Support My Blog

Monday, May 23, 2022

KISAH HOMESTAY KG BENGHURIS, SEPANG

HOMESTAY KG BENGHURIS, SEPANG
sering dilaporkan dalam media tempatan dan antarabangsa sebagai sebuah lokasi yang menawarkan keaslian budaya, kehidupan penduduk masyarakat kampong kaum Jawa yang terkenal. Bagaimana pun pandemik covid 19 telah menyebabkan operasi pelancongan di sini yang menjadi sepi lebih dua tahun semenjak 2020 lalu. Penulis blog yang berkunjung ke Kg Benghuris pada Mei 2022 mendapati aktiviti berkaitan pelancongan ini baru sahaja hendak bermula semula pada tahap yang berlainan. Disini masih ada keaslian persekitaran dan kehidupan seharian penduduk yang perlu disusun semula bagi ia dipersembahkan dan terus dijadikan pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. Ini kerana sehingga kini homestay yang terletak kira-kira 60 kilometer (km) dari Kuala Lumpur dan 35 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum ini pernah menerima kedatangan hampir 12,000 pelancong tempatan dan luar negara dalam masa setahun tetapi akibat pandemik covid 19 memang berlaku sebaliknya. Dilaporkan dimana paling ramai adalah pelancong dari Jepun iaitu 6,000 orang dimana mereka pernah datang untuk mempelajari cara hidup orang kampung. Dari segi sejarah dimana kelestarian Homestay Banghuris hasil daripada peruntukan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah seperti pembinaan infrastruktur seperti dewan serbaguna yang membawa manfaat kepada ribuan penduduk dan beberapa bantuan jabatan serta agensi diperingkat persekutuan dan negeri. Memang dahulu diantara kejayaan yang telah dikecapi oleh Homestay Banghuris ialah memenangi Anugerah Ilham Desa pada 2002, sebagai johan keseluruhan Anugerah Ilham Desa pada 2005 serta pernah dianugerahkan Desa Lestari pada 2014 dimana ini sekali gus memperoleh geran sebanyak RM1.2 juta untuk tujuan pembangunan. Antara keunikan di Homestay Banghuris adalah ia amat berkait dengan cara hidup, budaya dan tradisi yang diamalkan penduduk tempatan yang berjaya menambat hati pengunjung yang terus dikekalkan. Masih ada banyak aktiviti diadakan seperti kebudayaan, mengenali makanan tempatan, perusahaan desa, kebun buah-buahan, aktiviti sukan dan reakreasi, melawat kebun buluh, melawat ladang getah serta melawat ladang kopi. Memang sejak dahulu para tetamu berpeluang untuk melihat serta mempelajari tarian dan muzik tradisional seperti lagu-lagu rakyat, persembahan cempuling, tarian masyarakat Melayu, Arab, Cina mahupun India. Selain itu, para tetamu berpeluang menghadiri majlis perkahwinan jika ada penduduk kampung melangsungkan perkahwinan. Bagi menyusun semula kehebatan program pelancongan disini era pasca pandemik perlu ada latihan dan kursus semula dalam memajukan Homestay Banghuris melibatkan kalangan masyarakat dari tiga buah kampung iaitu Kg Bukit Bangkong, Kg Hulu Chuchuh dan Kg Hulu Teris yang telah beroperasi sejak 10 tahun lalu. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kesan pandemik covid 19 terhadap kemajuan Homestay Kampong Benghuris di Sepang panca pandemik untuk dijadikan bahan bacaan pembaca semua.

Kelestarian program homestay disini perlu diteruskan kerana ia adalah satu daripada pendekatan terbaik yang mampu menjana enonomi penduduk tempatan. Kalau dulu sering diberikan banyak program khidmat nasihat, latihan dan kursus yang sering ia dijalankan oleh pihak kerajaan maka dalam program pemulihan ini juga perku dilakukan agar ia akan mencapai kejayaan dengan menyusun atur kedatangan hampir para pelancong tempatan dan luar negara seperti dahulu. Beberapa perkara asas seperti menjalankan pelbagai latihan dan kursus kepada masyarakat kampung seperti program kelestarian kampung, program penjanaan ekonomi kampung dan juga aspek kebersihan sebaiknya dilakukan semula. Aktiviti seperti  perusahaan desa membuat kuih tradisional dan makanan ringan seperti kerepek kentang, ubi kayu, pisang serta juga makanan sejuk beku yang dijadikan jualan komersial untuk menjana ekonomi penduduk perlu dikukuhkan semula. Kalau dulu ada terdapat dua pakej yang disediakan di Homestay Banghuris iaitu pakej dua hari satu malam dengan harga daripada RM150 seorang dan juga pakej tiga hari dua malam dengan harga daripada RM250 seorang dimana kedua-dua pakej tersebut termasuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam perlu dilihat semula. Ini kerana berkemungkinan ada sedikit kenaikan kos operasi yang perlu disesuaikan oleh pihak jawatankuasa program homestay disini. Dari beberapa laporan dinyatakan pernah dirancang dahulu untuk komuniti memperluas dan memperindahkan lagi suasana di Homestay Banghuris dimana pernah menerima geran peruntukkan iaitu sebanyak RM1.2 juta iaitu telah dapat dilaksanakan termasuk menambah lagi jumlah inap desa yang ketika ini berjumlah 100 buah disini. Keadaan rumah-rumah inap desa ini perlu dilihat semula keadaannya selepas dua tahun tidak melaksanakan program pelancongan seperti sebelum pandemik covid19 dahulu.

Penulis blog ingin merujuk kepada pengalaman serta coretan dari seorang pelancong tempatan dalam FB mengenai bagaimana beliau pernah menj
adi Orang Jawa Di Homestay Banghuris, Sepang dahulu. Dia nyatakan dimana waktu dahulu sebelum wujudnya Kompleks Lapanganterbang KLIA2 baru, memang ramai di antara penumpang pesawat yang menggunakan LCCT untuk penerbangan domestik dan luar negara. Dilihat di persimpangan simpang tiga Sepang F1 Circuit pasti semua akan perasan satu papan tanda berwarna coklat yang tertulis Homestay Banghuris yang masih ada sehingga artikel ini ditulis. Masa itu tentu sekali tertanya-tanya apakah dia sebenaHomestay Banghuris ini? Selalu nampak papan tanda sahaja, tetapi tidak pernah jejakkan kaki ke sini. Bukan anda sahaja, kami juga tidak pernah jejakkan kaki ke sini. Waktu itu juga carian di Google juga tidak banyak yang diberikan banyak maklumat seperti sekarang ini. Mungkin juga cuma ada sedikit informasi tentang lokasi sebenar Homestay Banghuris. Masa itu jika anda cari lokasi tepat Kampung Banghuris, memang tidak akan jumpa kerana Banghuris itu sebenarnya adalah gabungan tiga kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchuh dan Kampung Hulu Teris. Bagaimana pun bagi penulis blog yang baru-baru ini berkunjung ke D'Rebung Nasi Ambeng mendapati ia kurang dari dua minggu dibuka selepas ditutup selama bulan Ramadan dahulu. Promosi dalam beberapa vlogs baru-baru ini di youtube telah menarik minat penulis blog unutk berkunjung semula hidangan iaitu makanan nasi ambeng yang diminati. Saya yang berasal dari Johor memang sudah tidak asing dengan makanan ini dimana ia adalah makanan tradisi masyarakat Jawa. Dalam budaya masyarakat Jawa diterapkan sejak dulu di kampong dimana apabila berkunjung kerumah merek pastinya akan kena makan nasi. Walaupun masa itu masih kenyang sebaiknya  kena cuit sedikit makanan tanda menghormati tuan rumah. Keunikan masyarakat orang Jawa dikampong tradisional  biasanya luas dan memang ada banyak ruang dalam rumah. Lazimnya juga ada ruang tamu selalunya besar sesuai untuk jumlah untuk keluarga besar berkumpul. Apa yang penulis blog ingat juga selalunya tiang rumah orang Jawa tinggi-tinggi kerana ia akan digunakan untuk aktiviti keraian dan juga aktiviti keramaian dimana dengan membentang tikar sudah boleh berkumpul bersama-sama. Ia berkait dengan aktiviti rewang selalunya melibatkan keluarga dan orang-orang kampung dimana mereka akan menyediakan masakan bersama-sama semasa kenduri.

Pada penulis blog tradisi dan promosi makanan Nasi Ambeng ini perlu agar diperhebatkan selepas pasca covid19. Ini kerana memang akan datang lebih ramai pengunjung baru dan juga penginjung sedia ada kek Kg Benghuris ini yang mudah di akses daripada Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pada penulis blog mengingati akan makanan unik ini dimana sejarahnya pada masa dahulu ramai masyarakat Jawa telah 
datang ke Malaysia dan berkerja dalam sektor pertanian khususnya di Johor, Selangor dan Perak. Sementara menunggu menjual hasil tuaian yang agak lama mereka hidup sederhana dengan memakan apa yang ada dimana selalunya makanan lama seperti lauk semalam tidak dibuang. Selalunya apabila tiba waktu malam dan tidak tahu mahu hendak makan apa kerana masa itu sumber adalah terhad maka ada jenis baki lauk-lauk seperti tempe, tauhu dan suhun akan dipanaskan semula. Apa tidaknya jika ada jika mee goreng yang masih elok lagi maka ia akan dicampurkan untuk makan malam. Kemudian mereka dilaporkan hanya perlu masak nasi dimana konsep yang diamalkan adalah jangan lakukan pembazirkan. Ia berkait dimana kalangan masyarakat Jawa dulu ada ramai anak dan belum tentu mampu mahu beri makan satu pinggan seorang. Oleh itu selalunya semua anak-anak anak berhimpit-himpit untuk makan dalam satu dulang yang mana sebenarnya ia juga memberikan rasa meriah bila makan sama-sama dalam satu dulang sebagai satu kombinasi terbaik. Masih ada banyak persamaan diantara nasi ambeng Jawa Johor dengan Jawa Selangor dimana mereka hidangkan ayam masak ungkep atau ayam masak kicap. Walau pun kedudukan Kg Benghuris ini ia dikelilingi kawasan perumahan Cina dimana pengunjung perlu masuk sedikit ke dalam tetapi dengan gunakan tujukarah google atau waze dari handphone memang mudah mencarinya. Penulis blog gembira dapat menikmati hidangan nasi ambeng ini yang memang berbeza dengan hidangan nasi lain yang dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk-pauk asli Jawa yang agak kering di dalam satu talam. Walau pun satu talam Nasi Ambeng ini kebiasaannya untuk empat orang tetapi pordinya memang mengenyangkan dan berbaloi dengan harga. Semuga artikel ini memberi infoo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SUASANA KAMPONG... INGATAN LAMA...
KG. BENGHURIS... DI SEPANG SANA...
HOMESTAY DISEDIA ... ORANG JAWA...
NASI AMBENG... TARIKAN KULINERNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(12 Syawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...