Support My Blog

Friday, May 13, 2022

MAKANAN LAUT POPULAR DI MALAYSIA (PART 5)

MAKANAN LAUT (Seafood) merupakan diantara jenis-jenis makanan yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia yang disesuaikan dengan citarasa tempatan di negara kita. Berlainan negara mempunyai kuliner makanan laut yang berbeza bergantung kepada bahan mentah digunakan dan juga kaedah penyediaannya. Makanan laut juga pada penulis blog adalah sebarang bentuk hidupan laut dianggap sebagai makanan oleh manusia iaitu termasuk ikan dan kerangan. Apa pun jenis kerangan termasuk pelbagai spesis moluska, krustasea dan ekinoderma. Dari segi sejarah pula dilaporkan dimana mamalia laut seperti ikan paus dan ikan lumba-lumba telah digunakan sebagai makanan sejak lama dulu walaupun kini sudah berkurangan pada zaman moden. Dalam pada itu jenis tumbuh-tumbuhan laut yang boleh dimakan seperti ada beberapa rumpai laut dan mikroalga juga sudah dimakan secara meluas sebagai makanan laut di seluruh dunia dan berlaku terutama di Asia (dalam kategori sayur-sayuran laut). Di laporkan dimana diAmerika Utara serta di United Kingdom dimana istilah "makanan laut" diperluaskan kepada organisma air tawar yang dimakan oleh manusia dimana ini menjadikan semua hidupan akuatik yang boleh dimakan boleh dirujuk sebagai makanan laut atau seafood juga. Dalam pada itu jika membincangkan bagaimana proses penuaian makanan laut liar biasanya dikenali sebagai dunia industri perikanan atau pemburuan spesis hidupan dilaut. Bagaimana pun kini apabila sektor penternakan akuakultur sudah berkembang manu ia memperluaskan lagu bahan asas membuat makanan laut. Antara industri akuakultur yang luas dibangunkan seperti penternkan udang, kupang dan pelbagai jenis ikan sama ada ikan laut, ikan air payau atau ikan air tawar. Selalunya jenis makanan laut ini sering dibezakan daripada daging dimana ia mjuga masih dari haiwn berprotin dan tidak termasuk dalam diet vegetarian yang ketat. Makanan laut adalah sumber protein penting dalam banyak diet di seluruh dunia terutama kepada penduduk tegar yang berada di kawasan pantai. Apa pun dilihat dimana kebanyakan penuaian hasilan laut ini akan digunakan oleh manusia akan tetapi sebahagian besar lagi akan digunakan sebagai makanan ikan untuk ternakan ikan lain atau haiwan lain sebagai 'ikan baja'. Dalam pada itu ada produk dari laut yang akan digunakan sebagai baja tanaman atau makanan untuk tpokok. Baja dari produk hasilan laut sangat berkesan untuk dijadikan baja tanaman yang kaya dengan pelbagai mineral dan enzim. Dilaporkan juga ada beberapa hasilan produk seperti minyak ikan dan tablet spirulina juga diekstrak daripada ikan, kerangan dan juga rumpai laut. Ada juga sesetengah makanan laut dijadikan makanan kepada ikan akuarium atau digunakan untuk ianya diberi makan haiwan peliharaan domestik seperti kucing dan sebahagian kecil digunakan dalam bidang perubatan. Penulis blog sejak dulu memang suka mendapatkan makanan laut di banyak premis diseluruh Malaysia. Artikel pada subuh ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa resepi makanan laut popular kegemaran penulis blog untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.


13. KERANG BERCILI PEDAS
KERANG
(Anadara granosa) merupakan sejenis hidupan dari kumpulan Kerang-kerangan atau Molluska dari keluarga Caridiidae yang popular di negara kita. Keluarga kerang mempunyai lebih dari 200 spesis dan sebahagian besarnya tidak sesuai untuk dikomersilkan atau dimakan. Ternakan kerang di Malaysia banyak dijalankan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dari pantai Kedah di utara sehingga ke Johor dibahagian Selatan Tanah Air. Hanya sedikit kawasan laut di Pantai Timur dikawasan Semenanjung Malaysia yang sesuai untuk ternakan kerang. Di Sabah dan Sarawak pula ternakan kerang kurang dimajukan kerana masaalah keujudan sejenis plankton 'Red Algae' yang beracun dan jika diserap oleh kerang dan merbahaya kepada manusia. Itu sebab harga kerang di Sabah dan Sarawak mahal kerana ianya dibawa masuk dari kawasan lain. Antara resepi makanan laut yang berasaskan kerang seperti kerang rebus, sambal kerang, kue teow goreng kerang dan banyak lagi. Penulis blog suka juga memasak kerang rumis pedas untuk dinakan dengan nasi. Bagi memasaknya perlu ada bahan iaitu 
400gm isi kerang, 10 biji cili padi yang dikisar, 5 biji cili hijau|dikisar, 6 biji bawang merah dikisar, 4 ulas bawang putih yang dikisar, 5ml air asam jawa, sedikit belacan serta bahan perisa garam dan gula secukup rasa. Memasaknya mudah iaitu dengan memanaskan minyak masak di dalam kuali. Kemudian ditumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau dan boleh dimasukkan belacan, air asam jawa dan isi kerang. Perlu ditumis sehingga bahan masak dan akhirnya di tambah garam dan gula secukup rasa dan matikan api untuk diangkat untuk dihidangkan. Sebaiknya digalakkan merendam seketika isi kerang untuk memastikan ia bersih dan segar.


14. KETAM MASAK TELUR MASIN
Ketam atau kepiting (Indonesia) adalah haiwan jenis krustasea dekapod dari infraorder Brachyura bercirikan mempunyai pinggul amat pendek dimana abdomennya tersembunyi seluruhnya di bawah toraks. Badan-badan kelompok haiwan ini umumnya diliputi dengan satu eksoskeleton tebal serta dan dilengkapi dengan sepasang kuku. Ada sekitar 850 spesies ketam yang dapat dijumpai dan dikenalpasti hidup di pelbagai habitat beraneka termasuk di jasad-jasad air masin, payau dan tawar sama ada di daratan, atau di kedua-dua. Makanan laut berasaskan ketam ada banyak jenis diantaranya adalah Ketam Masak Telur Masin. Bagi memasaknya perlukan bahan seperti 
4 ekor ketam perlu dibersihkan, 50gm mentega,  6 ulas bawang putih yang dicincang, 5 biji cili padi|dipotong kecil,  30gm cili kisar, 15ml susu cair, 2 tangkai daun kari, 4 biji telur masin|diambil kuningnya dan hancurkan, garam, gula dan lada sulah secukup rasa.  Mulakan dengan melumurkan sedikit garam dan lada sulah di atas ketam yag dibersihkan. Kemudian dipanaskan minyak kemudian goreng ketam sehingga masak dan diketepikan. Dalam kuali boleh cairkan mentega dan masukkan pula bawang putih. Tumis sehingga wangi dan dimasukkan cili kisar, cili padi dan daun kari. Seterusnya dimasukkan kuning telur masin yang telah dihancurkan tadi kemudian masukkan susu cair dan perlu tambahkan lada sulah, garam dan gula secukup rasa. Masukkan ketam dan kaup-balikkan sebati sebelum dihidangkan. Dalam pada itu penggunaan mentega biasanya menambahkan lagi rasa lemak untuk hidangan ini.


15. LALA BULUH KAM HEONG
Lala
atau juga dikenali sebagai siput retak seribu merupakan nama sejenis moluska dwicangkerang yang boleh dimakan sebagai makanan laut. Lala selalu hidup di kawasan yang lebih kurang sama dengan kerang, remis, kupang dan siput sedut. Iaitu di kawasan pantai berlumpur dan berpasir.
 Di Malaysia apa yang penulis blog tahu diantara lokasi yang berpotensi untuk lala ditemui adalah di kawasan pantai berlumpur semenanjung Malaysia seperti Pantai Kuala Selangor, Pantai Remis, Pantai Sekinchan, Pantai BNO (Teluk Ru), Pantai Kg Banting, Pantai Sekendi dan Pantai Sg Lang. Apa pun ia bergantung kepada pasang surut laut dan juga musimnya dimana adakala ia sukar untuk ditemui berikutan cuaca buruk. Saiz lala adalah lebih besar daripada remis dan kerang. Pelbagai cara memasak lala diantaranya adalah Masakan Lala Nam Heong yang agak popular dan mudah disediakan. bagi memasaknya sediakan bahan iaitu 300gm lala buluh, 1 biji bawang besar yang dikisar, 3 ulas bawang putih yang dikisar, 30gm udang kering juga dikisar, 30gm serbuk kari, 15ml kicap pekat, 15ml sos tiram, 4 tangkai cili kering yang dipotong kecil, 2 tangkai daun kari, garam secukup rasa, lada sulah secukup rasa dan juga gula secukup rasa. bagi memasaknya boleh dipanaskan minyak masak di dalam kuali bagi menumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Masukkan daun kari dan cili kering. Kemudian dimasukkan pula rempah kari dan sedikit air, sos tiram dan kicap pekat. Masukkan lala buluh, tambah sedikit air dan didihkan untuk beberapa minit. Tambahkan bahan garam, gula dan lada sulah secukup rasa. Apabila masak matikan api dan angkat untuk dihidangkan. Pastikan lala buluh dibersihkan di bawah air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang terlekat.  Artikel ini dibahagikan kepada lima (5) segman iaitu Part 1, Part 2, Part 3, Part 4 dan Part 5 untuk dibaca bersama. Semuga artikel ini dapat memberikan info berguna kepada  semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MASAKAN LAUT... PELBAGAI RASA...
IKAN, KETAM, UDANG...ENAKNYA...
BANYAK LOKASINYA... DI MALAYSIA...
HARGA LUMAYAN... MAKLUM SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(7 Shawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...