KLIK SAYA SOKONG BLOG

Tuesday, April 3, 2018

SAMBAL GORENG JAWA

SAMBAL GORENG JAWA merupakan sejenis makanan yang amat popular dikalangan masyarakat Jawa di Johor seperti yang terdapat dikampong saya di Gersik semenjak dahulu. Pada penulis blog mendapati Sambal Goreng Jawa orang Johor memang istimewa kerana ianya enak, lazat dan berkhasiat. Bagi saya yang sejak kecil sudah biasa disajikan dengan hidangan sambal goreng jawa ini mendapati setiap kali teringin akan membuatnya untuk dihidangkan bersama ahli keluarga. Sehingga kini makanan enak ini memang disukai oleh semua ahli keluarga. Bergantung kepada bahan-bahan yang digunakan lazimnya terdapat banyak varieti untuk sambal goreng jawa ini bergantung kepada kreativiti dan juga citarasa. Sambal goreng jawa ini boleh dimakan begitu sahaja atau pun lazimnya dimakan dengan nasi putih bersama dengan lauk pauk yang lain. Apa yang unik mengenai makanan ini adalah dimana bagi masyarakat jawa sebenarnya makanan ini bukanlah dihidangkan ikut suka-suka hati sebaliknya ia dihidangkan untuk majlis keramaian seperti kenduri Baca Yasin malam Jumaat, Kenduri Tahlil, Ruahan dan Jamuan Hari Raya. Makanan ini kini telah dikomersilkan dimana ia merupakan salah satu komponen pada Makanan NASI AMBENG yang juga popular dikalangan orang Johor. Walau pun apabila dikomersilkan Nasi Ambeng disebut sebagai Nasi Ambang tetapi ianya adalah serupa. Anda boleh membaca artikel mengenai juadah popular Nasi Ambeng dengan membuat pautan disini (Sila klik disini).  Memang makanan ini khusus dimakan secara beramai-ramai dalam majlis-majis seperti disebutkan diatas. Dalam pada itu penulis blog dapati seinrkali cara membatnya juga selalu dijalankan secara bergotong royong dengan memasaknya secara beramai-ramai juga. Sebenarnya boleh juga kalau hendak masak makanan ini sebagai menu harian akan tetapi memandangkan sambal goreng ini mengandungi campuran pelbagai bahan maka kalau berniat untuk masak sedikit pun akhirnya akan menjadi banyak. Memang orang Jawa ini kreatif mencipta sejenis makanan dimana ia paling sesuai atau afdal disediakan semasa ada majlis keramaian atau untuk kenduri kendara. Rencana subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kehebatan makanan yang popular iaitu Sambal Goreng Jawa untuk dikongsi bersama pembaca semua.

Memang unik untuk memasak atau menyediakan Sambal Goreng Jawa ini. Pada saya yang memang ada pengalaman dan minat memasak sambal goreng ini akan merasa puas apabila selalunya makanan ini tidak pernah dibuang atau tidak habis dimakan. Paling enak makan sambal goreng jawa ini adalah sebaik sahaja ia siap dimasak dimakan begitu sahaja dengan bekas daun pisang. Aroma daun pisang ini akan menambahkan lagi akan keenakkan sambal ini. Baru-baru ini penulis blog balik kampong untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Gersik dimana ada pilihan makan nasi putih dengan sambal goreng jawa bersama lauk pauk lain dan nasi minyak. Dari penelitian memang penulis blog dapati para jemputan yang hadir terutama yang datang daripada luar Johor akan mengambil makanan sambal goreng jawa dengan begitu berselera sekali. Makanan ini sebenarnya merupakan satu kulinari yang boleh diketengahkan keperingkat nasional malahan kepada peringkat antarabangsa. Ia merupakan gabungan beberapa bahan baik untuk kesihatan kerana ada komponen sayuran, protein dan sebagainnya yang memang digabungkan didalamnya.  Sambal Goreng Jawa ini juga agak tahan lama disimpan apa lagi kalau disimpan didalam peti sejuk yang boleh dipanaskan kemudian didalam ketuhar. Pendek kata kalau sudah teringin makan sambal goreng jawa anda boleh membuatnya sendiri atau pergi sahaja ke restoren yang ada menjual nasi ambeng dan memberi nasi ambeng dengan minta 'Lebihkan Sambal Goreng Jawa'. Sambal ini mempunyai semua kombinasi citarasa makanan seperti rasa lemak, masin, manis, pedas dan sebagainya.

Penulis blog kali ini akan paparkan dua jenis resepi untuk membuat sambal goreng jawa yang diadaptasi daripada pengalaman penuli dan juga didalam lamanweb. Bagi resepi pertama ia adalh Sambal Goreng Jawa Petai yang memang lazat (Sila anda lihat foto disebelah). Ia menggunakan bahan-bahan iaitu jumlah hidangan untuk 4-5 orang makan iaitu bahan  terdiri dari bawang merah 10 biji, Bawang Putih 5 biji, Ikan Bilis setengah cawan (perlu direndam dahulu), Cili padi dan juga cili kering 15 tangkai (mengikut kesesuaian kepedasan), Petai, Tempe (dipotong dan digoreng), Soon (direndam dahulu), Tahu Kering (Direndam sehingga lembut), Tauhu, Cili Merah, Kentang (Dihiris dan digoreng kering), Kacang Panjang, Kicap manis, Minyak masak, garam dan gula. Bahan ramuan ini seperti kentang perlu dihiris nipis dan kemudian digireng dahulu dan ditoskan minyaknya. Pada masa sama tauhu basah 3 keping perlu dipotong yang sesuai dengn bentuk rectangle. Biasanya bagi tempe sebanyak 5 keping perlu dihiris nipis dan kecil digoreng berasingan dan ditoskan minyaknya. Fucuk atau pun tauhu kering sebanyak 3 keping perlu digunting berbentuk segi dan direndam sehingga lembut. Kemudian untuk Soo Hoon yang ada dalam sebungkus kecil perlu digunting dan direndam sehingga kembang. Ikan Bilis sederhana besar sebahagian perlu digoreng sehingga kekuningan dan sebahagian lagi ditumbuk dalam lesung batu bersama ramuan lain. Bawang Besar 2 biji perlu di hiris untuk dijadikan ramuan. Bahan untuk sambal goreng petai adalah Kicap lemak manis,  santan pekat 1.5 cawan, Asam jawa 0.25 cawan serta juga garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak Sambal Goreng Jawa Petai sama dengan cara memasak sambal goreng jawa yang lain. Mula-mula perlu digoreng terlebih dahulu kentang yang sudah dipotong nipis dan disejatkan airnya. Diikuti kemudian dengan menggoreng tempe, tauhu basah dan ikan bilis. Kemudian dipanaskan minyak dalam kuali besar dan dimasukkan bahan-bahan ramuan yang telah dikisar. Kacau ramuan sehingga naik bau dan seterusnya dimasukkan juga bawang besar yang sudah di hiris. Langkah berikutnya adalah dengan memasukkan bahan-bahan yang sudah digoreng termasuk dan dipotong tadi secara sedikit demi sedikit dan kawal api. Selalu true mengacau dalam kuali agar ia sebati dan sama kemasakannya. Seterusnya masukkan pula fucuk dan soo hoon yang sudah direndam dan masukkan kicap, asam jawa dan diikuti santan pekat. Masukkan petai yang telah dibuang kulit sekali. Peringkat akhir adalah dengan menambah bahan perasa seperti garam, gula dan serbuk perasa mengikut kesesuaian. Kacau sekali lagi sehingga kering dan makanan ini sudah sedia untuk dihidangkan. Sambal goreng Jawa Petai ini boleh dikatakan resepi original sambal goreng kepada mereka yang suka akan petai dan sebaliknya tidak perlu masukkan petai jika tidak suka dengannya. Sambal goreng ini enak dimakan dengan nasi ambeng dan ia tidak perlu tambahan seperti udang, hati atau pedal ayam kerana bila kita makan nasi ambeng biasanya ia akan dihidangkan dengan ayam kicap atau ayam goreng berempah, serunding kelapa, mee goreng dan macam -macam lagi. Makan nasi ambeng original yang disediakan dikampong memang cukup enak tidak sama dengan nasi ambeng komersil masa kini. Diharap semua pembaca blog anim agro technology akan terliur membaca rencana ini (terutama orang jawa Johor) dan mencarinya makanan lazat ini. Wasallam!!!.
SAMBAL UNIK.. SAMBAK GORENG JAWA...
ASALNYA JOHOR... KOMERSIL DIANYA...
DALAM NASI AMBENG.. PASTINYA ADA...
ENAK DIMAKAN... BERSAMA KELUARGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(1 Rejab 1439H).
Baru balik kampong di Gersik, Ledang, Johor.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...