Support My Blog

Saturday, May 21, 2022

KULINER POPULAR MALAYSIA (Part 7)

KULINER POPULAR MALAYSIA merupakan salah satu perkara yang penting untuk sembua orang mengetahuinya. Ini kerana negara Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup harmoni semenjak dahulu lagi. Setiap kaum di Malaysia juga bebas mengamalkan budaya mereka dimana selagi ia masih tidak bertentangan dengan undang-undang negara. Kesemua mereka bebas mengamalkan tradisi dan saling hormat menghormati sebagai satu masyarakat yang mendokong kemajuan Malaysia. Kaum Melayu merupakan kaum majoriti di Malaysia dimana ia diikuti pula dengan kaum Cina, India serta banyak kaum lain seperti Iban, Kadazan, Orang Asli, kaum lain sebagai kaum minoriti. Masyarakat majmuk di Malaysia juga telah membuatkan ramai pelancong dari luar selesa datang bercuti ke negara kita dengan jutaan pengunjung sebelum pandemik covid-19 dan akan menjadi destinasi pelancongan yang terus menarik. Memang disebabkan oleh Malaysia yang memiliki rakyat yang berbilang kaum, maka tidak hairanlah jika makanan orang Malaysia juga terdiri dari pelbagai jenis makanan yang boleh dinikmati bersama. Makanan rakyat Malaysia mempunyai terlalu banyak pilihan dimana kuliner yang popular lazimnya mudah di dapatkan di restoren, jamuan keramaian, pasar malam, bazaar ramadan, pasar tamu, gerai tepi jalan sehingga ada dihidangan di hotel-hotel. Kehebatan kuliner Malaysia ini membolehkan banyak jenis makanan ini yang dikomersilkan sehingga ia ada juga dipopularkan diluar negara dengan beridentitikan sebagai 'Kuliner Malaysia'. Antara kuliner Malaysia yang tersenarai termasuk Nasi Lemak, Sate, Roti Canai, Nasi Beriyani, Nasi Kandar, Pisang Goreng, Mee Goreng Mamak, Asam Laksa, Apam Balik, Mee Kari, Char Kuew Teow, Otak-otak, Teh Tarek, Ais Kacang, Cendol, Chee Cheong Fun, Lok-Lok, Roti John, Karipap dan juga Rendang. Banyak lagi kuliner lain boleh disenaraikan sebagai kuliner istimewa daripada kueh muih dan ulam-ulaman. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya akan paparkan beberapa kuliner menarik di Malaysia sebagai bahan rujukkan pembaca semua.


(19) ROTI JOHN
Makanan Roti John adalah ciptaan orang Malaysia yang kini sudah pun menjadi kuliner popular dan boleh dinikmati di seluruh negara.  Penulis blog memang suka makan roti john ini seawal hujung tahun 1980'an lagi di sebuah Restoren yang berada di Pantai Tanjung Kling, Melaka. Makanan ini seakan menjadi menu wajib dijual dan dihidangkan banyak peminat roti john dalam bulan puasa saban tahun. Ia sering dijual digerai jalanan, pasar malam, bazaar ramadan dan beberapa restoren terpilih di seluruh negara. Makanan roti john juga kini sudsh boleh didapati didalam talian dan dihantar oleh Grabfood dan Pandafood juga. Kini makanan ini sudah ada disediakan di Brunei DS, Indonesia dan juga Thailand Selatan. Jika ingin membuat sendiri perlu disediakan b
ahan-bahan untuk buat roti john iaitu 250gm daging cincang, 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 1 sudu kecil serbuk kari, 3 sudu makan minyak untuk menumis, sedikit garam, 3 biji telor, sedikit butter
6 keping roti 'finger rolls' dan juga sos dan mayonis. Cara cara membuat dengan mengisar bawang dan bawang putih dan dipanaskan minyak untuk tumis bahan yang diblend dan masukkan serbuk kari. Masukkan daging cincang dan letakkan garam secukupnya hingga masak. Belah dua roti dan jangan sampai putus kemudian dimasukkan telor dalam daging cincang. Pukul sebentar telor bersama daging dan dipanaskan masa sama butter dalam kuali serta sapukan adunan dari daging dan telor atas roti diletakkan adunan dalam kuali dan selepas itu di telangkupkan roti atas iaitu cara penjual di pasar malam dan masak secara telangkup diatas kuali yang leper.  Terbalikkan adunan jika telah masak dan biarkan sebentar.  Angkat setelah bahagian bawah sudah sedikit garing dan dihiaskan dengan sos cili dan mayonis sebelum dihidangkan. Harga roti john diantara RM5.00 - RM12 satu set bergantung kepada saiz dan finishing yang diminta pelanggan. Antara jenama popular di Putrajaya adalah Roti John Unan dan NZ.


(20) KARIPAP
Makanan Karipap adalah sejenis lagi makanan kategori kuih trdisional yang popular digemari ramai orang. Penulis blog memang suka makan karipap yang dibuat sendiri dimana sentiasa ada menyimpan karipap sejukbeku didalam peti ais yang dibuat setiap dua minggu sekali untuk kegunaan sendiri. 
Karipap merupakan sejenis makanan yang memang popular di Malaysia selain didapati di negara jiran Singapuram Thailand dan Indonesia. Karipap terdapat dalam pelbagai perasa dan bentuk dimana ia bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan ubi kentang atau pun ubi keledek (tradisional). Bagaimana pun kini ada karipap inti sardin, karipap inti ikan, karipap inti kelapa dan beberapa lagi. Karipap paling enak dan hebat pada penulis blog adalah 'Karipap nanas'. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. resei terkini inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam atau pun menggunakan isi ikan yang dikenali sebagai temosa. Di negeria asal penulis blog iaitu Johor dimana makanan ini lebih popular dengan nama Epok-epok. Apa pun dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil 'curry puff'  akan tetapi lainnya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. MAsih ada perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff adalah tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim. Kuih karipap selalunya menjadi pilihan menu dalam mesyuarat kerajaan ataupun swasta dan boleh dibeli dari gerai tepi jalan, restoren menyediakan sarapan pagi, pasar tani, pasar minggu, kompleks membli belah dan kantin sekolan. Hidangan karipap sudah menjdai kebiasaan di banyak rangkaian hotel-hotel diseluruh Malaysia apa lagi dengan banyaknya pilihan karipap sejukbeku yang mudah digoreng. Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh-o panas menyebabkan rasa kenyamhg selepas memakannya. 


(21) RENDANG
Makanan Rendang juga antara kuliner popular di Malaysia yang sering ianya dihidangkan terutama semasa hari perayaan. Bagaimana pun kini rendang sudah menadi popular di hidangkan setiap hari secara komersil untuk dimakan bersama nasi putih, ketupat, nasi himpit, lemang, roti putih dan sebagainya. Menyediakan makanan rendang kini sudah mudah dan cepat dengan adanya pek ramuan 'rendang segera' dijual didalam pek yang cepat memasaknya dengan keenakan yang tidak kurang hebatnya juga serta boleh dibawa kemana-mana. Dari segi sejarah makanan rendang ini berasal daripada Indonesia terutama berasal daripada masyarakat Minangkabau tetapi kini di Malaysia sudah ada banyak modifikasi memasak rendang yang dilakukan. Antara jenis rendang yang popular di Malaysia adalah Rendang Tok dari Perak. Terdapat banyak jenis rendang disediakan dengan menggunakan bahan asas berlainan seperti Rendang Daging (Daging Lembu), Rendang Ayam, Rendang Kerang, Rendang Maman dan beberapa lagi. Memasak rendang tradisional agak rumit dan ambil masa lama menggunakan bahan 
kisar halus terdiri dari bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup, lengkuas, serai dan cili kering. Bahan untuk ramuan disangai adalah termasuk ketumbar, jintan putih, jintan manis serta pastinya bahan lain iaitu minyak masak, daging lembu, santan cair, santan pekat, asam keping, kerisik kelapa, daun kunyit, daun limau purut dan gula garam secukup rasa. Memasak rendang oerlu masa agak lama sehingga ia siap dihidangkan. Kini pek Rendang Segera ada dijual secara on-line di Lazada dengan harga sekitar RM30 satu unit sahaja. Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
KULINER MALAYSIA... BANYAK JENISNYA...
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI... ADA DIMANA-MANA...
ADA RESEPI...PEMBACA KENA UJIRASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Ramadan 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...