Support My Blog

Sunday, May 22, 2022

POKOK JATI DAN KAYU JATI - KISAHNYA

POKOK KAYU JATI
(Tectona grandis) merupakan sejenis pokok sangat berkualiti untuk digunakan membuat rumah, perabut dan produk lain berasaskan kayu keras. Pokok dari keluarga Lamiaceae adalah sejenis pokok yang mampu menghasilkan kayu bermutu tinggi. Pokok yang akan membesar selalu berbatang lurus dan dapat tumbuh hingga mencapai setinggi 30-40 meter. Penulis pernah melawat Muyanmar, Laos PDR, Indonesia dan Vietnam berpeluang melihat pokok kayu jati yang ditanam ditengah-tengah bandar dengan saiz besar dan menjadi tanaman ornamental. Paling ketara di Bandar Saigon (Ho Chi Minh City) dan Bandar Vientiane, Laos yang mana ditanam disepanjang jalan dan disekeliling hotel penginapan penulis. Pokok kayu jati mudah dikenali dengan ia mempunyai daun besar dimana ia akan luruh di musim kemarau. Kayu Jati dikenal dunia dengan nama Teak Wood (bahasa Inggris) atau Kayu Jati (Bahasa Melayu). Nama pokok ini berasal dari bahasa Malayalam iaitu 'Katathekku' dalam bahasa Malayalam yang terletak diKerala di India Selatan. Pokok Jati sesuai tumbuh dikawasan dengan curahan hujan antara 1,500 - 2,000 mm/tahun dan suhu diantara 27-36 °C sama ada di dataran tanah rendah mahu pun didataran tanah tinggi. Tempat yang paling baik untuk pertumbuhan pokok jati adalah pada tanah dengan pH 4.5-7.0 dan tidak mudah banjir. Uniknya pokok ini adala ia memiliki daun berbentuk elips yang lebar dan dapat mencapai ukuran sebesar 30-60 cm semasa pokok telah mencapai peringkat dewasa. Artikel malam ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah pokok dan kayu jati di media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. 


Dalam portal berita sinarharian.com (utara) dengan artikel bertajuk 'Pokok Jati Jadi Tarikan Eko Pelancongan' agak menarik dikongsikan. Laporan dari Mata Ayer, Perlis dimana usaha Kerajaan Negeri didalam membantu menjadikan negeri itu menjadi salah satu destinasi pelancongan bercorak alam sekitar dapat dilihat dengan kerjasama dua jabatan untuk menjayakan eko-pelancongan yang telah dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail hari ini. 
Usaha sama Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu bertujuan untuk menjadikan Malaysia khususnya Perlis sebagai salah satu destinasi pelancongan kerana mempunyai deretan pokok jati yang tertua di Malaysia. Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Ridzuan Salleh dakwa sehingga ini pihaknya sudah menanam pokok jati melibatkan 625 hektar tanah di seluruh Perlis dimana keluasan terbabit mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan pusat agro-pelancongan hutan. Salah satu pokok jati yang sangat besar dipeluk oleh Ridzuan bersama Abd Latif sebagai salah satu pokok yang terbesar di dalam plot 17 Hutan Simpan Mata Ayar Mukim Titi Tinggi (Sila lihat foto disebelah). Ridzuan berkata dimana tanaman pokok jati di negeri itu merupakan hasil yang terbaik dan menjadi ikon kepada Perlis malah negara ini dalam pengeluaran kayu jati yang bermutu tinggi. Kayu Jati dari negeri Perlis didakwa unik kerana kualitinya tidak sama dengan tempat lain. Ini adalah kerana kayu jati di Perlis hampir sama dengan jati di Brunei dan Thai. Selain dapat membantu menyamankan udara didakwa ia juga punca pendapatan pengusaha ladang jati milik persendirian. Sementara itu, Ketua Pengarah FRIM juga turut mengulas mengenai inisiatif pihaknya untuk terus menghitung jejak karbonnya (carbon footprint) yang bermula sejak tahun 2011 atas tujuan menjimatkan tenaga dengan mengurangkan pembaziran dan kos operasi. Beliau berkata dimana inisiatif terbabit menunjukkan kesungguhan serta komitmen FRIM terhadap penjagaan alam sekitar kerana ia mampu memberi penjimataan. Menurutnya FRIM merupakan institusi pertama di Malaysia yang mengisytiharkan pelepasan karbonnya dan seterusnya dapat melindungi alam sekitar. FRIM berharap usaha ini dapat menggalakkan oiganisasi lain untuk turut serta menghitung jejak karbon mereka bagi tujuan memastikan perancangan pengurusan tenaga yang lebih cekap dan menyumbang terhadap usaha pemuliharaan alam sekitar dan hutan negara. 


Dalam portal hmetro.com pula ada laporan bertajuk 'Serlah suasana eksklusif' yang berkait dengan artikel kali ini. Dilaporkan dimana pemilik kediaman yang memilih perabot jati ialah mereka yang mempunyai nilai dekorasi tinggi dan cita rasa tersendiri. Dilaporkan dimana  Zaldeco Inspirations tampil berkongsi idea keunikan perabot jati yang bukan hanya untuk golongan mewah akan tetapi boleh dimiliki sesiapa saja. Kayu jati dikenali kayu kelas terbaik kerana ketahanannya dan anti anai-anai. Meski pun kuat dan keras, ia mudah dipotong dan diukir ditambah urat-urat kayu yang semula jadi pada belahan kayu jati itu mencantikkan perabot jati. Perabot jati yang dulu hanya mempamerkan elemen dekorasi ala Bali dimana ia kini digabungkan dengan perabot lain. Kini, sudah ada perabot jati muncul dalam sentuhan dekorasi berkonsepkan moden dan kontemporari apabila kebijaksanaan menata rias digunakan sebaik mungkin. Jika anda gemarkan tema dekorasi moden namun ingin memiliki perabot jati teruskan niat anda itu. Apa yang penting adalah dipastikan perabot jati yang anda beli disertakan dengan fabrik dan kusyen kerana perabot jati jenis ini sudah dipermodenkan rekaannya berbanding dengan perabot jati tanpa sofa. Kehadiran perabot jati pada dasarnya dipengaruhi elemen klasik dan pastinya kehadiran sesuatu perabot jati di suatu ruang memerlukan teknik pencahayaan samar dan redup bagi menaikkan mood atau aura kayu itu.  Perabot jati tidak sesuai dipadankan dengan dekorasi yang menggunakan cahaya terang dan panas. Ini kerana elemen kayu itu sendiri memerlukan suasana yang redup dan eksklusif. Rekaan dekorasi perabot jati yang berasaskan tema Bali umpamanya, hanya menggunakan cahaya samar, malah hampir malap hingga suasana sesuatu ruang itu kelihatan suram dan redup. Dekorasi berlatarkan perabot jati lebih menarik ditampilkan dengan kehadiran dedaunan hijau segar. Susunatur dengan menempatkan pada sudut tertentu pokok renek menghijau dengan daun yang lebar seperti pokok keladi. Apa yang lebih menarik jika ruang itu diserikan dengan lilin dan suasana mengharum. 
 
Dilaporkan oleh beberapa portal berita tempatan dimana '
Pokok Jati PLUS mula Ditebang Untuk Keselamatan' menarik untuk dikongsikan kali ini. Berita dari Kangar menyatakan dimana kerja-kerja menebang lebih 10,000 pokok jati di tepi jalan raya seluruh Perlis sudah mula dilakukan sejak minggu lepas atas faktor keselamatan pemandu kenderaan di negeri ini. Exco Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kassim berkata kerajaan berasa lega apabila tugas menebang pokok berkenaan sudah dilakukan kerana telah tertangguh sejak dua tahun lepas. Apa pun kerajaan memandang serius kerisauan masyarakat yang banyak membuat aduan kerana pokok itu tidak sesuai ditanam di kawasan jalan raya yang merbahaya kepada orang ramai. Kerajaan bimbang apabila terdapat kes kemalangan dan kecederaan kerap berlaku berpunca kerana kenderaan merempuh pokok yang tumbang merentangi jalan raya. Beliau memberitahu Bernama dimana kerja-kerja penebangan tersebut pada peringkat pertama ketika ini iaitu melibatkan sebanyak 2,700 pokok di Jalan Santan dan Jalan Guar Jentik, Kangar, Perlis. Seterusnya pokok jati berkenaan akan ditebang secara berperingkat hingga keseluruhan pokok jati yang ditanam lebih 10 tahun itu habis ditebang (Sila lihat foto disebelah). Menurutnya dimana kerja-kerja penebangan pokok-pokok berkenaan dilakukan oleh sebuah syarikat yang berpengalaman dari Kedah, setelah dua syarikat yang dipilih sebelum ini gagal melaksanakannya atas faktor kewangan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua para pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KAYU JATI.... HEBAT KUALITINYA...
BANYAK DI TANAM... DILEBUHRAYA...
DIBUAT PERABUT... MAHAL HARGA...
BANYAK KISAH... DIDALAM MEDIA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Air Keroh,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(18 Syawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...