. Bagaimanan pun dinasehatkan agar pengguna faham bahan xanthone adalah ia cukup kuat sehingga sebaiknya di ambil dalam jumlah yang wajar sahaja dan tidak berlebihan. Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KULIT MANGGIS... DI BUANG SAHAJA...
DI HIRIS NIPIS... DI JEMUR KERINGNYA...
DI JADIKAN MINUMAN...SIHAT JADINYA...
MEMBACA ARTIKEL ... INGIN MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Syaaban 1447H).

Sunday, February 1, 2026

BULOH OH BULOH! - APA YANG MENARIK

BULUH (Bamboo)
atau Bambu merupakan salah satu dari sumber Hasil Hutan Bukan Kayu (HHBK) yang penting di Malaysia dan berpotensi besar untuk dikomersialkan. Penulis blog merujuk laporan antarabangsa dimana negara China kini yang menguasai sumber hutan bukan kayu menjadikan buluh antara salah satu eksport penting yang mampu menyumbang ekonomi negara mereka sebanyak 70% daripada pasaran eksport dunia bernilai USD39 billion setahun. Perkara ini juga tidak terkecuali bagi negara kita Malaysia jika ada lebih banyak kajian dilakukan sebelum ini menjadikan bahawa sumber hasil hutan bukan kayu seperti buluh adalah di antara penyumbang ekonomi negara yang signifikan. Pada penulis blog juga percaya dimana potensi industri buluh di Malaysia masih belum lagi ianya diteroka secara meluas dan ia dinilai masih berada ditakuk lama. Penulis blog berfikir dimana diantara faktor yang menjadi halangan industri buluh tidak dibangunkan secara meluas sebelum ini kerana Malaysia masih lagi berdepan dengan cabaran memajukan tanaman perladangan lain iaitu Kelapa Sawit (Elaeis guineensis), Getah (Hevea braziliensis), Buah-buahan dan juga sayurans serta tanaman makanan yang lain. Walau pun masih lagi kekurangan bahan mentah selain tidak mempunyai ladang buluh yang besar seperti sawit dan getah untuk dibangunkan dan dieksport tetapi potensi tanaman buluh tidak boleh diketepikan. Dalam pada itu dilihat dimana industri buluh hanya digunakan secara tradisional sejak turun-temurun tanpa ke arah evolusi industri buluh yang lebih hebat dan lebih komersial. Malaysia juga pada penulis blog dimana masih tidak memiliki teknologi yang canggih untuk membangunkan industri buluh tempatan. Tambahan pula ramai rakyat Malaysia melihat industri buluh masih lagi kurang mendapat sambutan dalam kalangan pengusaha industri perkayuan selain kekurangan kesedaran dan juga ilmu pengetahuan yang luas berhubung dengan potensi buluh yang mampu untuk dikomersialkan. Di Malaysia apa yang penulis blog rujuk dari KPPK dimana jumlah eksport industri buluh mengalami kadar penurunan tiga tahun berturut-turut dari tahun 2018 hingga 2020 apabila mencatatkan RM9.97 juta, RM 9.16 juta dan RM 8.28 juta. Bahkan apabila dianalisa dimana industri buluh di Malaysia masih dianggap masih jauh terkebelakang dan tidak dibangunkan secara serius apabila nilai pasaran dunia industri buluh ialah USD$68 bilion (RM295 bilion) pada 2018 (Sumber: MTIB, 2021). Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fkta dan kisah bagi industi buluh tempatan sebagai bahan rujukkan pembaca blog semua.


Media laporkan kisah mengenai buloh bertajuk 'Kaji menebus guna 420,000 hektar ladang getah untuk tanam buluh' yang di nyatakan oleh YB Menteri Perladangan dan Komoditi menarik di kongsikan. Kerajaan sedang melihat keperluan menebus guna 420,000 hektar ladang getah terbiar untuk dijadikan ladang buluh yang mempunyai nilai komersial tinggi di pasaran dunia. Cadangan dan langkah itu jika direalisasikan berupaya memberi nilai tambah kepada ekonomi dan pendapatan negara pada masa depan selain meningkatkan penyertaan Malaysia dalam pasaran komoditi berkenaan. Industri buluh dianggarkan bernilai US$70.6 bilion pada 2023 dan dijangka meningkat kepada kira-kira US$100 billion pada 2028. Di Malaysia ada ladang getah kita ada kira-kira 1.1 juta hektar diman seluas 420,000 hektar tidak ditoreh atau diusahakan atas beberapa faktor seperti kes ramai pengusaha telah berumur (tua), manakala anak-anak mereka juga sudah memasuki universiti dan memiliki ijazah atau sebagainya, sekali gus menyebabkan ladang tersebut tidak diusahakan. Ada ada dua cara untuk manfaatkan tanah tersebut iaitu dengan memanggil sektor swasta untuk buat penggabungan bagi kita teroka semula getah atau kalau tidak mahu tanam getah kita bagi kepada pemain industri perabot untuk usahakan tanaman buluh sebab tanaman buluh memang ia senang dijaga. Kajian dapati terdapat pelabur luar yang menyatakan minat untuk menceburi industri buluh di Malaysia namun ada beberapa kekangan yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum Malaysia mampu menjadi platform untuk industri tersebut. Diantara punca kekangan utama dalam pengkomersialan buluh secara besar-besaran adalah isu tanah yang terhad, di mana keluasan tanah yang diperlukan untuk mana-mana inisiatif komersial haruslah tidak kurang daripada 2,000 hektar. Industri buluh pada masa ini juga dikendalikan secara kecil-kecilan di mana lebih 90 peratus pengusaha industri buluh terlibat dalam penghasilan kraf tangan yang dianggap berskala kecil.


Berlainan kisah dari Muar, Johor apabila 'Buluh lemang 500 rumpun' ditanam secara komersil oleh usahawan muda. Usahawan dari Parit Jawa, Muar, Johor memanafaatkan kawasan berpaya di ladang pertanian miliknya memberi idea kepada usahawan untuk menanam pokok buluh lemang. Bari rakan fb saya iaitu  Mohd Radzi dakwa dia menanam pokok buluh lemang itu dalam keluasan 0.4 hektar secara berpusat di ladangnya sejak tiga tahun lalu. Makanan lemang adalah makanan tradisi masyarakat luar Johor dan menerusi perkahwinan campur dari negeri lain seperti Perak dan Pahang menyebabkan penduduk Johor turut meminati makanan tradisional berkenaan. Mereka turut membakar lemang pada musim perayaan akan tetapi berhadapan kesukaran mendapatkan bekalan buluh lemang. Perkara ini adalah pencetus idea saya kepada menanam pokok berkenaan yang kini jumlahnya sebanyak 500 rumpun di kebunnya. Selalunya satu batang buluh lemang ada lapan ruas dan setiap satu ruas harganya RM2 dijual semasa hampir perayaan. Dakwanya pada satu rumpun dianggarkan terdapat 100 batang pokok buluh lemang dimana tanaman ini boleh dituai dalam tempoh dua tahun lagi bagi memenuhi jumlah permintaan masyarakat sekitar Muar. Masih kurang b
ekalan nuluh lemang dari Muar dimana dia boleh menjualnya pada harga rendah berbanding buluh lemang dari negeri lain bila hasilnya keluar kelak sebab kos pengangkutan rendah dan cara ini secara tidak langsung boleh membantu dialam cara mengurangkan beban pengguna. Kini pokok buluh lemang sesuai ditanam di kawasan berpaya kerana ia jenis tanaman lasak dan penjagaan sangat minimum. Penggunaan baja adalah ketika permulaan tanaman dan disusuli pada setiap enam bulan sekali. Kerja menebang pokok buluh lemang pula hanya dilakukan setahun sekali iaitu ketika musim perayaan dimana sebenanrya dia membeli benih buluh lemang dari Taiping, Perak kerana di negeri itu terdapat ramai pembekal benih berkenaan. Ada terdapat tiga jenis benih buluh lemang iaitu menggunakan biji yang disemai, keratan dan umbi (rebung). Walaupun ketika ini dia menjadi penanam buluh lemang antara pertama yang terbesar di daerah Muar, tetapi turut mengajar usahawan pertanian lain untuk meneroka tanaman itu kerana permintaannya tinggi.


Kerajaan perlu bangunkan industri buluh di Malaysia sebab 'B
uluh mampu jadi industri baharu berpotensi tinggi di Malaysia' dimasa akan datang. Kemppen dalam menggalakkan perladangan buluh sebagai industri baharu berpotensi tinggi yang mampu menjadi pemacu ekonomi negara pada masa hadapan. Pihak  Kementerian terlibat menyatakan jika nilai eksport buluh dunia semakin berkembang apabila diunjurkan meningkat daripada AS$70.78 bilion (RM299.43 bilion) pada 2024 kepada AS$74.26 bilion (RM314.16 bilion) tahun 2025. Apa pun peluang tersebut wajar dimanfaatkan Malaysia kerana buluh mempunyai kelebihan tersendiri dengan lebih 70 spesies termasuk 45 spesies tempatan. Buluh Malaysia istimewa kerana kadar pertumbuhan pantas, ujud kekuatan mekanikal dan daya tahannya yang baik. Ia berpotensi besar menyokong industri perkayuan selain mampu menjana hasil baharu melalui pelbagai sektor termasuk papan, perabot, pembinaan, tekstil, makanan, arang dan kraftangan. Kenyataan rasmi ini disempurnakan semasa Majlis Perasmian World Bamboo Day (WBD) Malaysia 2025 di Model Ladang Buluh, Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) di Hulu Terengganu. Umumnya industri perkayuan menyumbang RM22.92 bilion kepada sektor agrikomoditi negara pada tahun lalu dengan eksport produk buluh bernilai RM18.91 juta. Kini walaupun sedikit menurun berbanding 2023 tetapi jumlah permintaan global terhadap produk berasaskan buluh menunjukkan prospek positif. Kementerian Perladangan dan Komoditi melalui Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) terus memperkukuh usaha pembangunan industri buluh menerusi penyelidikan, latihan, inovasi teknologi, penghasilan produk bernilai tambah dan penglibatan komuniti luar bandar. Selain pembangunan berskala besar, kerajaan turut melaksanakan Projek Pembangunan Community Farming Buluh (PPCFB) yang melibatkan 135.4 hektar ladang buluh dengan insentif anak pokok, baja dan latihan kepada peserta. Usaha ini penting untuk memastikan manfaat industri buluh turut dinikmati masyarakat akar.


Di Sarawak kerajaan negeri nyatakan '
PUSAKA sasar sekurang-kurangnya 30,000 hektar untuk penanaman buluh menjelang 2030' seperti kenyataan  oleh Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA). Menurut  Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sehingga April 2025, lebih kurang 4,900 hektar kawasan telah ditanam dengan buluh oleh 17 syarikat komersial bersama 200 peserta daripada komuniti. Hasil buluh ini penting sebagai sumber alternatif bahan mentah, justeru PUSAKA menggorak langkah dengan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada tahun lepas bersama Malaysian Community Care Foundation Resources Sdn Bhd, Bintulu Port Holdings Berhad, Pertama Ferroalloys Sdn Bhd serta Bintulu Development Authority (BDA). MoU itu bagi menyasarkan kawasan penanaman buluh seluas 10,000 hektar dengan beberapa syarikat tempatan dan antarabangsa telah menunjukkan minat untuk melabur dalam industri hiliran bagi menghasilkan high value product berasaskan buluh seperti kertas tisu, bahan pembungkusan, tekstil dan biochar.  Sarawak turut berbangga untuk mempelopori biodiversiti dan sumber asli kemampanan melalui pengarusperdanaan dengan kerjasama Program Pembangunan Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). Bekas kawasan pembalakan di Sarawak bakal dibangunkan menjadi ladang buluh, khusus bagi menampung keperluan bekalan sumber asas bagi menggerakkan industri perabot barasaskan tumbuhan itu.
Ketika ini beberapa kawasan pembalakan yang sudah tidak diusahakan lagi dikenalpasti sesuai untuk tujuan berkenaan. Cadangan penanaman buluh secara besar-besaran akan menghentikan penggantungan kepada balak untuk dapat ia menampung keperluan industri perabot negeri ini. Produk perabot berasaskan buluh semakin mendapat perhatian ketika ini dan berpotensi untuk menembusi pasaran eksport. Kini Sarawak masih bergantung kepada bekalan buluh liar untuk menghasilkan produk perabot.


Program pengeluaran benih buluh di Sarawak antara yang patut di contohi apabila dilaporkan '
Sarawak hasilkan sejuta anak benih buluh hingga 2027' oleh pihak PUSAKA. Menurut Pengurus Besar PUSAKA, Datuk Hashim Bojet projek ini bagi memastikan bekalan benih buluh dapat menampung keperluan penggerak industri di negeri itu. Penanaman spesies buluh bernilai tinggi untuk pasaran eksport kini menjadi fokus utama PUSAKA berikutan masa depan industri perkayuan Sarawak tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil balak. Ada tiga tiga tapak semaian kini beroperasi bagi memastikan sumber benih buluh berkualiti dan mencukupi untuk keperluan iaitu tanaman di 18,000 hektar ladang buluh komersial yang dirancang di seluruh Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang. Tapak semaian di Sabal, Simunjan dirancang agar ia mampu membekalkan sejumlah 45,000 benih buluh setahun untuk keperluan komersial dan komuniti wilayah selatan Sarawak. Ada juga Tapak Semaian Tanjung Manis dalam Bahagian Mukah dengan kapasiti 450,000 benih buluh setahun diwujudkan bagi menampung keperluan perladangan komersial dan komuniti di wilayah tengah. Ketiga di Tapak semaian Niah pula dengan kapasiti 150,000 anak benih akan dibangunkan di wilayah utara. PUSAKA turut merancang membangunkan dua lagi tapak semaian di Bintulu dan Lawas yang masing-masing mampu menghasilkan 10,000 anak benih buluh setahun. Pengeluaran anak benih buluh dalam kuantiti besar itu selaras dengan usaha Sarawak meneroka industri berasaskan buluh. Diantara penghasilan produk papan panel buluh, industri berasaskan arang buluh seperti bio-char, farmaseutikal, kosmetik serta tekstil, industri makanan dan industri kraftangan. Bagi memastikan potensi industri buluh dapat dikomersilkan dengan lebih terancang dan berdaya saing, PUSAKA turut membangunkan tapak projek perintis tanaman buluh di Sabal, Simunjan. Kawasan seluas 25 hektar kini sudah ditanam dengan lima spesies buluh tempatan dan tujuh spesies buluh import komersial. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAMAN BULOH... MASIH DI BANGUNKAN...
NEGERI SARAWAK... SIDAH DI RANCANGKAN...
GETAH TERBIAR... TANAM BULOH CADANGAN...
PERLU DII KEMPAN... AGAR ADA KEJAYAAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bukit Beruang, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Jamadilawal 1447H).

Saturday, January 31, 2026

KULIT LEMBU DAN FAKTANYA

KULIT LEMBU (Cowhide)
 adalah lapisan luar tubuh lembu yang telah disembelih dan kemudian ia diproses untuk pelbagai kegunaan daripada dijadikan sebagai sejenis sumber makanan tradisi sehinggalah kepada bahan dijadikan pelbagai produk dalam industri kulit dan pembuatan barangan mewah.  Ada dua kegunaan utama kulit lembu di seluruh dunia iaitu yang pertama Kulit Lembu Sebagai Sumber Makanan dimana ia di jadikan belulang atau Lulang (kulit lembu kering) terutama di Malaysia dan Indonesia. Ini kerana kulit lembu dikenali dengan nama tradisi seperti Jangek, Belulang atau Lulang. Selalunya kulit lembu segar akan diproses dahulu melalui beberapa peringkat bermula dengan membakarnya bagi membuang bulu dan diikuti dengan merebus lama iaitu sehingga lembut dan paling utama adalah kerja mengikis lapisan lemaknya sebelum di jemur sehingga kering atau ia boleh terus dimasak. Bagi penulis blog di kampong duu memang menunggu-nungu akan kulit lembu (selalunya hanya akan ada semasa Hari Raya Qurban) apabila kulit lembu tersebut di agihkan untuk di makan. Penulis blog paling suka makanan dari kulit lembu adalah resepi Masak Lemak Cili APi, Sambak Kulit Lembu atau Sambal Taun dan paling popular di Indonesia di buat Keropok Kulit Lembu. Makanan jenis ini dilaporkan sangat
 kaya dengan protein dan kolagen. Kedua mengenai kegunaan kulit lembu adalah ia dijadikan Sebagai Bahan Industri (Leather) dimana kulit lembu dianggap antara bahan yang paling tahan lama dan berkualiti tinggi dalam industri pembuatan berasaskan kulit. Ada banyak jenis produk barangan di buat dan ia digunakan untuk menghasilkan kasut, beg tangan, tali pinggang, baju jaket dan kemasan perabot. Dalam industri kulit dimana produk dari terutama bagi jenis Kulit Lembu signifikan dalam dunia fesyen dan aksesori iaitu dijadikan kasut, beg, dompet, tali pinggang, jaket, sarung tangan. Dalam industri perabot pula kulit di proses menjadi pelapis sofa, kerusi, kusyen dan perabot kulit lain. Dalam industri automotif pula ia menjadi hiasan dalaman kereta seperti kusyen kereta, stering dan dashboard. Alatan musik juga banyak gunakan kulit seperti drum, kompang, gendang dan sebagai sarung alat muzik. Proses seperti penyamakan mengubah kulit mentah menjadi bahan yang stabil dan tahan lama, menjadikannya bahan yang sangat berharga dalam pelbagai industri. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas mengenai fakta penting kukit asli haiwan sebagai bahan rujukkan semua.


Penting mengetahui fakta mengenai Gred Kulit dimana ia te
rbahagi kepada empat jenis kualiti seperti Full Grain (kualiti tertinggi), Top Grain, Split Leather. dan Bonded LeatherSelain barangan fizikal, kolagen daripada kulit lembu juga diproses menjadi gelatin bovine untuk kegunaan kapsul ubat dan bahan makanan. Sebenarnya gred kulit 'Full Grain' adalah jenis kulit paling berkualiti tinggi kerana ia menggunakan lapisan kulit terluar (top layer) sepenuhnya. Cirinya adalah ia termasuk semua tanda semulajadi seperti parut dan kedutan, menjadikannya sangat tahan lasak, tahan lama dan mempunyai corak unik yang mempamerkan ciri akan keasliannya tanpa proses sanding atau buffing untuk tujuan menyembunyikan kelemahan. Kulit jenis ini akan membentuk patina yang cantik seiring masa, menjadikan produknya lebih berharga dan menarik dari tahun ke tahun. Gred ini dianggap sebagai gred kulit paling baik dan paling mahal dimana ia akan menggunakan seluruh ketebalan kulit teratas iaitu ia termasuk epidermis (lapisan di mana bulu melekat). Gred ini juga ia tahan lasak, sangat kuat, tahan haus dan tahan lama kerana struktur semulajadinya tidak diubah. Mempunyai corak uni seperti ada tanda semulajadi seakan parut atau kedutan dimana ciri ini membuktikan keasliannya dan menjadikannya unik. Kegunaan kulit gred ii adalah untuk barangan mewah seperti beg tangan, tali pinggang, kasut, perabot, dan bagasi kelas atas. Jenis kedua iaitu Gred Top Grain ialah kulit berkualiti tinggi yang diambil dari lapisan teratas kulit haiwan, namun permukaannya telah digosok (sanded) atau sudah siap dibersihkan untuk membuang kecacatan semula jadi seperti parut dan akan menjadikannya lebih licin dan sekata akan tetapi kurang lasak berbanding full grain dan kualitinya ia juga kurang berkembang patina semula jadi. Ia masih tahan lasak dan mudah diwarnakan serta ia sering digunakan untuk barangan mewah, perabot dan beg tangan. Gred ini ciri permukaanya licin dan seragam kerana kecacatan telah digosok atau dibersihkan dan kadang kala dicop corak buatan. Ketahanan gred ini masih tahan lasak tetapi kurang tahan lama berbanding full grain kerana lapisan atas yang mana ia mengandungi gentian paling kuat telah dibuang sedikit. Ia juga di jadikan dibuat beg tangan, perabot, kasut, dan barangan fesyen kerana penampilan yang kemas. Bagi Gred Kulit Jenis  Split Leather adalah gred yang berasal dari lapisan dalaman sembunyikan apabila lapisan atas telah dikeluarkan untuk kulit penuh atau kulit atas. Ia kurang tahan lama berbanding dengan dua sebelumnya dan biasanya mempunyai bijirin tiruan yang timbul di atasnya untuk menjadikannya kelihatan lebih baik. Ia biasanya dijumpai dalam barang-barang kulit yang lebih rendah kualitinya di pasaran dan kurang tahan lama serta tudak berapa unik coraknya. Satu lagi gred kulit lembu adalah Jenis Bonded Leather iaitu sejenis bahan tiruan yang dibuat daripada sisa-sisa potongan kulit asli (serpihan dan gentian) yang dicampur dengan agen pengikat seperti poliuretana atau lateks, kemudian direkatkan bersama pada lapisan sokongan (seperti kertas atau fabrik) dan dicap untuk menyerupai kulit asli. Ia lebih murah daripada kulit asli kerana menggunakan sisa-sisa kulit, tetapi biasanya mengandungi hanya 10-20% kulit asli.


Semua jenis kulit haiwan terutama lembu dan kambing ia perlu di proses dengan tahap tertentu sehingga sesuai di makan atau dijadi produk berasaskan kulit. Bagi jenis k
ulit lembu ia ialah sejenis bahan makanan tradisi yang popular iaitu dalam masakan Melayu dan Jawa. Apa pun memang makanan dari kulit ini ia kaya dengan kolagen dan lazimnya diolah menjadi hidangan pedas seperti gulai, masak lemak cili api, atau sambal taun (Sila lihat foto disebelah) akan tetapi memerlukan proses pembersihan, mereneh dan direbus yang teliti sebelum dimakan untuk melembutkannya dan menghilangkan bau hamis. Kenal akan ciri-ciri kulit ini dimana pada asalnya ia keras tetapi menjadi sangat lembut dan kenyal selepas direbus lama dan di hiris sebelum di masak. Kehebatan nutrisi kulit ini memang ia didakwa tinggi kolagen yang memberikan manfaat awet muda. Semua kulit segar akan di proses dari pembersihan iaitu membuang bulu, bersihkan kotoran dengan berus dawai. Ia kemudian mesti di rebus selama beberapa jam untuk dapat melembutkan dan menghilangkan bau hanyir. Kemudian kulit yang direbus akan di potong dan dihiris kecil-kecil dan boleh dimasak dengan pelbagai bahan seperti cili padi, petai, kicap, atau dalam gulai. Kulit yang siap di proses ada dijual terutama di beberapa lokasi dimana penulis blog pernah membelinya di PAsar Tani Segamat semasa bertugas sebagai Pegawai Pertanian Daerah Segamat dahulu. Perlu tahu di Malaysia bahawa kulit lembu ini bukan sekadar kulit sahaja akan tetapi ia adalah salah satu bahan masakan warisan yang lazat jika diolah dengan betul dan dijadikan sumber protin serta kolage yang signifikan. Proses membersihkan kulit lembu untuk masakan melibatkan beberapa langkah utama pertama di garam dan dijemur iaitu disapu garam dan kemudian ia  dijemur seminggu. Seterusnya perlu di bakar (bahagian dalam terdedah pada api hingga kembang dan kemudian perlu di rendam serta dikikis (rendam semula, kikis lemak dan bulu hingga bersih). Seterusnya ia mesti direbus (direbus selama  6 - 8 jam atau lebih dan dikikis lagi jika perlu) untuk tujuan ia akan menghilangkan bau hanyir dan lemaknya dan akhirnya baru ia boleh dipotong dadu untuk dimasak lauk seperti masak lemak.


Mencari fakta akan khasiat kulit lembu terutama terletak pada kandungan kolagen dan protein yang tinggi dimana ini akan membantu kesihatan kulit menjadi lebih anjal dan awet muda. Ia juga akan mempercepatkan proses penyembuhan luka dan akan mengurangkan sakit sendi, melancarkan pencernaan, serta menguatkan tulang dan otot, walaupun sering dimakan dalam hidangan pedas atau gulai. Kulit lembu juga digunakan sebagai bahan utama dalam produk penjagaan kulit seperti lemak lembu (beef tallow) yang melembapkan kulit. Dalam kulit lembu juga ada zat Gelatin dan Kalogen dimana ia bagus untuk kesihatan kulit apabila zat kolagen membantu kulit kekal tegang, muda dan membantu mengurangkan kedutan. Zat protein dalam kulit ia penting untuk membina dan memelihara sel serta tisu tubuh seperti tulang, otot, jantung dan rambut. Apa puk bahan kolagen dilaporkan ia dapat mengurangkan sakit sendi atau sakit keradangan dan membantu penyerapan kalsium untuk tulang kuat. Makan kulit di laporkan akan memberi kean kenyang lama dan bagus untuk kurangkan berat badan serta ia membantu melancarkan sistem pencernaan. Zat vitamin dan nutrien di dalamnya boleh membantu melancarkan peredaran darah. Kulit lembu kaya dengan protein dan juga zat kolagen yang menjadikannya bermanfaat untuk kesihatan luaran iaitu bahagian kulit) dan masaalah dalaman seperti isu sakit sendi dan bantu proses pencernaan sama ada dimakan atau digunakan sebagai bahan kosmetik.


Harga kulit lembu termasuk harga bagi belulang di Malaysia bervariasi mengikut gred dan sama ada sudah dibakar atau belum akan tetapi selalunya dijual pada harga sekitar RM16.00 - RM25.00 setiap kilogram. Apa pun penulis blog dapati dimana ada kulit lembu yang dijual iaitu dengan yang premium dimana jika ia sudah siap dibakar maka hargaya adalah lebih mahal dan bagi jenis kulit gred C lebih harganya adalah murah. Harganya dipengaruhi oleh ciri kelembutan, kebersihan. tidak berbau hanyir dan kemudahan kulit lembu tersebut siap untuk dimasak atau tidak perlu direbus lagi di rumah dan sesuai utuk terus di maska. Pernah ada dijual kualiti kulit lembu gred premium (gred A) di pasar tani dengan harga RM25.00/kg dan boleh berubah ikut musim dan bulan. Dalam pada itu kulit lembu gred C yag masih mentah da siap di rebus adalah sekitar RM16.00/kg. Setelah membeli makan ia akan di masak dimana resepi kulit lembu adalah hidangan tradisional yang lazat, biasanya dimasak pedas seperti tumis atau masak lemak cili api. IA menggunakan kulit lembu yang telah direbus lembut dan dipotong dan ia kemudian ditumis dengan rempah ratus seperti bawang merah, bawang putih, cili, daun salam, dan perasa seperti kicap, sos tiram, gula, garam, atau santan (untuk masak lemak), menghasilkan hidangan berkuah atau kering yang menyelerakan. Resepi kegemaran penulis blog oaling di sukai adalah Resepi Kulit Lembu Masak Lemak Cili Api (Resepi cara Negeri Sembilan atau cara Muar) iaitu ia merupakan cara paling popular untuk menghidangkan kulit lembu. Bahan disediakan adalah kulit lembu yang sudah siap rebus dan di hiris, santan, cili padi, kunyit hidup, serai dan asam keping. Lebih enak jika di campur dengan belimbing buluh atau rebung buluh segar untuk menambah rasa masam dan tekstur. Cara asak dengan mengisar cili padi dan kunyit dan kemudian masak bersama santan dan serai sehingga mendidih sebelum masukkan kulit lembu dan di kacau. Apabila masak di tutup apu dan di hidagkan untuk di makan dengan nasi putih (Sila lihat foto paling bawah sekali). Resepi Kulit Lembu Sambal Tahun (ia popular di kampong di Muar, Johor) dimana ia adalah seenis hidangan ikonik masyarakat Jawa terutamanya di Johor. Ia akan  menggunakan kulit lembu sebagai bahan utama dimana bahan lain termasuk cili hijau yang banyak (dihiris), santan, lengkuas dan bawang merah serta bawang putih. Semua bahan di tumis dalam kuali bersama rauannya dimana bagi penulis blog apa yang unik adalah ia ada rasa pedas daripada cili hijau dan keharuman lengkuas yang kuat serta rasa kulit lembu yang lemak dan kenyak. Sesuai di makan dengan nasi putih. 
Semuga tulisan artikel ini memberi info menarik kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
KULIT LEMBU... BANYAK KEGUNAANNYA...
DALAM MASAKAN..EMAK PEDAS ENAKNYA...
ADA KHASIAT...KOLAGEN JADI AWET MUDA...
MEMBACA ARTIKEL... RINDU MEMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(21 Rejab 1447H).

Friday, January 30, 2026

IKAN KENERAK - KENALI DIA

IKAN KENERAK (
Bagarius lica) ialah sejenis ikan air tawar yang besar dan di gelar 'monster[ dilakangan penduduk tempatan di Malaysia yang mana ia dari keluarga Sisoridae. D
alam beberapa laporan dimana besarnya ikan kenerak ada yang mampu mencapai saiz sangat besar dengan ukuran sepanjang lebih 1.5 meter panjangnya. Apa pun kalangan peminat ikan air tawar dilaporka dimana ia mem0unyai kualiti isi daging ikan yang sedap terutama jika di masak Asam Pedas atau Resepi Masak Lemak Cili Api dan sering dipanggil Kenerak Batu antara yang paling di sukai. Kajian menyatakan dimana ikan kenerak ini berada paling banyak di sungai-sungai di Pahang, Kelantan, Terengganu dan ada juga da di beberapa sungai di Negeri Sembilan. Dilaporkan ada banyak kisah menarik di kalangan penduduk tempatan terutamanya sekitar Sungai Perak yang dakwa ikan kenerak dari genus Bagarius hanya boleh ditemui dan ada rekod rasmi di Sungai Perak, Sungai Pahang, Sungai Kelantan dan Sungai Terengganu walau pun populasinya sudah banyak berkurang tau sudah terancam). Dilaporkan ia mungkin masih ada di anak sungai sebelah timur Negeri Sembilan tetapi ia masih di dalam sistem lembangan Sungai Pahang. Berkaitan isu ini dimana walaupun diversiti di Sungai Perak tidak terlalu berbeza dengan Sungai Pahang namun bukan semua spesies ikan di Sungai Pahang akan wujud di Sungai Perak dan begitu juga beberapa spesies ikan di Sungai Perak yang tiada ditemui di Sungai Pahang. Contohnya jenis ikan Baung Kelulang yang selain di Sungai Pahang ia memang ada di Sungai Perak juga dan antara spesies ikan baung yang terdapat di sini. Ikan Kenerak dari genus Cyclocheilichthys juga sama seperti C. apogon atau C. armatus selalunya akan hidup di air tawar khususnya di sungai, anak sungai dan sungai-sungai besar seperti di lembangan Sungai Pahang di Semenanjung Malaysia serta di sungai-sungai Sarawak seperti Batang Rajang dan dia suka kawasan yang ada arus sederhana ke kuat dengan substrat berlumpur atau berbatu di dasar sungai. Habitat utama ikan kenerak yang ada yang berada disungai dan anak-anak sungai tersebut. Ikan kenerak biasanya ditemui di dalam sungai utama dan anak-anak sungai yang mengalir ke sungai-sungai besar. Memang lazimnya yang ikan ini adalah ikan air tawar yang hidup dalam sistem lembangan sungai, contohnya di lembangan Sungai Pahang (Jelebu) atau Batang Rajang (Sarawak). Spesis ikan ini selalunya ia berada di anak sungai dengan ada arus air dan memang ia suka kawasan air yang mengalir. Dihabitatnta ia suka berada di dasar sungai yang berlumpur atau berbatu.  Jadi, habitatnya adalah di sungai-sungai air tawar. Ada yang kenali dengan nama lain seperti Ikan Kenerak Batu, Goonch Catfish (di dunia), Ikan Misai atau Ikan Askar (jarang). Habitat: Sungai-sungai di Pahang (Sungai Jelai, Tembeling), Kelantan, Terengganu, dan N. Sembilan (Sungai Triang). Artikel pada tengahari Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas untuk mengenali untuk bahan rujukkan semua.


Kalangan pemancing dimana Ikan Kenerak atau juga di panggil sebagai '
Goonch catfish' yang juga dikenali sebagai 'Giant catfish' adalah spesies catfish (ikan bermisai) berukuran monster yang ditemukan di beberapa daerah pegunungan di India, Nepal, dan lokasi berdekatan lainnya, termasuklah di Malaysia. Dilaporkan dimana walaupun keduanya dari spesies yang sama namun ikan yang dinamakan ikan kenerak, baung kenerak atau baung askar ini tidak sempat membesar tahap monster di Malaysia. Apa pun di peringkat antarabangsa di laporkan ikan kenerak juga dikenali dengan banyak nama seperti 'Giant devil catfish', 'Giant painted catfish', 'Killer catfish' dan juga dipanggil sebagai 'Sand shark'. Memang ikan berskala besar dan bergigi taajam ini mendapat nama jolokan ‘monster sungai’ kerana diukur yang ukurannya yang besar dan kecenderungan bersifat agresif. Namun kalangan pemancing masih sukar untuk mencari populasi tepat ikan ini di alam liar sebab jumlahnya semakin kurang. Memang agak kurang kajian dan penulisan mengenai ikan keenerak di laukan para saintis diman ini menyebabkan sangat sedikit yang diketahui tentang perilaku ikan monster ini di habitat liar yang dapat di analisa. Dilaporkan hasil pemerhatian nelayan sungai mendakwa jika ikan kenerak ini ia tidak hanya jenis ikan yang pemakan rakus akan tetapi ia juga sejenis ikan perenang yang sangat gagah dan lincah meskipun ukurannya besar didalam air. Bagaimana pun dilaporka taburan ini ia berada di beberapa negara termasik negara India dan Nepal dan juga terdapat di beberapa bahagian negara lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara termasuk di Malaysia dan Indonesia. Dilaporkan ikan kenerak ini suka mendiami sungai terutama di lokasi iaitu kawasan pegunungan yang besar dan jga menounyai jenis arus yang deras. Paling banyak ikan ini di jumpai direkodkan Great Kali River, Karnataka, India. Ada didakwa jika ramai pemancing yang telah cuba memancingnya melaporkan ikan ini selalu ‘mengunci’ diri mereka dalam posisi mereka sedemikian rupa sehingga sebenarnya amat sukar untuk menarik keluar dari dasar sungai sebaik saja tercangkok mata kail dimana ia menjadikannya sukar di buru. Satu kisan mitos dilaporkan dimana mereka dakwa ikan ini telah terlihat bertempur dengan buaya air tawar besar bahkan menyerang dan memakan manusia zaman dulu.  


Memang penulis blog sendiri belum pernah membeli ikan kenerak ini walau pun lama tinggal di Pahang. Beberapa sumber laporkan jika h
arga ikan kenerak (atau disamakan dengan spesis ikan tengas atau ikan baca-baca) sangat bergantung kepada saiz dan musim tertentu dalam setahun. Apa pun jika ada kena dengan musimnya dilaporkan ia biasanya dijual antara harga runcit RM25 - RM35 sekilogram akan tetapi boleh lebih mahal berganda-ganda harganya apabila di luar musim atau jika saiznya lebih besar (berat seekor ikan mencapai lebih 2kg ke atas satu ekor) malahan dilaporkan ada yang harganya akan mencecah RM400 seekor untuk tangkapan besar. Ada kalangan peminat ikan air tawar yang sanggup membelinya untuk di makan dengan resepi popular termasuk Masakan Asam Pedas Ikan Kenerak atau di masak Kari Ikan Kenerak sahaja. Apa pun sebaik ikan ini di tangkap nelayan berebut para peminatnya 'booking' kepada nelayan sungai atau kaki pancing untuk membelinya menyebabkan ikan kenerak sukar memasukki saluran pasaran biasa. Apa pun banyak faktur yang menentukan nilai harga antaranya Faktur MUSIM dimana selalunya harga akan tinggi pada luar musim dan murah sedikit pada musim ikan banyak. Kedua adalah faktur SAIZ IKAN itu sendiri dimana untuk ikan kenerak bersaiz sederhana (kurang 1 - 2 kg seekor) maka saiz ini sangat popular dan mahal, manakala tangkapan besar (lebih dari 10 kg keatas seekor) maka ia boleh dijual dengan harga tinggi kepada peminatnya. Faktur RASA ENAK juga dimana ada kata ikan kenerak adalah lebih sedap daripada ikan baung jika pandai memasaknya menyebabkan harga ikan kenerak agak tinggi juga. Keempat adalah faktur DIMANA IKAN DI TANGKAP apabila selalunya Ikan Kenerak liar ditangkap dari sungai adalah harganya lebih tinggi iaitu jatuh dalam kategori Ikan Air Tawar Yang Istimewa dan Eksotik!.


Pernah penulis blog berpeluang dapat ujirasa makanan ikan kenerak di sebuah restoran di Jerantut, Pahang pada tahun 2017 semasa bertugas sebagai Pengarah Pertanian Negeri Pahang. Dalam membuat temubual dengan pemilik restoren (tempah khas) dan membuat temubual dengan penduduk tempatan masa itu dinyatakan r
esepi masakan Ikan Kenerak yang popular ialah Ikan Kenerak Gulai Asam Rong iaitu salah satu jenis hidangan tradisional Pahang terutamanya dari Jerantut, Pahang. Makanan ini ia menggabungkan iaitu ikan kenerak sungai dengan kuah gulai berasaskan asam gelugur (asam rom), kunyit, cili, dan daun kesum, dicampur dengan sayuran lain seperti terung (terung manggoi, terung pipit, terung bulat) dan pucuk paku untuk rasa masam, pedas, lemak, dan umami yang kaya, sungguh sedap dimakan dengan nasi panas untuk makan tengahari bersama rakan dan staff di Jerantut. Ikan kenerak segar yang didapatkan oleh kakitangan pejabat merupakan sejenis ikan air tawar yang popular di Jerantut masa itu pada musimnya. Ikan ini terkenal dengan isinya yang sedap dan sering menjadi pilihan utama untuk gulai asam rom. Di nyatakan dimana Asam rom (atau asam rong) merujuk kepada asam gelugur iaitu sejenis buah asam yang memberikan rasa masam unik pada kuah, berbeza dengan asam jawa. Ia sering digunakan bersama biji getah untuk menambah tekstur. Asam rong sangat masam dan di gabungkan dengan rasa pedas (dari cili padi), pedas (dari kunyit hidup), lemak dan umami. Resepi ini uniknya banyak di bubuh sayuran tambahan seperti sayur pucuk paku, daun kesing, daun keledek, kacang botol atau keladi juga sering ditambah. Cara memasak dimana bahan tumbuk (cili, kunyit, asam rom) dicampur dengan ikan, kemudian air dan daun kesum dimasukkan. Ini diikuti dimasukkan dengan sayuran apabila ikan hampir masak dan akan di tutup api sehingga semua bahan masakan sudah mesra. Pada pengalaman penulis blog dimana resepi ini adalah gulai ikan sungai Pahang yang masam-masam pedas dengan pelbagai sayuran kampung enak di makan waktu tengahari selepas membuat tinjauan projek pertanian di daerah Temerloh. 


Menarik dalam portal berita kommo.com dengan kisah 'Rezeki kenerak liar yang susah diperoleh' untuk di kongsikan. Apa pun dilaporkan ikan kenerak yang juga dikenali sebagai askar atau nama saintifiknya Bagarius boleh diibaratkan sebagai lesen kepada kaki pancing sebelum mendaratkan ikan-ikan lain. Memang bukan mudah untuk mengumpan ikan pemangsa yang bermisai dan bergigi tajam itu ekoran ia sering berada di kawasan sungai air tawar berarus deras. Ikan itu selalu dan kebiasaannya banyak terdapat di kawasan hulu sungai khususnya di pedalaman Jerantut, Pahang dan satu lagi kisah di laporkan dari Gua Musang dan terkini banyak dikail di Sungai Makasar, Pasir Mas, Kelantan selepas berlaku banjir surut. Pemburu ikan kenerak di Pasir Mas, Mohamad Syafirdaus (32) dakwa ikan berkepala besar itu memiliki warna kekuningan bercorak celoreng menyebabkan ia disebut sebagai baung askar berbanding baung biasa yang berwarna gelap. Menurutnya, kawasan sungai berbatu, batang kayu yang hanyut atau tenggelam di dasar sungai dan tiang jambatan sering menjadi tempat kawanan ikan itu berkumpul. 
ALAT timbangan sentiasa dibawa untuk mengesahkan berat timbangan ikan yang berjaya didaratkannya. Bagi kaki pancing menjumpai lokasi-lokasi itu maka mereka jumpa lubuk untuk memancing ikan kenerak. Bukan mudah untuk dapat ikan dan memperdayakan ikan itu, sekali pun menggunakan umpan hidup. Misainya adalah deria utama ikan kenerak mencari mangsa untuk dimakan dalam keadaan air sungai yang keruh. Dia yang bekerja sebagai kontraktor berkata, teknik casting dasar menggunakan umpan tiruan dengan batu ladung bersaiz tujuh atau lapan sudah beberapa kali berjaya mendaratkan spesies ikan berkenaan. Dia berjaya menangkap kenerak lebih 10 kilogram (kg) baru-baru ini yang dijual pada harga RM400 dan rezeki ini menggembirakannya. Apa pun joran yang di gunakan iaiti Shimano Zodias dengan rel Shimano Melanium DC dan gewang dasar Zero 70F sudah banyak berjasa membolehkan seisi keluarga menjamah lauk ikan yang sukar ditemui pada masa ini. Kalau kebiasaannya dia dapat menangkap kenerak seberat 3kg dan dipancing hanya dalam tempoh beberapa minit dengan teknik casting di sungai berkenaan. Ikan kenerak tidak dijual di pasaran terbuka. Hanya kaki pancing sahaja berpeluang menikmati keenakan isinya apabila di masak kuning atau gulai asam pedas tempoyak (Sila lihat foto disebelah). Dia juga kemudian pergi memancing ke Sungai Pahang di Jerantut dan Temerloh untuk memburu Ikan Kenerak ini dan ‘jatuh cinta’ dengan penangan kenerak selepas memancing ikan itu di Sungai Pahang berhampiran rumah mentuanya di Kampung Teluk Sentang, Temerloh. Ikan kenerak gemarkan umpan cengkerik, anak ikan keli atau ulat lundi, namun dia lebih selesa menggunakan umpan dasar rapala dan dengan kaedah casting tanpa perlu menguruskan mata kail. Dia hanya mampu mendaratkan ikan kenerak seberat 1 hingga 2kg di sungai berkenaan. 
Semuga artikel ini memberi maklumat berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
IKAN KENERAK... JARANG DI JUMPA...
IKAN AIR TAWAR... DI SUNGAI ADA...
HARGA MAHAL...BELI SUKARNYA...
BANYAK RESEPI... KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(30 Jamadilakhir 1447H).

Thursday, January 29, 2026

FAKTA PERLU TAHU - PETAI

ULAM PETAI
(Parkia speciosa) merupakan sejenis ulaman yang di hasilkan dari pokok petai yang berada dibawah keluarga Fabaceae sesekali ada ditulis didalam akhbat tempatan diatas kepelbagaian kisahnya. Pokok petai yang selalunya tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Kaian dan pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla. Selain daripada Parkia speciosa dilaporkan dimana spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak di tanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai di tanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar dimana subur tumbuh dikawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai lokal khususnya di Pulau Jawa. Pokok petai boleh ditanam dengan cara menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Tanaman petai kini sudah ada beberapa usahawan yang menanam petai berskala komersil dan petai liar juga terus di jaga didalam hutan. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar. Artikel pagi ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas fakta perlu tahu mengenai petai untuk bahan rujukkan anda semua.


Menamnam pokok petai iaitu tumbuhan yang ketinggiannya pokoknya adalah di antara 5 - 25 meter. Buah petai bersifat leper panjang dan analisa dapati ia mengandungi 10 - 18 biji biji buah yang ada di dalamnya. Ketika matang dimana selalunya biji buah petai ia masih berwarna hijau muda dan merupakan makanan ulam-ulaman yang digemari oleh pelbagai kaum khususnya kaum Melayu dan kini kaum Cina dan rakyat di negara China. Apa pun di lihat ada potensi penanaman petai secara komersil dilihat ia mempu menggatikan penuaian petai hutan yang popular sejak dahulu di Malaysia. Pokok petai moden sesuai ditanam di kawasan beriklim panas dan lembap sama ada di tanah rendah ataupun di kawasan setinggi hingga 1,500m dari aras laut. Tanah yang mempunyai saliran baik, tanah peroi dan beralun sedikit ia menjadi lokasi atau medium terbaik untuk seluruh proses pertumbuhannya. Di samping itu jenis tanah gembur serta jenis liat bepasir atau liat peroi juga sesuai ditanam petai komersil. Sebaiknya dalam proses mmenyediakan anakbenih sendiri dimana perlu memilih biji benih petai tua untuk di semai dan digunakan sebagai bahan tanaman untuk penanaman. Sebaiknya sebanyak 3 - 4 biji benih petai matang ia sesuai disemai didalam polibeg berukuran 15 x 25cm dan kemudian mengekalkan pilih satu anak benih terbaik dan anakbenih petai selebihnya disingkirkan (Sila lihat foto disebelah). Anak benih terpilih ini disusun di bawah naungan daripada cahaya matahari terik dimana tahap naungan ini ia kemudian mesti dikurangkan secara berperingkat sehingga ia dipindah tanam di ladang. Umur anak benih yang sesuai untuk dipindah tanam adalah semasa ketinggian anak benih pokok mencapai 15 - 20cm. Bagaimana pun bagi keperluan anakbenih petai untuk perladangan komersil yang banyak maka ia boleh didapatkan atau di beli dari nurseri yang ada menjuak benih petai dan ada persijilan SPBT (Skim Pengesahan Bahan Tanaman) oleh Jabatan Pertanian. Amalan agronomi penanaman anakbenih petai perlu ia ditanam di ladang pada jarak 10 x 15 meter ataupun 15 x 15 meter empat segi sama. Lubang tanaman sebesar 30cm x 30cm x 30cm sudah memadai untuk tujuan penanaman dinana bagi lokasi atau kawasan yang kurang subur sebaiknya jarak tanaman boleh dirapatkan. Sebaiknya jarak tanaman sesuai untuk dipilih mengikut keadaan tanah serta faktor setempat masing-masing. Lubang tanaman dimasukkan dengan bahan organik seperti tahi lembu dan rock phosphate bagi baja asas untuk sistem pengakaran dan kesuburan anak pokok. Sebaiknya sistem pembajaan untuk fasa tumbesaran pokok perlu membaja dengan jenis baja sebatian NPK seperti 15:15:6:4 adalah disyorkan. Ia bermula dengan kadar 0.5 - 3.0 kg/ pokok/ tahun dipecahkan kepada 4 kali atau pusingan setahun (antara tahun 1-5). Bagi tujuan baja buah dimana jenis baja NPK jenis baja 12:12:17:2 adalah disyorkan dan digunakan mula tahun keenam (6) atau lebih awal pada kadar 6 - 9 kg/pokok/tahun dipecahkan kepada 4 pusingan setahun juga. Apa pun selain daripada sering ada menggunakan baja sebatian dimana keperluan jenis baja organik seperti tahi lembu, tahi kambing atau tahi ayam juga sesuai digunakan. Baja organik akan menambahkan kualiti buah petai dari segi rasanya dan aromanya. Baja organik ini digunakan secara melonggokkannya kira-kira 0.6 - 0.9 meter dari pangkal pokok (ikut kanopi daun) dengan kadar 4 pungkis sepokok pada setiap 6 bulan sekali bagi pokk petai dewasa. Baja-baja ini lebih sesuai diletakkan secara melonggokkanya daripada tabur serak supaya dapat mengelakkannya menjadi kering dan kurang kesan nanti. Dari segi kawalan perosak dilaporkan yang ada ancaman oleh ulat pengorek buah yang biasanya ia boleh menyerang pokok di peringkat tumbesaran lagi dan boleh dikawal dengan semburan racun seperti Trichlorphon atau Gamma BHC 0.1% bahan aktif sekiranya serangan adalah teruk. Aktiviti menuai buah matang petai menggunakan alat gunting atau kacip dengan ada karong agar buah tidak rosak yang dikutip dengan bergalah dan sebaiknya cara memotongnya di bahagian tangkai kemudian diikat pada tangkainya. Buah petai segar perlu digredkan sebelum ia dipasarkan mengikut piawaian dan kualiti. Musim pembuahan petai biasanya di Malaysia adalahdi antara bulan Ogos hingga Januari pada setiap tahun akan tetapi penulis blog pernah terima laporan jika pokok petai juga boleh mengeluarkan buah sepanjang tahun. Kaedah ini di lakukan dengan menggunakan bahan pembajaan sesuai, amalan cantasan sempurna dan juga kawalan perosak dan penyakit.


Memang ramai kini sudah percaya jika memakan petai adalah baik untuk kesihatan walau pun ia berbau di mulut. Petai popular dengan bau dan rasa yang khas yang selalu ia di nikmati sebagai ulam atau di masak sambal atau di jadikan pelbagai kuliner lain. Petai yang dikenal dengan nama ilmiah Parkia speciosa mengandung banyak nutrisi seperti serat, kalium, kalsium, fosfor, zat besi, tembaga, zink, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin C dan magnesium merupakan ulaman yang ramai meminatinya walau pun kini harganya semakin mahal. Penulis blog kongsikan khasiat petai berdasarkan kajian. Pertama makan petai membantu Kesihatan Jantung bila bahan Kalium (K) pada petai dapat membantu mengatur rentak denyutan jantung dan membantu fungsi otot jantung. Petai didakwa juga mampu Menjaga Kepadatan Tulang sebab ia 
mengandung Magnesium (Mg) dan vitamin B6 yang mana ia berperanan dalam kesihatan tulang dimana ia membantu menjaga kepadatan tulang dan mencegah risiko osteoporosis. Apa pun tulang terdiri dari sel-sel tulang yang padat dan bila meningkat umur maka tahap kepadatan tulang menurun yang mana emudian ia menyebabkan osteoporosis. Selalunya selain dari meminum susu lembu mengambil petai didakwa akan memberikan manfaat perlindungan untuk tulang. Ia juga akan Menjaga Keseimbangan Gula Dalam Darah yang mana ia elalu boleh melonjak naik dan turun dan sebaiknya memakan petai mereka yang ada diabetis untuk menjaga kadar gula tetap stabil. Petai memiliki indeks glikemik rendah dimana ini dapat membantu menjaga kadar gula darah tetap stabil. Petai adalah Sumber Tenaga yang baik dan rendah lemak dan jika makan dengan jumlah sesuai dan tepat dapat membantu menjaga rasa kenyang lebih lama sebab ia akan memenuhi keperlua tenaga harian dan ini  membantu dalam manajemen berat badan. Bahan serat yang membuat perut kenyang lebih lama akan menekan keinginan nuntuk makan lagi. Petani berkait dengan khasiat dalam Melindungi Sistem Pencernaan dan mampu mencegah sembelit karena menjaga tekstur feses tetap lembut sehingga lebih mudah melewati usus besar dan dikeluarkan oleh tubuh. Serat yang terkandung dalam petai dapat membantu menjaga pencernaan yang sehat dan mencegah sembelit dan ia membantu untuk pertumbuhan bakteria usus yang baik. Ia mampu Meningkatkan Sistem Imuniti seserorang sebab vitamin C yang tinggi merangsang sel darah putih menjadi responsif terhadap patogen yang menjadi punca penyakit. Memakan petai Membantu Fungsi Saraf sebab bahan Vitamin B yang ada dalam petai. Sistem saraf di tubuh bertugas untuk mengirimkan impuls berupa rangsangan atau respon dimana contohnya ketika menyentuh benda panas maka cepat menjauhkan tangan dari benda panas tersebut sebagai tindakbalas cepat. Makan petai membantu Menstabilkan Tekanan Darah sebab bahan Kalium (K) akan  dapat membantu menjaga tekanan darah normal dan mengurangi risiko penyakit kardiovaskular. Ia juga mampu untuk Mencegah Peradangan dan Mencegah Kes Anemia sebab zat yang ada dialamnya. Makan petai di dakwa akan dapat Mengoptimakan Fungsi Otak dan juga dapat Meningkatkan Kesuburan apabila di makan dengan betu dan tidak berlebihan.


Bagaimana pun harga petai 
di Malaysia berubah mengikut musim dan gred dimana terkini hasil tinjauan secara purata sekitar RM10 hingga RM20 untuk seikat (yang mana ia ada sekitar 7-10 papan). Harga borong petai pula ia boleh didapati serendah RM70 - RM85 untuk 100 papan dan ada juga jenis petai yang siap di kupas di jual di pasaran dan dibungkus dan pastu harganya jauh lebih mahal iaitu mencecah RM100 setiap 1 kilogram. Bagi penulis blog yang kadang-kadang ada membeli petai selalunya di makan begitu sahaja dengan nasi dan sambal. Bagaimana pun petai boleh dimasak dengan pelbagai cara, daripada sambal yang pedas hinggalah masakan tumis yang ringkas.  Penulis blog paling suka makan Resepi Sambal Udang Petai dimana ia merupakan kuliner klasik di kampong dan di bandar. Rasa manis udang segar sangat serasi dengan aroma petai yang unik dimakan dengan nasi panas dan lauk lain. Bahan untuk emmasaknya mudah di cari iaitu udang, petai, cili boh atau cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, belacan, dan air asam jawa. Cara memasak dengan menumis bahan kisar (kisar bawang, cili, belacan) sehingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan air asam jawa dan akhir sekali barulah di masukkan udang dan petai dimana ia perlu dimasak sehingga udang bertukar warna dan matikan api serta siap di hidangkan. Sesekali penulis blog masak Resepi Petai Ikan Bilis Berlado dimana ia amat sesuai untuk peminat masakan yang lebih kering dan rangup. Makanan ini sangat menyelerakan dimakan dengan nasi panas. Bahan untuk masak disediakan iaitu ikan bilis (digoreng garing), petai, cili api (merah & hijau) dan bawang merah. Cara memasaknya dengan mengiisar kasar cili api dan bawang dan ia kemudian tumis sehingga garing. Masukkan petai dan perasakan dengan garam serta sedikit gula. Tutup api dan gaulkan dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi dan di matikan api sudah sedia untuk di nikmati. Selain sambal dimana petai juga enak dalam variasi masakan seperti Resepi Mee Goreng Sambal Petai iaitu dengan menambah tekstur dan rasa unik pada mee goreng kegemaran anda. Ia popular di Kuantan, Pahang untuk Masakan Resepi Ikan Bakar Sambal Petai yang menjadi ikon di Tanjung Lumpur Seafood Restaurant. Sesuai juga dimasak Resepi Daging Masak Hitam Petai dimana kuliner ini akan memberikan aroma segar kepada kuah daging yang pekat dan manis-manis pedas. Selalu juga di rumah memasak Resepi Masak Tumis Sayur Campur dengan Petai dimana ia boleh dicampur dengan kacang botol, bendi, atau tempe untuk hidangan yang lebih sihat. Petua bagi mengurangkan bau petai yang kuat adalah dengan merendam dahulu biji petai di dalam air garam atau mencelurnya (blanch) seketika sebelum dimasak. Semuga tulisan artikel ini memberi maklumat yang berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMANYA PETAI... RAMAI YANG SUKA...
BERWARNA HIJAU...SAMA WARNA ISINYA...
BANYAK KHASIAT...DIJELASKAN FAKTA....
MUUT BERBAU... SELEPAS MEMAKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(9 Syaaban 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...