Dilaporkan dimana varieti rambutan ini asalnya daripada negara Thailand atau juga dipanggil dari 'Siam'. Memang pada orang Malaysia ia di kenali sebagai rambutan varieti 'Anak Sekolah' atau dalam bahasa siam sebagai 'Rong Rien'. Kisan mengenai pemberian nama ini ada beberpa versi dimana yang pertama adalah dimana dilaporkan bermula apabila pada masa dahulu ada sepokok rambutan di depan sebuah sekolah 'Wat Budda' yang berwarna merah dimana isinya manis dan lekang. Raja tersebut yang dapat tahu mengenai keenakan rambutan ini telah merasa akan buah tersebut selepas memakannya. Raja itu kemudian mengarahkan agar benih dari rambutan tersebut dukembangkan untuk diperluaskan penanamannya terutama di Selatan Thailand. Ia diberikan nama 'Anak Sekolah' kerana benihnya berasal dari sekolah tersebut. Penulis blog yang beberapa kali melawat Selatan Thailand dapat melihat bagaimana rambutan ini ditanam dibanyak rumah dan dikutip untuk dihantar kepada pusat pengumpulan sebelum diedarkan dan sebahagian ada dihantar ke Malaysia. Bagaimana pun kisah pemberian nama 'anak sekolah' yang kedua agak lucah apabila dilaporkan bulu rambutan tersebut adalah pendek sahaja menyamai bulu pubis anak-anak sekolah yang mentah lagi. Apa pun yang penting di Malaysia Jabatan Pertanian sudah didaftarkan sebagai satu varieti rambutan yang di syorkan penanamannya untuk di komersilkan. Benih rambutan anak sekolah sudah ada dijual dibanyak nurseri sama dan juga beberapa pihak GLC serta di Jabatan Pertanian untuk ditanam. Bagaimana pun dinasihatkan agar peminat yang ingin mendapatkan anak benih bertanya dahulu kepada penjual sama banih tersebut ada memmpunyai Sijil Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang disahkan oleh pihak Jabatan Pertanian Malaysia untuk mengetahui akan ketulinan benih tersebut.
Dalam portal berita utusanborneo.com dilaporkan dimana 'Rambutan Anak Sekolah Sarawak gah di pasaran Eropah' adalah kisah yang menarik dirujuk. Kisah daripada Kuching, Sarawak melaporkan dimana pihak FAMA Sarawak membuat promosi Rambutan Anak Sekolah pada majlis program Jualan Istimewa Rambutan Anak Sekolah selama dua hari di Medan Niaga Satok, Kuching (Sila lihat foto disebelah). Kisah bagaimana varieti Rambutan Anak Sekolah dari Sarawak mempunyai kelebihan untuk pasaran antarabangsa termasuk di eksport ke Eropah, China dan Timur Tengah sudah menjadi perancangan strategik. FAMA nyatakan ia berbanding dengan varieti sama yang ditanam di Semenanjung apabia didakwa Rambutan Anak Sekolah negeri Sarawak ini lebih tahan lama, isi tebal dan manis. Kelebihan Rambutan Anak Sekolah dari negeri ini sesuai untuk pasaran luar yang memerlukan masa lama dan perjalanan jauh. FAMA Sarawak telah mengeksport sebanyak tiga metrik tan Rambutan Anak Sekolah untuk pasaran Eropah sepanjang tempoh 2018, manakala secara keseluruhan lapan metrik tan dieksport sejak 2015 hingga sekarang. Selain digemari pelanggan dari Eropah dimana dilaporkan Rambutan Anak Sekolah dari Malaysia menjadi pilihan utama pengimport buah-buahan dari luar. Proses penghantaran rambutan ke Eropah perlu melalui Amsterdam sebelum diedar ke Jerman, Portugal, Republik Czech dan Negara Scandinavian sudah berjaya dan mendapat respon baik. DInyatakan juga dimana jualan promosi selama dua hari itu yang bermula hari ini turut melibatkan jualan buah manggis, nangcem (nangka + cempedak) dan juga nangka dari Pahang.
Dia tambah dimana FAMA mendapat kerjasama yang baik dengan pejabat pertanian di luar negara sehingga aktiviti promosi buah-buahan tempatan berjaya membuka minat pelanggan antarabangsa. FAMA Sarawak mula menjalankan usaha sama dengan Jabatan Pertanian Negeri Sarawak dengan membeli Rambutan Anak Sekolah sejak 2004. FAMA telah membeli Rambutan Anak Sekolah sebanyak 453 metrik tan dengan nilai RM1,133,025 juta sejak 200. Dinasihatkan agar pekebun yang mempunyai kontrak dengan FAMA supaya sentiasa memastikan tanaman yang diusahakan berkualiti dan memenuhi kriteria pasaran eksport. Terdapat pekebun dari Sri Aman yang meraih pendapatan purata semusim di antara RM9,000 hingga RM15,000 hasil daripada tanaman Rambutan Anak Sekolah ini. Apa pun dinasihatkan supaya petani selalu menjaga pokok rambutan mereka bagu mengekalkan kualiti pengeluaran buahnya. Petani rambutan dari Sri Aman juga sudah mempunyai Sijil Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) yang merupakan salah satu keperluan untuk tujuan ekport makanan. FAMA juga merancang untuk membawa Rambutan Anak Sekolah menyertai pameran di Berlin, Jerman dalam usaha untuk mempromosi varieti ini ke pasaran lebih luas.Akhbar sama juga telah pun melaporkan bagaimana 'Rambutan Anak Sekolah laku di Eropah dan Timur Tengah' semasa lawatan bekas Timbalan Menteri Pertanian masa itu iaitu Datuk Anthony Nogeh Gumbek berkata program kali ini melibatkan 55 orang peserta dengan keluasan 48 hektar. Dilaporkan dimana rumah panjang yang terlibat dengan penanaman rambutan anak sekolah secara komersil adalah adalah Rumah Nimong, Empelajau apabila seramai 20 orang mengusahakan seluas lebih 20 hektar rambutan ini dan juga Rumah Sepitson, Rapak seramai 20 orang mengusahakan 20 hektar manakala Rumah Helary, Nyelam seramai 8 orang mengusahakan 8 hektar disekitar Bahagian Sri Aman. Lebih menggembirakan Nogeh, seramai 33 orang dari petani telah memperolehi sijil My GAP (Malaysia Good Agriculture Practice) merupakan pengiktirafan rasmi untuk mengeksport hasil pertanian masing-masing. Kini seramai 33 petani itu terdiri daripada 14 orang dari Rumah Nimong dan 19 orang dari Rumah Sepitson. Bermula dengan menghantar buah rambutan Anak Sekolah ke Semenanjung Malaysia pada tahun 2008 dengan kerjasama pihak FAMA maka kini FAMA Sarawak mengeksport rambutan Anak Sekolah Sri Aman ke negara Dubai dan Eropah pada tahun 2015. Sebanyak 800kg telah dihantar ke Dubai manakala 900kg dihantar ke Belanda pada tahun 2015 dan berterusan. Pada tahun 2016 percubaan FAMA Sarawak menghantar 700kg rambutan Anak Sekolah ke China juga dijalankan. Dalam usaha memasarkan hasil pertanian penduduk luar bandar dilaporkan dimana sebanyak 250,587kg buah rambutan Anak Sekolah dari Sri Aman telah dibeli FAMA. Nogeh berharap lebih ramai petani akan mengusahakan rambutan Anak Sekolah kerana buah itu mempunyai permintaan yang tinggi di Eropah dan Timur Tengah.
Kisah yang sedih dari portal berita hmetro.com berlaku dimana dilaporkan 'Budak tujuh tahun maut tertelan biji rambutan' tetapi tidak pasti sama ada ia adalah dari jenis rambutan anak sekolah. Murid Tahun Satu meninggal dunia dipercayai tercekik buah rambutan ketika berjalan kaki untuk menemui ibunya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sintok, di Jitra, Kedah. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang tadi, mangsa, Muhammad Fahim Ilmi Mohd Fairuz, 7, dikatakan baru keluar dari sekolahnya dan berjalan menuju ke sekolah ibunya yang terletak berdekatan. Mangsa dilihat rebah oleh guru yang kebetulan melalui kawasan itu dan berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa dimana dia dipercayai makan buah rambutan ketika berjalan. Mangsa sebelum itu dikatakan seperti cuba untuk muntah dan seakan-akan tercekik dan kemudian rebah di tepi jalan dalam keadaan separuh sedar. Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim dakwa mangsa kemudian dihantar ke sebuah klinik kesihatan di Changlun, namun doktor memaklumkan dia perlu dirujuk ke Hospital Jitra. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital berkenaan. Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan kita sedang menunggu laporan bedah siasat terhadap mangsa. Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat. Semuga artikel ini memberi info bergun akepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
ANAK SEKOLAH... DIBERIKAN NAMA...
DI SARAWAK... DI KOMERSILKAN DIA...
KISAH TERCEKIK... INGATAN SEMUA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Shawal 1443)
Posted from:
Room 531, Pinetree Hotel,
Batu Pahat, Johor.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.