MAKANAN LAUT (Seafood) merupakan diantara jenis-jenis makanan yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia yang disesuaikan dengan citarasa tempatan di negara kita. Berlainan negara mempunyai kuliner makanan laut yang berbeza bergantung kepada bahan mentah digunakan dan juga kaedah penyediaannya. Makanan laut juga pada penulis blog adalah sebarang bentuk hidupan laut dianggap sebagai makanan oleh manusia iaitu termasuk ikan dan kerangan. Apa pun jenis kerangan termasuk pelbagai spesis moluska, krustasea dan ekinoderma. Dari segi sejarah pula dilaporkan dimana mamalia laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai makanan sejak lama dulu walaupun kini sudah berkurangan pada zaman moden. Dalam pada itu jenis tumbuh-tumbuhan laut yang boleh dimakan seperti ada beberapa rumpai laut dan mikroalga juga sudah dimakan secara meluas sebagai makanan laut di seluruh dunia dan berlaku terutama di Asia (dalam kategori sayur-sayuran laut). Di laporkan dimana diAmerika Utara serta di United Kingdom dimana istilah "makanan laut" diperluaskan kepada organisma air tawar yang dimakan oleh manusia dimana ini menjadikan semua hidupan akuatik yang boleh dimakan boleh dirujuk sebagai makanan laut atau seafood juga. Dalam pada itu jika membincangkan bagaimana proses penuaian makanan laut liar biasanya dikenali sebagai dunia industri perikanan atau pemburuan spesis hidupan dilaut. Bagaimana pun kini apabila sektor penternakan akuakultur sudah berkembang manu ia memperluaskan lagu bahan asas membuat makanan laut. Antara industri akuakultur yang luas dibangunkan seperti penternkan udang, kupang dan pelbagai jenis ikan sama ada ikan laut, ikan air payau atau ikan air tawar. Selalunya jenis makanan laut ini sering dibezakan daripada daging dimana ia mjuga masih dari haiwn berprotin dan tidak termasuk dalam diet vegetarian yang ketat. Makanan laut adalah sumber protein penting dalam banyak diet di seluruh dunia terutama kepada penduduk tegar yang berada di kawasan pantai. Apa pun dilihat dimana kebanyakan penuaian hasilan laut ini akan digunakan oleh manusia akan tetapi sebahagian besar lagi akan digunakan sebagai makanan ikan untuk ternakan ikan lain atau haiwan lain sebagai 'ikan baja'. Dalam pada itu ada produk dari laut yang akan digunakan sebagai baja tanaman atau makanan untuk tpokok. Baja dari produk hasilan laut sangat berkesan untuk dijadikan baja tanaman yang kaya dengan pelbagai mineral dan enzim. Dilaporkan juga ada beberapa hasilan produk seperti minyak ikan dan tablet spirulina juga diekstrak daripada ikan, kerangan dan juga rumpai laut. Ada juga sesetengah makanan laut dijadikan makanan kepada ikan akuarium atau digunakan untuk ianya diberi makan haiwan peliharaan domestik seperti kucing dan sebahagian kecil digunakan dalam bidang perubatan. Penulis blog sejak dulu memang suka mendapatkan makanan laut di banyak premis diseluruh Malaysia. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa resepi makanan laut popular kegemaran penulis blog untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.
11. PEPAHAT MASAK HALIA
Pepahat (Ensis arcuatus) atau Siput Buluh atau juga dikenali sebagi Ambal (di Sabah dan di Sarawak) adalah sejenis haiwan laut yang bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan sebagai makanan laut yang unik. Penulis blog sering menikmatinya di Medan Ikan Bakar di Melaka dimana ia adalah diantara pilihan makanan laut popular sering dihidangkan. Pepahat ini unik bentuknya yang berbentuk memanjang itu mudah diperolehi dari kawasan pantai berlumpur di Malaysia seperti di Negeri Terengganu, Selangor dan Sabah dimana ia dijadikan sumber pendapatan oleh golongan nelayan. Spesies siput buluh atau pepahat ini juga turut terdapat di California (USA), China dan Hong Kong. Di Malaysia selalunya musim pepahat dikatakan akan bermula pada bulan Ogos sehingga bulan Mac saban tahun wlau pun ia paling banyak didapati pada November dan Disember. Di laporkan antara kuliner masakan pepahat paling 'ngetop' adalah Pepahat Masak Halia dimana memerlukan bahan iaitu 400gm pepahat, 5cm halia muda| yang dimayang halus, 4 ulas bawang putih perlu dicincang, 5gm serbuk lada sulah, 5gm sos tiram serta garam secukup rasa. Penulis blog beberapa kali menyediakan makanan ini dimana dimulakan dengan memanaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi dan kemudian boleh dimasukkan pepahat, sos tiram dan serbuk lada sulah. Jika perlu tambah sedikit air. Tumis beberapa minit hingga pepahat masak dan akhir seklai boleh ditambah garam secukup rasa. Matikan api dan sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini tidak perlu dimasak terlalu lama bagi mengekalkan kesegaran akan pepahat tersebut.
12. SAMBAL TUMIS KUPANG
KUPANG atau Siput Sudu merupakan sejenis haiwan siput (mollusk) iaitu dari keluarga siput yang popular di kalangan masyarakat Malaysia untuk hidangan istimewa sebagai kuliner makanan laut. Terdapat Kupang di dalam Air Laut (Pteriomorpha spp) dan juga Kupang yang hidup didalam keadaan Air Tawar (Palaeoheterodonta spp) dan juga sejenis Kupang Zebra (Heterodonta spp). Nama Kupang pula popular dikalangan masyarakat di SelatanTanah Air dan beberapa dikawasan lain ianya lebih dikenal dengan nama 'Siput Sudu'. Hidupan ini mempunyai dua keping kulit berbentuk seperti sudu yang berwarna hijau berlumut dan akan mudah terbuka apabila di masak. Kupang juga merupakan nama sebuah Bandar di NTT, Indonesia sementara di Negeri Utara Semenanjung Malaysia, 'Kupang' juga bermaksud sebagai Duit Syiling Malaysia dimana duit syiling 50 sen juga di panggil sebagai '50 kupang'. Penulis blog memang sering memasak kupang dirumah sama ada resepi Kupang Tiga Rasa, Kupang Sambal atau lain-lain jenis menu yang mudah disediakan. Bagaimana pun Kupang Sambal Tumis selalu dimasak sebagai kombinasi dengan Nasi Lemak. Bahan-bahan yang diperlukan adalah 400gm isi kupang, 120gm cili kisar, 6 biji bawang merah yang dikisar, 4 ulas bawang putih juga dikisar, 1 labu bawang besar yang dipotong bulat, 15ml air asam jawa, sedikit belacan serta garam dan guna secukup rasa. Cara memasaknya dengab memanaskan minyak masak di dalam kuali dam ditumis bahan-bahan kisar dan cili kisar sehingga masak. Masukkan air asam jawa, isi kupang dan bawang besar dan boleh ditambah sedikit air dan didihkan sambal untuk beberapa minit. Tambah garam dan gula secukup rasa dan angkat untuk dihidangkan.
13. UDANG GALAH BUTTERMILK
UDANG GALAH (Macrobrachium rosenbergii) merupakan salah satu udang yang sangat popular di Malaysia sebagai hidangan makanan laut. Ia adalah sejenis hidupan air tawar atau air payau yang sangat aktif pada waktu malam dimana kini udang galah telah sesuai diternak secara komersil. Lazimnya udang galah liar akan hidup di sungai, saliran, tasik dan di muara sungai. Ianya merupakan udang yang amat digemari kerana isinya yang lebih enak jika dibandingkan dengan udang-udang jenis-jenis lain yang ada di perairan Malaysia. Harga udang galah segar biasanya akan dijual di dipasaran dimana ia kini mencecah RM 40 ringgit - RM60 sekilogram. Harga udang galah yang tinggi sebegini menjadi pemangkin kepada penternak ikan lain untuk bertukar kepada aktiviti penternakan udang galah. Walaubagaimanapun, Malaysia tetap jauh ketinggalan dalam industri udang galah ini jika dibandingkan dengan Thailand, Indonesia, Taiwan dan Vietnam dalam beberapa aspek teknikal dan pengeluaran. Di negeri Pahang ada bandar mana ia sering menghasilan udang galah iaitu Daerah Rompin. Ini kerana banyak sungai-sungai didaerah ini merupakan 'syurga' kepada pemancing dan nelayan sungai untuk mencari udang galah. Udang galah mudah dijumpai di Sg Endau, Sg Pontian dan banyak lagi sungai yang ada habitat udang galah mengikut musi, Pengalaman penulis blog yang dulu merupakan pemancing udang galah di Sg Endau juga faham akan musim memancing udang galah paling baik iaitu sekitar Januari - Febuari (musim panas setiap tahun). Tangkapan udang galah liar di sungai-sungai didaerah ini telah menjadikan beberapa restoren dan gerai khusus memasak udang gsalah untuk peminatnya. Seekor udang galah mana berukuran sedang dimasak sambal dijual dengan harga RM12 - RM15 seekor. Bagaimana pun penulis leih suka saiz udang galah saiz sedernana yang masih segar untuk dimasak sebagai sambal udang, masak lemak cili api dan juga udang galah masak buttermilk. Bahan memasak udang galah buttermilk adalah 10 ekor udang galah, 150gm mentega, 250ml susu cair, 6 ulas bawang putih yang perlu dicincang, 6 biji cili padi|dihiris, 2 tangkai daun kari, 5ml bancuhan tepung jagung. garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Memasak resepi ini mudah dengan membersihkan udang dahulu dan ia kemudian dilumurkan sedikit garam dan lada sulah. Salut udang galah itu bersama tepung jagung kemudian goreng sehingga ia menjadi garing dan diketepikan. Cairkan mentega di dalam kuali bagi menumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan cili padi dan daun kari dan tuang susu cair. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masukkan bancuhan tepung jagung dan udang yang telah digorengkan tadi lalu dikaup-balikkan sebati. Kemudian diangkat dan sedia untuk dinikmati. Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segmen iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
IKAN, KETAM, UDANG...ENAKNYA...
BANYAK LOKASINYA... DI MALAYSIA...
HARGA LUMAYAN... MAKLUM SAHAJA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Shawal 1443H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.