KLIK SAYA SOKONG BLOG

Thursday, August 17, 2017

LAKSA - JENIS LAKSA DI MALAYSIA (Part 1)

MAKANAN LAKSA merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia malahan dinegara Asia. Laksa memounyai keunikan sajian tersendiri dengan pelbagai resepi yang berbeza dihampir setiap negeri di Malaysia. Jenis-jenis laksa sebenarnya memiliki versi laksa tersendiri mengikut lokaliti dan negara. Apa pun pada penulis blog dinegara kita laksa adalah makanan yang dibuat berasaskan ikan, tepung beras dan juga kuahnya. Apa pun setiap jenis laksa ini memiliki keunikan yang tersendiri. Kalau dahulu hanya Laksa Penang sahaja yang dikenali ramai tetapi sebenarnya banyak jenis laksa lain yang dimakan oleh rakyat tempatan bagi tujuan penulis artikel kali ini. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dipanggil sebagai laksa di Malaysia dan paling terkenal ialah Laksa Penang atau Asam Laksa. Dari rujukkan mendapati Laksa Penang ini telah diiktiraf sebagai diantara 10 makanan tersedap didunia oleh CNN Food. Pada saya gabungan rasa masam manis dan pedas membuatkan selera anda terbuka luas. Laksa Penang bagaimana pun kini ada variasinya yang tersendiri mengikut kreativiti pembuatnya daripada jenis Laksa Penang Tradisional kepada jenis Laksa Penang Moden yang komersil. Walau pun makanan laksa ini selalu dimakan semasa minum pagi, makan tengahari, makan malam tetapi paling sesuai adalah di makan waktu petang. Banyak gerai yang menjual laksa ini diwaktu petang diantara jam 2.00 - 6.30 petang. Pada saya Negeri Kedah menghasilkan jenis maknan berasaskan laksa kerana kawasan mereka mempunyai bekalan ikan segar yang murah dan banyak serta mudah didapati sama juga dengan beberapa negeri Pantai Timur yang ada sumber ikan segar. Sebenarnya terdapat sekitar 10 jenis-jenis laksa yang saya diketahui dan mungkin anda semua boleh mencuba semua jenis laksa ini. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis makanan laksa sekadar dijadikan bahan bacaan dan rujukkan anda.

(1) LAKSA PENANG atau ASAM LAKSA

 
LAKSA PENANG merupakan sejenis laksa yang paling popular dikalangan semua jenis laksa kerana ia boleh didapati diseluruh negara dan dijadikana makanan jenis laksa yang disukai ramai. Pada penulis blog Laksa Penang amat disukai ramai dan banyak dijual di Pasar Malam, Pasaraya, Restoren, Gerai Tepi Jalan malahan ia di sediakan untuk banyak jamuan rasmi kerajaan. Laksa Penang ini dipercayai berasal dari Pulau Pinang dimana pada saya walaupun selalu kuahnya agak cair tetapi ia padat dengan rasa (Sila lihat foto disebelah). Laksa jenis ini berasakan mee laksa dan kuah isi ikan dimana apabila digabungkan dengan bahan rencah lain seperti Hirisan timun, Hirisan bawang, daun salad, Telur, Buah nenas dan sebagainya maka mampu membuatkan lebih ramai yang ingin makan lagi. Dipasar malam ia dijual dengan harga antara RM3.50 - RM5.00 satu bekas plastik dengan kuahnya dibungkus berasingan dilokasi berlainan. Penulis dirumah setiap 1-2 bulan sekali selalu membuat makanan Laksa Penang untuk keluarga terutama apabila semua ahli keluarga berkumpul. Semasa jamuan rumah terbuka Hari Raya pun beberapa kali penulis menghidangkan laksa Penang sebagai hidangan.

(2) LAKSA JOHOR

LAKSA JOHOR merupakan sejenis laksa yang sangat unik kerana ia menggunakan spagetti dan kuahnya seakan bolognese. Laksa Johor juga merupakan makanan tradisional berasal dari negeri Johor (tempat kelahiran penulis blog) dan hanya popular dikalangan rakyat  negeri Johor atau Bangsa Johor. Bagaimana pun kini telah ramai bukan orang Johor yang minat laksa ini dan mampu untuk menyediakan dan memakannya melalui layaran di internet. Laksa Johor juga menggunakan asas ikan sebagai kuahnya tetapi mempunyai banyak ramuan seperti timun, bawang, telur, taugeh, lobak masin dan yang unik adalah tambahan iaitu sambal merah. Penulis juga suka makan laksa Johor terutama yang disediakan oleh mereka yang tinggal di Johor Bahru. Terdapat beberapa gerai popular di sekitar Johor Bahru yang menghidangkan makanan ini di sekitar Johor Bahru. Laksa Johor juga ada dijual di Bazaar Ramadan dan Pasar Tani Mega di Larkin serta beberapa kompleks membeli belah lain. Keluarga penulis hanya beberapa kali sahaja membuat laksa ini kerana ia memerlukan kemahiran dan kemahuan yang hebat untuk membuatnya.

(3) LAKSA KUALA PERLIS

LAKSA KUALA PERLIS merupakan sejenis laksa yang dipercayai berasal daripada Kuala Perlis, Perlis. Pada saya laksa ini popular kerana memang ramai pelancong yang ingin ke Langkawi akan singgah di Kuala Perlis dan mereka akan singgah digerai menjual Laksa Perlis sementara menunggu menaiki feri kepula pelancing terkenal itu. Sejak dulu ramai pelancong ke Pulau Langkawi dengan feri tidak seperti sekarang ramai berkemampuan menaiki kapalterbang seperti Air Asia dengan tambah murah dan moto 'everyone can fly'. Laksa Persin ini paling simpel kerana ia pada penulis blog menghidang jenis laksa dimana kuahnya agak pekat berbanding Laksa Penang. Lazimnya ia dihidangkan dengan tidak meletakkan hirisan nenas tetapi masih memberikan rasa yang tetap menarik. Sejak dulu kala penulis dan ramai pelancong tempatan sanggup ke Kuala Perlis hanya untuk menikmati laksa tersebut yang unik. Harga laksa ini dulu amat murah sekitar RM1.00 semangkok tetapi harga sekarang sudah menyamai dengan makanan lain. Kuala Perlis merupakan lokasi pendaratan ikan segar yang mana ia membolehkan laksa Perlis adalah enak dan berkhasiat.

(4) LAKSAM 
LAKSAM merupakan sejenis makanan yang sangat  popular di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Penulis mengagak dimana makanan diberi nama "LAKSAM" ini ada gabungan daripada perkataan 'Laksa' dan 'Asam' walau pun sebenarnya ia adalah lemak dengan isi ikan. Dipercayai makanan ini adalah berasal dari Kelantan atau Terengganu. Bagaimana pun kini Laksa ada di jual di pasar malam diseluruh negara seperti di Pasar Malam, Pasar Tani serta di Pasar besar atau Restoren di Pasaraya. Apa yang penulis lihat mengenai Laksam adalah isinya dibuat dengan tepung beras yang dibuat sendiri oleh pembuatnya dengan gunakan tepung beras cair yang dikukus. Biasanya laksam ini juga mempunyai kuahnya sedikit pekat dan keunikannya ialah ia menggunakan gulungan tepung beras yang dimasak sendiri di rumah dan tidak semua peminat perlu mempunyai tahap kemahiran untuk membuat laksam ini. Ia dihidangkan dengan kuah ikan berwarna putih dan dihiasi dengan kobis bulat, belacan bakar, daun herba dan juga sambal. Harga laksam berbeza-beza diantara RM3.00 - RM5.00 bergantung kepada kuantiti, lokasi jualan dan juga populariti laksam. Penulis suka makan laksam semasa bertugas di Mersing dan Pahang dimana ia dilamak pada waktu sarapan pagi, minum petang dan selepas maghrib.

(5) LAKSA KELANTAN

 
Laksa Kelantan sebenarnya hampir sama dengan jenis makanan laksam tetapi menggunakan laksa beras sebagai bahan “laksa”nya. Penulis blog juga suka makan Laksa Kelantan walau pun amat jarang memakanya jika berbanding dengan beberapa jenis laksa lain. Laksa ini diperbuat dengan bahan terdiri daripada laksa basah dan kuahnya diperbuat daripada ikan selayang direbus dan ambil isinya berserta dengan santan pekat. Bahan ramuan kuah pula adalah bawang besar, bawang merah, bawang putih, halia yang dikisar, lada hitam-tumbuk halus, asam gelugor. Bahan lain adalah garam dan gula secukup rasa serta serbuk perasa. Pada penulis membuat Laksa Kelantan agak mudah dengan mengisar semua isi ikan bersama air sehingga halus. Kemudian dimasukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan kacau hingga sebati. Sebaiknya ia dijerang atas api dan hendaklah sentiasa dikacau sehingga mendidih untuk dapatkan tekstur kuah yang halus dimana pastikan kuahnya tidak macam telur ikan. Pastikan api tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil dimana ia perlu dikacau hingga mendidih. Apabila masak ditutup api. Semasa hendak menghidang sebaiknya tambah ulam-ulaman seperti tauge, kacang panjang, timun, bunga kantan, hirisan kobis serta ditambah dengan sambak lada yang sedikit pedas. Sambal lada ini dibuat daripada Cili padi, garam, belacan yang ditumbuk hingga lumat. 

Semuga 5 jenis laksa yang dipaparkan diatas memberikan info berguna kepada pembaca semua. Untuk mengetahui 5 lagi jenis laksa yang enak dan sesuai dijadikan makanan berkhasiat sila baca sambungan tulisan artikel ini Part 2. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MAKANAN LAKSA... BANYAK JENISNYA...
LAKSA PENANG... IA PALING TERNAMA ...
LAKSA JOHOR .... LAKSAM DIMINATI JUGA...
MAKANAN BERKHASIAT... JANGAN LUPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 530,
Hotel Dorsett Putrajaya,
Precint 4, Putrajaya,
Malaysia.
(17 Dzulkaedah 1438H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...