4. UDANG LEMON BUTTER MADU
Makanan laut ini merupakan satu kuliner yang sering disediakan untuk dimakan bersama pelbagai jenis nasi. Udang yang segar digunakan untuk masakan ini daripada jenis udang harimau, udang laut dan sebagainya yang mameng enak dimakan dan berkhasiat. Kombinasi lemak, masam dan manis madu akan menambah kelazatannya dan makanan ini agak mudah untuk disediakan dirumah. Perlukan bahan seperti 1 kg udang saiz XLyang perlu dibersihkan dan toskan, 3 sudu besar mentega, 4 ulas bawang putih yang cincang, 1 biji bawang besar jugacincang, 2.5cm halia yang dihiris halus, sedikit parutan kulit lemon, 1 tangkai cili merah yang perlu di buang biji dan cincang, 1 sudu besar jus lemon, 2 sudu besar oren sunquick, 1 sudu besar madu
½ cawan susu segar dan jangan lupa bahan garam untuk menambah perisa. Menyediakan makanan laut ini perlu memanaskan mentega dalam kuali kemudian digoreng udang yang telah dibersihkan dan ditoskan sehingga kemerahan. Apabila masak boleh diangkat dan ketepikan. Kemudian pada lebihan mentega perli dibiarkan didalam kuali untuk tumiskan bawang putih dan merah cincang bersama hirisan halia. Langkah seterusnya adalah memasukkan pati oren sunquick, jus lemon dan kemudian di kacau rata. Seterusnya adalah dimasukkan pula susu segar dan kecilkan api dimana selepas 1-2 minit boleh dimasukkan cili cincang dan parutan kulit lemon. Perlengkapkan rasa dengan garam dan madu dan langkah terakhir perlu memasukkan udang dan digaul rata dan boleh di tutup api dan sedia dihidangkan. Makanan laut ini boleh dimakan dengan nasi panas bersama keluarga.
5. KEKAPIS GORENG CILI CAPSICUM
Kekapis atau juga dikenali sebagai kapis merupakan haiwan spesis moluska bivalvia dari famili Pectinidae yang hidup di perairan laut seluruh dunia dan sering digunakan sebagai bahan makanan laut. Kekapis dianggap sebagai kerang yang paling selamat untuk dimakan secara mentah. Penulis blog ada beberapa kali menyediakan makanan ini apabila mendapat stok kapis segar dipasar. Bagaimana pun perlu awas kerana ada kes dimana racun, bakteria dan virus cenderung terkumpul di dalam tubuh kerang-kerangan dalam proses penapisan air laut. Bagaimana pun dilaporkan pada kekapis bahagian penapis ini biasanya tidak dijumpai atau mengecut. Terdapat juga jenis kekapis yang warna cangkerangnya terang dijadikan untuk gubahan seni. Diantara menu kekapis yang pernhah dimasak adalah kekapis goreng cili capsicum, kekapis masak kicap dan kekapis masak sambal. Bagi kuliner ini masakan kekapis goreng dengan cili capsicim (atau cili Benggala) memerlukan bahan seperti 15 - 20 ekor kekapis segar, 1 biji cili Benggala hijau yang dipotong dadu, 4 ulas bawang putih dicincang, 3cm halia dimayang halus, 15 ml sos tiram, garam secukup rasa, lada sulah secukup rasa serta lada hitam secukup rasa. Mudah sahaja masak kuliner ini dimana boleh panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan halia sehingga wangi. Kemudian dimasukkan kekapis yag telah dibersihkan bersama dengan potongan cili capsicim dan sos tiram. Seterusnya boleh tambah sedikit air dimana ia boleh dimasak untuk beberapa minit. Seterusnya tambah garam, lada sulah serta lada hitam secukup rasa dan matikan api sedia untuk dihidangkan. Sebagai ingatan kena pastikan cengkerang kekapis dibersihkan sebelum dimasak untuk membuang segala kekotoran dan pasir yang mungkin terlekat bersamanya. Enak dimakan dengan nasi panas.
6. KEPAH MASAM MANIS
Kepah atau ada yang memanggilnya sebagai 'Siput Gayam' dilokasi lain merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar dimana selalunya ia ada dijual di pasar tani. Penulis blog dapat membeli dan memasak kepah dengan pelbagai resepi semasa bertugas di Kuantan, Pahang dan agak mudah mendapatkannya bekalan kepah disana. Sebenarnya kepah merupakan sejenis kerang-kerangan laut yang boleh dimakan dari genus Asaphis. Lazimnya kepah juga boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun, Thailand. Bagi memasak makanan laut dikenbali Kepah Masak Masam Manis diperlukan bahan iaitu 250 - 300 gm kepah, 30gm cili kisar, 30gm sos tomato, 30gm sos plum, 30gm sos cili Thai, 4 ulas bawang putih|cincang halus, garam secukup rasa, lada sulah secukup rasa serta bahan gula secukup rasa. memang pada penulis blog agak senang masak kuliner ini dengan memanaskan minyak masak di dalam kuali dan seterunys menumis bawang putih sehingga ia menjadi wangi. Kemudian dimasukkan cili kisar dan tumis lagi selama beberapa minit. Masukkan sos cili Thai, sos tomato dan sos plum kemudian dimasukkan kepah dan tumis lagi beberapa minit hingga kepah masak. Langkah seterusnya perlu ditambahkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Kepah selalunya akan terbuka apabila sudah masak dan cengkerangnya akan bertukar warna. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama nasiputih dan lauk pauk lain juga. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN, KETAM, UDANG...ENAKNYA...
BANYAK LOKASINYA... DI MALAYSIA...
HARGA LUMAYAN... MAKLUM SAHAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Shawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.