KLIK SAYA SOKONG BLOG

Saturday, April 7, 2018

CARA TANAM NANAS MD2

NANAS MD2 (Ananas comosus) merupakan satu varieti nanas yang kini sangat popular di Malaysia dan seluruh dunia kerana kualiti dan ciri lain kehebatannnya. Penanaman nanas kalau dahulu hanya dijalankan diatas tanah gambut terutama di Negeri Johor bagaimana pun kini telah berubah kekawasan tanah mineral dengan pengurusan amalan agronomi yang berbeza dengan amalan agronomi tanaman nanas tanah gambut. Kini semakin ramaiusahawan muda yang berminat menanam nanas MD2 dikawasan tanah mineral kerana potensi pulangan yang bakal diterima selepas 16 bulan pennaman. Selain daripada hasil buah nanas yang akan dijual lazimnya usahawan boleh kira bakal keuntungan menjual benih nanas MD2 yang mendapat permintaan tinggi pada masa ini. Harga benih nanas sekitar RM1.50 satu sulur semasa artikel ini ditulis membolehkan usahawan mendapat pulangan banyak jika satu pokok nanas selepas berbuah dijaga untuk mengeluarkan sekitar 5 sulur. Jika satu hektar ada 49,700 pokok yang ditanam dan semuanya boleh untuk mengeluarkan benih, kira sendiri bakal hasil daripada jualan benih nanas MD2 tersebut. Bagaimana pun berbeza dengan cara penanaman nanas MD2 ditanah gambut, salah satu dari masaalah penanaman nanas MD2 di tanah mineral adalah ada berlaku serangan oleh penyakit reput perdu bakteria (Bacterial Heart Rot) terutama dimusim hujan dan serangan oleh babi hutan. Antara punca lain yang mungkin boleh menyebabkan masaalah ini adalah sistem penanaman pada peringkat awal penanaman yang dilakukan. Penulis blog membuat pengamatan di Kebun Cikgu Suffian di Kelompok Nanas Kg Bujal, Kijal, Terengganu untuk kaedah mengatasi kerugian apabila benih nanas MD2 mati semasa musim hujan yang lepas. Artikel subuh ini jam 3.45 pagi dari aras 7, Awana World Resort, Kijal, Terengganu saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' satu kaedah penanaman nanas MD2 sebagai satu hasil pemehatian untuk dijadikan amalan agronomi penanam nanas. 


Berbeza dengan tanah jenis gambut yang berongga, tanah mineral ada berbagai jenis daripada tanah berpasir, liat berpasir sehingga kepada tanah liat berat bergantung kepada lokasi usahawan nanas. Dari pengakuan En Suffian dan pengawai LPNM Terengganu, kaedah menanam cara biasa yang dilakukan diperingkat awal penanaman menggunakan alat tugal yang dicucuk keatas plastik silvershine. Benih nanas akan dimasukkan kedalam lubang tersebut. Apa pun pada buan November dan Disember semasa hujan monsoon dilaporkan lebih 30% benih mati berkemungkinan akibat air bertakung didalam lubang yang membentuk seperti 'cawan' menakung air didalamnya. Ini kerana tanah jenis liat berpasir akan menjadi keras akibat terjahan kayu pada lubang penanaman. Selain itu plastik silvershine yang koyak besar dimana ini membolehkan air hujan banyak masuk kedalam lubang penanaman. Oleh itu kaedah lama ini perlu disesuaikan semula bergantung kepada keadaan tanah dan kerja-kerja penyediaan benih dan penyediaan batas tanah. Benih untuk cara baru penanaman ini perlu dipilih dan dikemaskan dengan membuang akar serabut secara memotong gunakan pisau atau gunting untuk memudahkan ia dicucuk pada batas tanaman (Sila lihat foto disebelah). Kerja ini walau pun memerlukan masa tetapi dipercayai mampu untuk mengelakkan kadar kematian tanaman nanas terutama dimusim hujan.


Penyediaan tanah bagi kaedah menanam cara tugal terus ini memerlukan 2 atau 3 kali rotor diatas batas tanaman. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan tanah gembur dan peroi agar lembut dan mudah mencucukan sulur benih nanas MD2. Jika tanah tidak peroi dan berketul-ketul keras maka penanaman sulur sukar dilakukan dan ianya boleh patah. Setelah dirotor dan peroi maka plastik silvershine direntang dan dipacakkan dawai berbentuk ''U'' pada plastik agar ia kukuh berada pada batas tanaman. Cara buasa dengan menutup tepi batas dengan ketulan tanah sering plastik rosak ditiup angin atau tanah tersebut dilarikan air hujan. Pin dawai U ini menggunakan dawai bersaiz 6 dan dibentk menjadi U dengan lembut. Ada kalangan usahawan nanas yang gunakan dawi ''coated chainklink'' berwarna hijau untuk dijadikan pin plastik silvershine yang tahan karat dan oleh digunakan banyak kali pusingan tanaman. Plastik seperti ini amat diperlukan untuk penanaman nanas MD2 gar ia mampu mengelakan pertumbuhan rumpai yang menjadi pesaing tanaman nanas dan penyebab kepada serangan penyakit BHR semasa musim hujan. Pilih jenis plastik yang tahan lama (UV tinggi) dan elakkan guna plastik penutup yang selalu diguna untuk tanam sayur (Sila lihat foto disebelah). Apa yang penting tanpa menugal benih yang dicucuk terus pada permukaan plastik diatas batas tiadk menghasilkan lubang untuk air hujan masuk dan bertakung. Pastikan jarak penanaman yang betul untuk dapatkan jarak optimum penanaman nanas.


Kerja menanam sulur benih nanas cara ini agak cepat tetapi proses peyediaan tanah dan penyediaan sulur nanas agak lama juga. Benih yang dibersihkan akar dan daun kering perlu dicelup dengan larutan racun kulat dan racun serangga sebelum ditanam. Ini adalah untuk mengelakan serangan kulat dan semut selepas ditanam. Benih ini disusun diatas batas sebelum menanam (Sila lihat foto disebelah). Menanam sulur ini dengan memegang pngkal sulur dan terus dipacak menembusi plastik silveshine sehingga pangkal sulur mencecah masuk dalam tanah. Kemudian padatkan dan kukuhkan sulur benih dengan menekan dikiri dan kanan tanah sekeliling benih. Penulis blog yang membuat sendiri cara menanam inii mendapati kerja menanam cepat dilakukan kerana tidak perlu lagi kita menugal buat lubang penanaman. Kaedah baru ini dijangka mampu mengelakkan kes-kes air bertakung diatas lubang penanaman yang ditugal seterunya mampu elakkan anakpokok mati dan tiada rumpai yang tumbuh dari lubang penanaman. Bagaimana pun perlu diigatkan kerja penyediaan tanah penting untuk pastikan kadar pertumbuhan yang bai dengan kaedah penanaman cara ini. Semuga anda mendapat info berguna dari blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!,....
TANAM NANAS MD2... BANYAK CARA...
BENIH DIRAWAT... BATASNYA DISEDIA...
PASANG PLASTIK... BAJA ASAS ADA....
BENIH DICUCUK ... MUDAH SAHAJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 716, Aras 7, Awana Resort World,
Kijal, Kemanan, Terengganu,
Malaysia.
(19 Rajab 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...