Support My Blog

Tuesday, May 17, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 3)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk semua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli dan beberapa kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Keuw Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(7) ASAM LAKSA
Makanan Asam Laksa merupakan sejenis makanan atau pun sejenis
 hidangan tradisi masyarakat Baba dan Nyonya. Apa pun ia memang sangat popular dahulu di utara Semenanjung Malaysi asebalum di jual diseluruh Malaysia masa kini. Boleh didapati di kompeks belibelah dan juga restoren serta pasar malam, pasar tani dan banyak premis lain. Uniknya makanan ini juga ada yang di jual oleh penjaja kecil dengan motorsikal dan lori truk kecil. Hidangan ini selalunya adalah merupakan mee beras yang disajikan bersama kuah ikan yang disediakan dengan kebanyakannya ada rasa pedas. Dalam sejarah menunjukkan makanan ini dipopularkan oleh keturunan Baba dan Nyonya ini pada asalnya merupakan immigrant Cina yang datang ke Tanah Melayu. Mereka ini kemudian telah berjaya menggabungkan budaya Melayu yang diterapkan dalam kehidupan seharian. Kini lebih banyak orang Melayu yang menjual asam laksa di seluruh negara termasuk jenis Laksa Penang, Laksa Johor dan beberapa jenis laksa lain. Semua boleh membaca tulisan saya mengenai makanan asam laksa yang ada di Malaysia dengan pautan disertakan (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Makanan ini adalah hasil gabungan unsur dua budaya ini telah menghasilkan hidangan Asam Laksa ini. Hidangan ini dimakan bersama bahan lain seperti hirisan timun, bawang, cili, nenas, daun salad, daun kesum dan juga bunga kantan. 


(8) PISANG GORENG
Pisang Goreng 
merupakan jenis makanan ringan yang popular di Malaysia dan dimakan pada waktu petang. Pada penulis blog Pisang Tanduk dan Pisang Nangka selain Pisang Nipah adalah jenis pisang goreng yang paling digemari apa lagi jika disediakan cicah sambal kicap sekali (Sila lihat foto disebelah). Selain ia popular di Malaysia sememangnya pisang goreng juga diminati di Indonesia dan Singapura. Ia boleh disediakan sendiri dirumah dengan mudah dan ada dijual kebanyakannya digerai-gerai penjaja jalanan di tepi jalan pada waktu petang serta beberapa restoren juga. Bagaimana pun penulis blog ada banyak kali mendapati hidangan pisang goreng memang ada dihidangkan di hotel-hotel. Bahan asas pisang yang matang biasanya dicelup dalam adunan tepong warna kuning cair yang dibubuh kunyit sebelum digoreng dalam minyak sudah panas. Kini terdapat pisang goreng yang dihidangkan bersama keju, jam dan coklat. Sesetengah orang mendakwa dimana makanan mampu meningkatkan imej makanan lokal sebagai makanan tradisional bagi mereka yang dahulu hanya berpendapatan rendah tetapi kini senaliknya dengan ada francais pisang goreng di merata lokasi termasuk kompleks membeli belah dan RnR Lebuhraya. Apa pun memang jenis pisang Raja dan pisang abu merupakan jenis pisang yang popular bagi di jadikan pisang goreng. Pisang goreng disajikan bersama cili kicap bagi membangkitkan selera dimana kini sudah ada pelbagai inovasi telah dilakukan untuk memberi kepuasan semasa menikmatinya. Ia juga turut dimakan bersama susu pekat, keju, coklat dan sebagainya. Pisang goreng ini sangat digemari oleh masyarakat Melayu dan Cina dimana selalunya dijual pada harga mampu bergantung kepada jenisnya dan lokaliti premis jualannya.


(9) MEE GORENG MAMAK
Makanan popular Mee Goreng Mamak adalah 
merupakan satu lagi hidangan yang ringkas dan enak. Biasanya ia boleh didapati di restoran Mamak dan juga restoran biasa di Malaysia. Bagaimana pun kini ramai orang Melayu yang ada premis menjual Mee Goreng Mamak diseluruh Malaysia sebagai kuliner popular. Mee ini biasanya gunakan bahan-bahan dicampurkan dengan hirisan ayam atau daging, cili, sawi, taugeh, telur, bawang, tomato, kicap dan sebagainya. Hidangannya agak kering tapi cukup menyelerakan. Bagaimana pun resepi asli mee goreng mamak adalah menggunakan bahan terdiri dari Mee Kuning 450 gram untuk 5 orang makan, lada kering (atau cili bor), bawang merah dan juga bawang putih, sawi, taugeh, fish cake dan fish ball, sotong atau udang, telur 2 biji, kicap (6 sudu besar), sos seafood adabi (2 sudu besar), sos cili (2 sudu besar), perencah Maggi Kari (setengah paket) dan garam (secukup rasa). Cara memasak dengan menumis lada kering yang telah dikisar hingga garing. Kemdian dimasukkan sos seafood Adabi, sos cili, kicap, perencah maggi kari dan sedikit air. Masukkan sotong atau udang atau keduanya sekali dan fishcake atau fishball. Akhir sekali di masukkan mee kuning yang sudah dibasuh digaul sebati sehingga masak. Harga mee mamak ini diantara RM5.00 - RM8.00 bergantung kepada keadaan dan kuantitinya. Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...