KLIK SAYA SOKONG BLOG

Sunday, April 29, 2018

NIPAH - PELBAGAI KISAHNYA

POKOK NIPAH (Nypa fruticans) merupakan sejenis dari tumbuhan yang banyak terdapat di hutan negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia. Pokok Nipah merupakan satu-satunya pokok palma dari keluarga Arecaceae yang juga disifatkan sebagai pokok bakau dan satu-satunya spesies dalam genus Nypa tumbuh dikawasan berair. Pokok Nipah juga boleh dijumpai di kawasan-kawasan lain di selatan Asia dan utara Australia. Penulis blog tidak asing dengan pokok nipah apabila sering melihatnya semasa memancing udang galah di Mersing yang tumbuh disepanjang sungai. Ia juga merupakan pokok yang mudah dijumpai ditebing sungai dengan saiz pokok yang bersaiz sederhana besar secara semulajadi. Daun pokok Nipah biasanya adalah panjang dan lembut banyak digunakan masyarakat tempatan untuk membuat atap nipah. Daunnya juga selalu digunakan dalam seni anyaman bakul. Sebagaimana juga pada pokok Rumbia (Metroxylon spp.) lazimnya pokok nipah tumbuh menegak di tanah dimana ia akan membentuk perdu yang terendam oleh lumpur. Hanya roset daunnya yang muncul di atas tanah sehingga pokok nipah dilihat seolah-olah tidak berbatang. Akar serabutnya dapat mencapai panjang 13 meter. Sistem perakaran pokok nipah ini hanya terletak dalam lumpur dimana yang sifatnya tidak kukuh juga membolehkan ada rumpun nipah dapat dihanyutkan oleh air sampai ke laut.  Batang nipah terendam oleh lumpur dimana hanya daunnya yang muncul di atas tanah. Dari pelapahnya muncul daun-daun majmuk menajam dihujungnya, menegak atau hampir tegak, memanjang hingga 9 meter panjangnya di atas tanah.  Dari segi jumlah anak daun mencapai 25-100 helai. Pokok nipah dewasa mengeluarkan mayang dan berbuah dimana ia boleh dimakan (Sila lihat foto diatas). Artikel petang Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai pokok nipah, nira nipah dan pelbagai kisah yang dilaporkan oleh akhbar tempatan dan ditulis semula bertujuan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Dalam artikel Harian Metro yang bertajuk "Nipah tembaga paling sesuai" penulis blog suka merujuknya untuk dibincangkan. Penulis juga berminat minum air nira nipah yang manis dimana lazimnya air nira yang sudah ditapis dan dimasukkan dalam bekas bersih ada dijual (Sila lihat foto disebelah)Perusahaan air nira kini telah dikatakan semakin kurang diminati kerana kerjanya yang agak rumit selain faktor lain seperti keadaan cuaca. Air nira adalah air manisan diperolehi daripada pokok famili Arecaceae atau pokok palmae terutama Pokok Kelapa (Cocos nucifera Linn), Pokok Kabong (Arengga pinata) atau Pokok Nipah (Nyipa fruticans). Anda boleh baca tulisan saya mengenai gula kabong dengan pautan ini (Sila klik disini)Proses menghasilkan nira kelapa dan nipah hampir sama cuma kaedah digunakan berbeza kerana nira kelapa diambil daripada mayang kelapa di bahagian atas pokok. Dalam pada itu cara mengeluarkan nira nipah pula daripada tangkai buah yang keluar di perdu pokok nipah adalah kerja yang perlukan kemahiran dan kesabaran. Malah nira kelapa dan nipah turut berbeza dari segi aroma, kemanisan dan juga rasanya. Walaupun kedua-duanya boleh diminum terus dari pokok tetapi ia perlu ditapis terlebih dahulu. Air nira selalunya mengandungi bahan manisan iaitu sukros yang enak diminum terutama jika dicampur air batu. Minuman ini bagaimana pun agak sukar mendapatkannya di ibukota dan banyak dijual dikawasan luarbandar yang ada pokok nipah.

Pada masa ini proses mengambil air nira nipah agak berbeza berbanding dengan proses mengambil nira kelapa. Pokok nipah jenis Nipah Tembaga dilaporkan paling sesuai dipilih kerana mempunyai jenis tangkai buahnya yang melentur ke bawah. Sebaiknya cuba elakkan dari anda memilih tangkai bunga atau buah nipah yang tumbuh menegak. Kerja asas adalah perlu membuang dahan atau kulit tangkai lain supaya ia bersih dan boleh dimulakan proses lenturan. Lenturan dimulakan dari bahagian tengah kemudian ke bawah dan ke atas selama dua minggu hingga tangkai lenturan jatuh ke bawah (Sila lihat foto disebelah)Proses membentuk tangkai nipah dilakukan dua hingga tiga minggu. Ia diurut tiga hingga empat kali sebelum dipotong setiap tiga hari. Kemudian letakkan bekas untuk mengutip air nira atau tadahan bersama bekas plastik yang diikat dengan kuat. Pilih pokok nipah sesuai bagi mendapatkan air nira kerana pokok yang mempunyai ciri buah nipah menegak dikatakan tidak sesuai digunakan. Batang dan pelepah pokok kemudian dibuang kulit sebelum dicuci dengan parang supaya pelepah tidak menjadi buruk dan menghindari daripada dihurung serangga.

Batang nipah kemudian dilurut bermula dari bahagian tengah, ke kiri dan ke kanan selama dua minggu. Sebelum buah atau pangkalnya diangkat dan dialihkan supaya ia menghasilkan air nira yang banyak dan berkualiti (Sila lihat foto disebelah)Batang nipah perlu sentiasa dialihkan bagi memudahkan air nira mengalir lebih banyak dan pastikan batang nipah benar-benar melentur jatuh ke tanah. Selepas melurut ke tanah selama seminggu, batang nipah kemudian disapu pula dengan tanah liat dan dibiarkan selama tiga hari supaya tidak terluka, selain bagi membetulkan kedudukan mayang serta buah. Tangkai pokok nipah kemudian diurut dari bahagian tengah ke kiri dan kanan bagi memudahkan pengaliran air nira. Satu lagi ialah dengan cara mengetuk pangkal perlahan-lahan dari kiri ke kanan selama tiga hari dalam tempoh tidak melebihi tiga bulan untuk mengelak pelepah rosak. Selepas diketuk selama tiga hari, ia perlu dibiarkan pula selama dua minggu sebelum pokok nipah dipangkas dengan kedudukan mata pisau daripada bawah ke atas.  Pada minggu pertama batang pelepah hendaklah diurut sekali, minggu kedua diurut dua kali dan minggu ketiga dan keempat pula sebanyak tiga kali pada setiap pertengahan bulan dan dipangkas sekali untuk mendapatkan hasil memuaskan. Pokok itu kemudian dipangkas sekali lagi pada minggu ketiga bagi mendapatkan air nira yang banyak dan untuk tahan lebih lama dibiarkan lebih daripada tiga hari.  Selepas itu botol atau bekas untuk menadah nira dimasukkan ke dalam batang pelepah pokok nipah, kemudian ditutup dan diikat menggunakan plastik serta getah bagi mengelak air nira dihinggapi serangga. Air nira yang dihimpun di dalam botol kemudian ditapis sebelum dimasukkan ke dalam bekas bersih. 

Dalam artikel bertajuk "Pewaris nira nipah Pak Su" seorang pemuda bernama Mohamad Syaril menunjukkan air nira nipah jenama Qarimah yang sudah dibotolkan (Sila  anda lihat foto disebelah). Dilaporkan pada awal operasinya perusahaan air nira nipah milik Abdul Karim Sulaiman dan isterinya Fatimah hanya memperoleh kadar pendapatan RM300 hingga RM500 sebulan kerana dilakukan secara tradisional. Kini selepas hampir 10 tahun maka syarikat Pak Su Kemumin Enterprise (PAK SU) telah pun mampu memperoleh pendapatan RM2,500 hingga RM3,500 sebulan dan pada sepanjang Ramadan mampu mening­kat sehingga RM300,000 sebulan. Kini jenama Qarimah iaitu produk air nira nipah keluaran PAK SU kini menjadi antara pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di bawah bimbingan MoA yang mendapat bantuan peralatan bernilai lebih RM30,000. Kini syarikat PAK SU dikendalikan anak mereka yang mengambil alih perniagaan itu dengan modal permulaan RM3,000. Kini selepas hampir tiga tahun dia mengambil alih syarikat itu En. Syahril membuktikan kerjaya itu boleh menjamin masa depan dengan pendapatan bulanan lumayan. Sebelum menjadi usahawan dulu dia berjinak-jinak dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha menyertai kursus jati diri dan kemahiran. Selepas itu dia terus bersemangat dan mengikuti siri kursus kemahiran dalam pengeluaran produk IKS dengan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan FAMA. Beliau telah mendapat tawaran Geran Cup MoA melalui bantuan peralatan mesin pemroses air nira dan cuka serta air manisan serta 10 pari sejuk untuk menyimpan air nira yang sudah dibotolkan.

Kini beliau memiliki sebuah bilik sejuk tempat simpanan air nira nipah yang bernilai RM25,000 dimana ia juga mampu membesarkan kilang dengan kos melebihi RM20,000. Air nira jenama Quarimah ini dibotolkan dengan baik (Sila anda lihat foto disebelah). Asalnya semua perbelanjaan itu diperolehi dari hasil jualan air nira, cuka dan manisan nipah selain pinjaman. Kini dia mampu menjana pendapatan dan membesarkan lagi syarikat yang dimilikinya seratus peratus. Kini selepas bertungkus-lumus mempelajari selok-belok perniagaan selain pengalaman dari melihat kerja tekun ayahnya dalam pengeluaran air nira syarikat PAK SU mampu mengeluarkan 800 botol dengan isi padu 300 mililiter. Syarikat juga mampu memproses air cuka dan air manisan gula Melaka dari bahan air nira yang tidak habis diproses, sekali gus menambah lagi pendapatan bulanan syarikat. Air nira nipah ini hanya boleh diperolehi dengan memotong atau menyadat hujung tangkai buah nipah sebelum diletak botol plastik yang diikat pada penghujungnya bagi mendapatkan titisan nira yang mengalir ke dalamnya. Kini selain dijual di gerai tepi jalan maka air nira keluaran kilangnya juga turut dipasarkan ke beberapa pembekal di seluruh negara terutama musim perayaan termasuk pada bulan Ramadan. Malah air nira juga boleh dibuat sebagai minuman kesihatan dan diproses untuk dijadikan manisan yang turut digunakan sebagai bahan asas dalam penyediaan juadah terutama kuih-muih tradisional. Penggunaan alat  penyadat yang menjadi pembekal kepada kilang PAK SU iaitu EnYahya Ali nyatakan dia akan ke kawasan paya yang ditumbuhi pokok nipah untuk mengenal pasti pokok yang berpotensi mengeluarkan air nira. Selepas buah dicantas maka batang tangkai buah itu perlu dilenturkan dengan hujungnya dimasukkan ke botol atau plastik supaya air nira menitis dalam botol. Beliau juga meredah kesejukan air sungai setiap hari bermula jam 7.30 hing­ga 11 pagi dan mampu mengutip 10 hingga 15 liter air nira sehari sebelum dijual kepada kilang PAK SU dengan memperoleh jumlah  pendapatan RM50 sehari.

Dalam artikel ke 3 yang penulis blog rujuk bertajuk "Nipah Kipli menjadi Popular" meyakinkan industri ini mampu menjana pendapatan baik. Encik Kipli seorang usahawan menunjukkan proses mengeluarkan air nira nipah yang ditanam di sekitar Ladang Nipah Kipli di Kangar, Perlis (Sila lihat foto disebelah). Dahulu memang tiada siapa menduga daripada hanya seorang pemandu lori yang menghidap kanser peti suara tetapi kini Kipli Sulaiman berusia 57 tahun telah menjadi antara pengusaha restoran paling berjaya di negeri ini. Restoran dikenali dengan nama Ladang Nipah Kipli beroperasi sejak 2012 antara lokasi pilihan pelancong tidak kira luar atau dalam negara yang datang menikmati air nira nipah. Beliau ketika ditemui mengakui bukan mudah mengecapi kejayaan kerana ia bermula dari bawah tanpa ilmu perniagaan. Dia hanya pemandu lori yang bercucuk tanam pada 2005 dengan menanam ubi kayu, betik, pisang dan pokok nipah ketika bercuti bersama isteri Rafilah. Mereka telah melakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa, daripada pelbagai tanaman diusahakan, nipah memberi pulangan tinggi melalui penjualan air nira. Pulangan lumayan daripada gaji sebagai pemandu lori membuat bapa kepada tiga anak ini bertekad berhenti kerja dan mengusahakan perniagaan menjual nira secara serius. Bermula daripada 300 pokok dan mereka  telah menanam hingga 2,000 pokok. Siapa sangka rezeki  bertambah apabila pada tahun 2007 pihak MADA telah mengisytiharkan ladang nipah ini sebagai projek pelancongan pertanian. Susulan pengiktirafan itu maka telah ada pelbagai pihak seperti FAMA yang memberi bantuan berbentuk kios makanan. Pihak MADA juga membantu menaik taraf jalan dalam ladang tanaman bagi memberi keselesaan kepada pelancong menikmati air nira di ladang. Sejak itu sekitar 2012 kami mempelbagaikan menu seperti bihun sup dan mi rebus sebagai makanan tambahan,” katanya. Dalam kesibukan Ladang Nira Kipli ini disaksikan sendiri wartawan ketika membuat liputan apabila ada kumpulan pelancong tempatan menaiki bas singgah menikmati air nira di restoran berkenaan. Ada masa bekalan nira nipah tidak mencukupi hingga membeli daripada peniaga lain bagi menampung permintaan tinggi. Ladang nira seluas satu hektar yang terletak di Kuala Sanglang di sini, dibuka setiap hari bermula jam 1 petang hingga 7.30 malam. Semuga tulisan yang panjang dalam anim agro technology ini memberi info berguna kepada semua. Wasallam!!!...
POKOK NIPAH ...IA KELUARKAN NIRA...
MAYANG DIPOTONG... TONG BAWAHNYA...
DIBOTOLKAN CANTIK... IA BERHARGA...
MINUM NIRA... BANYAK TENAGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
1301, Deluxe Excutive Room,
Hotel Grand Allora, Alor Setar
Kedah, Malaysia.
(12 Syaaban 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...