(1) NASI LEMAK
Mendudukki senarai teratas dalam kuliner popular Malaysia pada penulis blog adalah Nasi Lemak. Penulis blog memang sering makan nasi lemak sama ada dibuat sendiri dirumah ataupun membelinya sahaja dibanyak premis di Putrajaya secara terus atau membeli secara on-line. Hidangan ini selalunya diambil pada waktu sarapan pagi tetapi kini nasi lemak sudah dimakan pada setiap waktu sehinggga lewat malam juga. Nasi Lemak merupakan hidangan makanan Melayu dimana ia memang diperbuat dari beras yang dimasak dengan santan kelapa, bawang merah, halia dan juga daun pandan yang menjadikan ia memberikn nasi yang lemak. Dari segi kombinasi ada pelbagai ingredient lain yang boleh ditambahkan untuk hidangan hebat ini. Bagaimana pun asasnya perlu ada sambal, telur rebus atau telur goreng, ikan bilis goreng, kacang tanah dan timun. Pelbagai jenis lauk-pauk yang lain ditambah kepada nasi lemak seperti ayam goreng, paru goreng, rendang, sambal kerang, sambal sotong, ikan tongkol, kari ayam, sotong goreng, sambal udang sehinga puluhan pilihan lain. Nasi Lemak juga dikenali sebagai sejenis juadah kebangsaan Malaysia dan boleh di setiap pelosok Malaysia. Harga nasi lemak semurah RM1.00 sebungkus sehingga puluhan ringgit satu pek (dengan pelbagai pilihan lauk-pauk) dimanamemang selepas makan amat kenyang. Bagaimana pun kesan dari makan nasi lemak ini jika berlebihan dan kurang aktif akan menyebabkan mengantuk pula.
(2) SATE
Makanan Sate atau 'Satay' merupakan sejenis kuliner popular di Malaysia sejak dahulu dan dimakan oleh semua golongan masyarakat tidak mengira umur, kaum atau pun jantina. Hidangan ini boleh didapati dengan pelbagai jenama daripada nama tempatan (Sate Kajang) sehingga kepada nama individu atau pun nama lain yang menjadikan ia menjadi viral dan popular. Apa pun kuliner ini yang dinamakan sate merupakan hirisan daging yang diperap, dicucuk dengan lidi dan dibakar atas dapur arang. Biasanya sate dihidang dengan kuah kacang dan juga hirisan bawang serta timun. Bahan asas adalah daging atau lain-lain untuk membuat sate seperti sate ayam, sate daging (biasanya daging lembu), sate rusa, sate kambing, sate perut, sate kerang dan beberapa lagi. Kuliner ini merupakan makanan kegemaran penulis blog sejak lama dimana makanan ini juga merupakan kegemaran hampir seluruh rakyat Malaysia dan boleh didapati dengan mudah di gerai penjaja, pasar malam mahupun restoran serta selalu dihidangkan dihotel-hotel juga. Kini makanan sate sudah menjadi trend semasa diadakan majlis perkahwinan, majlis jamuan hari raya dan sebagainya. Sate ini juga enak dimakan bersama nasi himpit yang boleh dijadikan sebagai pengganti nasi yang mengenyangkan. Ia juga sering dijadikan hidangan ringan pada waktu malam dan sangat popular sebagai salah satu hidangan menjelang sambutan perayaan. Pada penulis blog hidangan 'Sate Pagi' yang sangat popular di Muar adalah satu kehebatan tersendiri dan ikonik dimakan dengan lodeh dan mee rebus.
(3) ROTI CANAI
Makanan Roti Canai merupakan makanan yang sangat popular di Malaysia terutama diambil semasa sarapan pagi. Bagaimana pun kini roti canai sudah dihidangkan pada sepanjang masa dari pagi sehingga 24 jam terutama direstoren mamak yang banyak beroperasi dimana juga. Roti Canai adalah merupakan roti leper yang asalnya dulu diperkenalkan oleh masyarakat India tetapi orang Melayu dan pribumi lain kini sudah banyak yang pandai membuat menjual roti canai dimerata lokasi seluruh Malaysia. Bagaimana pun ia masih terkenal dimana boleh didapati di kebanyakan restoran mamak dan restoran Melayu juga. Apa pun dari segi sejarah makanan ini asalnya dibawa oleh imigran dari india tetapi kini sudah banyak modifikasi cara pembuatannya dan cara hidangannya. Antara nama yang digunakan adalah 'Roti prata', 'murtabak' (ada (inti daging) dan termasuk juga roti puri. Proses pembuatannya yang seakan lemparan dan pusingan sebelum dimasak diatas kuali leper dengan minyak. Biasanya Roti Canai akan dimakan bersama kuah kari samada kari ikan, ayam, daging atau kambing, kuah kacang dhal dan juga sambal tumis. Malahan kini sudah ada di sesetengah tempat menikmati Roti Canai ini bersama gula pasir yang dicampurkan ke dalam kuah kari. Pada penulis blog paling suka makan roti Canai Kosong dan Roti Canai Sarang Burung (Sila lihat foto disebelah). Ada banyak jenis roti canai yang boleh didapatkan dari premis populat seperti Roti Telur, Roti Sardin, Roti Tisu, Roti Pisang, Roti Bawang, Roti Planta, Roti Coklat, Roti Susu, Roti Cheese dan beberapa lagi. Harga roti canai juga sangat berpatutan dan mampu dimana ia adalah makanan yang enak dan mengenyangkan. Artikel ini ditulis dalam tujuh (7) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6 dan Part 7 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NASI LEMAK... SENARAI YANG PERTAMA...
MUDAH DIDAPATI .. ADA DIMANA-MANA...
HARGA MAMPU... SEMUA KENA UJIRASA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 - 26 Ramadan 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.