KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, August 13, 2017

RUMPUT NAPIER - MUDAH TANAMNYA

RUMPUT NAPIER (Pennisctum purpureum) atau juga dalam bahasa lain dipanggil 'Napier Grass' atau ada yang panggil sebagai Rumput Gajah merupakan sejenis rumput yang mudah untuk ditanam untuk makanan ternakan. Kini tanaman rumput napier yang juga merupakan tumbuhan yang berperanan mempastikan bahawa sumber tanah dan air dikawasan tanaman mendapat tumbuhan dioptimakan penggunaanya disamping membantu mencegah hakisan tanah. Rumput Napier dari jenis tertentu yang dijaga baik mampu hidup subur menjadi bahan hijauan untuk diberikan kepada ternakan ruminan seperti lembu, kambing, kerbau dan sebagainnya. Rumput Napier jenis Pak Chong 2 dari Thailand kini juga ada yang panggil rumput gajah adalah merupakan alternatif yang sesuai untuk ditanam. Terdapat beberapa jenis rumput napier yang sesuai ditanam dinegara kita untuk dijadikan sumber makanan ternakan. Walau pun sebelum ini usaha penanaman rumput napier komersil hanya diusahakan oleh penternak ruminan untuk memberikan bahan makanan ternakan mereka tetapi kini ada usaha oleh petani lain yang menanam rumput napier secara komersil untuk dijual kepada lebih ramai penternak. Rumput Napier menarik minat pekebun kecil kerana ada beberapa varieti rumput napier yang sesuai dikomersilkan berhasil tinggi dan diproses menjadi produk lain seperti silaj dan hay. Tanaman rumput napier juga sesuai digunakan dalam usaha untuk memelihara kestabilan tanah dengan cara mencegah daripada hakisan tanah yang teruk. Ini disebabkan rumput jenis ini merupakan tumbuhan yang mampu tumbuh dengan cepat sehingga dalam waktu singkat ia mampu meliputi tanah dengan kadar rapat dan tebal (Sila lihat foto diatas). Selain itu tumbuhan rumput napier yang ditanam menjadikan bahagian atas daunnya mampu melindungi permukaan tanah dari percikan air hujan dan melambatkan pengaliran air di permukaan. Lazimnya pada bahagian bawah tumbuhan atau akarnya boleh menguatkan struktur tanah dan membantu melancarkan resapan air kedalam tanah. Secara umumnya penanaman rumput napier ini boleh dilakukan secara 'monoculture' ataupun 'interculture' dengan tanaman lain untuk mendapatkan manfaat tanaman napier iaitu secara maksima. Pertumbuhannya yang relatif cepat dalam waktu yang pendek serta peranan daun-daun dan perakarannya terhadap hakisan (erosion) maka penanaman rumput napier dapat menjadi pilihan yang bijaksana dan menguntungkan. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai penanaman rumput napier untuk tujuan bagi makanan ternakan khususnya ruminan seperti testimoni dlaporkan oleh beberapa akhbar tempatan.


Laporan bertajuk 'Pokok napier mudah ditanam' oleh pemberita dari Utusan Malaysia merujuk kepada usahawan yang menjalankan penanaman ini di Baling, Kedah. Mohd Nazri Zakaria 41, telah mengambil kira saranan dan nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kedah selain beliau ‘berguru’ menerusi Internet telah mengorak langkah mengusahakan projek tanaman pokok napier. Diusahakan sejak tahun lalu di kawasan seluas kira-kira tiga hektar di Kampung Surau Bakai, Baling, Kedah, tanaman rumput napier terbabit yang menyerupai pokok tebu sangat sesuai dijadikan sumber makanan tambahan ternakan termasuk lembu dan kambing. Sebenranya penulis blog pun memang setuju dengan pendapat En Nazri dimana pokok napier yang berasal dari India ini cukup mudah ditanam berbanding pokok lain dimana ia mengandungi protein bagi meningkatkan pengeluaran susu lembu, biri-biri, kambing serta kerbau. Antara cara paling baik menghasilkan ternakan berkualiti ialah pokok berkenaan perlu diproses dijadikan silaj napier (rumput napier diperamkan selama kira-kira sebulan) yang dicampur dengan bahan tertentu seperti gula merah dan Effective Microbe (EM) supaya ia boleh disimpan lama serta tidak mudah rosak. Bagaimana pun sebelum dijadikan silaj sebaiknya pokok napier perlu mesti ditebang bersama daunnya dimana kemudian ia perlu menjalani proses penghancuran menggunakan mesin penghancur (Sila lihat foto disebelah). Kini beliau tidak perlu bimbang akan supply makanan ternakan ruminan kerana mempunyai bekalan makanan silaj yang mencukupi malahan beliau menjualnya kepada penternak ruminan yang lain. Aktiviti ini memerlukan ilmu pengetahuan dan kemahiran khusus bagi mendapatkan hasil yang memadai. 

Selain digunakan sebagai makanan tambahan untuk 300 kambing, biri-biri dan kibas yang diternak dilaporkan beliau memang mampu menjual silaj itu kepada ramai pengusaha ternakan lain dengan harga pasaran iaitu sekitar RM400 untuk satu tan dan RM12 bagi 30 kilogram (kg) bagi silaj yang berkualiti. Ditanya lagi katanya walau pun penat lelah bekerja tetapi bapa kepada lima anak itu mengusahakan projek tanaman rumput napier atau nama saintifiknya dikenali sebagai Pennisctum purpureum tidak menghampakan malahan beliau memperoleh pendapatan agak lumayan kira-kira RM10,000 sebulan hasil jualan silaj dan susu kambing yang diusahakan sejak lima tahun lalu. Ditanya lanjut beliau nyatakan pelanggannya bukan saja dari sekitar Baling malah lebih jauh lagi iaitu daripada  Alor Setar, Pulau Pinang dan Gerik, Perak. Mengulas lanjut dakwanya beliau yang telah dilahirkan dalam keluarga petani, Mohd Nazri tidak kekok mengusahakan projek tanaman napier dan ternakannya yang dibantu anak lelakinya iaitu Muhammad Safwan yang masih muda berumur 21 tahun. Beliau dakwa dan mendapati banyak perubahan pada ternakannya yang diberi makan silaj setiap hari apabila membesar dengan baik dimana ini sekali gus mengeluarkan susu dan daging berkualiti selain dapat menampung permintaan pelanggan.


Dalam akhbar lain Harian Metro rencana sensasi bertajuk 'Hasil Rumput Napier Lumayan' pula menyiarkan bagaimana En Nazri meneruskan aktivitinya dengan penoh berjaya. Khasiat napier ini yang juga dikenali sebagai ‘guatamala’ atau rumput gajah sebagai makanan ternakan tidak perlu dipertikaikan kerana penduduk di India, Taiwan dan Indonesia mengusahakannya secara komersial berbanding di Malaysia. Rumput ini cukup mudah ditanam iaitu tapak penanaman perlu dibuat batas panjang sebelum pokok tanaman itu yang dipotong pada saiz kira-kira 0.5 meter dan ditanam menegak atau dibaringkan (Sila lihat foto disebelah). Pada peringkat awal biasanya ia mengambil masa kira-kira tiga bulan untuk membesar dan matang. Napier ini boleh ditebang setiap bulan kerana benih baru tumbuh pada perdu tunggulnya dan membesar dengan cepat. Berkenaan perusahaan susu kambing Mohd Nazri berkata dimana setakat ini dia tidak menghadapi masalah, malah permintaan semakin bertambah berikutan semakin ramai sedar khasiat susu segar. Ketika ini beliau memproses susu segar itu secara manual iaitu dengan memerah susu dengan menggunakan tangan. Perahan susu itu disimpan dalam bekas khas sebelum diisi dalam botol plastik berisipadu 220 milimiter (ml) dan dijual RM3.00 sebotol manakala bagi botol 500 ml pula RM6.00 dan menerima pasaran baik.


Dalam laporan lain, selepas kejayaan mengusahakan didalam penternakan ayam piru (ayam belanda) maka seorang bekas guru melipatgandakan usaha beliau apabila memajukan tanah seluas 1.2 hektar dengan tanaman rumput jenis Napier yang kini mula memberi hasil lumayan (Sila lihat ayam piru disebelah). Encik Farizal Hamidon yang berumur 48 tahun rumput Napier yang ditanam sejak Ogos 2013 kini mula menunjukkan hasil memberangsangkan kerana cepat membesar dan boleh dituai dalam tempoh 30 hingga 45 hari. Tanaman kontan rumput napier dengan benih dari Australia ini mempunyai protein tinggi dan sangat sesuai untuk makanan ternakan termasuk ayam piru, kambing, lembu dan kerbau kerana sangat menjimatkan. Bermodalkan RM3,000 beliau membeli benih rumput Napier dan tanaman itu mampu menjimatkan kos makanan ternakan kira-kira 90 peratus berbanding dedak yang digunakan sebahagian besar penternak,” katanya ketika ditemui di Teroka Jaya, Mukim E, Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang. Beliau berkata dengan cara penggunaan dedak sebanyak 50 kilogram (kg) berharga RM100 berbanding penggunaan campuran rumput Napier dan dedak cuma RM10. Melihat rumput Napier begitu subur kini beliau rasa cukup puas kerana pengorbanan beliau untuk menanam rumput napier dan menumpukan usaha melebarkan perniagaan ini sudah mula membawa pulangan memberangsangkan.


Dalam rencana dinyatakan dimana beliau kini mula menjual rumput berkenaan dan menjadi pilihan penternak lain dari Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Rumput Napier yang ditanamnya dijual pada harga RM15 sekilogram dan setakat ini sudah memperoleh pendapatan antara RM20,000 hingga RM40,000. Beliau kini telah berjaya menghasilkan rumput Napier yang mempunyai daun selebar 2.5 sentimeter walaupun saiz biasa di pasaran cuma 1.5 sentimeter. Rumput Napier digemari ternakan kerana mengandungi kandungan air yang banyak dan teksturnya lembut. Farizal memulakan penternakan ayam piru pada Mei 2011 dengan modal RM150,000 dan kini bilangan ayam berkenaan mencecah lebih 2,000 ekor dengan dibantu rakan perniagaannya iaitu En Amirul Hifzan Anor. Penternakan ayam piru diusahakannya kini menjadi pilihan pelanggan kerana haiwan itu kurang kolestrol selain mempunyai pelbagai khasiat lain. Berkat usahanya itu telah terbukti dimana En Farizal muncul johan Kategori Penternak Unggas pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri 2013 dan tempat kedua pada pertandingan penternak unggas (ayam piru dan daging) pada tahun sama. Pada masa ini hasil ternakan ayam piru segar dijual pada harga RM25 hingga RM35 sekilogram dan bulunya dikumpulkan untuk dijadikan produk kraftangan yang menarik (Sila lihat foto disebelah). Laporan akhbar tempatan ini mengenai penanaman rumput napier membuktikan telah ada usahawan yang berjaya menanam rumput ini secara komersil. Semuga coretan ini memberi info berguna kepada pembaca blog anim agro technology semua. Wasallam!!!...
RUMPUT NAPIER... MUDAH TANAMNYA...
TELAH DIBUKTI....EN NAZRI MENCUBA...
MUDAH DITANAM... SENANG DIJAGA...
MEMBACA ARTIKEL...BARU TERBUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar BAru UDA,
Johor Bahru,
Johor, Malaysia.
((14Dzulkaedah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...