Support My Blog

Wednesday, April 4, 2018

LEMANG PERIOK KERA

LEMANG PERIOK KERA merupakan sejenis makanan unik yang popular dibeberapa kawasan di Malaysia dihidangkan terutama pada perayaan Aidilfitri, Majlis Keramaian dan juga kenduri kendarat. Makanan ini memang menjadi kebangaan ramai penduduk kampong yang mengetahui akan rasa  dan keenakannya ama ada dimakan begitu sahaja atau pun ia dimakan bersama rendang ayam, rendang daging, serunding atau pun lauk pauk lain. Penulis blog paling suka makan lemang periok kera di sebuah restoren di Rompin, Pahang yang ada menjualnya setiap hari. Restoren ini juga sering menghidangkan pelbagai makanan eksotik yang lain dimana mendapat kunjungan ramai. Lemang periok kera ini kadang kala ada dijual dibeberapa Pasar Malam dan Pasar Tani dan Bazaar Ramadan yang penulis blog pernah jumpa di Ipoh, Alor Setar dan beberapa bandar di Pahang. Lemang periuk kera cukup terkenal di kalangan masyarakat di Perak, Pahang, Kedah dan juga Johor. Ia di kategorikan sebagai tanaman eksotik dan menggunakan periuk kera dari jenis tumbuhan dengan nama botani sebagai Nepenthes gracilis.  Tumbuhan liar ini dahulu sukar didapati didalam hutan tetapi kini ia boleh ditanam didalam pasu dan digantung dikeliling rumah sahaja. Penyediaan makanan ini pada penulis blog tidaklah begitu rumit namun untuk memperoleh kuantiti periuk kera yang digunakan sebagai bekas untuk meletak pulut tersebut agak terhad. Mungkin makanan unik ini boleh dijadikan salah satu kulineri yang kini mendapat perhatian kerajaan dalam Bajet 2018 yng disebutkan sebagari Sumber Kekyaan Baru (SKB) dengan peruntukkan hampir RM10 juta di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Penulis blog fikir jika makanan ini dipromosikan dengan baik akan mendapat permintaan baik dari pengguna domestik dan pelancong luar negara. Bagaimana pun banyak kajian dan fakta permakanan perlu diselaraskan (standardization) agar ujud keseragaman mengenai makanan unik ini diseluruh negara. Ini termasuk jenis dan saiz eriok kera yang perlu digunakan, kadar ramuan dan santan yang digunakan serta kaedah memasaknya. enting juga adalah bagaimana kaedah terbaik cara hidangan dan penyimpanan serta lauk puk yang sesuai dimakan dengan lemang periok kera. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' iaitu makanan Lemang Periok Kera sebagai satu perkongsian bersama semua pembaca untuk dibuat rujukkan.



Salah satu komponen utama untuk membuat lemang ini adalah bekas untuk pembungkus lemang iaitu Bunga Periok Kera (Nepenthes gracilis).  Pokok ini lazimnya tumbuh liar didalam belukar atau hutan secondary yang mempunyai beberapa jenis dan varieti berbeza. Apa pun semua jenis kantung periok kera yang ada boleh dipetik dan periksa sama ada ianya selamat digunakan sebagai bekas lemang ini. Ada kemungkinan ia jenis yang eracun walau pun perlukan kajian lanjur. Kini ada cara untuk menanam pokok periok kera di sekeliling rumah (Sila lihat foto disebelah). Terdapat beberapa species yang boleh didomestikan ditanam dalam pasu yang mengandungi media tanaman seperti cocopeat atau tanah campuran. Benih pokok periok kera ini boleh dibiakkan dengan mengambil sebahagian pokok sedia ada dan dimasukkan dalam pasu baru sebelum digantung dikawasan agak tinggi. Pokok periok kera mudah dijaga dan apabila cukup umur ia akan berbunga. Bunga yang terhasil akan terjuntai kebawah pasu dengan jumlah karungnya bergantung kepada kaedah penjagaan tanaman. Sebaiknya ia diletakkan ditempat yag sesuai disekeliling rumah dengan menyediakan tempat mengantungnya. Kepada mereka yang inginkan pokok ini boleh mengunjungi beberapa nurseri bunga tempatan kerana ada diantara nurseri swasta ini yang menjualnya sebagai pokok hiasan. Harga yang penulis blog pernah tinjau di Muar, Johor sekitar RM 10 - RM25  sepasu bergantung kepada saiz dan spesisnya. Jika sudah ada tanam sendiri pokok periok kera maka anda tidak bermasaalah lagi masuk hutan untuk mencaru karung periok kera ini.

Bagi menyediakan lemang periok kera ini memang senang dilakukan semua orang. Kaedah menyediakan makanan ini juga boleh dikatakan seragam dibanyak lokasi. Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak lemang ini adalah sebanyak 20 bekas periuk kera yang masih segar dipetik sendiri. Seterusya adalah bahan penting iaitu sebanyak 300 gram beras pulut yang perlu dibasuh sehingga betul-betul bersih dari kekotoran dan ia kemudian perlu ditoskan dengan menterbalikan kebawah agar air tidak bertakung. Pemilihan Bahan lain yang sesuai diperlukan adalan 1 liter santan kelapa segar atau pun kelapa dalam kotak. Penggunaan santar segar akan memberikan rasa yang lebih enak berbanding dengan kita menggunakan santan kelapa dalam kotak. Bahan lain yang mesti ada tentunya perisa seperti garam iaitu secukup rasa untuk dicampur di dalam santan kelapa. Gula jika suka rasa manis pada pulut bolej ditambah. Peralatan memasak seperti pengukus, dapor dan bekas besen juga perlu disedaiakan.

Kepada saya menyediakan lemang periok kera adalah mudah disediakan asalkan tahu akan kaedah menyediakannya. Karung Periok Kera yang segar perlu dikumpulkan dan dibersihkan dahulu dari segala kekotoran dengan air mengalir. Sebaiknya dibuang juga bahagian mulut periok kera dengan mengggunakan pisau atau pun gunting.  Karung ini boleh ditoskan dahulu dari takungan air yang ada dengan menterbalikannya. Pada masa yang sama ambil beras pulut dan dibasuh dahulu dan ia kemudian ditoskan sehingga kering agar tiada kekotoran yang ada dalam beras pulut. Kemudian maasukkan beras pulut tersebut ke dalam periuk kera dari bahagian mulutnya sehingga kadar masukkan setengah sahaja untuk memberi peluang kepada beras pulut untuk mengembang. Kemudian dimasukkan santan kelapa sehingga sampai paras pada penutup mulut atau paras beras. Paling unik bagaimana kita menyusun karung periok kera ini bekas untuk dikukus. Apa yang perlu dilakukan adalah memasukan pengukus keatas wap air dan dikukus sehingga masak. Sentiasa kawal api dan paras air dalam pengukus. Buka tudung pengukus untuk melihat lemang periok kera ini cukup masak dengan tanda ia memenohi paras mulut karung periok kera. Keluarkan dan sejukkan sebelum ia dihid ukus sampai masak. Pada saya yang beberapa kali makan lemang periok kera ini boleh dimakan begitu sahaja atau dengn rendang. Semuga anda yang membaca blog anim agro technology ini mendapat info berguna. Wasallam!!!...

LEMANG PULUT ... PERIOK KERA...
MEMANG ENAK... LEMAK RASANYA...
SEDAP DIMAKAN...JARANG JUMPA...
RESEPI UNIK...KULINARI NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Padi Ria, Bandar Baru UDA,
Johor Bahru, Johor,
Malaysia.
(10 Mac 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...