Buah Durian lazimnya akan banyak dijual pada musim ia gugur diantara bulan Jun sehingga September saban tahun di Malaysia walau pun ada buah durian yang gugur pada luar musim dari Disember sehingga Januari. Buah durian memang digelar 'Raja Segala Buah' kerana banyak sebab dan ia merupakan salah satu jenis buah dengan bau cukup menyengat namun pada peminat durian ia adalah rasa yang nikmat. Mungkin ada kalangan beberapa pembaca blog yang gemar buah durian sebaliknya ramai juga mereka yang bila mendekati buah durian untuk mencium aromanya saja tidak tahan. Semasa musim puncak buah durian gugur lazimnya harga durian akan menurun sedikit dimana pernah dilaporkan ada berlaku fenimena 'Lambakkan Durian' suatu masa dahulu. Jenis Durian Kampong terkesan paling teruk jika berlaku lambakkan durian kerana pernah ia tidak laku atau hanya dijual 50 sen sebiji sahaja. Bagaimana pun kini harga durian sudah stabil terutama dari beberapa varieti durian premium yang mampu mengekalkan harga yang tinggi. Ramai peminat buah durian akan mencari apa yang didakwa menawarkan durian premium terbaik dan sanggup membayar lebih untuk mereka dapat menikmati jenis durian Musang King, Duri Hitam, Durian Merah dan sebagaainya. Lazimnya tingginya mereka makan buah durian ini sudah pasti akan meninggalkan banyak bihi durian yang dibuang atau dkumpulkan disuatu sudut sahaja di lokasi. Selalunya dengan bertambahnya jumlah biji durian yang terbuang begitu masih ramai kurang mengerahui akan kegunaan dan potensi kehebatan biji durian dari aspek kesihatan dan khasiatnya. Walau pun suah ada beberapa aktiviti penyelidikan dan kajian dijalankan mengenai kehebtan biji durian namun penulis blog belum pernah melihat sendiri bagaimana biji durian ini di komersilkan dan mampu dalam menyumbang kepada ekoboni negara.
Penulis blog membuat beberapa rujukkan antaranya daripada laporan kajian mengenai manfaat biji durian yang mana ia sudah pun diterbitkan oleh International Journal of Pharmacological and Pharmaceutical Science dimana mereka dakwa biji durian mengandung nutrisi tinggi yang diperlukan oleh tubuh. Kajian menunjukkan dimana antara manfaat biji durian adalah dimana ia mampu Mencegah Hipertensi. Dilaporkan dimana sesiapa yang mengambil biji durian ia mampu mencegah hipertensi. Manfaat biji durian ini tidak lain disebabkan oleh kandungan bahan Kalium (K) didalamnya yang dipercayai ia mampu menurunkan tekanan darah tinggi. Keterangan ini mendapati biji durian sangat sesuai dimakan bagi orang yang menghidap masaalah penyakit tekanan darah tinggi. bagaimana pun agak jarang peminat durian suka makan biji durian yang direbus dahulu dimana memang sedap juga rasanya. Biji Durian juga dilaporkan sebagai Sumber Tenaga (Energy) yang memang baik kepada manusia. Perkara ini dikaitkan dengan di dalam biji durian terdapat karbohiderat khusus yang tinggi dimana ia adalah merupakan sumber tenaga yang tinggi dan boleh membuat perut lebih rasa kenyang lama daripada jenis-jenis karbohidrat lain. Kandungan karbohiderat ini dilaporkan boleh menjadikan biji durian sesuai digunakan sebagai pengganti kepada makanan ruji lain seperti nasi dan tepong gandum juga. Makan biji durian jug mampu membekalkan tenaga mencukupi untuk aktiviti harian. Siapa sangka memakan biji durian akan Membantu Menjaga Kesihatan Gigi. Perkara n=ini dinyatakan dalam jurnak kerana bahan mineral dan nutrisi seperti unsur Kalium (K), Kalsium (Ca) dan Vitamin B pada biji durian mampu untuk mencegah dan melindungi gigi dari diserang pelbagai masaalah dan penyakit. Namun begitu tentunya perlu diimbangkan dengan jadual rawatan gigi yang tepat seperti memberus gigi secara teratur dan menghindari mengambil makanan manis berlebihan.
Dalam laporan lain dinyatakan dimana memakan biji duran akan membantu Menjaga Sistem Kekebalan Tubuh (Immune System). Kehebatan biji durian yang tidak kalah pentingnya juga apabila didakwa ia mampu menjaga sistem kekebalan tubuhbadan seseorang. Di Malaysia dan negara tropika lain dimana sering berlaku keadaan perubahan cuaca yang sering terjadi dan ia mengakibatkan badan seseorang akan mudah diserang masaalah kesihatan. Dilaporkan sesiapa yang memakan biji durian mereka akan terhindar daripada masaalah ini kerana terdapat kandungan vitamin C di dalam biji durian sangat tinggi dan ia berkesan untuk melindungi sistem kekebalan tubuh dari beragam penyakit. Paling unik apabila dilaporkan mereka yang mengambil biji durian akan mampu untuk Menurunkan Risiko Penyakit Jantung. Apa pun kajian ini masih diteruskan berkait dengan risiko penyakit jantung seperti sindrom koronari acute atau serangan jantung adalah yang merupakan sejenis penyakit yang paling bahaya kerana ia boleh membunuh pengidapnya di seluruh dunia. Penyakit tersebut disebabkan otot jantung tidak mendapat aliran darah dimana kajian mendapati bagi mencegah akan terjadinya serangan jantung maka ada baiknya sejak awal-awal lagi melakukan usaha pencegahan dengan cara memakan biji durian secara teratur. Perkara ini dikaitkan dengan mana di dalam biji durian terdapat kandungan antioksidan yang mampu mencegah penyakit jantung. Kehebatan biji durian juga dikaitkan dengan ia mampu untuk Menjaga Sistem Pencernaan. Ini dilaporkan berkait dengan mana di dalam biji durian terdapat kandungan serat yang sangat tinggi. Tingginya serat tersebut berfungsi efektif mengatasi masalah pencernaan. Selain itu, kandungan vitamin B1 pada biji durian juga dipercaya mampu meningkatkan nafsu makan, sehingga akan menguatkan pencernaan di dalam tubuh.
Agak pelik apabila mendengan makan biji durian mampu untuk fungsi Memperkuat Otot. Kajian mendapati dimana di dalam biji durian juga terdapat kandungan protein yang baik untuk memelihara kesihatan otot. Ini kerana kandungan protein tersebut dilaporkan boleh ia membantu tubuh dalam mengikat jika berlaku keadaa kelebihan lemak sehinggakan bila berlaku akan mejadikan otot akan lebih kuat dan bertenaga lagi. Dalam biji durian ramai pembaca kurang tahu akan dimana ia Mengandung Minyak Esensial. Memang manfaat biji durian juga berasal dari kandungan lemak di dalamnya yang dilaporkan ia adalah sama baiknya dengan minyak ikan. Pakar nutrisi mendakwa kandungan lemak yang ada di dalam biji durian tersebutmemang sangat disarankan untuk diambil oleh mereka yang dikelaskan sebagai pesakit kolesterol tinggi. Biji durian juga hebatnya terkait dengan kemampuannya untuk Mencegah Radikal Bebas. Ini kerana dengan kandungan vitamin seperti jenis vitamin C di dalam biji buah duriandilaporkan ia adalah sangat berguna untuk melawan radikal bebas yang ada dalam tubuh. Sifat antioksidan di dalamnya berguna untuk mencegah terjadinya kerosakan sel yang boleh memberi amcaman merbahaya bagi tubuh manusia. Penulis blog sudah tahu lama dimana biji durian boleh diproses Menjadi Tepong. Apa yang penulis blog lihat dibeberapa pengusaha dimana tepung dari biji durian ini dapat menggantikan tepung gandum yang biasa digunakan dalam pembuatan bahan makanan. Kajian juga mendapati dimana khasiat dalam tepung biji durian berbanding dengan tepung gandum lebih tinggi kandungan bahan Organoleptik sekitar 25% iaitu dari segi rasa, warna, dan aroma. Bagaimana pun lazimnya ia masih diperlukan penambahan campuran dari bahan lain untuk memperbaiki tekstur dan meningkatkan kandungan protein agar sesuai dengan keperluan permakanan. Belum ramai pembaca mengambil biji durian sebagai makanan snek. Biji durian yang diproses menjadi kerepek, tepong dan kuih mueh biasanya akan dapat mengurangkan longgokan biji durian terbuang begitu sahaja. Usahawan yang ada kemahiran dan peralatan untuk memproses biji durian dijadikan makanan ringan perlu diberikan pendedahan di Malaysia. Selain daripada ia dapat meningatkan pendapatan dimana biji durian ini boleh dijadikan pelbagai produk akhir. Semuga artikel ini memberikan infoo berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
SELALU DIKUMPUL... DIBUANG SAJA...
MENJADI PRODUK... BANYAK GUNA...
BACA ARTIKEL.. INGUN MENCUBA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(10 Syawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.