KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, April 28, 2018

TANAM JAMBU LOCENG MERAH - LUMAYAN

JAMBU AIR LOCENG (Syngium samarangense) atau Wax Apple atau Rose apple merupakan sejenis buah dari keluarga Myrtaceae. Buah ini juga mempunyai nama botani sinonim lain seperti Syngium javanica dan Eugenia samarangense. Jambu Air mempunyai banyak varieti di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina serta beberapa negara sektar. Jambu Air adalah natif di Malaysia, Indonesia, Thailand dan juga Malaysia. Taiwan merupakan antara negara yang maju dalam pembangunan varieti jambu air dengan menjalankan kajian biakbaka jambu air. Walau pun Taiwan hanya mampu menghasilkan hasil buah jambu air dalam masa 6 bulan sahaja dalam setahun, tetapi nilai pengeluaran domestik dan eksport mencecah jutaan ringgit setahun. Agensi seperti TWADA (Taiwan Wax Apple Development Association) merupakan satu NGO boleh mengawal kualiti buah dan pengeksportan jambu air yang berpengaruh di Taiwan. Bentuk buah jambu lazimnya berbeza-beza mengikut varieti. Asas bagi bentuk buah jambu air ada 3 bentuk iaitu 'Pear shape', 'Elongated shape' dan 'Bell shape'. Terdapat benyak warna buah jambu air daripada yang berwarna putih, hijau terang, hijau gelap, merah terang, merah jambu, merah terang, merah gelap dan ungu malahan kehitaman (wild variety). Saiz buah sekitar 5-12 cm panjang dengan berat mencecah 150 gram sebiji. Buah jambu air akan terbentuk diantara 30 - 40 hari selepas anthesis. Jambu Air memang enak dimakan segar atau sebahagian lagi bolh diproses. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kejayaan seorang usahawan yang menanam  buah jambu air sekadar menambah imlu mengenai teknologi pertanian.


Dalam Akhbar Harian Metro baru-baru ini ditulis satu artikel bertajuk "Hasil lumayan jambu loceng merah" menarik minat penulis blog untuk mengulasnya. Artikel yang ditulis oleh wartawan Noorazura Abdul Rahman mempaparkan peribahasa lama iaitu dimana dimana ada kemahuan maka di situ ada jalan. Itulah pepatah yang sesuai bagi menggambarkan kegigihan anak FELDA dari Lubuk Merbau, Padang Terap, Kedah apabila berjaya menjadikan tanaman jambu loceng madu sebagai pendapatan tetapnya. Beliau telah bermula daripada 10 pokok jambu air loceng yang ditanam di halaman rumah 11 tahun lalu dimana kini Encik Abd Karim Ismail yang berumur 42 tehun telah rasa agak berbangga kerana memiliki kebun berkeluasan 1.5 hektar dengan 500 pokok (Sila lihat foto disebelah). Idea untuk menanam pokok jambu loceng madu tercetus kerana dia tidak mahu bergantung kepada kerja menoreh getah berikutan harga komoditi itu tidak stabil dan sering mengalami kejatuhan harga selain memabaca blog Anim Agro Technology sebagai salah satu rujukkan. Keadaan itu menyebabkan ramai anak muda iaitu dari generasi kedua FELDA telah berhijrah bagi membantu keluarga namun dia tekad untuk setia berada di tanah rancangan itu dengan membabitkan diri dalam tanaman jambu loceng madu. Banyak bidang pertanian yang boleh diceburi akan menjanjikan pulangan baik jika dijalankan dengan kaedah betul dan mendapat pasaran yang tepat. Penulis blog yang telah menulis mengenai tanaman jambu air dapati ini adalah satu tetimoni baik untuk dijadikan bahan bacaan. Tulisan saya mengenai tanaman jambu air boleh dipaut dengan mudah (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik disini) dan beberapa lagi. 


Dalam menceburi bidang pertanian, Karim nyatakan dimana dia telah mula menanam 10 anak pokok jambu ini di halaman rumah pada 2007. Melalui konsep ‘kebun rumah’ dia mendapat pulangan yang agak lumayan hingga tidak mampu menampung permintaan buah jambu terutama dari jiran dalam kawasan FELDA tersebut. Dari sambutan yang menggalakkan itu telah menyebabkan dia terpaksa menebang beberapa pokok durian di belakang rumah bagi menanam 25 anak pokok jambu loceng madu yang kini mampu mengeluarkan hasil sebanyak (3) tiga tan dengan nilai RM24,000 setiap musim. Apa yang perlu dilakukan adalah mesti rajin membalut buah jambu untuk dilakukan bagi mengelak serangan perosak (Sila lihat foto disebelah). Seterusnya dimaklumkan dimana  jambu loceng madu itu mampu mengeluarkan hasil empat kali setahun iaitu pada Januari, Mac, Jun dan September yang membolehkan bapa kepada empat anak ini dapat memberi keselesaan hidup kepada keluarganya. Lazimnya pada setiap hari dia akan meluangkan masa empat jam untuk membalut buah jambu menggunakan kertas bagi menghalang serangan ulat dan serangga perosak. Anda boleh membaca artikel saya mengenai aktiviti membalut buah belimbing yang hampir sama dengan buah jambu air dalam artikel disini (Sila klik disini). Serangan lalat Buah (Bactocera carambolae) mempu memusnahkan putik buah jambu air dengan teruknya  jika buah ini tidak dibungkus atau dibalut. Buah jambu air memang sangat sensitif dan mudah terkena serangan ulat mahupun serangga perosak. Amalan agronomi mesti melakukan aktiviti pada setiap pagi dengan cara membalut buah jambu ini dan aktiviti menggantikan balutan buah yang terkoyak terutama semasa musim hujan.  Kerja ini dapat memudahkan diuruskan dengan kelapangan masa sendiri dan ia tidak terikat dengan sesiapa,. Terkini dia didakwa menjadi perintis kepada penduduk FELDA ini yang turut meminta tunjuk ajar supaya mereka dapat menanam pokok ini di rumah masing-masing.


Dalam pada itu Abd Karim mendakwa dimana pokok jambu air loceng hanya mengambil masa setahun setengah untuk berbuah dan sesuai di tanam di halaman rumah untuk dijadikan sumber pendapatan. Kalau petani menanam secara monokrop dilokasi khusus tetapi jambu air ini juga sesuai ditanam disekeliling rumah kerana ia mudah dijaga. Konsep ‘kebun rumah’ itu sangat sesuai dipraktikkan berikutan kedudukan rumah FELDA yang mempunyai ruang halaman rumah sederhana dengan jumlah keluasan agak signifikan jika melibatkan ramai orang. Kini didakwa FELDA Lubuk Merbau semakin terkenal dengan pengeluaran jambu loceng madu yang kini dikenali sebagai jambu loceng merah. Kejayaan menanam jambu loceng madu itu menyebabkan pengurusan FELDA memberi kepercayaan kepada Abd Karim untuk menanam pokok itu di tanah seluas 1.5 hektar tanmbahan kawasan. Apabila buah telah banyak masak untuk dituai lazimnya ia dilakukan dengan jadual pasaran yang diaturkan (Sila anda lihat foto disebelah). Seterusnya akhbar tersebut menulis dimana pada masa ini And Karim mempunyai 500 pokok jambu air untuk skala komersil dan perlukan lebih ramai pembantu dikebun. Kini di samping menjual buah jambu air dia juga turut membekalkan anak semaian pokok jambu dengan harga RM15 sepokok dimana sambutannya sungguh menggalakkan dari seluruh Kedah. Ramai peneroka lain yakin dengan pembabitan ramai peneroka dalam tanaman jambu loceng madu ini, ia akan menjadi sebahagian produk FELDA Lubuk Merbau selain getah. Ada yang kata  buah jambu ini tidak perlu lagi diimport dari negara jiran Thailand yang dijual di Hentian Rehat dan Rawat PLUS kerana penduduk tempatan juga mampu menghasilkan buah yang sama mutunya. Penulis blog berpendapat kaedah ini perlu dikembangkan keseluruh negara terutama dikawasan FELDA dengan beberapa tanaman lain yang menggunakan konsep yang sama. Semuga tulisan ini memberi infi terbaik kepada pembaca anim agro technology mencecah 14.2 juta semalam. Wasallam...!!
MENANAM JAMBU... JAMBU AIR MUDAHNYA...
KELILING RUMAH... IANYA MUDAH DIJAGA...
POKOK PERLU DIBAJA...DIBALUT BUAHNYA...
HARGA BAIK... PENDAPATAN BERGGANDA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 6425, Hotel Pearl View,
Jalan Baru, Seberang Perai,
Pulau Pinang, Malaysia.
(8 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...