KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, August 18, 2017

LAKSA - JENIS LAKSA DI MALAYSIA (Part 2)

MAKANAN LAKSA merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia malahan dinegara Asia. Laksa memounyai keunikan sajian tersendiri dengan pelbagai resepi yang berbeza dihampir setiap negeri di Malaysia. Jenis-jenis laksa sebenarnya memiliki versi laksa tersendiri mengikut lokaliti dan negara. Apa pun pada penulis blog dinegara kita laksa adalah makanan yang dibuat berasaskan ikan, tepung beras dan juga kuahnya. Apa pun setiap jenis laksa ini memiliki keunikan yang tersendiri. Kalau dahulu hanya Laksa Penang sahaja yang dikenali ramai tetapi sebenarnya banyak jenis laksa lain yang dimakan oleh rakyat tempatan bagi tujuan penulis artikel kali ini. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dipanggil sebagai laksa di Malaysia dan paling terkenal ialah Laksa Penang atau Asam Laksa. Dari rujukkan mendapati Laksa Penang ini telah diiktiraf sebagai diantara 10 makanan tersedap didunia oleh CNN Food. Pada saya gabungan rasa masam manis dan pedas membuatkan selera anda terbuka luas. Laksa Penang bagaimana pun kini ada variasinya yang tersendiri mengikut kreativiti pembuatnya daripada jenis Laksa Penang Tradisional kepada jenis Laksa Penang Moden yang komersil. Walau pun makanan laksa ini selalu dimakan semasa minum pagi, makan tengahari, makan malam tetapi paling sesuai adalah di makan waktu petang. Banyak gerai yang menjual laksa ini diwaktu petang diantara jam 2.00 - 6.30 petang. Pada saya Negeri Kedah berjaya menghasilkan jenis maknan berasaskan laksa kerana ada kawasan mereka mempunyai bekalan ikan segar yang murah dan banyak serta mudah didapati sama juga dengan beberapa negeri Pantai Timur yang ada sumber ikan segar. Sebenarnya terdapat sekitar 10 jenis-jenis laksa yang saya diketahui dan mungkin anda semua boleh mencuba semua jenis laksa ini. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis makanan laksa sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.


(6) LAKSA TERENGGANU (Laksa Kuah Putih)


Laksa Terengganu ini juga dipanggil sebagai Laksa Kuah Putih kerana ia memang sesuai dengan warnanya (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog sering makan laksa ini semasa berkunjung ke Terengganu seperti Daerah Kemaman yang bersebelahan dengan Kuantan semasa bertugas disana. Pada saya Laksa Terengganu merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular sama seperti jenis laksa lain. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah sama ada dari jenis Kuah masak dan Kuah mentah. Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang di campurkan dengan air panas sahaja tanpa dimasak. Lazimnya kuahnya terdiri daripada kuah yang dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan. Kuah masak pula disediakan dengan rempah dan hampir sama dengan kuah laksa Johor akan tetapi warnanya menjadi lebih kuning. Kuah mentah juga biasanya tidak tahan lama dan perlu dibuat hanya apabila hendak dihidangkan kerana ia cepat basi. Laksa Terengganu biasanya dihidangkan dalam beberapa gabungan dengan menggunakan laksa tepong (gandum) atau laksa beras contohnya laksa tepong dan kuah masak, laksa tepong dan kuah mentah, masak, laksa beras dan kuah masak, atau laksa beras dan kuah mentah. Pada kebiasaannya laksa Terengganu di makan dengan menggunakan tangan (lebih asli). Kuahnya sedikit cair dari Laksam dan laksa Kelantan tetapi menggunakan laksa beras. Selalunya ia disajikan bersama sambal merah.


(7) LAKSA SARAWAK

LAKSA Sarawak adalah agak unik dikalangan semua jenis laksa. Laksa ini agak berbeza kerana ia mengandungi makanan laut sinonim dengan orang Sarawak yang mengemarkan makanan laut. Ia menggunakan mee kuning dan kuahnya seperti kari namun sedikit berlainan. Komponen laksa ini adalah terdiri daripada Pes Laksa Sarawak dan sambalnya yang pedas berbanding dengan laksa lain. bahan membuat pes laksa Sarawak terdiri daripada bawang merah, bawang putih, cili kering, lengkuas, ketumbar, jintan manis, jintan putih, buah keras, serai, belacan bakar, kacang tanah (digoreng), bijan (digoreng tanpa minyak), sedikit garam serta sedikit minyak menumis. Laksa Sarawak menggunakan perencah laksa dengan ada isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus), udang basah, gunakan mihun (direndam dan dicelur), bahan telur didadarkan dan dihiris halus serta serai dan uniknya gunakan santan pekat. Bahan lain adalah garam dan gula secukup rasa, taugeh yang dicelur, daun ketumbar dan limau kasturi secukupnya. Bagi menambah keenakkan ditambah dengan Sambal Udang Kering. Penulis blog yang pernah bertugas di Sarawak 1995 -1997 memang minat makan Laksa Sarawak dan mendapatkan pes ini yang telah ada dijual dipasaran untuk membuatnya sendiri dirumah.


(8) LAKSA KEDAH 

LAKSA KEDAH rupanya seperti Laksa Penang cuma bezanya adalah pada rasanya yang tidak semasam laksa Penang. Laksa ini berasal daripada negeri Kedah dengan menggunakan ikan segar. Ia menggunakan bahan dari mee laksa basah sebaiknya perlu dicelur dengan air mendidih. Jika guna laksa kering maka ia perlu di rendam sehingga lembut. Kemudian direbus hingga laksa betul-betul lembut seperti arahan pada bungkusan laksa. Kuak lasa ini menggunakan kembung dan juga dicampur dengan ikan selayang atau ada yang guna ikan sardin. Bahan lain adalah asam gelugor, bebola ikan, daun kesom, bunga kantan dan bahan perisa garam. Ramuan juga adalah daripada bawang besar, belacan bakar dan cili kering kisar, daun selom, timun, daun salad, cili api, bawang besar, telur dan limau Kasturi. Cara membuatnya dengan kaedah membersihkan ikan dan di masukkan ikan ke dalam periuk. Masukkan air setakat paras ikan sahaja. Masukkan 10 keping asam gelugor. Rebus ikan hingga mendidih dan ikan masak. Sejukkan dan kemudian diasingkan isi ikan dan tulang. Isi ikan perlu dimasukkan ke dalam blender serta memasukkan air hingga 3/4 penuh kemudian dikisar halus. Tapiskan air rebusan ikan tadi (untuk pastikan tiada tulang tertinggal dalam air rebusan ikan tadi). Masukkan ke dalam periuk. Masukkan ikan kisar ke dalam periuk yang sama. Masukkan tulang ikan rebus tadi ke dalam blender. dan kemudian dimasukkan air sehingga 3/4 penuh. Kisar lagi dan kemudian ditapiskan air tulang yang dikisar tadi. Buangkan smeua tulang ikan. Air tulang ikan dimasukkan ke dalam periuk. Tambahkan air sebanyak 3/4 penuh blender ke dalam periuk dan kemudian dimasukkan 8 keping asam gelugor. (Kalau kurang masam, boleh tambah lagi asam gelugor). Masak hingga mendidih. Kemudian dicampur dengan daun kesom, bunga kantan dan fishball dan dimasak lagi hingga mendidih. Masukkan garam dan bahan perasa secukupnya. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.


(9) KARI LAKSA 

KARI LAKSA adalah makanan laksa berasaskan mee laksa yang dikelaskan sebagai Laksa. Ia berasal dari Melaka, Laksa ini juga dikenali sebagai Laksa Nyonya dimana ia menggunakan mee dan kuahnya sangat berlemak dan pedas. Bahan untuk laksa Melaka adalah mee kuning, serai, santan kelapa, rempah kari daging, ketumbar, daun kesum dan juga serbuk perasa. Bahan lain adalah seperti isi ayam udang, fish ball, tauhu dan telur ayam. Ada yang menambah bahan kacang panjang. Semua bahan ramuan perlu dikisar halus dan kemudian ditumis. Kemudian dimasukkan rempah kari, serbuk ketumbar, serai, daun kesum dan terus kacau sampai rempah masak kemudian masukkan santan serta air. Sebaiknya dikacau semua bahan-bahan supaya menjadi mesra dan biarkan kuah mendidih. Bila kuah telah mendidih masukkan ayam dan biarkan sampai ayam tersebut masak. Kemudian dimasukkan fish ball dan garam dan dimasukkan udang dan masukkan juga tauhu puff dan terus kacau , biarkan kuah mendidih seketika sahaja jika lama sangat nanti udang jadi terlalu masak. Jika kuah masih terlalu pekat boleh di tambah sedikit sahaja air. Celur mee, taugeh dan kacang panjang serta dan rebus semua telur. Isi ayam boleh di masak sekali dengan kuah atau isi ayam ini di rebus berasingan dan di siat- siat kecil, bila nak makan baru di letak sekali dengan mee. Boleh juga dimasukkan sekali kerang di dalam kuah bagi sesiapa saja yang suka makan kerang. Laksa Kari ini enak dimakan pada waktu petang.


(10) LAKSA SINGAPURA 

LAKSA SINGAPURA memang popular dan berasal daripada negara Singapura. Bagaimana pun penelitian oleh penulis blog mendapati laksa ini seakan sama dengan Laksa Nyonya tetapi dengan keunikannya tersendiri. Dilengkapi sayur tauhu, kerang, sambal dimana kuahnya yang berkrim dan berlemak membuatkan ramai peninat laksa ini mahu menambah satu mangkuk lagi. Bagi membuat laksa Singapura diperlukan bahan iaitu bihun yang dilembutkan, udang, dada ayam, tahu, taugeh, serai, daun limau lengkuas, santan kelapa, geram perasa dan gula pasir. Bahan untuk ramuan pula menggunakan cili merah, halia, udang kering, bawang merah, bawang putih, belacan, ketumbar dan kunyit. Bagi bahan untuk sambal belacan diperlukan cili merah dan bawang putih dengan belacan. Lazimnya untuk hiasan akan dibubuh hirian limau nipis dan hirisan daun kemangi. Cara membuat laksa ini dengan panaskan minyak untuk menumis ramuan serai, daun limau dan lengkuas sampai harum. Tambahkan santan, gara, dan gula pasir dipanaskan sehingga mendidih. Kemudian dimasukan bahan udang dan ayam dan dimasak sampai berubah warna. Tambahkan tahu dan tageh dan dikacau sehingga setengah layu dan diangkat untuk dihidangkan. Masukkan kuah dan isinya dan disajikan untuk dimakan.

Semuga 10 jenis laksa yang dipaparkan diatas memberikan info berguna kepada pembaca semua. Untuk mengetahui 5 lagi jenis laksa yang enak dan sesuai dijadikan makanan berkhasiat sila baca sambungan tulisan artikel ini Part 1. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN LAKSA... BANYAK JENISNYA...
LAKSA PENANG... PALING TERNAMA DIA...
LAKSA JOHOR .. LAKSAM PUN ADA JUGA...
MAKANAN BERKHASIAT... JANGAN LUPA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530,
Hotel Dorsett Putrajaya,
Precint 4, Putrajaya,
Malaysia.
(17 Dzulkaedah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...