mobile ads

KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, August 25, 2017

ALAT MENETAS TELUR AYAM

MESIN PENETAS TELUR AYAM (Egg Incubator) kini merupakan salah satu alat membantu dalam proses untuk penetasan telur ayam dengan cekap dan berkesan. Alatan ini lazimnya memiliki mempunyai cara kerja pengeraman telur tanpa ibu induk ayam tradisional tetapi ada alat pemanas yang dibantu dengan lampu mentol panas atau lampu pijar. Pada mesin penetas ini terdapat beberpa rak telur dengan berbagai kapasiti daya tampung yang dapat dipusing atau diputar baik secara automatik mahupun digerakkan secara manual. Alat bantu tetas ini juga dilengkapi pengatur suhu seperti alatan thermostat. Kaedah menggunakan alat bantu ini diharapkan agar telur ayam yang akan ditetaskan menjadi lebih banyak sehingga dalam waktu yang singkat pengusaha bolehlah mendapatkan atau memelihara ayam yang banyak dalam masa lebih cepat daripada kaedah penetasan telur ayam tradisional. Kalau cara semulajadi penetasan telur ayam mungkin ambil masa tidak menentu untuk ibu ayam mengeram dan telur menetas tetapi alat ini membantu proses penetasan dengan lebih cekap. Proses menetaskan telur ayam yang baik dan betul adalah dengan menggunakan alat seperti ini. Alat ini boleh dibuat sendiri oleh penternak ayam berskala besar atau berskala kecil mengikut keperluan. Bagi orang kampong juga boleh membuat alat penetasan telur ini sendiri dengan sedikit imlu pengetahuan asas untuk membuatnya. Apa yang penting adalah ada bahan yang boleh dibeli dan dibuat alat penetasan telur dengan lebih sistematik. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai alat penetasan telur ayam (inkubutor) untuk dijadikan bahan bacaan.


Penelitian penulis blog mendapati ada 4 perkara penting yang mesti diberikan perhatian untuk menetaskan telur ayam dengan alat penetasan inkubator ini. Pertama sekali adalah kaedah pemilihan telur ayam yang baik untuk ditetaskan. Sebaiknya telur ayam adalah merupakan telur ayam yang diperolehi dari induk ibu ayam betina yang dipelihara bersama ayam pejantan yang tulin dan bukan telur ayam telur komersil dipasaran. Telur ayam untuk ditetaskan sebaiknya memiliki bahagian dimana dikenalpasti memiliki fungsi penting dalam perkembangan embrio sehingga ia mampu menetas. Kejayaan kadar untuk proses penetasan yang tinggi bergantung kepada keadaan telur tetas dan kaedah mengendalikannya. Biasanya jenis telur yang baik atau berkualiti memberikan anak ayam yang berkualiti. Lazimnya dalam menetaskan telur ayam dengan menggunkan alat penetasan ni perlukan cara memilih telur yang benar-benar mempunyai embrio didalamnya kerana tidak semua telur memiliki embrio sehingga boleh ditetaskan. Daripada penelitian dimana biasanya telur ayam yang baik mempunyai ciri-ciri iaitu telur didapatkan dari induk ayam jantan dan ayam betina yang berumur kurang dari 12 bulan, tidak cacat (tidak retak, kasar, kulit telur lembik, kuning pudar dll), tidak berbau busuk (telur tembelang), memliki berat yang normal sekitar 40-45 gram sebiji untuk telur ayam kampung, mempunyai rongga udara dilihat jelas dan telur ini tidak dipindah-pindahkan. Bagi menggunakan mesin penetas telur ayam sebaiknya pengguna sudah mengetahui tentang cara susunatur bagaimana untuk mengoperasikannya. Apabila membeli alatan penetas baru dari pembekal sebaiknya membuat ujicuba dahulu dikedai sebelum dibawa pulang. Pastikan bertanya bagaimana cara menggunakannya dengan betul. Pastikan semua komponen pada alatan atau mesin penetas berfungsi baik seperti ketepatan suhu pada thermostat serta alat kawalan otomatik yang terdapat. Sebaiknya letakkan alatan tersebut ditempat yang sesuai agar tidak terkena sinar matahari secara langsung dan selamat daripada gangguan lain.


Proses penetasan telur ayam dengan inkubator biasanya memerlukan masa diantara 21-22 hari dengan cara yang betul. Pada hari pertama sebaiknya pada pagi hari dimasukkan telur ayam yang sedia dan disusun pada mesin dengan sudut sekitar 40°. Sebaiknya pada bahagian tirus disusun pada susunan kebawah dan bahagian dempak berada susunan dibahagian atas rak. Kemudian pintu di tutup rapat sehingga pada hari ke-2 dan hidupkan mentol lampu. Pada hari ke-3 maka rak dalam inkubator ini perlu dipusingkan telur 3 kali sehari iaitu pada pagi, tengahari dan petang. Pastikan agar tidak keluarkan telur ayam pada alat inkubator ini. Pada hari ke-4 maka perlu dibuka sistem pengudaraan (ventilation system) selama 15 minit untuk menyejukkan telur.  Pada hari ke-5 kemudin perlu dibuka untuk tujuan pengudaraan ½ bahagian dan mulakan untuk membalik-balikkan telur. Pada hari ke-6 juga perlu dibuka untuk ventilasi ¾ bagian dan perlu membalikkan telur. Pada hari ke-7juga perlu membalikkan telur dan buka ventilasi seluruhnya dan mulakan membuat pemeriksaan telur yang kosong. Kemudian hari ke terukan dengan apa yang dibuat padhari ke 13 dengan membalikkan telur dan sejukan. Hari ke-14 pun perlu mmbalikkan dan periksa lagi telur yang mati (Anak ayam yang mati akan terlihat cairan terang atau darah sedangkan yang hidup akan terlihat titik yang bercabang). Hari ke 15 sehingga ke 17 teruskan membalikkan telur dan sejukkan. Seterusnya pada hari ke-18 juga dibalikkann telur dan pastikan mesin inkubator ini masih dalam keadaan tertutup. Hari ke-19 biasanya telur mulai retak mulakan untuk menambah kelembaban udara pada mesin menetas dengan cara menggantungkan kain basah disekitar telur (Jangan sampai ada air menitis pada saluran paip pengantar panas). Kemudian pada hari ke-20 dimana ketika telur sudah mula menetas maka tutup kaca pengintai dengan kertas atau kain hitam. Hari ke-21 boleh dikeluarkan bekas air dan kain dari mesin inkubator sebab telur sudah menetas. Pada hari ke-22 telur sudah sepenuhnya menetas dan boleh dipindahkan anak ayam yang telah menetas ke tempat sesuai.


Mesin Inkubator Penetas telur ayam ini merupakan inovasi dalam penternakan untuk menghasilkan anak ayam yang seragam. Gunakan mentol lampu yang sesuai digunakan untuk menghasilkan suhu yang bersesuaian (Sila lihat foto disebelah). Tinjuan penulis blog mendapati dimana semakin ramai penternak ayam kampung mengalami kesukaran mengeramkan telur ayam yang diternak terutama pada musim tengkujuh yang mendorong seorang usahawan menghasilkan inovasi mesin penetas telur (inkubator). Dalam pada itu sebuah laporan akhbar tempatan membuat rencana dimana usaha Muhamad Bukhari Lazim, 36, berbaloi apabila mesin penetas telur yang dibuatnya sejak lapan tahun lalu sudah terjual antara 30 - 40 unit sebulan. Beliau telah mempelajari teknik membuat mesin inkubator itu daripada seorang rakan ketika bekerja sebagai pemandu kren di Pahang 10 tahun lalu. Dia tidak sangka ilmu asas membuat mesin ini yang diturunkan itu membantu menjana pendapatan sampingan. Kini hanya mengambil masa selama dua hari, satu mesin dapat disiapkan dan dijual kepada pelanggan termasuk di Johor dan Selangor. Telah ada sebahagian mereka membuat tempahan melalui dalam talian termasuk Facebook atau WhatsApp” katanya yang ketika ditemui pemberita di Kampung Dendang Timur, Ketereh, Terengganu. Mesin ini diperbuat daripada bahan asas seperti kayu, thermometer raksa untuk bacaan suhu selain menggunakan mentol untuk menghasilkan suhu diperlukan ketika telur diram. Sebelum ini dia ada membuat sendiri kotak kayu itu tetapi sekarang terpaksa mengupah tukang kayu untuk mendapatkan kotak yang lebih kemas dan tahan lama. Beliau lebih tertumpu kepada kerja membina rangkaian elektronik di dalam mesin penetas telur itu. Semua sistem perlu dipastikan berjalan lancar supaya telur ayam kampong khususnya yang dieramkan menetas pada waktu ditetapkan iaitu 22 hari. Suhu mesin penetas perlu berada pada 38 hingga 40 darjah Celsius dan bergantung kepada jenis telur yang ingin dieramkan, jika telur ayam hanya 38 darjah Celsius sementara telur itik atau angsa 40 darjah Celcius. Bercerita berkenaan kebaikan mesin penetas telur itu ada penternak boleh mengeramkan telur ayam atau itik pada bila-bila masa dan tidak bergantung kepada keadaan cuaca. Kira-kira 90 peratus anak ayam atau unggas yang dieram menggunakan mesin itu lebih jinak dan senang diuruskan berbanding menetas secara semula jadi iaitu yang menggunakan ibu ayam induk. Beliau telah mengambil keputusan membuat mesin ini kerana ingin memberi cara kemudahan kepada penternak yang menghadapi masalah telur tidak menetas setiap kali musim tengkujuh pada November - Januari terutama di pantai timur. Kini beliau telah berjaya menghasilkan mesin penetas telur yang menepati cita rasa dan berfungsi dengan baik. Dia menjual mesin penetas telur itu mengikut saiz sama ada bersaiz kecil yang mampu memuatkan 50 biji telur atau mesin yang besar dan mampu memuatkan 100 biji telur pada satu masa. Harga yang dijual biasanya bergantung kepada saiz iaitu RM280 - RM450 dan perkhidmatan pembaikan juga disediakan bagi memudahkan pelanggan membaik pulih mesin penetas telur milik mereka yang mengalami masalah. Sesiapa berminat boleh menghubungi beliau sendiri. Semuga rencana ini akan memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MENETAS TELUR... ADA CARANYA...
GUNA INKUBATOR...22 HARI LAMANYA...
TELUR AYAM KAMPONG... SASARANNYA...
BUAT SENDIRI... BELU PUN ADA JUG...

By,
M Anem,
Seior Agronomist,
Room 429, Hotel Zenith,
Kuantan, Pahang,
Malaysia.
(11 Zulkaedah 438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...