KLIK SAYA SOKONG BLOG

Monday, August 7, 2017

MEEHOON - VERMICELLI RICE

VERMICELLI RICE atau dalam bahasa kita disebut sebagai Mehoon atau Bihun merupakan sejenis mee kering yang dibuat daripada beras da mudah dibeli. Mi ini yang banyak dijual dipasaran dengan pelbagai jenama dan berbeza harga merupakan bahan asas makanan yang penting dikalangan masyarakat Asia Tenggara. Ia lazimnya dibungkus dalam bungkusan plastik yang kedap udara dengan bungkusan kecil atau bungkusan besar. Vermicelli Rice juga mempunyai pelbagai nama gelaran lain seperti Mee Beras (Rice noodle), Benang Beras (Rice Sticks) atau paling terkenal sebagai Bee Hoon. Bagaimana pun ada sesetengah orang keliru dengan nama cellophane noodles atau pool noodles dengan pelbagai jenis mee lain seperti mee laksa dan sebagainya. Selain daripada menggunakan bahan asas beras sebagai vermicelli rice terdapat juga mee ini yang dibuat daripada kacang hijau atau mungbeans. Masakkan yang berasaskan bihun ini di Asia Tenggara adalah satu menu yang dimakan ramai. Cara makannya pula berbeza-beza sama ada ianya dihidangkan sebagai bihun goreng, bihun sop, bihun pek atau dimakan sebagai salad sahaja. Dalam mencari maklumt mengeni bihun dilaporkan di Guilin, China terdaapat sejenis vermicelli rice dimakan setiap kali sarapan pagi sebagai makanan ruji mereka. Dalam peraturan permakanan yang terdapat di Taiwan pula mereka telah mengkelaskan makanan ini dimana kandungan tepong beras dalalam Bihun mesti melebihi 50% dalam mi tersebut dan jika ia kurang tidak boleh dilabel sebagai bihun. Artikel malam ini saya menulis artikel ke 4,395 didalam "Anim Agro Technology" mengenai Meehoon vermiceli atau bihun untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Terdapat banyak menu makanan yang disediakan berasaskan kepada Mi Bihun ini. Sebagai contoh dinegara Indonesia, makanan bihun goreng dengan kicap merupakan antara menu kegemaran ramai penduduk disana. Selain itu di Indonesia juga popular makanan Bihun Goreng walau pun resepi masakan mereka berbeza sedikit dengan bihun goreng yang disediakan di negara kita (Sila lihat bihun Malaysia di sebelah). Kita di Malaysia ada dua jenis bihun goreng yang biasa di sediakan iaitu BIHUN GOENG PEDAS dan BIHUN GORENG PUTIH. Bihun goreng pedas ini selalunya akan disediakan dengan menggunakan bahan cili boh tetapi bihun goreng putih tiada cili boh dan ditambah dengan lada sulah untuk memberikan rasa pedas. Bihun goreng merah dimakan oleh kebanyakann penduduk Malaysia sedangkan bihun goreng putih ini lebih popular di Selatan Tanah Air khususnya di Negeri Johor. Bihun ini juga sering dimakan dengan menambah sambal kicap untuk keenakannya. emang amat mudah untuk menyediakan bihun goreng putih berbanding dengan bihun goreng pedas biasa. Penulis yang sering memasak bihun goreng kedua-dia jenis diatas mendapati bahan yang utama untuk makanann ini adalah MEEHOON. Bahan lain diguna dalam bihun goreng pedas adalah cili boh, minyak masak, bawang, bilis, taugeh, daging ayam atau daging lembu, bawang putih, udang, tahu, daun sup atau daun kucai, fish ball atau fish cake, minyak masak dan beberapa lagi. Bagi menambahkan keenakan ada yang menggunakan isi kerang, sotong, kupang dan sebagainya. Semua ramuan tumis dikisar dalam blender dan dimasukkan kedalam kuali yang ada minyak panas. Apabila ramuan panas masukkan bahan seperti daging ayam atau sotong atau kerang kedalamnya dan dipanakan sehingga masak. Kemudian bihun yang telah lembut dimana ia telah direndam dalam air panas dimasukkan dann digaul sehingga sebati. Apabila masak maka masukkan pula taugeh, daun sup, daun bawang atau daun kucai dan tutup api. Kemudian angkat dan masukkan dalam bekas hidangan dan bubuh hiasan dengan cili merah potong atau cili jeruk dan telur goreng kirai diatasnya. Bihun goreng memang enak dimakan semasa suam panas.


Membuat bihun goreg putih lebih senang prosesnya daripada bihun goreng pedas. Oleh kerana ia disediakan tanpa cili boh maka hasilnya jenis ini akan berwarna keputhan atau sedikit pudar sebab minyak dan bahan ramuan digunakan. Pada saya yang minat makan kedua-dua jenis bihun ini makan bihun goreng putih dengan cara menambah sambal kicap yang berwarna hitam. Bihun jenis ini jarang dijual digerai pasar malam berbanding dengan jenis bihun goreng pedas yang dikira lebih bersifat komersil. Bihun goreng ini bagaimana pun ada dihidangkan semasa mesyuarat, jamuan hari raya rumah terbuka, jamuan BBQ dan beberapa majlis keramaian lain. Makanan bihun adalah berkhasiat kerana memberikan tenaga yang banyak dari Karbohiderat dan bahan protin daripada daging, sotong, udang dan telur yang digunakan. Di kantin sekolah pula makan berasaskan bihun ini menjadi menu wajib yang disukai oleh murud sekolah daripada sekolah rendah sehingga sekolah menengah dan peringkat pengajian tinggi. Ia dijual dalam bungkusan (sama ada bungkusan polistrin), bungkusan plastik, bungkusan kertas, bungkusan pek lain) atau dihidangkan dalam pinggan hidangan. Harga jualan bihun adalah yang paling kmpetetif murah daripada makanan lain dan memberikn rasa kenyang dan tenaga mencukupii untuk semua orang. Mereka yang turun kesawah, kelaut, kekilang, kepejabat dan sebagainya ada yang membawa bekal bihun goreng dari rumah. Inii kerana makanan ini tahan disimpan lama berbanding dengan makanan lain dan simpel kerana tidak berkuah.


Bihun Sup merupakan satu lagi makanan berasaskan bihun yang sangat popular dan enak dimakan. Penulis blog memang suka makan bihun sup yang dimakan semasa panas suak lagi. Menu bihun sup ini ada banyak jenis dan gelarannya iaitu bergantung kepada bahan digunakan dan juga ramuan yang dimasukkan. Terdapat banyak premis an gerai yang menjual bihun sup diseluruh negara daripada Perlis sehingga ke Sabah. Pendek kata makanan bihun sup merupakan pilihan ramai rakyat dinegara inni kerana ia mudah disediakan dan dibeli. Apa yang penting adalah komponen sup yang disediakan (walau pun resepi membuat sup tersebut adalah standard). Biasanya beberapa ramuan tambahan dimasukkan kedalam sup yang disediakan seperti daging ayam, daging lembu, tulang (sebarang jenis tulang lembu atau kambing) dan juga ada yang masukkan telur didalam sup. Diantara menu bihun sup yang popular adalah BIHUN SUP UTARA dimana ia sering menghidangkan bihun sup dengan tulang atau Daging yang kelihatan menyelerakan (Sila lihat foto disebelah). Bihun ini sering dikomersilkan dibanyak premis dan setiap kali ada jualan mera atau pesta perayaan akan ada penjual bihun ssup utara ini. Bihun sup merupakan makanan yang sesuai uuntuk dimakan diwaktu pagi, tengahari, petang dan malam. Harga bihun sup ini mempunyai julat harga yang jauh daripada semurah RM2.50 sahaja sehinga kepada lebih RM10.00 semangkuk. Antara bihun sup yang dijual agak tinggi harganya adalah Bihun Sup Spesial Sum-sum Tulang dibeberapa buah restoren.


Meehoon yang ada dipasaran masa ini lazimnya disediakan dikilang tempatan atau diimport daripada negara jiran (terutamanya dari Thailand degan jenama 'Cop Gajah Bumi') mudah diperolehi (Sila lihat foto disebelah). Meehoon adalah dibuat melalui proses khas untuk menjadikan beras hancur diroses sehingga menjadi benang mee yang halus dan kering. Di negara kita beras hancur ini pernah menjadi isu kerana ia masih menerima subsidi yang banyak walau pun untuk kegunaan pengilangan dahulu. Pek biasa meehoon lazzimnya dibungkus dalam plastik seberat 500 gram walau pun ada pengilang yang isii hanya seberat 400 gram sahaja. Terdapat banyak jenama meehoon yang dijual di negara kita seperti Cap Bintang, Cap Gajah Bumi, Cap Saga, Cap Helang Merah, Cap Candik, Cap Ali, Cap Erawan, Cap Burung Layang-layang dan banyak lagi. Bagaimana pun pengguna diingatkan untuk mempastikan apa juga jenama yang hendak dibeli mesti mempunyai tanda HALAL pada pek pembungkusannya. Ini kerana ada dijual dipasaran pek meehoon yang tidak ada tanda halal dimana ia meragukan. Pek standard ini dijual dengan harga berbeza-beza daripada semurah RM1.50 sehingga mencecah RM4.50 bergantung kepada kualiti, lokasi dan juga premis yang menjual. Kini telah banyak pek besar dijual dipasaraya untuk tujuan penjual makanan dikantin atau untuk simpanan surirumah yang sering memasak mee ini. Pekk besar ini lazimnya dipekk seberat antara 3-5 kg dalam satu bngkusan dengan julat harga pasaran berbeza-beza. Makanan berasaskan beras ini kini menjadi satu industri yang besar kerana tahap permintaan vermicellii rice mee ini semakin meningkat saban tahun. Bagaimana pun kalau dahulu hanya pengeluar meehoon bukan bumiputra yag monopoli kinii telah ada pengilang bumiputra yang terlibat dalam pengeluaran bahan makan penting ini. Semuga rencana dalam anim agro technology subuh ini memberi info berguna kepada semua. Wasallam!!!..
MAKAN BIHUN... IA POPULAR SEKALI,,.
MUDAH DISEDIAKAN...DALAM KUALI...
YANG PEDAS... PUTIH MAKAN BERDIRI..
SELALU DIHIDANG... DIWAKTU PAGI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(21 Syawal 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...