KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, August 27, 2017

MANGGIS - KEGUNAAN KULITNYA

BUAH MANGGIS (Garcinia mangostana) adalah sejenis buah-buahan tempatan yang bermusim dari keluarga Clusiaceae yang dipercayai natif dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia atau Thailand. Di Malaysia tanaman manggis diusahakan secara tradisional semenjak dahulu dan ditanam bercampur dengan tanaman buah-buahan lain seperti durian, rambutan, duku dan sebagainya. Jabatan Pertanian merekodkan seluas 7,414 hektar (2006) kawasan tanaman manggis di Malaysia dengan pengeluaran 28,900 metrik telah menurun kepada seluas 7,390 hektar pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 28,350 metrik tan. Keluasan tanaman manggil dilaporkan masik kekal sekitar 7,420 hektar CHE pada tahun 2016 (Sumber: Laporan Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia). Negeri Perak, Selangor dan Johor merupakan negeri yang banyak ada menanam pokok manggis selain daripada Negeri Pahang. Daerah Batang Padang di Perak merupakan kluster menanam paling luas tanaman manggis (340 ha) diikuti Daerah Hulu Langat Selangor (300 ha) dan Daerah Segamat, Johor (288 ha). Di Pahang terdapat jenis manggis yang di panggil 'MESTA" (Sila anda baca artikel mengenai Mesta - Sila Klik Disini). Tanaman Mesta hanya luas di sekitar Daerah Temerloh, Maran dan Jerantut sebagai sejenis buah yang mendapat pasaran baik. Penulis banyak pengalaman berkaitan penanaman manggis dengan membuat tinjaun teknologi dan menulis banyak info mengenai manggis dan mesta. Tanaman manggis walau pun dikatakan semakin kurang menarik minat pekebun disebabkan ia lambat mengeluarkan hasil berbanding dengan tanaman lain selain daripada perlukan tenagakerja yang khusus untuk memetik buahnya. Bagaimana pun kini harga buah manggis semakin baik berbanding dengan beberapa tahun dahulu. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kegunaan kulit buah manggis daripada pelbagai sumber maklumat dan daripada pengalaman penulis dalam bidang pertanian selama lebih 35 tahun. Buah manggis adalah diantara buah yang dilarang dibawa masuk kedalam beberapa buah hotel kerana kulitnya yang terkena pada kain cadar menyusahkan pihak hotel untuk membersihkannya.


Buah Manggis muda mempunyai warna kulit hijau tetapi akan bertukar kepada coklat kehitaman apabila masak. Kulit yang tebal ini akan menjadi keras apabila dikeringkan dan didakwa amat banyak gunaknya (Sila lihat foto disebelah). Kulit buah manggis merupakan bahan yang banyak digunakan dalam industri seperti pewarna, membuat gula melaka, menconteng kain batik dan sebagainya. Bagaimana pun ia kini telah dijadikan sebagai ubat yang sbermacam jenis untuk peerubatan bagi beberapa jenis penyakit yang selama ini belum di ketahui banyak oleh rakyat marhaen. Kini dipasaran banyak usahawan telah membuat produk seperti  jus air kulit manggis, kordial air kulit manggis selain daripada pil, serbuk dan sebgainya. Kulit manggis telah mula banyak dikaji dan di proses sehingga berjaya menjadi bahan makanan kesihatan yang berkhasiat. Sebenarnya kulit buah manggis ini memiliki banyak sekali manfaat bagi kesihatan tubuh manusia jika kajian lanjut dilakukan dengan betul dan tepat. Tanaman manggis di Malaysia kebanyakannya boleh dikategorikan sebagai buah jenis organik secara semulajadi kerana dipercayai amat kurang menggunakan bahan kimia. Bagaimana pun petani tradisional yang ada pokok manggis ini kurang pengetahuan untuk memohon persijilan MyOrganik atau MyGAP yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian. Satu pelan tindan perli dibuat agar lebih ramai penanam manggis mendapat ptatus persijilan ini.


Khasiat kulit buah manggis sebagai produk kesihatan memang perlu didedahkan kepada umum. Ini kerana banyak rahsia masih belum diketahui dimana kulit buah manggis yang dimakan isinya terus dibuang sahaja dalam tong sampah. Kalau sudah baca artikel ini rasanya akan ada kesedaran untuk mengambil kulit buah manggis ebagai bahan yang berkhasiat. Setidak-tidaknya kutip dan keringkan kulit buah manggis dan kisar untuk dijadikan serbuk teh dan diminum selalu (Sila lihat foto disebelah). Dalam beberapa rujukkan ada dinyatakan bahawa antara kehebatan kulit buah manggis seperti dapat mememperkuatkan sistem kekebalan manusia dan juga mampu untuk menyembuhkan masaalah peradangan. Seterusnya ia didakwa dapat untuk mempemperbaiki komunikasi antar sel dimana seterusnya ia akan mengagalkan kerosakan pada sel-sel DNA. Kulit buah manggis juga menjadi alat bantu sistem getah jernih. Khasiat kulit mangga mampu untuk memelihara secara optima iaitu fungsi kelenjar tiroid. Khasiatnya juga mampu untuk mrngurangkan kekurangan bahan insulin dalam badan. Ia juga membantu penurunan berat badan erta dapat menyembuhkan kerusakan urat syaraf. Ini juga akan meyeimbangkan sistem kelenjar endokrin. Ia juga dikaitkan sebagai alat bantuan dari sinergi tubuh. Kesan positif juga berkait dengan meringankan masaalah buasir. Ia seterusnya akan membantu menurunkan kadar gula dalam darah (hypoglycemia) dan dapat meringankan penyakit kulit kemerah-merahan atau bersisik (psoriasis). Bagaimana pun banyak kajian lanjut secara klinikal diperlukan untuk menyokong dakwaan diatas.

Kehebatan khasiat kulit manggis sebagai buah yang hebat ini juga dikaitkan dengan membantu menyembuhkan luka. Kulit manggis juga akan meringankan sakit akibat carpal tunnel syndrome (penyakit yang terjadi pada pergelangan tangan serta jari yang disebabkan oleh tekanan yang sering terjadi pada bagian tersebut. Ia biasanya sering berpunca dari terlalu sering memakai keyboard dan mouse). Faedah seterusnya adalah dapat menghilangkan penyakit kulit kering bersisik kronis (neurodermatitis). Kandungan anti peradangan dari manggis dapat mengurangi sisik dan gatal pada penyakit kulit. Kajian menunjukkan ada orang terdahulu yang tidak mahu untuk memanfaatkan Kulit Buah Manggis ini kerana kurang kajian saintifik tidak pernah dijalankan atau tidak ada hasil kajian mengenainya yang didedahkan kepada umum. Paling mudah untuk menikmati kulit buah manggis adalah membeli tej kulit buah manggis yang terdapat dipasaran (Sila lihat foto dibawah). Kalau berminat untuk membuatnya sendiri pun amat mudah dengan mengambil kulit manggis segar dan dikeringkan dalam oven atau dibawah sinaran matahari. Kulit manggis kering ini seterusnya boleh dikisar (grind) sehingga menjadi serbuk (powder) dan boleh disimpan dalam bekaskedap udara. Anda boleh buat teh kulit manggis sendiri dirumah dengan murah, mudah dan berkhasiat. Semuga rencana subuh ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology. Wasallam!.
KULIT MANGGIS...APA GUNA...
ASASNYA...BAHAN PEWARNA...
BOLEH DIPROSES...MACAMANA...
BANYAK KHASIAT...BAGAIMANA?...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Ladang Plot Manggis,
Pusat Pertanian Bukit Goh,
Jabatan Pertanian, Kuantan,
Pahang, Malaysia.
(10 Safar 1436H)
Posted from Room 1232,
Hotel Hilton, Kuching, Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...