KLIK SAYA SOKONG BLOG

Friday, August 11, 2017

BAWANG - KEPENTINGAN EKONOMI

BAWANG (Edible Alliums) merupakan tanaman penting dibeberapa negara didunia bagi dijadikan produk domestik dan eskport dimana ia ditanam secara komersil. Menurut laporan daripada FAO Statistic, penulis blog mendapati pengeluaran bawang seluruh dunia pada tahun 2011 adalah sebanyak 90.24 juta metrik tan dengan jumlah penghasilan bawang Merah (Shallots) sebanyak 4.687 juta metrik tan dan penghasilan bawang besar (Onions) sebanyak 85.375 juta metrik tan. Dari segi keluasan pula didapati seluas 237,737 hektar bawang merah telah ditanam pada tahun 2011 dimana bagi kawasan penanaman bawang besar pula adalah seluas 4.290 juta hektar. Pasaran bawang diseluruh dunia meliputi 26 - 38% daripada jenis sayur-sayuran utama dunia kerana keperluannya adalah agak besar bagi dijadikan bahan makanan utama atau pun jenis makanan sebagai ramuan penyedap rasa. Pengeluaran dan permintaan bawang dunia menurut laporan dari FAO terus meningkat setiap tahun dengan kafar 1.45 - 2.35 % setahun. Dalam buku yang saya baca berjudul "Onions and Other Vegetable alliums" iaitu sebuah buku karangan James L, Brewster terbitan CABI Internationa, (2011) ada menyatakan bahawa pengeluaran bawang dunia meningkat sebanyak 3 kali ganda dari tahun 1978 hingga 2002. Malaysia adalah salah sebuah negara 'nett importer' bagi semua jenis bawang daripada bawang merah, bawang putih dan juga bawang besar. Ini kerana tanaman bawang bukan mejadi tanaman utama di negara ini dikalangan petani. Banyak faktur yang didapati menyebabkan kebergantungan bawang import untuk ianya digunakan rakyat tempatan. Beberapa percubaan menanam bawang merah telah dilakukan tetapi belum adaa lagi varieti sesuai dan amalan agronomi sesuai bagi menghasilkan bawang di Malaysia. Penuis pernah menanam bawang merah di Mersing sekitar tahun 1998-1999 semasa harga bawang merah dunia sangat tinggi seerti idiarahkah pihak kerajaan. Bagaimana pun percubaan penanaman ini hanya menghasilkan sedikit rizom bawang akibat serangan penyakit dan perosak selain daripada faktur gangguan cuaca terutamanya hujan. Artikel subuh pagi ini saya menulis lagi mengenai kepentingan ekonomi tanaman bawang dalam "Anim Agro Technology" untuk bacaan dan rjukkan anda.


Pengeluaran Bawang di dunia dibahagikan kepada dua jenis iaitu BAWANG MERAH (Shallots) dan juga BAWANG BESAR (Onions). Penulis blog ini telah merujuk kepada FAO Statictic (2011) dimana dilaporkan pengeluaran Bawang Merah adalah sebanyak 4,867,053 tan metrik pada tahun 2011 dengan luas kawasan yang dituai adalah sebanyak 237,737 hektar.  Pengeluaran bawang besar (Onions) pula adalah sebanyak 35,375,125 tan metrik dengan keluasa tanaman seluas 4,290,645 hektar yang mana kebanyakannya adlah dihasilkan untuk pasaran domestik dan ekspot. Negara pengeluar dan pengekspot bawang besar dengan kuantiti yang banyak seperti India, Belanda, Mexico, Chile, China, Sepanyol, Turki, Poland, USA, Australa, New Zealand dan Argentina. Negara India merupakan paling banyak mengekspot bawang besar ke kawasan negara-negara Timur Tengan dan asia Tenggara termasuk ke Malaysia. Bawang Besar daripada Belanda merupakan jenis berkualiti tinggi yang boleh disimpan lebih lama dalam pasaran. Belanda juga negara di Eropah yang menjalankan 'trading' bawang dimana mereka mengimpot bawang dan mengeksppot semula kenegara-negara lain. Bawang yang ada di Malaysia datangnya daripada beberapa negara seperti India, China dan negara Eropah. Harga runcit bawang ini ada yang murah tetapi juga ada jenis yang mahal.


Bekalan bawang merah dan bawang besar boleh kita dapati di Malaysia ada dijual runcit disepanjang tahun. Ini disebabkan oleh kerana penanaman dan jadual pengeluaran tanaman bawang diaturkan diantara kawasan hemispiar utara dan hemispere selatan menyebabkan bawang dapat dibekalkan berterusan. Harga bawang juga berubah-ubah mengikut musim penanaman dan juga keperluan permintaan pasaran. Faktur seperti teknologi pengeluaran, bencana alam, kos input seperti baja dan racun serta kaedah teknologi mekanisasi ladang baik menyebabkan produktiviti ladang hasil ladang bawang terus meningkat. Varieti baru diluar negara yang ditanam hasil daripada penyelidikkan menghasilkan tumbuhan yang rintang penyakit, penghasilan tinggi dan sesuai dengan teknologi moden menggunakan jenntera pertanian dalam banyak aktiviti ladang. Pada masa ini penanaman bawang merah (Shallots) lebih ditumpukan oleh penanam individu secara kecil-kecilan dikawasan tropika yang lembab berbanding dengan penanaman bawang besar (Onions) yang ditanam dengan kaedah luas dan komersil. Biasanya tanaman bawang akan disusun mengikut musim panas dikawasan tertentu untuk penghasilan yang optima. Tanaman Bawang memerlukan long day light untuk menghasilkan bunga dan umbisi yang berkualiti.


Penanaman Bawang Putih (Garlics) pula merupakan tanaman kedua terpenting dalam kumpulan bawang. Pada tahun 2011 dianggarkan sebanyak 12.6 juta metrik tan bawang putih dihasilkan diseluruh dunia (Laporan FAO Statistics) dan kini trend permintaan terus meningkat. Negara China merupakan pengeluar utama bawang putih dunia dengan pengeluaran melebihi 8.1 juta metrik tan setahun pada tahun 2011. Kualiti tinggi dan harga rendah bawang putih dari China menyebabkan banyak pengeluar bawang putih dari negara lain sukar untuk bertanding. Malaysia adlah salah satu pengimpot utama bawang putih dari negara China. Bawang Putih dikaitkan dengan khasiatnya yang baik untuk kesihatan manusia. Pengalaman saya di Korea dulu mendapati, gulongan orang tua dikampong makan bawang putih mentah dikebun begitu sahaja kerana ia mengandungi bahan antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan (Baca artikel berkaitan - Sila Klik disini). Malaysia merupakan negara 'pengimpot tegar' bawang untuk kegunaan harian daripada banyak negara pengeluar sama ada China, India dan yang lain-lain. Malaysia masih belum berupaya untuk menghasilkan bawang sendiri dimana ia perlu diusahakan untuk menghasilkan bawang sendiri seperti di Indonesia dan Thailand. Wasallam!.
BAWANG MERAH... KECIL SAIZNYA..
BAWANG BESAR... BULAT BENTUKNYA...
MALAYSIA IMPOT..HAMPIR SEMUANYA...
HARGA MURAH... RM8 SEGUNI SAHAJA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 3112, Block Camelia,
Colmar Tropicale,
Bukit Tinggi Resort,
Bentong, Pahang,
Malaysia.
(4 Rejab 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...